"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

Dec 27, 2014

Balik Kampung #syuramasak


Salam Jumaat uolls!

Aku baru jer balik dari kampung.. semalam pagi balik subuh2 after kerja. penat woo.. balik kampung semalam pun bad mood jer aku sebab penat balik kerja tak hilang lagi. Sejak umur makin tua ni (wah sedar pulak kau tua kan.. haha) aku makin cepat penat lah uolls. Agaknya dah tak sesuai kot aku kerja malam macam ni lagi agaknya. Nak tau tak, ada hari tu aku kerja bahu aku.. hamagaddd.. sakit gilaaa.. Aku dah cuak jerr. Buat kool jelah depan opis mate. takut osteoporosis je. Tidakk.. i'm still muda untuk semua inii.. sobs

Kena jaga kesihatan ni.. Haruss!!

Ok.. balik kepada tajuk entry.. agak lama jugak lah aku tak balik kampung.. Almost 2 month kot.. Last balik pon masa Raya Haji. Sampai kampung terpandang kan rumah arwah wan induk( adik arwah wan aku) aku. Sebak pulak rasa hati.. Sedar tak sedar 3 bulan sudah wan induk meninggal dunia. Aku bukan apa.. sedih sebab bila nampak rumah tak berpenghuni. Kesian jugak dekat wan teh (kakak wan induk) sorang2. Dulu wan induk masih hidup.. ada jugak lah dia kawan walaupon aku dengar asyik lah merajuk ngan wan induk kan. Haha.. biasa lah adik beradik.

Tak ada apa aktiviti yang menarik kat kampung. Banyak berehat ngan melayan Ayien main jer. Petang nya kitorang buat kuih ondeh2. Bapak senang gile buat kuih ondeh2 ni eh rupenye. Aku rase aku pon boleh buat kot. Ewah.. mentang2 lah baru buat kek sekali terus rasa semua senang. Tu mujur kek bantat dah riak.. kalau tak bantat tak tahu lah.. hehe

Ni nak share resepi Ondeh2 ala Kampung Relong

1) Gula Melaka. Ni wajib ya. Kalau tak ada kau jangan nak bagi nama Ondeh2 kat kueh tu ya.





2) Daun Pandan. Ekceli daun pandan ni tak ada pon tak apa. Sebab function dia nak bagi efek warna hijau tu. Biasa orang pakai perwarna jer. Tapi tak bubuh perwarna pon tak apa jugak, biarkan putih same je pon rasa dia. So kita tumbuk daun pandan ni and kasi rendam dalam air.

Ewah yang menyimpulkan daun pandan tu along jaja aku punya kerja. Baru lah Kampung Relong namanya.. gitewww!




3) Tepung pulut. Aku tak tau lah sukatan yang sebetulnya.. tapi aku nengok mak aku main letak je air ikut suka hati dia. Asalkan tak cair and tak pekat sangat. Mak cik aku cakap cair tu. Hahaha. Mak aku pun sama degil ngan aku tak dengar cakap. Oh ya.. air tu pakai air pandan yang direndam tadi.




4) Lepas tu dengan mengguna jari, korang gentel2 kan lah tepung pulut tadi tu ngan gula melaka tadi macam gambar di bawah.



5) Begini lah hasilnya. Taraaaa...

P/s Jangan biarkan lama2. Lepas siap menggetel, sila rebus cecepat sebab nanti gula melaka tu akan mencair. Bukan apa, bila cair nanti comot pulak korang punya ondeh2 tu kan dah tak cantik. Kalau bagi bakal mertua makan patah pulak selera orang tua nanti. Pesanan dari pihak penaja.




6) Okey.. rebus time. Letakkan belen2 daun pandan tadi tu and garam dalam pastu panaskan air sampai mendidih. Pastu pelan2 masukkan ondeh2 tu. Nak tahu bila dah masak? Ondeh2 tu akan terapung. Bila dah terapung sila ang kat cecepat and gaul kan dengannn...




6) Kelapa paruttt. Kelapa parut ni pon kena gaul dengan garam sedikit. Baru lah rasa lemak2 sikit. Peh sedappp..




Yeahhh we're doneee.. 
Nampak ssodapp kan.. Wah tetiba nak cakap Nismilan.. hehe


Selamat mencuba!!!


*********************

Nak selitkan sikit gambar budak manja pengarang jantung sorang ni. The only budak kecik in da house.




Baru bangun  tidur petang. Bulat betu mata. Kalau tak ada budak ni bosan jer lahh..

Ayien ni memang manja kemain. Aku rasa aku ni tak adalah penyayang mana pon. Tak ada pulak peluk2 si Ayien ni.. kiss2 dia ke.. Bagi coklat ke ape.. Tapi mau pulak tu die ngan aku. Tetiba datang nak duduk atas paha.. Alolo.. malu ai tau. 



Ayien dah pandai duduk bersila atas kerus harus amik gambar.


*******************

Al Fatihah untuk Muhammad Syafiq Abdul Latif. 
='(







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...