"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

Dec 28, 2014

Jalan2 ke Utara -> Padang Besar dan Wang Kelian


Day 1

Rasa2nya dalam banyak2 negeri kat semenanjung Malaysia, satu2nye negeri yang belum pernah aku jejak adalah Perlis kot. Eh kenapa ada kot? Actually I'm not very sure lah. Mungkin masa kecil pernah pergi? Tapi memang tak pernah ada dalam ingatan aku.. maka aku consider yang aku tak pernah jejak lagi. Okay?

So.. jom lah kita ke Perlis. Haha.. awkward gila aku punya intro kan. Ni adalah percutian keluarga aku ngan keluarga mak cik aku. Aku rase nilah percutian paling grand kot setakat ni. Ekcuali bukan setakat Perlis je uolls, kitorang pergi Kedah ngan Penang sekali. Cover semua dalam masa 3 hari. Bermalam pulak di Alor Staq and Penang. 

Pagi Jumaat 12/12/2014, sebelum Subuh kitorang dah bertolak dari rumah. Aku awal2 pagi da bangun sebab nak buat cekodok pisang. Wah cekodak pisang katenye. Yelah.. rumah aku banyak pisang time tu, so dari busuk baiklah aku buat cekodok kan. Kena puji lagi ngan Along Jaja kate cekodok aku lembut. Kembang2 hidung ahkak.. mihmih.. Janji ngan mak cik aku jumpa dekat RnR Rawang. 

So dari RnR Rawang kitorang kami berkonvoi ke utara. Lepas tu berhenti berehat di RnR Sungai Perak pulak. Jangan tak tau ye, kat Sungai Perak ni ada harimau. Tak caya???




Kann.. I told youu!!.. Berani tak Kak Pah amik gambar dekat2.. mihmih... Takuit tak? takut kann?? Ade 2 ekor, tapi Kak Pah sempat snap sekor jer. Sekor lagi sempat larikk. Geram je Kak Pah.

So dari Sungai Perak, kami meneruskan perjalanan ke Perlis. Tapi sebelum tu kami singgah dulu di Alor Setaq sebab family Kak Siti ( wife cousin aku ) nak join sekali. Overall, perjalanan dari Shah Alam ke Perlis kalau tak berhenti aku rasa mengambil masa 5 ke 6 jam untuk kelajuan tertentu. Tapi kitorang banyak berhenti so kitorang amik masa 7 jam untuk sampai ke Perlis.



Gila ahh aku tak tidur kot sepanjang perjalanan. Fening kepala sebab takut tengok diorang ni bawak kereta laju2. Potong sana potong sini. Seriauuu. Mulut aku ni asyik lah membebel. Kalau tidur aman sikit hidup aku. Celik2 jer dah sampai ke destinasi.

Destinasi utama kami di Perlis adalah Padang Besar and Wang Kelian. Lepas tu nak jemput mak aku kat Jeti Kuala Perlis. Tapi Wang Kelian bukak Sabtu dan Ahad je. So hari ni kami tuju Padang Besar sahaje dulu. Wang Kelian kitorang pergi esok jer. Bukan nak shopping sangat pon, saje je nak menjejak kan kaki kat sana. Tak pernah lagi lah kate kan. Aku memang tak la nak shopping sebab memang tak ada duit pon mihmih. Kitorang follow ayah Kak Siti jer pastu. 

Singgah sembahyang Jumaat and Zohor. Tak ingat pulak kat mana tapi somewhere in Perlis.




Ewahh.. kemain santai big boss kat belakang ni. Mentang2 lah mak aku tak ada kan.. satu seat tu die conquer.. hihi.. Masa ni bapak aku tengah membebel suruh singgah rumah pak cik dia kat Kangar. Baik bos!! Tapi tak singgah pon sebab masa tu dah lewat sangat. Kitorang kan follow ayahnye Kak Siti. Die nak kejar Asar gamaknye. Bagus jugakk.. Aku pon memang malas nak singgah.. Haha.. Gile keji perangai.




Yey dah nak Sampai Padang Besar. 




Sampai2 jer terus isi perut dulu. Lapaq dah nihh.. Wah tetiba nak speaking utara uollsss!! Parking kereta kat sini pon kena bayar uolls. Tak tahu lah berapa. RM 3 kot. 

Makan dekat gerai dekat2 situ ajer. 




Family Kak Siti. Time ni Kak Siti tengah skodeng anak die buat apa. Cantikkan Kak Siti ni. Now die tengah pregnant anak no 2.




Alolo.. comel jer Ayien duduk kat situ. Eee gerammm!  Ayien kat sini sombong tau ngan weolls sebab sibuk main ngan sepupu die. ='P




Sontam! 
To be honest biasa je kot rasa dia. Kat Shah Alam boleh dapat lagi sedap kot.




Nasi goreng Paprik aku punya. 
Gambar makanan orang lain tak leh amik sebab takut kene kecam. Mihmih..

Dah kenyang kami pon sambung berjalan.

Ekceli aku bayang kan Padang Besar ni macam padang pastu penuh dengan stall2 orang meniaga. Nama pon padang kan. Noob gila.. haha. Rupa2nya ada deretan kedai, arked niaga and ada juga bawah khemah. Berbumbung uolls. So tak adalah kena panas. 




Suasana dalam arked. 
Aku masuk2 jer terus target carik selipar tapi nak tapak tinggi. Gila berjalan nak pakai wedges. Terpeleot nanti free2 je. Nasib baik jumpa walapun warna warni. Tak kisah lah.. janji ahkak selesa. 




Basically, memang banyak jual baju bajan jelah dalam arked ni. Aku ingat nak beli hadiah Secret Santa kat sini tapi macam tak tahu nak beli apa. Kononnya nak speciallah beli kat Padang Besar kan.. hihi. Memang target nak beli baju untuk hadiah Secret Santa tahun ni,tak jumpa pulak baju yang berkenan kat hati. Nak beli jersey tapi kain macam kain guni jer aku nengok. So tak jadi beli lah. Kite pon tak berkenan takkan nak bagi orang pulak kan.




Ni pulak dekat gerai bawah khemah. Still ade jual baju2 ngan makanan seperti keropok, asam, kekacang and bahan2 masak kering macam bawang and ikan bilis.




Coklat Peppero bersepah2 jual kat sini uolls. First makan, memang sedap rupenya. Patut lah popular tak hingat.




Bebawang



Maafkan ahkak sebab gambar semua angle tak berapa nak menarik. Kena improve lagi skill ambik gambar. 

Walaupun macam tak beli banyak barang kat sini tapi memang enjoy jalan2 sambil cuci mata kat sini. Lagi pon kalau beli pon tak tahu nak letak mana barang2 tu. Belum apa2, bonet dah penuh isi beg2 baju dari rumah ^.^'




Sepanjang perjalanan dok kerja isi minyak jelah weolls. Petrol guna macam air jer dah aku rasa. Habis kat duit minyak jer uolls.




Berseni sangat. Kak Pah suka sangat gambar ni. 




Senja nan kuning





Pemandangan sawah padi yang indah permai.. 

Wah.. bersastera pulak aku petang2 ni kan.





Tamat sudah hari pertama.


******

Day 2


Esoknya pulak pagi2 buta kami dah bertolak dari Alor Staq ke Wang Kelian pulak.. Hamagadd.. Keluar masuk Perlis kami minggu ni.. haha. 



Pandai jugak aku amik gambar.. #hover




Wefie ngan family. Barulah nampak muka Tuan Belog 2 kali je kan. Nak buat camna uolls.. Kamera iolls yang pegang.  

Ekceli kan Kimono Cardigen yang aku pakai ni aku jahit sendiri. Boleh search tutorial dekat Youtube. Bapak segala senang uolls. Pejam mata pon boleh jahit #hover




Sian abah aku tak boleh dah nak conquer seat belakang tu sebab mak aku dah balik dari Langkawi. Lupe nak citer, ekceli mak aku pergi kursus kat Langkawi. Semalam kitorang amik dia dekat jeti Kuala Perlis. Minggu ni kitorang kencing manis dok makan coklat Langkawi.




Bapak aku semenjak jadi ustaz ni memang gi mana2 pon berjubah je lah. Tak ada pesen lain. 




Masa ni baru parking kereta. Kena berjalan kaki nak masuk Wang Kelian ni tapi tak lah jauh mana pun.  That why kitorang keluar awal pagi, kalau tidak memang lecak lah tiak berjalan tengah hari buta.




Posing dulu ngan Along Jaja sebelum muka berminyak nanti. Nanti muka dah berminyak tak catik pulak.. Ewah.. masalahnya cantik ke kau?




One more.. hihi.. saje nak test power monopod baru uolls. 




Laju jer masing2 berjalan. Tinggal kan iolls kat belakang. Kejam.








Periuk belanga.
Mujur aku ni tak reti masak. Kalau tak agaknye kena sawan periuk aku jadinya tengok periuk kuali murah2.
Kat sini periuk kuali memang murah2 tapi make sure biar kena lah dengan kualitinya. Beli murah2 pon tak guna kalau kualiti cam hampeh kan. Pakai 2 kali dah jahanam. So membeli lah dengan bijak.




Kalau emas tulen jual macam ni, harus aku jadi perompak.. hehe.. Cantik2 brooch kat sini tapi masalahnya die punya pin tu tak kuat. Kalau makan nganga mulut besar sikit confirm tercabut. Barang kat sini memang murah2 tapi kualiti tu kurang sikit lah.







Beli satu fridge magnet buat kenang kenangan.




Beg2 pon bersepah jual kat sini. Pilih je mana yang berkenan.





Keropok2 and asam2








Nenas kat sini kecik jer uolls. Teringat pernah terbaca kat belog Kasih Aleeya, kat Krabi pon nenas die pon macam ni jugak. Eh memang lah kan, Wang Kelian ni memang dah masuk area Thailand pon. Tetiba adik sedara aku memekik suruh tutup phone, katenye takut roaming. Kelam kabot aku. #hover




Giler tak beli.. kate mak aku.




Kemain uolls..





Ayien nak lawan mak cik dia.




Alolo comelnya dia. Gigit nak?




Beli baju untuk Ayien. Sepupu Ayien Imani pon dapat selai.




Sambung lagi tengok barang








Tengok jer kak? Hehehe




Abah Ayien belanja aiskrim. Tak faham jugak aku camana aiskrim ni cepat naw keras.

Eh.. tak nak pikir lah.








 Balik2 Ayien jugak dapat barang baru =.=




Die nak tunjuk kasut baru dia. 

Ye tauuuu. Haha.




Hahaha.. time ni memang kelakar giler. Ayien naik benda alah sampai terpelanting2. Pastu gelak2.. Comel sangat.. Aku nengok pecah perut gelak kan si Ayien. Tapi kalau budak besar Ayien ni macam bahaya sikit lah main benda ni sebab diorang kan tak pandai imbang badan lagi. Mujur tak jadi beli.




Tengok tu sampai tergolek2



Motif gambar ni aku pon tak tahu. Aku nengok macam comel je jadi snap jelah kan.. hehe



Ulang balik caption di atas.. hehe




Aku dok ushar jer comforter yang paling depan ni. 60 hengget jer tapi takut kain panas. So tak jadi beli.
Alah kalau kain sejuk pon memang takkan beli jugak. Mane nak letak uolls.




Kuda ni kitorang pernah ada masa kecik2 dulu. Ade lagi orang jual yeh. hehe







Gunung berapi@belacan. Kak Siti kata belacan kat sini power2. Terus mak2 ni beli.




Ayien kehausan. Berebut rebut air dengan Kak Imani.




Sontam lagi. Tapi tak sempat rasa pon sebab lupa nak makan. Teringat je dah basi. Sedih uolls.




Dah macam pengamen jalanan dah aku nengok
Muka dah sesuai sangat dah tu.




Kepenatan. 
Bangun2.. tu jalan tar ye anak2 bukan carpet!




Hasil tangkapan. Macam banyak sangat lah kononnya kan. Hehe.




Wahh.. kiranya aku dah masuk Thailand lah kan. 
Sawadikap!!
Nak jugakkkk feeling Thailand.. #hover




Sebelum balik kita Wefie dulu!
Nasib baik diorang sporting nak wefie. I likee!!




Time ni tiba2 Ayien tersedak kacang. Kelam kabot gile time ni. Aku dah takut time tu. Ayien2 ='(





Bye Perlis!!



Kesimpulannya, antara Padang Besar and Wang Kelian mana lagi best? Bagi aku dua2 pon best cuma aku lagi prefer Wang Kelian kot sebab Wang Kelian ni suasana dia macam apa yang aku bayang kan. Semua stall2 jer kat situ. Feeling nak shopping tu lagi meriah gitu. Padang Besar ni moden sikitla ada arked bagai. Tapi barang2 tak banyak beza sangat pon.


Petang tu kitorang bertolak ke Penang pulak. Nanti iolls sambung okey..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...