"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

Dec 22, 2014

First experience buat kek. Cara buat Butter Cake dengan mengguna pemanggang ajaib. #syuramasak


Terus terang hakak cakap, hakak memang tak reti masak uolls. Memang dari kecil mak hakak memang boleh dikatakan tak pernah lah nak ajar masak ke haper. Seingat hakak memang tak pernah lah die ajak hakak tolong dia potong bawang ke, ape ke.. even simple2 dish like nasi goreng or goreng pisang pon tak pernah uolls. Mungkin die rase hakak ni menyemak je kot kat dapor. Dah lah badan besar kan.. Mihimih.. Masa tu hakak terasa hakak ni anak raja uolls!! ekeke.. Gurau2 je.. Walaupon tak pandai masak, still kena buat kerja2 rumah.. tapi malas jugakkk.. bila kena suruh kemas rumah jer terus memberontak.. still mak hakak yang kena buat.

Tapi tak bermaksud lah mak hakak ni bukan ibu yang bagus. Hakak rasa die cume nak hakak tumpukan 100% kat pelajaran kot. Kate dulu budak mrsm khennn.. So mak sayang lebih lah tu. Macam tak caya pulak hakak ni dulu budak mrsm.. Tapi vodo jugak.. Tak adalah jadi doktor pun hakak.. Jadi cekgu pun tak lepas uolls. Haha.. Sampai ke sudah lah vodo nye.. dah lah pelajaran pon hanyut.. Masak lagi lah kelauttt.. Maka sampai ke tuo lah tak reti masak.

Bila umur dah nak menginjak ke 28 tahun tahun depan, tetibe hakak terasa insaf lah pulak. Teringin pulak nak nak belajar masak. Tetibe rase macam nak buat kek.. Amboi.. belum apa2 terus nak buat kek. Bercite2 tinggi sangat hakak. Tak kisah lah.. hati hakak dah meronta2 nak masak kek ni. Nak tak nak hakak kena masak jugak.

Okey.. kiter nak masak kek ape yerr.. nak masak kek tapi.. eh. mixer takde.. oven pon tak ade. ade hati kau ya nak masak kek. 

No no no.. walapun anda tidak mempunya barang2 yang disebut kan diatas kat rumah, anda masih boleh buat kek. Tak de mixer?, sila lah pakai kederat anda untuk pukul adunan tu nanti. Seriusly, hakak pon tak tahu sebenarnya tanpa mixer pon kite boleh pukul adunan tu pakai tangan. Mase tu hakak pikir kalau tangan macam Malik Nor boleh lah kan. Tapi bila dah cube baru tahu.. Tapi memang rasa macam tercabot lah lepas tu.

Oven takde?  Tak ada hal okey.. Nasib baik rumah ade pemanggang ajaib mak hakakkk. Yey. So hebat jugak lah hakak kan, first masak kek guna magic pan hokey. Kau mampu?



Nasib baik lah ada magic pan uolls. Nak guna jenama apa pon tak kisah janji magic pan nama dia. Hakak punye haruss jenama Vantage. Barulah voge the vazz..

Resepi hakak google jer. Carik yang paling senang and paling sikit bahan. Jumpe lah resepi Kek Butter Namee Roslan. Bahan2 pon memang dah ada kat rumah.

Ni resepi yang akak copy dari blog Namee Roslan

1) Butter satu buku tu
2) Gula 1 cawan
3) Tepung 2  cawan
4) Esen Vanila satu sus

Untuk kek hakak, hakak tambak
5) Coklat air mata duyung (Kisses)
6) Baking powder satu sudu kot.




Step 1 : Pukul telur, butter gula sehingga adunan jadi sebati. See, hakak kan degil, Namee cakap telur letak 4 bijik hakak letak 3 jer. Giler ah hakak pukul sampai kembang dekat setengah jam kot. Rasa macam nak give up sebab tangan dah sakit giler. Very the mengada kan. Tetibe ade pulak budak datang nak mengaji. Abah hakak memang ustad. Lantak lah kan.. hakak tetap gigih memukul depan budak2 tu. Boleh pulak dua bradik tu bergaduh nak mengaji dulu. Nasib baik hakak tak terpukul budak2 tu.

Lepas tu, tetibe rasa macam adunan tu macam pekat sikit tapi dah kembang cantik, hakak pi gatai tambah sebijik lagi telur.. muahaha.. terus jadik berketul2 adunan tu. Rasa macam nak pukul diri sendiri jer time tu. Aktiviti pukul memukul diteruskan.. Padan muka adunan dah tak kembang macam tadi. Nanges.


Step 2 : Masuk kan tepung gandum sedikit demi sedikit. Selagi lagi hakak bersikap degil. Hakak masuk kan secawan setngah jer. Sebab pekat sangat. Pasrah jelah.


Hakak pakai cawan saiz ni. Tapi cawan Namee lagi besar hakak nengok. Ahh lantok lahh..


Rupa adunan setelah siap sepenuhnya. Eh macam cantik pulak rupe die kan. Mase ni hakak selawat banyak2 mintak2 lah sedap kek hakak ni. Kalau tak sedap karang jenuh pulak nak habiskan.


Step 3 : Masuk kan adunan perlahan2 ke dalam magic pan anda. Oh ya, sebelum tu kena ratakan minyak kat magic pan tu supaya tak melekat kek tu nanti. Lepas tu hakak letak coklat air mata duyung mak hakak beli kat Langkawi itu hari. Suka hatilah nak letak camne pon. Settle!! Sekarang tunggu kek tu masak je.


Disebab kan hakak ni syok sendiri, perasan kek hakak sedap, maka hakak cube nak makan saki baki adunan kek hakak ni. Teringat masa kecik dulu kalau mak hakak masak kek berebut ngan adik nak makan adunan kek ni. Mak hakak tak nampak je terus bawak lari sudu  masuk bilik.. Muahaha.. buruk perangai tul. Tapi aku yang dulu bukan lah yang sekarang. rasa sesudu dah tak nak da. Takut pulak sakit perut nanti.


Yeyyy dah siap dah.. kejap je uolls. Tapi bantat sikit lah. Bantat pon bantat lah, tapi sedap jugak rasa kek hakak.. =D. Bagus jugak bantat. Kalau tak bantat sure ahkak riak. Haha. Selamat mencuba!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...