Haiii...
Hari Jumaat yang lepas, again aku pergi Wisma MCIS Zurich teman kan my mother settlekan urusan insuran dia. Kali ni pergi naik kereta, bukan naik komuter since dah pergi sekali hari tu and tau ada tempat untuk parking. Naik kereta lagi cepat uoll, setengah jam dah sampai. Hebat iolls sekarang bawak kereta kannn? Mihmih.. Ofkoslah pakai GPS tapi kali ni try Google Maps punye GPS.. Honestly aku lagi suka pakai Waze 10x ganda dari Google Maps GPS! Sebab Google Maps GPS ini tak macam GPS sangatlahh walaupon ada voice direction. Kadang2 okey tapi kadang2 tu tak okey. Nak menyumpah aku rasa pagi tu. Aku nak explain pon tak reti. Lepas tu direction dia bile cakap ada macam panjang sikit.. aku nak bagi contoh pon tak ingat.. haha.. kalau waze voice direction dia very2 simple and accurate.
Hidop Waze!!! (tetibe)
Sambil tunggu mak aku settle kite selfie dulu. Aku tunggu dalam kereta jer. Kejap sangat pon mak aku pergi tak sampai 15 minit pon.
Lepas dah settle paksa mak aku belanja makan lagi. Kali ni makan western pulak tapi nak tempat mahal2 jer. So decide nak makan dekat Laman Grill Shah Alam. Memang dah lama pon teringin nak makan kat kedai makan yang dimiliki Chef Zubir ni.
Nak carik location pon very the simple mimple. Kau on jer la Waze. Haha. I love Waze.
Kite kan bukan orang ada2 gitu jadi memang sangat jarang untuk berpeluang makan di restoran macam ni. Jadi masa nak pilih makanan tu macam terbangak2 sikit lah. Haha. Mula2 nak makan Australian Lamb Stick tapi tak ada pulak last2 aku pilih makan burger.. T_T
My beloved mother ~ Muka garang tapi dalam hati manyak taman wo...
Suasana di dalam restoran
My mother order air fresh orange. Mine is Strawberry punch. Sedap!
Berjanggut jugak lah nak tunggu makanan kitorang siap. Padahal tak ada orang pon. Sempat lah jugak aku susun gelas ngan bunga and amik gambar. Lepas tu sepanjang2 kitorang kat situ ada beberapa orang datang tapi bukan nak makan. Aku rasa dah macam kat opis jer orang datang hantar dokumen. Lulz.
Sampai dahh. Sedap tak nampak? Rasa pon harus lah sedapppp ya amattt. Tengok lah harga kannnn. Tapi nak makan burger ni tak leh malu2 sebab besar. Aku makan sampai sos kena tudung, kene hidung, kene baju. Ya ampunn selekeh gila aku rasa. Kampong dot com sangat. Tisu berhelai pakai lap sana sini.. haha. Seketul burger ni kalau perut kecik boleh tahan sampai esok pagi kenyang nyer.
Kesimpulannya, makanan kat sini memang sedap. Jangan ragu2 untuk makan kat sini ya.
Lepas makan balik. Petang tu tengok La Usurpadora. =D
1 comment:
Untunglah dapat makan tempat best, hehe.
Sebelah burger tu ape? Wedges ke?
Post a Comment