"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

Sep 5, 2015

Wedding Farah CM

Happy Sabtuday all..


Sekarang ni memang malas bebeno aku nak updet belog. Betullah cakap orang.. kalau belog ko dah tak ada orang nak baca lagi, memang lagi malas lah ko nak updet. Baru2 ni aku check traffic belog aku, memang confirm aku dah tak ada readers tetap. Kalau ada pon si Mas jelah kot.. Haha.. sayang ko Mas.. Muah ciked.. Haha. Yang lain tu semua yang sesat masuk belog aku jer kot. Terima kasih lah kerana menjadi penyumbang kepada stats belog iolls. Walaupon korang masuk terus tekan pangkah kan. Haha.


Aku tak ada lah kisah pon tak ada orang nak baca. Nama pon aku merapik citer pasal diri sendiri jer pon. Hihi. Malah aku rasa lebih tenang sebab tak ada pressure nak updet. Tapi lepas ni kena banyakkan entry yang mesra google untuk maintain income from nuffnang. Cuma bila dah malas tu banyak lah moments best in life yang aku tak updet kat dalam belog. Rugi betul. Ape yer tips korang rajin updet hari2? =)


Okay... stop cerita pasal belog. Ni cerita hari Ahad yang lepas (30/08/2015), ada member H*BC tapi lain department lah kahwin dekat Laman Inderasari Marina Putrajaya. Betul2 kat tepi tasik. Cantik gila pemandangan. Yang pergi hari tu, aku(ofkoslah kan), Shaqira, Joy, Preet, and Fitri. Dalam 5 orang ni aku lah yang paling jauh sekali kat Shah Alam. Nasib baik minyak tak luak tau (kedekut). Nak suruh datang hari tu siap 10 kali ingatkan kat wassap.


Apa-apa pon, kita selfie dulu. 
Shawl beli dari Mas, memang cantik sangat sangat kaler ni. Luv it.


Bila shaqira sampai, terus exchange masuk dalam kereta dia. Kereta dia kereta baru uolls. Proton Iriz maka lagi best lah naik nak banding Saga FL hakak yang bersport rim emas itu. Joy datang siap kawan hantar naik kereta ko padahal tempat berkumpul dekat condo (eceh, nak jugak sebut condo, bajet kawan ngan orang kaya lah kononnya) dia jer. Fitri paling lejen. Dah lah kat wassap kau senyap eribu bahasa, ingatkan tak jadi pergi lah. Gigih jugak nak ikut. Waktu Preet call baru bangun nak mandi. Sabo jerlah.. Nasib baik lah cepat. So terpaksa lah Kak Pah maaf kan.



Sampai2 terus beratur amik makanan, menggigil dah perut kot dari pagi tak makan. Food boleh dikatakan sedap lah. Walaupon tak banyak pilihan tapi sedapp. Nora bagi 8 bintang. Tapi mood nak makan tu sedikit terganggu sebab meja yang kitorang makan tu tak ada bumbung.. Adoii.. Masa sampai tu redup jer. Maka kami tertipu. Bila nak makan panas pulak. Patut lah tak ada orang nak duduk situ. kitorang jer yang gigih..



Dari kiri, Shaqira, Nora Danish, Joy, Fitri and Preet.



Menyampah pulak aku nengok muka Si Fitri dalam gambar ni. Haha.. Kat opis mamat ni lah kawan gaduh aku. Mulut dia boleh tahan jugak uolls. 



Lepas makan Shaqira ajak amik gambar dekat tepi tasik walaupon muka dah berlekit dek panas tetap confident nak berfotoshoot.  Nampak guess book gi lah tulis sepatah dua kata.



Bagus jugak Shaqira ni, rajin dia amik gambar. Suka hati mak noks. Boleh tempel gambar sendiri banyak2 dalam belog.





Settle kat guess book, perantin pon sampai.. Excited! Sebab tak sabar nak nengok Ag jadi pengapit.!



Spot Ag yang pakai necklace diamond 3 ketul tu!.. Cantik gilaaa Ag hari tu. 



Sooo pretty!.. So motherly.. Eh?



Ag cakap make up dia macam sinetron. Adalah sikit.. haha.. tapi cantikkk!!

Farah pon so pretty in white wedding dress. Sangat sesuai dengan tema tepi tasik. Husband pon not bad, handsome kot!



Sadis gila aku nengok fotografer tu amik gambar.. haha



Dapat amik gambar dengan retisss!




Harmoni nyer lah aku nengok gambar ni.
Luv it!!



2 comments:

Fendi Rocka said...

kalau takde reader..kita tulis untuk suka-suki pun takpe.
aku pun kalau ikutkan takde motivasi nak update since tak ramai baca, tapi ada tukang bakar semangat..terus hidup lah blog

Nurul Shahira said...

Cantik venue wedding ni. Sweet =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...