"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

Sep 10, 2015

Mother and Dotter day out ~


Semalam aku temankan mak aku ke Wisma MCIS Zurich kat PJ settlekan urusan insuran dia. Boleh tak mak aku cakap 10 tahun (lebih sebenarnya) lepas dia ada buat insurance pendidikan untuk anak2 dia tapi kannn tak tahu lah apa pasal anak2 dia tak ada seorang pon yang merasa duit insuran tu. Padahal tiga2 anak dia masuk U kot.. haha. Mak aku cakap dia malas nak uruskan hal2 segala. Tapi tiap2 bulan rajin pulak dia bayar. Hurmmm.. Macam ni lah mak... Kalau tak tak adalah susah2 anak2 mu ini bayar PTPTN tau. Sobs.

So since dah habis bayar mak aku nak amik lah duit yang dia sepatutnya dapat since dia pon tak pernah claim. Aku pon ekceli excited jugak nak tahu process claim duit insuran. Siap cakap kat mak aku dah dapat duit nanti sila belanja yeh. Hihihi.

So semalam kitorang pergi PJ naik public transport. 


Tahun ni banyak kali jugak aku naik komuter. Haha. Tak tahu lah napa aku ni batak sangat naik komuter. Kalau Mas baca ni mesti dia cakap aku hari2 naik komuter tadek kecoh pon. Mihmihmih. Tapi yang peliknya aku ni batak naik komuter jer. Naik LRT tadek pulak.


Nampak tak makcik tudung hitam baju hitam putih tu. Mase kitorang balik petang tu pon dia ada sekali. Kebetulan kan? Err.. saje je nak bagitahu.. =P

Kitorang turun kat Jalan Templer and then naik teksi ke Wisma MCIS Zurich. Tak mesra teksi langsung komuter Jalan Templer ni. Terpaksa menapak pergi jalan besar. Dah lah ada anjing segala. Lepas tu tahan teksi, pakcik tu cakap tak boleh hantar pasal dia nak gi KL. Hek ela.....

Alhamdulillah sampai jugak ke destinasi. Dipermudahkan, dalam masa kurang sejam dah sampai.


Mak aku ni walaupon muka ala2 gangster gitu tapi polite giler ngan orang. Sampai aku pon naik tension. Bila dia cakap terima kasih tu.. halah.. halah.. halah.. mendayu dayu sangat suara dia..  Belum mintak maaf lagiii... Kadang2 aku marah mak aku balik tak payah lah nak mintak maaf  kat orang untuk perkara yang bukan salah kite. Kann? Berbeza terus dengan aku yang tak mesra alam, muka malas nak layan and a bit biadap kadang2. Aku kalau ada member kat sebelah memang ayu jer tapi kalau sengsorang.. teruk woh perangai aku.. tak leh tersalah sikit terus bagi jelingan maut. Haha.


Nasib baik tak ramai orang kat sana. Sekejap jer dah sampai giliran mak aku. Rupa2nya pihak Zurich dah hantar cek kat mak aku tapi kat alamat alamat rumah lama. So cek tu kene return. Hantar lagi sekali lagi pon sama jugak.


Dalam teksi ke Stesen LRT Taman Jaya. Lama gila tak naik teksi!


Naik LRT pulak ke KL Sentral. Paksa mak aku belanja makan Korean Food dekat NU Sentral. Yeyy! LRT penuh gila time ni terpaksa berdiri. =.=


Dubuyo!


Aku order air Aloe Vera punch. Sedap jugak rasa dia cuma kurang manis. 


Japchae atau pon glass noodle. Surprisingly sedap!!


Mak aku pon nak jugekkk.. Mihmih. Mak aku order Bibimbap ape entah.. 


Aku pulak order Chicken Kimchi Gogi.. 20 gigitan pertama everything sedap. Bila dah kenyang nangis nak habiskan.. Haha.


Tengok kasut dekat Scholl.



Beli buah tangan sikit untuk adik ngan bapak aku dekat  tingkat paling bawah, lepas tu terjumpa chef genit Anis Nabila kot nama dia. Seksi gila uolls.. Mak aku tak berghanjak tengok chef tu. Sampai aku kena marah2 manja mak aku sebab malu. Aku rasa dia bukan macam chef dah tapi dah macam retisss kau. May be baru balik dari event ape2 kot sebab die put on make up heavy giler.

Balik aku singgah kedai jahit amik baju yang aku hantar jahit tepi. Lepas tu pekerja yang jahit tepi tu tegur.. 

"O.. akak (confident je pompuan ni die lagi muda dari aku) buat baju ni ke... Nape tak letak butang kat depan. Lagi cantik" 

Aku tak tahu lah nak letak muka aku kat mane time tu.. Hahaha.. malusss.. Agaknya masa dia jahit tepi kan baju aku ni, dia pon pelik pompuan ni buat ape? Sebab cardigen yang aku buat tu bukan lawa pon. Tapi tang letak butang tu aku cam bengang sikit. Suka hati aku lahLepas tu aku layan tak layan jer soalan die lepas tu.

Meh sini nak share cardigen yang aku buat sendiri tu.

.
.
.
.
v


Pinjam bilik adik aku jap sebab bilik dia ada cermin besar gabak


Macam mak cik kan? Pitammms

T.T

Bye!



1 comment:

kisah earty said...

wah makcik..kemahen lagi..jauh berjalan..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...