Hai semua.. Selamat Tahun Baru pada semua yang baca entry ni. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya.. Insya Allah...
Tahun ni tak ada review macam tahun2 yang lepas sebab macam akan jadi entry yang sama jek. Sebab tahun 2015 pon tak banyak perubahan. Masih Asyura yang gemuk dan malas seperti yang dulu.. Hukhuk.. Oh ya.. but dalam career.. Alhamdulillah.. Belum bertukar kerja lagi tapi dah jadi antara orang penting dalam department, dah boleh jadi referrer of the team.. =). Bukan itu sahaja, dapat Best GSE for the month of June and Best GSE for quarter 3 and few more certificates.. Yang lain tu macam sama aje.
Here we go... Azam untuk tahu 2016 pulak. First time buat list macam ni..
1) As expected.. Aku Nak Kuwuss!. Haha. Target nak turun 30 kg before my cousin wedding. Insya Allah this coming August.
2) Nak cantikkan kan kulit. Amik supplement dan vitamins.
3) Tak makan selepas pukul 12.. Haha.. ko penah jumpa azam macam ni? Walau pun berkait dengan azam no 1 di atas. Sebab aku kan keje malam jadi potensi untuk makan malam tersangat lah tinggi.
4) Nak bercuti dengan kawan2 at least 1x and family tak kisah luar atau dalam negara. At least satu percutian kena naik flight. Baru thrill. =)
5) Nak tukar kerja atau pon tukar department.
6) Nak dapat Best staff lagi. Quarter tak kisah.. janji dapat salah satu.
7) Nak pergi kursus menjahit. Nak luas kan ilmu dalam bidang jahitan kalau boleh.
8) Nak cari calon suami. Sian mak bapak aku tak ada menantu. *nangis. Atau nak keluar date ngan sesiapa yang sudi. Sumpah desperado kan. kah kah kah.
9) Nak bayar hutang dengan konsisten.
10) Tak nak menipu dan solat 5 waktu.
11) Nak jadi anak yang solehah.
12) Nak aktif dalam media sosial dan realiti supaya dapat lebih ramai kenalan.
Done. Semoga tahun ini aku lebih sukses hendaknya..
Thank you..