Aku rasa dah ramai kot yang dah tonton filem Dilwale nih. Ada tu sampai tengok wayang sampai 2 kali. Ewah korang nih. Best sangat ke? Tapi aku buat bodoh jela sebab cadang nak tunggu keluar kat Astro First jer. Lagi pon aku ni terpaling pemalas nak gi panggung wayang. First sebab membazir. Mahal lah tiket wayang sampai berpuluh ringgit. Yang tengok sampai dua kali tu, aku tak paham. Banyak betul duit korang kan. O.. boifren belanja kot. Second sebab memang tak ada kawan pon nak ajak pergi tengok wayang. Huhuhu. Hakak pasghah.
Isnin lepas, opismate aku cakap dia dah tengok Diwale. Budak lelaki pulak tu. Dia kata citer tu best gak la. Orang lelaki pon cakap best. Acaner nih? Jadi situasi ini buat aku jadi tak menahan. Macam kena tengok jer, kata hatiku. Aku pon mintak lah link kat Fitri (opismate ku itu). Tapi dah kate ko pon tak berapa pandai IT, jadi asal aku klik jer kuar iklan. Sakit jiwa aku. Esoknya mengamuk kat Fitri kata tak boleh tengok. Macam mak cik sangat kan perangai aku. Kikiki.
Tapi alkisahnye, kalau aku tengok time hari kerja pon tak best jugak. Mesti macam tak feeling sebab nak kejar time tidur pulak nanti. I is cannot rushing2 ni. So tunggu weekend jerla. Tengok kat komputer senang. Bertonggok lah kat depan tu 3 jam. Penat duduk, aku baring lah.
Best jugak lah citer dierrrr. Tapi Nora tak boleh lah nak bagi 10 bintang sebab still, jalan cerita dia macam tipikal citer hindustan. Hadoi la. Aku mati2 lah ingat kan citer Diwale ni lain dari lain. Tapi tak la. Sumpah, dari start citer ko dah boleh hagak dah jalan citer Diwale nih. Very2 the tipikal one lah bagi aku. Kekuatan citer ni ofkos Shah Rukh Khan dan Kajol. Kalau tak ada diorang, citer ni memang tak best.
Aku feeling time part Kajol ngan Shah Rukh jer. Tapi sayangnye banyak sangat part adik2 dorang ni. I is rimas tau. Aku memang tahu lah citer ni dorang ada adik tapi tak sangka sama banyak babak dorang. Aku ingat kan fokus filem ni kat Shah Rukh Khan ngan Kajol jer. Aku rasa dialog adik Kajol tu lagi banyak dari Kajol. Pfftt. Tapi aku tak adalah nak cepat kan ape. Still boleh layan lagi. Oh ya, nasib baiklah salah satu lagu Gerua or Janam Janam ni tak dapat kat adik dorang kan. Yela.. dorang tu kira watak utama jugak ape. Kalau tak, mesti tak best.
Walau apa pon, filem ni memang layan. Lagi2 time nyanyi. Sikit2 aku asyik ulang jer.. Janam Janam.. Jahanam.. Kuikui.
Byeee.
No comments:
Post a Comment