"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

Jan 3, 2016

Raiyan Iqbal turn 3


Semalam kami sekeluarga pergi rumah mak cik kat Seremban sebab ada makan2 untuk birthday anak sepupu aku, Raiyan Iqbal yang ke 3. Last year pun ada sambut jugak kat rumah aku. Boleh godek entry lama kalau rajin. Hiks.

Abah Raiyan beli daging kambing yang dah di marinate ngan buat chicken grill. Sedap tahap nak meninggal hokay especially tang kambing tuh. Ni citer pon kecur air liur. Slurpp. Sedut balik air liur.

So, datang tu takkan nak melenggang jeww.. Hihi. Kami cadang nak beli kek secret recepie, tapi habis la pulakkk. Tsskk. Dah hagak da.. Kalau aku nak beli ada je lah dugaan mendatang.. Dahla da janji nak beli kek. So kitorang pergi Baskin Robin kat Plaza Shah Alam. Tapi tinggal hat yang kecit jeww. Mana cukup. Nangis kat situ. Staff Baskin Robin tu suruh kitorang pergi kat SACC Mall ada yang besar. Terus laju2 pergi sana. Gigih khennn. Settle terus gerak gi Seremban.




Selfie as usual. Haha. Hari ni iolls buat teknik contouring pakai Sendayu Tinggi nyer shading. Suka sebab kulit nampak tan dari biasa. Wah..tan katanya. Hitam padahal. Lol.

Sekarang keluarga iolls macam da islamic sikit sebab tadi pun ada buat doa selamat sikit untuk Raiyan. Dulu pun islamic jugak tapi jarang la nak solat jemaah ke apakan. Tenang jer hati dapat solat ramai satu keluarga macam ni. Raiyan pulak comel je. Orang baca doa selamat dia selamba jer meluncur atas sejadah sebab ingat jalan raya kot. Kan macam sama. Pffftt. Terus wan dia suruh lipat sejadah.

Lepas solat, apalagi.. Mengketedarah la...







Menu harini. Alhamdulillah. Memang lazat tak terkata. Tengok pon nampak sedap kan. Western katenye.



Raiyan dah ready nak potong kek. Baguslah. Mak cik ko ni dah tak sabar nak rasa, pertama kali nih makan eskrem Baskin Robin. Sedih kan citer ni.



Raiyan excited tengok animal kat atas kek tu. Beberapa kali cubaan nak cabut animals yang tak bersalah tu digagalkan oleh ibunya sendiri.


Riang ria di hari raya.



Close up sikit kek birthday. Yang ni harga dia RM 167. Tapi ada off 10% untuk pengguna Maybank Card. Tapi tak best la sebab tema krismas kan. Yelah.. musim krimas tak habes lagi.



Layankan Raiyan main kereta. Tolak2 je pon. Raiyan suruh laju2. Semput jugak lah walaupun guna kuasa tangan sahaja.



Raiyan cakap ni lorry angkat ampah. Hihi. Kadang2 dia kata ini truck. Bukan truck like 'truck' gitu jer. Kena sebut slang sebab Raiyan pon sebut slang. Nyampah tau. Haha.



Sopannye..



Last sekali tertungging habis. Akhirnya birthday boy tercedera lalu terlantar di atas tilam nipis. Dia kata kat mama dia 'saden' (read:accident) ngan kereta. Ada macam kulit terkopek sikit kat kaki. Aku kah yang buat? Tak perasannn. Sorry Raiyannnn. Mak cik tak sengaja nakk. Hukhuk *batuk*

Balik Shah Alam pukul 11 lebih sebab dah risau anak kecik tengah tunggu kat rumah...


Elok jer tahik budak ni kat alas kaki bilik air, Sungguh tak sopan tau perangai.

Byeee.
posted from Bloggeroid

1 comment:

kisah earty said...

hahaha..ko melanggar budak kecik ke syu..neno neno neno..panggil ambulan cepat..hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...