"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

Dec 28, 2014

Jalan2 ke Utara -> Padang Besar dan Wang Kelian


Day 1

Rasa2nya dalam banyak2 negeri kat semenanjung Malaysia, satu2nye negeri yang belum pernah aku jejak adalah Perlis kot. Eh kenapa ada kot? Actually I'm not very sure lah. Mungkin masa kecil pernah pergi? Tapi memang tak pernah ada dalam ingatan aku.. maka aku consider yang aku tak pernah jejak lagi. Okay?

So.. jom lah kita ke Perlis. Haha.. awkward gila aku punya intro kan. Ni adalah percutian keluarga aku ngan keluarga mak cik aku. Aku rase nilah percutian paling grand kot setakat ni. Ekcuali bukan setakat Perlis je uolls, kitorang pergi Kedah ngan Penang sekali. Cover semua dalam masa 3 hari. Bermalam pulak di Alor Staq and Penang. 

Pagi Jumaat 12/12/2014, sebelum Subuh kitorang dah bertolak dari rumah. Aku awal2 pagi da bangun sebab nak buat cekodok pisang. Wah cekodak pisang katenye. Yelah.. rumah aku banyak pisang time tu, so dari busuk baiklah aku buat cekodok kan. Kena puji lagi ngan Along Jaja kate cekodok aku lembut. Kembang2 hidung ahkak.. mihmih.. Janji ngan mak cik aku jumpa dekat RnR Rawang. 

So dari RnR Rawang kitorang kami berkonvoi ke utara. Lepas tu berhenti berehat di RnR Sungai Perak pulak. Jangan tak tau ye, kat Sungai Perak ni ada harimau. Tak caya???




Kann.. I told youu!!.. Berani tak Kak Pah amik gambar dekat2.. mihmih... Takuit tak? takut kann?? Ade 2 ekor, tapi Kak Pah sempat snap sekor jer. Sekor lagi sempat larikk. Geram je Kak Pah.

So dari Sungai Perak, kami meneruskan perjalanan ke Perlis. Tapi sebelum tu kami singgah dulu di Alor Setaq sebab family Kak Siti ( wife cousin aku ) nak join sekali. Overall, perjalanan dari Shah Alam ke Perlis kalau tak berhenti aku rasa mengambil masa 5 ke 6 jam untuk kelajuan tertentu. Tapi kitorang banyak berhenti so kitorang amik masa 7 jam untuk sampai ke Perlis.



Gila ahh aku tak tidur kot sepanjang perjalanan. Fening kepala sebab takut tengok diorang ni bawak kereta laju2. Potong sana potong sini. Seriauuu. Mulut aku ni asyik lah membebel. Kalau tidur aman sikit hidup aku. Celik2 jer dah sampai ke destinasi.

Destinasi utama kami di Perlis adalah Padang Besar and Wang Kelian. Lepas tu nak jemput mak aku kat Jeti Kuala Perlis. Tapi Wang Kelian bukak Sabtu dan Ahad je. So hari ni kami tuju Padang Besar sahaje dulu. Wang Kelian kitorang pergi esok jer. Bukan nak shopping sangat pon, saje je nak menjejak kan kaki kat sana. Tak pernah lagi lah kate kan. Aku memang tak la nak shopping sebab memang tak ada duit pon mihmih. Kitorang follow ayah Kak Siti jer pastu. 

Singgah sembahyang Jumaat and Zohor. Tak ingat pulak kat mana tapi somewhere in Perlis.




Ewahh.. kemain santai big boss kat belakang ni. Mentang2 lah mak aku tak ada kan.. satu seat tu die conquer.. hihi.. Masa ni bapak aku tengah membebel suruh singgah rumah pak cik dia kat Kangar. Baik bos!! Tapi tak singgah pon sebab masa tu dah lewat sangat. Kitorang kan follow ayahnye Kak Siti. Die nak kejar Asar gamaknye. Bagus jugakk.. Aku pon memang malas nak singgah.. Haha.. Gile keji perangai.




Yey dah nak Sampai Padang Besar. 




Sampai2 jer terus isi perut dulu. Lapaq dah nihh.. Wah tetiba nak speaking utara uollsss!! Parking kereta kat sini pon kena bayar uolls. Tak tahu lah berapa. RM 3 kot. 

Makan dekat gerai dekat2 situ ajer. 




Family Kak Siti. Time ni Kak Siti tengah skodeng anak die buat apa. Cantikkan Kak Siti ni. Now die tengah pregnant anak no 2.




Alolo.. comel jer Ayien duduk kat situ. Eee gerammm!  Ayien kat sini sombong tau ngan weolls sebab sibuk main ngan sepupu die. ='P




Sontam! 
To be honest biasa je kot rasa dia. Kat Shah Alam boleh dapat lagi sedap kot.




Nasi goreng Paprik aku punya. 
Gambar makanan orang lain tak leh amik sebab takut kene kecam. Mihmih..

Dah kenyang kami pon sambung berjalan.

Ekceli aku bayang kan Padang Besar ni macam padang pastu penuh dengan stall2 orang meniaga. Nama pon padang kan. Noob gila.. haha. Rupa2nya ada deretan kedai, arked niaga and ada juga bawah khemah. Berbumbung uolls. So tak adalah kena panas. 




Suasana dalam arked. 
Aku masuk2 jer terus target carik selipar tapi nak tapak tinggi. Gila berjalan nak pakai wedges. Terpeleot nanti free2 je. Nasib baik jumpa walapun warna warni. Tak kisah lah.. janji ahkak selesa. 




Basically, memang banyak jual baju bajan jelah dalam arked ni. Aku ingat nak beli hadiah Secret Santa kat sini tapi macam tak tahu nak beli apa. Kononnya nak speciallah beli kat Padang Besar kan.. hihi. Memang target nak beli baju untuk hadiah Secret Santa tahun ni,tak jumpa pulak baju yang berkenan kat hati. Nak beli jersey tapi kain macam kain guni jer aku nengok. So tak jadi beli lah. Kite pon tak berkenan takkan nak bagi orang pulak kan.




Ni pulak dekat gerai bawah khemah. Still ade jual baju2 ngan makanan seperti keropok, asam, kekacang and bahan2 masak kering macam bawang and ikan bilis.




Coklat Peppero bersepah2 jual kat sini uolls. First makan, memang sedap rupenya. Patut lah popular tak hingat.




Bebawang



Maafkan ahkak sebab gambar semua angle tak berapa nak menarik. Kena improve lagi skill ambik gambar. 

Walaupun macam tak beli banyak barang kat sini tapi memang enjoy jalan2 sambil cuci mata kat sini. Lagi pon kalau beli pon tak tahu nak letak mana barang2 tu. Belum apa2, bonet dah penuh isi beg2 baju dari rumah ^.^'




Sepanjang perjalanan dok kerja isi minyak jelah weolls. Petrol guna macam air jer dah aku rasa. Habis kat duit minyak jer uolls.




Berseni sangat. Kak Pah suka sangat gambar ni. 




Senja nan kuning





Pemandangan sawah padi yang indah permai.. 

Wah.. bersastera pulak aku petang2 ni kan.





Tamat sudah hari pertama.


******

Day 2


Esoknya pulak pagi2 buta kami dah bertolak dari Alor Staq ke Wang Kelian pulak.. Hamagadd.. Keluar masuk Perlis kami minggu ni.. haha. 



Pandai jugak aku amik gambar.. #hover




Wefie ngan family. Barulah nampak muka Tuan Belog 2 kali je kan. Nak buat camna uolls.. Kamera iolls yang pegang.  

Ekceli kan Kimono Cardigen yang aku pakai ni aku jahit sendiri. Boleh search tutorial dekat Youtube. Bapak segala senang uolls. Pejam mata pon boleh jahit #hover




Sian abah aku tak boleh dah nak conquer seat belakang tu sebab mak aku dah balik dari Langkawi. Lupe nak citer, ekceli mak aku pergi kursus kat Langkawi. Semalam kitorang amik dia dekat jeti Kuala Perlis. Minggu ni kitorang kencing manis dok makan coklat Langkawi.




Bapak aku semenjak jadi ustaz ni memang gi mana2 pon berjubah je lah. Tak ada pesen lain. 




Masa ni baru parking kereta. Kena berjalan kaki nak masuk Wang Kelian ni tapi tak lah jauh mana pun.  That why kitorang keluar awal pagi, kalau tidak memang lecak lah tiak berjalan tengah hari buta.




Posing dulu ngan Along Jaja sebelum muka berminyak nanti. Nanti muka dah berminyak tak catik pulak.. Ewah.. masalahnya cantik ke kau?




One more.. hihi.. saje nak test power monopod baru uolls. 




Laju jer masing2 berjalan. Tinggal kan iolls kat belakang. Kejam.








Periuk belanga.
Mujur aku ni tak reti masak. Kalau tak agaknye kena sawan periuk aku jadinya tengok periuk kuali murah2.
Kat sini periuk kuali memang murah2 tapi make sure biar kena lah dengan kualitinya. Beli murah2 pon tak guna kalau kualiti cam hampeh kan. Pakai 2 kali dah jahanam. So membeli lah dengan bijak.




Kalau emas tulen jual macam ni, harus aku jadi perompak.. hehe.. Cantik2 brooch kat sini tapi masalahnya die punya pin tu tak kuat. Kalau makan nganga mulut besar sikit confirm tercabut. Barang kat sini memang murah2 tapi kualiti tu kurang sikit lah.







Beli satu fridge magnet buat kenang kenangan.




Beg2 pon bersepah jual kat sini. Pilih je mana yang berkenan.





Keropok2 and asam2








Nenas kat sini kecik jer uolls. Teringat pernah terbaca kat belog Kasih Aleeya, kat Krabi pon nenas die pon macam ni jugak. Eh memang lah kan, Wang Kelian ni memang dah masuk area Thailand pon. Tetiba adik sedara aku memekik suruh tutup phone, katenye takut roaming. Kelam kabot aku. #hover




Giler tak beli.. kate mak aku.




Kemain uolls..





Ayien nak lawan mak cik dia.




Alolo comelnya dia. Gigit nak?




Beli baju untuk Ayien. Sepupu Ayien Imani pon dapat selai.




Sambung lagi tengok barang








Tengok jer kak? Hehehe




Abah Ayien belanja aiskrim. Tak faham jugak aku camana aiskrim ni cepat naw keras.

Eh.. tak nak pikir lah.








 Balik2 Ayien jugak dapat barang baru =.=




Die nak tunjuk kasut baru dia. 

Ye tauuuu. Haha.




Hahaha.. time ni memang kelakar giler. Ayien naik benda alah sampai terpelanting2. Pastu gelak2.. Comel sangat.. Aku nengok pecah perut gelak kan si Ayien. Tapi kalau budak besar Ayien ni macam bahaya sikit lah main benda ni sebab diorang kan tak pandai imbang badan lagi. Mujur tak jadi beli.




Tengok tu sampai tergolek2



Motif gambar ni aku pon tak tahu. Aku nengok macam comel je jadi snap jelah kan.. hehe



Ulang balik caption di atas.. hehe




Aku dok ushar jer comforter yang paling depan ni. 60 hengget jer tapi takut kain panas. So tak jadi beli.
Alah kalau kain sejuk pon memang takkan beli jugak. Mane nak letak uolls.




Kuda ni kitorang pernah ada masa kecik2 dulu. Ade lagi orang jual yeh. hehe







Gunung berapi@belacan. Kak Siti kata belacan kat sini power2. Terus mak2 ni beli.




Ayien kehausan. Berebut rebut air dengan Kak Imani.




Sontam lagi. Tapi tak sempat rasa pon sebab lupa nak makan. Teringat je dah basi. Sedih uolls.




Dah macam pengamen jalanan dah aku nengok
Muka dah sesuai sangat dah tu.




Kepenatan. 
Bangun2.. tu jalan tar ye anak2 bukan carpet!




Hasil tangkapan. Macam banyak sangat lah kononnya kan. Hehe.




Wahh.. kiranya aku dah masuk Thailand lah kan. 
Sawadikap!!
Nak jugakkkk feeling Thailand.. #hover




Sebelum balik kita Wefie dulu!
Nasib baik diorang sporting nak wefie. I likee!!




Time ni tiba2 Ayien tersedak kacang. Kelam kabot gile time ni. Aku dah takut time tu. Ayien2 ='(





Bye Perlis!!



Kesimpulannya, antara Padang Besar and Wang Kelian mana lagi best? Bagi aku dua2 pon best cuma aku lagi prefer Wang Kelian kot sebab Wang Kelian ni suasana dia macam apa yang aku bayang kan. Semua stall2 jer kat situ. Feeling nak shopping tu lagi meriah gitu. Padang Besar ni moden sikitla ada arked bagai. Tapi barang2 tak banyak beza sangat pon.


Petang tu kitorang bertolak ke Penang pulak. Nanti iolls sambung okey..


Dec 27, 2014

Tak ada air Vs Banjir #banjir2014

Assalammualaikum

Bangun tidur pagi tadi, macam biasa tempat pertama yang aku akan tuju adalah toilet. So aku pon masuk lah dalam toilet and buat apa yang patut. Settle, aku buka lah paip kan... eh.. tak keluar air? eh? okey.. rilex2 sister, sister rilex (nyanyi maca,lagu imuda tu.. eheh).. may be main paip da tutup kot... Ahah nasib baik ahkak bijak..  And nasib baik jugaklah main paip dalam rumah tu kat bilik air aku.. so laju2 lah aku pi pulas.. eh? tak ada jugak? Aku try bukak shower and segala paip yang adalah, still tak keluar air.. sah.. memang confirm tak ada air lah nihh.. urut dada pelan2.. pergi bilik, amik air minum aku dalam botol and bersih kan lah apa yang patut..

the moment bila aku sedar yang rumah aku tak ada, first thing yang come across dalam otak aku ketika itu.. aku teringat kan tragedi banjir yang sekarang tengah kecoh satu Malaysia. Especially kat Kelantan. Terus aku tak jadi nak marah.. SubhanaAllah.. macam tak percaya jer aku tak marahh.. mihmihi.. giler nak marah? Tak ada air apalah sangat nak dibandingkan dengan nasib yang melanda saudara mara kita yang terpaksa berpanas, berhimpit, kelaparan dekat pantai timur tu.. Ya Allah.. tak berani aku nak marah wehhh...

Aku rasa ni dugaan kot untuk aku untuk belajar erti bersyukur.. nak suruh aku rajin2 kanlah diri tu bersolat.. huhuhu.. Doakan banjir ni cepat2 lah surut.. Ya Allah.. dah tak sanggup rasanya nak mengadap berita kat tv.. kat facebook especially.. dengan issue2 politik and fitnah yang tak berkesudahan.. Ya Allah.. pelihara lah kami.. Ya Allah..





 






Ya Allah.. pelihara lah harta benda yang kami perolehi dengan titik peluh kami...









Ya Allah.. permudah kan lah urusan mereka Y Allah...



Ya Allah.. kau permudah kan lah urusan penyelamat2 yang berkerja keras menyelamat kan hamba2 Mu.. 



Balik Kampung #syuramasak


Salam Jumaat uolls!

Aku baru jer balik dari kampung.. semalam pagi balik subuh2 after kerja. penat woo.. balik kampung semalam pun bad mood jer aku sebab penat balik kerja tak hilang lagi. Sejak umur makin tua ni (wah sedar pulak kau tua kan.. haha) aku makin cepat penat lah uolls. Agaknya dah tak sesuai kot aku kerja malam macam ni lagi agaknya. Nak tau tak, ada hari tu aku kerja bahu aku.. hamagaddd.. sakit gilaaa.. Aku dah cuak jerr. Buat kool jelah depan opis mate. takut osteoporosis je. Tidakk.. i'm still muda untuk semua inii.. sobs

Kena jaga kesihatan ni.. Haruss!!

Ok.. balik kepada tajuk entry.. agak lama jugak lah aku tak balik kampung.. Almost 2 month kot.. Last balik pon masa Raya Haji. Sampai kampung terpandang kan rumah arwah wan induk( adik arwah wan aku) aku. Sebak pulak rasa hati.. Sedar tak sedar 3 bulan sudah wan induk meninggal dunia. Aku bukan apa.. sedih sebab bila nampak rumah tak berpenghuni. Kesian jugak dekat wan teh (kakak wan induk) sorang2. Dulu wan induk masih hidup.. ada jugak lah dia kawan walaupon aku dengar asyik lah merajuk ngan wan induk kan. Haha.. biasa lah adik beradik.

Tak ada apa aktiviti yang menarik kat kampung. Banyak berehat ngan melayan Ayien main jer. Petang nya kitorang buat kuih ondeh2. Bapak senang gile buat kuih ondeh2 ni eh rupenye. Aku rase aku pon boleh buat kot. Ewah.. mentang2 lah baru buat kek sekali terus rasa semua senang. Tu mujur kek bantat dah riak.. kalau tak bantat tak tahu lah.. hehe

Ni nak share resepi Ondeh2 ala Kampung Relong

1) Gula Melaka. Ni wajib ya. Kalau tak ada kau jangan nak bagi nama Ondeh2 kat kueh tu ya.





2) Daun Pandan. Ekceli daun pandan ni tak ada pon tak apa. Sebab function dia nak bagi efek warna hijau tu. Biasa orang pakai perwarna jer. Tapi tak bubuh perwarna pon tak apa jugak, biarkan putih same je pon rasa dia. So kita tumbuk daun pandan ni and kasi rendam dalam air.

Ewah yang menyimpulkan daun pandan tu along jaja aku punya kerja. Baru lah Kampung Relong namanya.. gitewww!




3) Tepung pulut. Aku tak tau lah sukatan yang sebetulnya.. tapi aku nengok mak aku main letak je air ikut suka hati dia. Asalkan tak cair and tak pekat sangat. Mak cik aku cakap cair tu. Hahaha. Mak aku pun sama degil ngan aku tak dengar cakap. Oh ya.. air tu pakai air pandan yang direndam tadi.




4) Lepas tu dengan mengguna jari, korang gentel2 kan lah tepung pulut tadi tu ngan gula melaka tadi macam gambar di bawah.



5) Begini lah hasilnya. Taraaaa...

P/s Jangan biarkan lama2. Lepas siap menggetel, sila rebus cecepat sebab nanti gula melaka tu akan mencair. Bukan apa, bila cair nanti comot pulak korang punya ondeh2 tu kan dah tak cantik. Kalau bagi bakal mertua makan patah pulak selera orang tua nanti. Pesanan dari pihak penaja.




6) Okey.. rebus time. Letakkan belen2 daun pandan tadi tu and garam dalam pastu panaskan air sampai mendidih. Pastu pelan2 masukkan ondeh2 tu. Nak tahu bila dah masak? Ondeh2 tu akan terapung. Bila dah terapung sila ang kat cecepat and gaul kan dengannn...




6) Kelapa paruttt. Kelapa parut ni pon kena gaul dengan garam sedikit. Baru lah rasa lemak2 sikit. Peh sedappp..




Yeahhh we're doneee.. 
Nampak ssodapp kan.. Wah tetiba nak cakap Nismilan.. hehe


Selamat mencuba!!!


*********************

Nak selitkan sikit gambar budak manja pengarang jantung sorang ni. The only budak kecik in da house.




Baru bangun  tidur petang. Bulat betu mata. Kalau tak ada budak ni bosan jer lahh..

Ayien ni memang manja kemain. Aku rasa aku ni tak adalah penyayang mana pon. Tak ada pulak peluk2 si Ayien ni.. kiss2 dia ke.. Bagi coklat ke ape.. Tapi mau pulak tu die ngan aku. Tetiba datang nak duduk atas paha.. Alolo.. malu ai tau. 



Ayien dah pandai duduk bersila atas kerus harus amik gambar.


*******************

Al Fatihah untuk Muhammad Syafiq Abdul Latif. 
='(







Dec 22, 2014

First experience buat kek. Cara buat Butter Cake dengan mengguna pemanggang ajaib. #syuramasak


Terus terang hakak cakap, hakak memang tak reti masak uolls. Memang dari kecil mak hakak memang boleh dikatakan tak pernah lah nak ajar masak ke haper. Seingat hakak memang tak pernah lah die ajak hakak tolong dia potong bawang ke, ape ke.. even simple2 dish like nasi goreng or goreng pisang pon tak pernah uolls. Mungkin die rase hakak ni menyemak je kot kat dapor. Dah lah badan besar kan.. Mihimih.. Masa tu hakak terasa hakak ni anak raja uolls!! ekeke.. Gurau2 je.. Walaupon tak pandai masak, still kena buat kerja2 rumah.. tapi malas jugakkk.. bila kena suruh kemas rumah jer terus memberontak.. still mak hakak yang kena buat.

Tapi tak bermaksud lah mak hakak ni bukan ibu yang bagus. Hakak rasa die cume nak hakak tumpukan 100% kat pelajaran kot. Kate dulu budak mrsm khennn.. So mak sayang lebih lah tu. Macam tak caya pulak hakak ni dulu budak mrsm.. Tapi vodo jugak.. Tak adalah jadi doktor pun hakak.. Jadi cekgu pun tak lepas uolls. Haha.. Sampai ke sudah lah vodo nye.. dah lah pelajaran pon hanyut.. Masak lagi lah kelauttt.. Maka sampai ke tuo lah tak reti masak.

Bila umur dah nak menginjak ke 28 tahun tahun depan, tetibe hakak terasa insaf lah pulak. Teringin pulak nak nak belajar masak. Tetibe rase macam nak buat kek.. Amboi.. belum apa2 terus nak buat kek. Bercite2 tinggi sangat hakak. Tak kisah lah.. hati hakak dah meronta2 nak masak kek ni. Nak tak nak hakak kena masak jugak.

Okey.. kiter nak masak kek ape yerr.. nak masak kek tapi.. eh. mixer takde.. oven pon tak ade. ade hati kau ya nak masak kek. 

No no no.. walapun anda tidak mempunya barang2 yang disebut kan diatas kat rumah, anda masih boleh buat kek. Tak de mixer?, sila lah pakai kederat anda untuk pukul adunan tu nanti. Seriusly, hakak pon tak tahu sebenarnya tanpa mixer pon kite boleh pukul adunan tu pakai tangan. Mase tu hakak pikir kalau tangan macam Malik Nor boleh lah kan. Tapi bila dah cube baru tahu.. Tapi memang rasa macam tercabot lah lepas tu.

Oven takde?  Tak ada hal okey.. Nasib baik rumah ade pemanggang ajaib mak hakakkk. Yey. So hebat jugak lah hakak kan, first masak kek guna magic pan hokey. Kau mampu?



Nasib baik lah ada magic pan uolls. Nak guna jenama apa pon tak kisah janji magic pan nama dia. Hakak punye haruss jenama Vantage. Barulah voge the vazz..

Resepi hakak google jer. Carik yang paling senang and paling sikit bahan. Jumpe lah resepi Kek Butter Namee Roslan. Bahan2 pon memang dah ada kat rumah.

Ni resepi yang akak copy dari blog Namee Roslan

1) Butter satu buku tu
2) Gula 1 cawan
3) Tepung 2  cawan
4) Esen Vanila satu sus

Untuk kek hakak, hakak tambak
5) Coklat air mata duyung (Kisses)
6) Baking powder satu sudu kot.




Step 1 : Pukul telur, butter gula sehingga adunan jadi sebati. See, hakak kan degil, Namee cakap telur letak 4 bijik hakak letak 3 jer. Giler ah hakak pukul sampai kembang dekat setengah jam kot. Rasa macam nak give up sebab tangan dah sakit giler. Very the mengada kan. Tetibe ade pulak budak datang nak mengaji. Abah hakak memang ustad. Lantak lah kan.. hakak tetap gigih memukul depan budak2 tu. Boleh pulak dua bradik tu bergaduh nak mengaji dulu. Nasib baik hakak tak terpukul budak2 tu.

Lepas tu, tetibe rasa macam adunan tu macam pekat sikit tapi dah kembang cantik, hakak pi gatai tambah sebijik lagi telur.. muahaha.. terus jadik berketul2 adunan tu. Rasa macam nak pukul diri sendiri jer time tu. Aktiviti pukul memukul diteruskan.. Padan muka adunan dah tak kembang macam tadi. Nanges.


Step 2 : Masuk kan tepung gandum sedikit demi sedikit. Selagi lagi hakak bersikap degil. Hakak masuk kan secawan setngah jer. Sebab pekat sangat. Pasrah jelah.


Hakak pakai cawan saiz ni. Tapi cawan Namee lagi besar hakak nengok. Ahh lantok lahh..


Rupa adunan setelah siap sepenuhnya. Eh macam cantik pulak rupe die kan. Mase ni hakak selawat banyak2 mintak2 lah sedap kek hakak ni. Kalau tak sedap karang jenuh pulak nak habiskan.


Step 3 : Masuk kan adunan perlahan2 ke dalam magic pan anda. Oh ya, sebelum tu kena ratakan minyak kat magic pan tu supaya tak melekat kek tu nanti. Lepas tu hakak letak coklat air mata duyung mak hakak beli kat Langkawi itu hari. Suka hatilah nak letak camne pon. Settle!! Sekarang tunggu kek tu masak je.


Disebab kan hakak ni syok sendiri, perasan kek hakak sedap, maka hakak cube nak makan saki baki adunan kek hakak ni. Teringat masa kecik dulu kalau mak hakak masak kek berebut ngan adik nak makan adunan kek ni. Mak hakak tak nampak je terus bawak lari sudu  masuk bilik.. Muahaha.. buruk perangai tul. Tapi aku yang dulu bukan lah yang sekarang. rasa sesudu dah tak nak da. Takut pulak sakit perut nanti.


Yeyyy dah siap dah.. kejap je uolls. Tapi bantat sikit lah. Bantat pon bantat lah, tapi sedap jugak rasa kek hakak.. =D. Bagus jugak bantat. Kalau tak bantat sure ahkak riak. Haha. Selamat mencuba!


Dec 21, 2014

Chocolate


Every year, setiap kali Krismas menjelang, opis kak pah memang akan buat makan2 and bagi coklat kat semua staff tak kisah lah kau ni agama and bangsa ape. Tiap kali tu lah Kak Pah akan teruja gile dapat coklat. Nampak coklat dari kejauhan Kak Pah dah tak keruan, nak buat kerja pon tak boleh focus dah. Hahaha. Memang dasar Kak Pah sangat kan..

Sepanjang kerja kat sini, seingat Kak Pah, tak pernah lagi kot dapat coklat yang sama. Every year diorang akan tukar vendor. Alolo, Kak Pah rasa memang company terpaksa tukar vendor sebab staff hsbc ni banyak naw complain. So mane2 coklat yang tak mencapai tahap piawaian kami, jangan harap ye tahun dapat tender lagi kat hsbc. Macam last year, vendor coklat adalah Sarimah Ibrahim uollss. OMG Pengsann!! Kak Pah pon baru tahu Sarimah ada company coklat. Kak Pah memang peminat Sarimah Ibrahim dari sejak azali maka harus ya terkemut2 mulut Kak Pah makan coklat dari artis khenn walau pon coklatnya tak adalah sedap mana pon.

Since coklat dari Sarimah pon tak mencapai tahap piawaian kami (pandai2 je ko kan.. hehe), maka tahun kami dapat coklat lain pulak.



Chocolate chips. Boleh lahhh.. Seriuly macam mak cik Kak Pah punya kuih raya rasa die. Tak tipu okey. Tapi memang sedap lah.. Chocolate die memang banyak dan besar.


Yang ni pulak mula2 Kak Pah ingat ni biskut lagi. Dah apahal hsbc ni bagi dua2 biskut kan. Kedekut gila.. See.. belum apa2 dah complain kan. Haha.. Tapi bila makan memang betul2 coklat rupenye. Tapi tu lah, Kak Pah ni bukan peminat dark coklat. So yang coklat rasa pahit sume Kak Pah tak makan. Bedal yang putih ngn coklat jer.


Baii



Dec 6, 2014

Hopeless

Makin hari makin tak bersemangat lah nak bekerja

Macam tak ada wawasan

Apa matlamat aku kat h**c ni sebenarnye?

TT  nangess
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...