"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

Jun 2, 2014

Joging kat Taman Tasik Shah Alam


Assalamualaikum..

Petang tadi, sepet wassap kat Gelimatmatmatt (grup wassap) kata aku nampak kurus. Wahh.. betulkah? Dua kali aku repeat baca takut salah, kot lah dia cakap pasal orang lain ke kan. Bila dah confirm aku yang dimaksud kan, dan2 pi hangkut sport shoes yang da berabuk kat dalam rak tu gi joging kat taman tasik shah alam. Hahah.Nampak sangat kan.

Ekceli tak adalah kurus mane pon. Aku pilih gambar yang cantik2 je upload dalam facebook. Muahaha. Sepet agak tertipu disitu. Ampoonnn. Yang mana lemak2 tersentil keluar tu, kim salam aku nak hapload.

Semalam ekceli aku gi wedding ex-housemate kat uitm melaka dulu. Best gila.  Will update about it later k. Dalam banyak2 gambar yang aku amik waktu wedding fiza, ade la satu gambar gila hazab. Tak sanggup aku nak hupload. Tapi ku hupload kan juga, nak bagi hampa nengok betapa hazabnya pemandangan itu.


Ha.. bapak besarrr kan..  tak tipu punya.. hazab tak hazab lah korang nengok.

Bila tengok gambar ni tetiba kesedaran nak kurus kan badan tu datang balik. Tu yang bila sepet cakap aku nampak makin kurus terus excited nak gi joging. Rasa macam menipu pulak aku rasa.. haha. Tengok langit, tak gelap, means tak hujan. Eh macam suruh aku joging je.. =.=

Maka, joging lah aku hari ni kat Taman Tasik Shah Alam setelah sekian lama.. My all time favorite untuk joging. Ekceli dah banyak kali dah aku joging kat sini tapi nilah first time aku beria amik gambar bagai. Saja nak share ngan korang kot2 lah ada yang berniat nak joging kat sini tapi was2. Was2 pasal apa pun aku tak tahu. Giteww.

Sebelum tu aku nak mintak hampun sangat dengan kualiti gambar yang sooo 2005 gitu.. hp murah. Sobss.




Mula di sini katanya. Ekceli banyak kali aku datang sini, baru lah aku tau satu pusing Taman Tasik Shah Alam ni 2.8 km. Mati2 lah aku ingat kan selama ni aku pusing 5 km. Gila berangan.






Dari aku kecik aku kecik memang dah wujud dah playground ni. Cuma mungkin ada certain permainan tu dah tak ada sebab dah lama. Yalah, dah berpuluh tahun kan. Cuma yang kat bawah ni memang dari dulu dah ada. Tapi aku tak suka main sebab sakit ketiak weh.



Wet World! wujud lagi kau ye.. haha.. Aku penah pergi sekali masa sekolah rendah dulu. 17 or 16 tahun yang lepas. Peh..lamenye.. Rasa tua tiba2.  

Here we go some scenery kat sini.  
Scenery kat sini memang cantik. Nyaman jer.. udara pon fresh. Sesuai sungat untuk bersantai dan beriadah.
Aku gi sini slalu rasa macam back to 90's. Tak tahu pasal apa.





 Oh ya.. kat sini selain berjoging, korang boleh juga berkayak. Teringin jugak nak berkayak tapi macam tak confident jer.










2 km aku berjalan, baru sebijik kuih tepung pelita je dibakar. Sobs. Fenat okey. Hujung2 pon aku dah berseret kaki nak balik ke kereta. Sobs. Insaf.














posted from Bloggeroid

May 25, 2014

Balik kampung

Hari ni gue balik kampung gue di negeri sembilan to attend kenduri kahwin sedara gue. Maka bangun awal lah gue hari ini. Sobs. Hanya mampu tidur sejam lebih sahaja malam tadi. Tak pa. Udah biasa.

Gerak dalam pukul 8 lebih. Dah lah all the from Shah Alam to my kampung tak ngantuk. Miracle okey. Jarang2 berlaku kejadian ini.

Sampai area Rembau, minum2 dulu dekat pekan Rembau. Awal lagi kan. Baru pukul 9.30 am. Tapi gue tak makan sebab nak simpan ruang untuk lauk kenduri kawen. Mihmihmih.

Lepas settle minum2 kami terus head off to kenduri kawen. Dah ramai tetamu yang datang. Pelamin bapak segala simple hokey. Tapi  apa ada hal kan sebab belah lelaki. Jimat kate ko.



I told you. Very the simple mimple.



Tetamu dah mula makan. Gue dah tak sabar mau makan. Perut uag keroncongan giteww.



Layan Ayien jap. Budak momel ni dah makin becar.



Ayien main beg channel mak long cura. Wah, channel kauuu.



My kazen ngan anak orang. Hehehe..  Budak ni ekceli kembar uolls.

Pas makan segala, gue terus pulang ke kampung halaman. Ni Ayien tantrum kat kampung. Tergolek2 kat lantai sebab tak dapat bukak beg tu.



Ramai datang rumah kat kampung tadi. Sampai gue pon konpiys sebentar. Hari raya kah?

Pastu balik. Oh ye, kat rembau dah ada Kepsi uolls.



Sekian.
posted from Bloggeroid

May 18, 2014

Mencik

Banyaknye makan kepsi minggu ni. Mencik.

May 13, 2014

Muka ku

Seram bila selfie muka sendiri pakai phone Lenovo murahan ku. Terserlah kot parut2 jerawat dan kedutan2 segala kat muka. Paling tak suka bahagian mata. Tak ada ciri2 smiling eye langsung. Sobs. Mulut senyum tapi mata nampak cam baru bangun tidor je.

Baca juga tips macam mana nak fresh up kan bahagian mata. Biasa la aku google apa lagi. Mudah dan InsyaAllah berkesan. Amik kapas rendam kat dalam air sejuk, squeeze and tekap kat mata. Will try it very soon. (⊙o⊙)

Remember previous entry aku tulis pasal cinnamon for jerawat? Just nak bagitau korang, yang aku dah start amalkan petua ni. Kelmarin after my dad balik dari ajar mengaji, my dad beli madu lebah asli and kelulut. Dua2 original taw. Macam ni lah rupanya.



Saje letak bekas tu dalam air sebab nak elak semut masuk. Kalau semut da masuk apa pon tak boleh nanti.

Remember aku cakap cinnamon tu bila aku pakai kat muka... dia punya pedih tu nauzubillah. Rasa macam nak melecet kulit muka. Dah lah time tu kene allergic. Tu yang aku pakai menitik air mata. Tak boleh tahan kot pedihnya. So aku decide instead of pakai cinnamon alone, aku campur kan dengan madu.

And baru sekali pakai.. wow.. kulit aku dah jadi normal balik. Suka. Suka. Now da pakai 3 kali kot.



Still horror lagi lah ofkosss.. tapi better than gambar kat bawah ni kan? Time ni jerawat bagai dibaja2 suburnya. Tapi gambar kat atas ni aku cam gelap sikit. Aku rasa kesan dari parut allergic itu hari.



Ke korang rasa sama je.. huhuhu.. hahaha.

Tak apa. Tak apa. InsyaAllah akan terus konsisten. pokok pangkal kena sabarrrr.. Aminn.. Nanti aku update progress lagi. Stay tuneee.
posted from Bloggeroid

May 12, 2014

Jalan2 kat GM Klang

Petang after Zohor gitu dapat call dari my kazen, Along Jaja ajak keluar. Boring katenye sebab mak2 kitorang kan pergi bercuti so kitorang anak2 ni apalagi panas bontot lah kat rumah. Hehehe..

Aku nak kata boring sangat tu tak adalah. Lite2 jew sebab kan ada astro. Bosan2 nengok lah tv tu sampai lebam. Banyak cerita yang aku rekod tak tengok lagi. Tak ada istilah bohsan dalam hidup aku selagi astro tak bankrup.. gitew.

Tapi sebenarnya aku ghindu kat my kazens sebab dah bape minggu tak jumpa. Rase macam lebih sebulan new. Awww.. geli2 je kazen aku kalau dorang baca ni. LOL. Plus ghindu gak kat anak buah dorang Rayyan yang comel lagi ceria itu. So plan hari tu nak gi GM Klang. Aku on je.. janji boleh jalan2.

So dalam pukul 3 macam tu kitorang pon gerak lah ke GM klang. Hebat weolls tak sesat pon pergi sana. Ofkos lah dengan bantuan Waze kan. Tak kisah, nak bangga gak. Dalam 20 minit gitu dah sampai. Ramai jugak lah manusia datang sini. Parking almost full kat luar so we decided park kat dalam. Nasib baik ada 1 satu kosong kat depan pintu. Rezeki Rayyan:)



Ni lah 1 gambar yang aku dapat tangkap kat dalam GM tu.. Malu lah aku nak amik gambar kat dalam GM tu.. Tak kental macam blogger lain amik gambar dari setiap sudut.. hohoho.. ni pon aku amik kat tingkat atas so lengang sikit lah. Tapi hakikatnya kalau kat tingkat bawah tu crowded gila.



Ni ayen tengah bertukar tangan.. almaklum banyak tangan boleh tolong dukung kan. Mak Long jeles.. haha motif? Suka gila tengok ayen ni. Ceria and lincah. Suara comey sangat. Terngiang2 lagi sampai sekarang. Suka dengar dia membebel. Tapi tak faham langgung apa yang dia bebel.. yaya yaya.. tu je aku dengar. Tak tahu lah awek mane si Yaya tu.



Kalau dalam gambar nampak matured sikit tapi padahal comelll and kecikkk je. Manis je bila senyum. Melting.



Mase baby dulu ayen tak banyak songeh sangat but now whining je kerja dia. Tapi kejap je. Kalau nangis pon tak sampai 3 minit dah gelak2. Macam2 budak kecit ni. Grrr.

Pusing2 satu GM beria tapi haram tak beli apa pon. Masing2 balik dengan tangan kosong. Ayen je dapat kasut baru. Kemain suka lagi, tak mau tanggal. Orang negeri sembilan panggil JOBO kalau perangai camni. Hihi.



Overal bagi aku GM ni tak ada banyak barang yang memenuhi citarasa aku. Harga pon mahal jer.. tak adalah murah mana pon. And tak banyak baju, blouse, or tudung2 yang aku berkenan. Even kalau aku kurus pon tak ada kot baju yang aku selera nak beli. Dah lah aku bengkerk ngan sorang peniaga ni. 'Adik ni badan besar boleh lah pakai yang ni'. Grrr.. Bikin wa panas jeeee.. Tahan sabar jelah aku tadi. Buat bodoh jelah tapi dalam hati rasa nak lempang laju2. Haha..

After awhile berjalan, maka balik lah kitorang ke shah alam. Mula2 hantar kak siti ngan rayyan kat sek 18. Pastu balik umah aku pule.

Kali ni keluar memang namenye berjalan betul. Serius tak singgah tempat lain. Direct gi GM pusing2, tak beli apa2 pon pastu balik. Gila tak de perasaan. Haha,

Sekian.
posted from Bloggeroid

Alkisah Si Hilmi

Kat opis sometimes memerlukan aku buat panggilan atas urusan kerja. Kadang2 staff from London dan ada juga staff dari KL. Surprisingly, in 4 years aku kat sini, ramai juga lah yang aku buat kawan just thru phone call, regardless lelaki or perempuan. Tapi jaranglah jumpa depan2. Paling hebat pon, kawan kat fb je lah. Kalau jumoa depan2 kayu tiba2 kot. But for me, we are still friend :)

So, dipendekkan cerita, aku adelah kenal sorang mamat ni nama dia Hilmi. Dia ni keje kat client service team. Very nice guy and funny too. Suka kawan ngan dia walaupun aku rasa dia kawan ngan aku semata sebab nak mintak tolong. Puihh.

Ala.. tak kisah lah apa pon but memang best kenal mamat ni. I hope kitorang boleh jadi kawan baik bukan sekadar kawan di tempat kerja sahaja. Dia banyak kali jugak ajak lepak tapi aku ni wanita muslimah harus lah aku tak layann.. ewahh.. macam cantek sangat pulak ko kan. Ekceli si Hilmi ni dah bertunang so no such thing like die nak mengorat aku ke ape.Ade pulak opismate cakap dia skandal aku. LOL. Apa2 jelah. Asalkan dorang bahagia. Aku anggap tu gurauan semata. Tried to be sporting.

Oh ya.. Today is his wedding day. Dia ada jemput tapi aku malas nak datang sebab aku kan anti social sket. Kang datang tau dah aku akan jadi kera sumbang punya. Jadi baik aku tengok tv kat umah lagi bagus. Haha.

Aku pon tak tau apa motif aku buat entry ni. Haha. Tak pa, dapat jugak buat satu entry kan.

Kat bawah ni gambar wedding dia aku cilok kat fb Solehah. As a friend, aku doakan mereka ni bahagia ke akhir hayat lah hendaknya. Insya Allah.

(Picture removed sebab tetiba rasa macam segan pulak letak gambar kahwin orang. dah lah tek pergi kan. hoho)


*** Updated
Tak boleh tahan, nak cakap jugak, sebenarnyekan nak cakap baju kahwin mamat ni sejibik gila ngan baju kahwin miro. Pitam rasa masa tengok tu. What a coincidence! =.='

Toodles!
posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...