"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

Aug 23, 2011

Pot Pet Aje #1

halluuuuu
just a quick update from me..
sila salahkan broadband i yang entah kenapa period tak habis2 lagi
lembab nak mam*** lah i cakap sama uolls
nak bukak satu blog pon makan 5 hari
sakit tul!!

ermm.. rasa macam nak tukar ke stremyx lah
tapi kalau tukar streamyx dah tak portable lah kan
nak bawak balik kampung pun tak boleh

tapi kalau tak tukar macam nilah hidup i
nak online pun rasa azab je rasa
tu belum kira adik i balik rumah lagi
confirm dia sorang jerk conquer internet kan
a least kalau pakai streamyx boleh lah dia on line pakai PC dia

tak apa.. tu i nanti2 boleh pikir .. ehehehe

ekceli i tengah upload gambar anak sepupu i
comel sangaatttt
tapi nampak gayanya harapan ajelah.. =.=

okey! nak chow pi keroja dah.. bubbyeeee!!!1


Aug 21, 2011

Kaki Drama kah aku?

halluuuu.. ! esok dah isnin lorhhh. nak kena pi kerja la puloks. sangat tak best okeyh!=.="

i baru je habis tengok stanza cinta kat tv3
uolls tengok tak drama tu?
ekcuali genre drama ni adalah cinta keagamaan gitewww
tapi episod kali ni i tengok sambil ketawa terbahak-bahak la pulak.. hihi
kenapa?? sebab i rasa tersangatlah kelakar tengok fiz fairuz miming lagu nur kasih dari kumpulan inteam.
lawaklah uolls.. i rasa lawak sangat ni..
uolls rasa kelakar tak?
cakap kelakar cepat!!! grrrr

pada uolls yang tak layan drama stanza cinta ni,
ekcuali fiz fairuz pegang watak penyanyi nasyid dalam drama ni
disebabkan dulu masa zaman muda mudi dulu walaupun sekarang ni i masih lagi muda(muda ke? ehehe?) i ni memang boleh dikira sebagai kipas susah mati kumpulan inteam woo
dulu lagu nur kasih ni memang hot kat radio ikim dulu (wiwiiitttt, dulu i layan IKIM seyhh. kagum dengan diri sendiri =B))
so setiap kali lagu ni berkumandang kat corong radio , melekap lah i kat corong radio tu uolls
dah sejibik macam Sabariah tatkala mendengar tiupan seksofon Kasim Selamat dalam filem Ibu Mertua ku dah i rasa.. punyalah kan!
so tadi. i agak tak sanggup sikit lah tengok muka fiz fairuz miming lagu ni..
memang i tak leyh terima
rasa nak tukar channel je waktu tu.. ehehe

personally i rasa drama ni boleh tahan je
malam2 ahad ni dari tak ada apa2 nak tengok layan jugak lah
cuma i awal2 lagi memang i dah rasa cerita ni kureng sikit sebab i dah tahu ending drama ni si amni (nur fathiah) akan bersama dengan fiz fairuz bukan dengan irfan (aaron aziz) kan.. huhu
ini semua penangan drama nora elena tak habis lagi lah ni.. hehehehe
i tahu pun bukan sebab i baca novel dia tapi cume hari tu masa i pi kedai buku i dapat idea nak pi baca muka surat akhir novel tu.. hihihihihi genius tak i???
tapi i tak tahulah dalam drama pengarah wat lain lak kan.

okeylah uolls. i nak layan drama kat astro prima lak
Cinta Dari Kaabah..

perghhh memanglah i ni kaki drama melayu kan..
lepas satu.. satu..
sambil2 tu bila iklan i layan filem Tolong! Awek aku Pontianak kat youtube.
efficient sungguh!
kau mampu??? .. keh keh keh

kalau tak pandai main bola orang kata kaki bangku. kalau tak pandai masak pulak?


OMG!!!

mood nak updet blog tiba2 turun mendadak lagi la uolls.. haishh..
ekcuali i just realized taw, trend i berbelog ni..
bila nak dekat hujung2 bulan je mesti mood nak hupdet blog tu cam kurang giler
agaknya sebab... yalah.. hujung bulankan. gaji pun tak masuk lagi
poket pulak jangan cakaplah uolls.. bukan kering gila lagi dah.. kontang habis!
so hati pun tak berapa nak bahagia sangat.. sob sob T__T

may be sebab tu lah nak updet blog pun cam takde mood je kot
i think so.. =.='

lagi pun semalam i rasa like i dah bazirkan RM50 je uolls
yeah.. i know, apa la sangat RM50 tu kan tapi..
hujung2 bulan ni kan RM50 feeling like dah macam RM500 je weyh.. haha

and its happen just because of i craving nak makan oreo cheese cake!
wah.. gemuk betul selera i ni kan uolls.. hehe

so semalam i ngan my parent pi beli bahan2 nak buat oreo cheesecake
balik dari carrefour.. petang tu i pun pumpang pumpang lah kat dapur
sekali hasilnya nan hadooooo je la uolls
tak sodap langsung..

nampak macam sedap tapi rasa tahap sampah.. function pisau? decoration semata-mata.. boleh?

tak sedap tak sedap pon separuh jugak i dah makan hohoho
if uolls tengah diet, don't dare to eat my oreo cheesecake..
i rasa macam makan cheese semata-mata
i pon konpius i buat oreo cheese cake ke or
sebenarnya i letak cheese je, bahan lain i letak dalam tong sampah ke hape??
i pon tak tahu lah mane hilangnya oreo yang i letak banyak2 dalam kek tu.. huhu
perghh.. sakit buah pinggang dibuatnya

how i wish could have a magical touch
whatever dishes yang i masak semua akan jadi sedap
walaupun kau masuk dapur pun setahun sekali je.. huhu
boleh tak macam tu?

happy sunday uolls! tata.

Aug 19, 2011

Fadhilat Malam Jumaat - amaran keras! kalau tak nak kurus pahala puasa sila baca lepas berbuka okey~!



Pada malam jumaat si suami memberi tazkirah kepada si isteri sebelum menunaikan kewajiban sebagai lelaki....Menurut Ulama, kalo kita berhubungan intim 1x pd malam Jumaat (mengikuti sunnah rasul), bererti kita telah membunuh 40 setan. :D
Isteri: Macam tu bang, Kalau main 2x bang??
Suami: Bererti kita membunuh 80 Setan
Isteri: Kalo 3x bang ???
Suami: 120 setan
Isteri: Kalo 4x bang ???
Suami: 160 setan
Isteri: Kalau 14x pulak bang ???
Suami: Itu kau nak BUNUH AKU..SETAN!!!

amik dari facebook najib


hahahahahah agak sengal jugak kan si najib ni??
not bad.. hihihi

am i sound too gatal huh?.. okey. i know!.. hehe

bye!

Aug 18, 2011

bahana tersasul.... malu wooo

i rasa mesti uolls pernah je tergeliat lidah lepas tu tersasul nak cakap benda lain tapi benda lain yang keluar dari mulut uolls kan... kalau apa yang uolls tersasul kan tu keluar benda yang tak mendatangkan kontroversi tak apelah. paling teruk pun kena bahan aje lah. tapi macam mana pulak benda yang uolls tersasul kan tu tiba2 jadi perkataan lucah pulak??.. hahahaha.. camno tu?

ekcuali i pernah uolls tersasul macam tu. padahal apa yang i nak cakap tu tak lucah langsung pun.. sumpah tak lucah uolls. tapi tak tahu setan mana tergeliat kan lidah i waktu tu, sekali yang keluar dari mulut i 18sx dowh... haha berpoloh ketiak i waktu tu.

benda ni terjadi masa i tengah praktikal kat Danau Kota last year. i tengah borak-borak ngan bos i. i pun dah lupa pasal apa. yang i ingat masa tu i suruh my bos pusing kan kertas.

"cik hilmi! cik hilmi puting kan.. err ni apa pusing kan aje kertas tu ni... bla bla bla..."

hahaha.. bayang instead off nak sebut pusing i boleh pulak tersebut puting.. sengal betul!..

i punya malu tak hengat waktu tu. bersungguh-sungguh i berlakon macam tak ada apa2 yang berlaku. tapi yang tak boleh blah tu kawan i si sepet boleh pulak bantai gelak gila-gila punya bila dengar i sebut puting. memang senget betul minah tu. bukan main suka hati dia dengar benda2 18sx ni. keh keh keh. i punyalah sedaya upaya berlakon macam tak ada apa-apa yang berlaku, tapi si sepet boleh bantai gelak siap keluar air mata lagi. i rasa adalah dalam setengah jam jugak minah senget sorang tu gelak tak boleh berhenti. nasib baik time tu dia tak pregnant lagi. kalau tak, i rasa mahu bergoncang baby dalam perut.. hahahaha..

tapi yang bestnya bos i tu boleh buat keras aje. keh keh keh.. malu lah lettew..=.^V yelah. mau tak malu. bos i dahlah tak kahwin lagi. dengar benda bukan-bukan ni haruslah tersipu2 kan.

tersipu2 jadahnye. bos i tu bukan main dia berlakon macam tak ada ap2 berlaku. tabik arr cik hilmi!=P

haiiii... entah apa khabar lah bos i sorang tu. jangan senyap2 dah kahwin tak jemput kitaorang pulak sudah lerr. derhaka namanya tu.. hihihi

ekcuali dulu bos i suka jugak baca belog i ni tapi tak tahu lah sekarang ada baca lagi ke tak?.. still wonderinglah whether diaorang baca ke tak?.. ermmmm ..??


bai!

Aug 17, 2011

i hate to think of going to work when all Malaysian cuti.. =.=

bestlah-kau-orang-cuti
tapi-aku?

sanggup kau orang berbahagia sambil shopping raya padahal aku terpaksa bekerja untuk mencari sesuap nasi?
air mata ini sebagai bukti penderitaan yang terpaksa aku tanggung

sampainya hati kau orang
kau orang kijam!

perghhh siap mata bagai..
nasib bukan air mata darah wooo..

hehe.. poyo jer i nikan..

p/s: ni baru cuti nuzul quran.. kalau raya tak tahu lah camane?
waaa.. tak mahu fikir

Aug 16, 2011

100 follow i lah.. Malulah camni.. hikhik



mode : gediks

thanks pada yang uolls-uolls sekalian yang sudi singgah dan followblog i yang tak seberapa ni
hopefully datang selalu lah yer
^.^V

so sekarang i tengah tunggu line internet i ni habis 'period' untuk update my bloglist.. hoorey!

so for those yang nak join bloglist i followlah i k.
tapi make surelah links uolls ada kat profile uolls so that i can follow u back.
okey?

tata

p/s : off to work.. huhu.. tak cuke. + malas okey!

Black Monday


Hi.. its already 4 in the morning. i baru aje balik dari kerja neh. huhu.. rajin kan i? pukul 4 pagi baru balik rumah. mesti uolls rasa i ni pekerja contohkan. masuk kerja dari pagi tadi and baru je pulang dari kerja. kalau uolls pikiaq macam tu memang salah same sekali. in case kalau uolls tak tahu, i masuk kerja pukul 5 petang and balik kerja pukul 2 pagi lah. to be exact, i kerja waktu UK sebab i memang sekarang ni ada kat UK pun. tskksn uolls baru tahu kot??? haha.. jangan-nak-perasan-lah kau-zhoura! +_+

apa yang boleh i cakap adalah.. definitely hari ni was not my day. banyak gila i buat salah. how i wish uolls semua tahu skop kerja i and whatever things yang i mengadu kat sini uolls boleh faham and feeling bad for me.. huhu..

uolls tahu tak, everytime my verifier ke or my ofismate panggil nama i je.. i rasa macam nak nak jerit kat muka diorang sambil cakap

"hey! kau nak apa lagi hah HhHjh*76u7?"

serius uolls, kalau i boleh cakap lah.. memang dah lama i cakap. tapi seharusnya lah realitinya i tak berani kan. gila kau nak tempik kat manager macam tu. nak mampuss?

tadi balik pun i tumpang my friend, dee. sepanjang jalan tu macam2 perangai driver kat malaysia ni i jumpa. dengan lori bawak laju gila bapak persis yahudi mabuk. dah lah lori minyak. i dah takut je. lepas tu bagi signal tapi tak ketepi pon. i pon tak tahu lah apa motif. bukan lori tu aje buat gila. ade sebijik alza ni pulak i pon tak tahulah apa masalah driver tu. mabuk ke ape. weols kekiri dia pun ikut ke kiri. weolls ke kanan dia pon nak jugak. rasa macam nak overtake kereta tu lepas tu tengok driver dia handsome ke tak? eh apa kena mengena? keh keh keh.. yalah i syak driver alza tu nak ngorat i kot.. sebab tu lh dia buat macam tu..hihihi.. gila perah santan i malam ni. sewel!

p/s ni kalau my ofismate i baca ni mati i kena pulau ni. keh keh keh.


Aug 15, 2011

"STEP 2 SEGMEN SIMPLE : TEMA WARNA SAMA DENGAN SAYA"


i tak sangka pulak ada step 2. HEHE..
tapi walau macam mana pun i tetap nak join=)

untuk step kedua ni weolls kena terjah and cari blog yang sama tema warna dengan blog kita.
yang ni yang penat sikit. lagi2 nak cari yang sama tema dengan i punya lah susah.
dan2 rasa macam nak tukar background blog jadi warna pink. disqualified tak kalau wat macam tu? hehe





ini aje yang jumpa.. huhu tak sempat dah nak cari coz jap lagi dah nak masuk kerja dah.

okey la tu kan? =.^

i pun nak ambil kesempatan ni untuk inform kat uolls, barang siapa yang follow i, or i follow dia, uolls automatically akan di masukkan dalam bloglist i. link bloglist i adalah


kelebihan kalau uolls termasuk dalam bloglist i adalah.. definitely i akan follow uolls sampai bila2.
cewahh.. tapi sirius beb!
so apalagi.. ramai2 lah follow i okeyh.

tata!

Aug 14, 2011

Tips bagaimana untuk memastikan uolls tak terlepas pandang comment dari pembaca



hi uolls..!


hari ni uolls semua buka apa je ek?.. ingat tak semalam i cakap teringin nak makan nasi ambeng kan. hari ni tercapai sudah hajat i nak makan nasi ambeng. memang sedap. api nasi dia banyak gila. tak mampu nak habiskan satu pelisterin tu. ecehhh bajet makan sikit lah kau dek non.. haha tapi kesian pulak kat mak cik yang jual nasi ambeng ni. mak cik tu cerita semalam habis stall diorang terbang ditiup dek angin.. huhu


okey back to the topic. before this i selalu ada masalah terlepas baca comment dari my readers yang comment kat entry i yang dah lepas2 tu. i hanya akan perasan bila i check kat tabs comments di dashboard. tapi bukan selalu pun i rajin nak check kat situ. sure uolls pon pernah mengalami masalah yang sama kan.


so antara salah satu cara mudah untuk mengatasi masalah ni adalah, instead off just biarkan comment tu appear immediately after your readers turunkan komen, apakata uolls approve dulu before your readers comment tu being visible kat ruang komen. so after your readers comment, this notes will be appear.




ha.. macam mana? mudah kan. so lepas ni dengan cara ini uolls takkan terlepas pandang lagi comment readers uolls. plus uolls dengan mudah boleh tahu entry mana readers uolls tu turun kan komen. okey?


p/s: esok dah isnin. malasnya nak kerja.. wuwuwuwu

Tips bagaimana untuk memastikan uolls tak terlepas pandang comment dari pembaca


hi uolls..!

hari ni uolls semua buka apa je ek?.. ingat tak semalam i cakap teringin nak makan nasi ambeng kan. hari ni tercapai sudah hajat i nak makan nasi ambeng. memang sedap. api nasi dia banyak gila. tak mampu nak habiskan satu pelisterin tu. ecehhh bajet makan sikit lah kau dek non.. haha tapi kesian pulak kat mak cik yang jual nasi ambeng ni. mak cik tu cerita semalam habis stall diorang terbang ditiup dek angin.. huhu

okey back to the topic. before this i selalu ada masalah terlepas baca comment dari my readers yang comment kat entry i yang dah lepas2 tu. i hanya akan perasan bila i check kat tabs comments di dashboard. tapi bukan selalu pun i rajin nak check kat situ. sure uolls pon pernah mengalami masalah yang sama kan.

so antara salah satu cara mudah untuk mengatasi masalah ni adalah, instead off just biarkan comment tu appear immediately after your readers turunkan komen, apakata uolls approve dulu before your readers comment tu being visible kat ruang komen. so after your readers comment, this notes will be appear.


ha.. macam mana? mudah kan. so lepas ni dengan cara ini uolls takkan terlepas pandang lagi comment readers uolls. plus uolls dengan mudah boleh tahu entry mana readers uolls tu turun kan komen. okey?

p/s: esok dah isnin. malasnya nak kerja.. wuwuwuwu

Macam tak percaya aje tahun ni tak dapat nak beraaya

pejam celik peam celik hari ini genap 2 minggu sudah semua umat islam seluruh dunia berpuasa. cepat betul masa berlalu kan. uolls tak rasa cepat ke?. i rasa tersangat ah cepat oh.. teringat masa zaman belajar dulu nak puasa sebulan tu rasa macam lama gila nak habis kan puasa sebulan tu. tapi sekarang, tak sempat apa2 dah 2 minggu je. huhu agaknya sebab sekarang ni dah bekerja kot. i rasalah... lagi-lagi pulak i ni kerja malam. so siang tu dah habiskan masa dengan tidur. . ermm logic jugak tu=.="

ni bermakna lagi 2 minggu kita kan beraya. sedih!

ekcuali pada yang tak tahu tahun ni i tak dapat nak beraya macam uolls. sepanjang minggu raya tu i still kena kerja. langsung tak dapat cuti. terasa macam i ni kerja doktor or polis pulak. huhu.. padahal i kerja kat bank lol.

tapi salah i jugak. dulu masa i interview. my manager dah bagitahu awal2 yang tahun ni i takkan dapat cuti raya or apa-apa cuti umum malaysia sekalipun. masa tu i jawab sanggup belaka. masa i interview tu baru bulan satu. ha.. sekarang raya cume tinggal 2 minggu aje lagi. hamek kau.. sanggup lah sangat kan. sekarang i dah mula rasa sedih sebab tak dapat nak beraya tahun ni. wuwuwuwuwu

menyesal tahu tak??

tapi walau macam mana pun i redho lah tahun ni i tak dapat nak beraya dengan family. cuma i harap tak adalah orang yang sibuk2 duk kesian kat i sebab tak dapat nak beraya tahun i. i rasa macam bertambah sakit hati aje bila orang asyik kesian kat i macam tu.

hopefully tak ada lah orang yang hantar msg macam ni kat i pagi raya nanti

"kesian kau tak dapat raya"
or
"jangan sedih2. aku tolong kau makan kan kuih raya okey"
or
"kau raya sorang2 ke?"

buat tambah sakit hati aje. i lebih rela orang buat tak tahu aje. huhu

ermm.. nak layan perasaan kejap.

"SEGMEN SIMPLE : NASZ CARI BLOG".

salam hari ahad semua

hari ni i nak join satu lagi segmen dari NASZ
rajin betul abg NASZ kita ni buat segmen
tujuan? nak promosi blog i yang suam2 kuku ni.. hehe

so, dengan rasminya i join this segmen

tata


Perempuan di Hujung Ramadhan

uolls tengok tak drama tv3 pukul 10 malam tadi?
sekali lagi kita disajikan dengan kisah suami curang, tak setia dan kahwin lebih dari satu
tapi kali ni tak bermadu sebab isteri pertama dan kedua adik beradik
geram.geram.geram i tawww

to my new readers,
uolls jangan terkejut tuan belog ni memang emo orangnya
kepantangan beliau adalah lelaki berpoligami
pantang tok nenek i tu

hehehehe (gelak pulak i ni)

i tak puas hati betul la dengan ending dia
kenapalah pengarah buat elly mazlein mati pulak dalam cerita tu
menitik air mata dara ehhh darah i ni taw
i expect zarina tu yang meninggal
sekali harapan je uolls

pengarah jahattt *tetiba

apa2 pun drama ni memang layan.=.^
jalan cerita pun logic lah... tak ada yang mengarut sangat

bye uolls. selamat malam.

Aug 13, 2011

Guruh dan Kilat


petang tadi niat dihati nak pergi bazaar kat belakang kompleks pkns shah alam nun. mak i ada cakap teringin nak makan nasi ambeng walaupun hakikat sebenarnya i yang teringin.. hehe baik punya plan ingat nak keluar lepas asar. so nanti ak adalah nak kejar solat asar lagi, nak pergi pasarnya lagi kan.

tapi bak kata orang, kita hanya mampu merancang tetapi tuhan yang menentu kan segalanya. tepat pukul 4 petang je, hujan turun selebat-lebat alam. kalau setakat hujan je tak apalah lagi. dengan guruhnya lagi tambah pulak dengan kilat sabung menyabung, tak ada maknanya lah lagi i nak keluar. uolls tahu tak guruh tu punya lah kuat sampai alarm kat bangunan i ni pun boleh berbunyi oh.

i ni memang penakut sikit dengar bunyi kilat and guruh. terketaq-ketaq tangan i tutup tv ngan laptop. al maklum lah takut sekali kilat sambar tv i, tak pasal2 je hangus i kat situ.. haha

lepas tu masuk bilik baring atas katil ambik selimut, selimut satu badan.. lepastu.. ZzzZzzZZz..

itu lah dia tips dari i nak hilang kan takut pada guruh dan kilat. dan tips ni memang ternyata berkesan taw uolls... keh keh keh lepas tu pasar ke mana nasi ambeng ke mana.. buka ajelah dengan ape yang ada uolls.. alhamdulillah.. syukur juga ada juga makanan kan..

bercakap pasal guruh ngan kilat ni teringat pengalaman i masa belajar kat uitm melaka dulu. kisahnya begini. berlaku pada satu malam yang cukup bersejarah dalam hidup i. memang bersejarah lah beb malam kali terakhir i contact ngan ex bf i. wuwuwuw sedih pulak tetiba. waktu tu i tengah tidur ngan kawan i sepet kat ruang tamu. i terjaga dalam pukul 3 pagi macam tu. hujan turn selebat-lebatnya. grill kat beranda rumah sewa i tu bergoncang kuat gila. takut jugak grill rumah i tu tercabut himpap i yang tengah tidur kat ruang tamu ni. tak ke haru tu. ehehe.. i syak kat luar u tengah ribut taufan agaknya. rumah sewa i tu memang dekat dengan laut. lepas tu i dengar bunyi macam siulan. seram bulu tengkuk i masa tu. sesiapa yang pernah tinggal dekat laut mungkin pernah rasa apa yang i rasa kot. i memang dah takut giler lah uolls. i ada rasa macam dah kiamat pun ada jugak. i terfikir ni balasan tuhan untuk i ke? nak menangis i masa tu uolls. sumpah tak tipu. pertama kali dalam hidup i rasa macam tu.

alkisahnya pada malam yang sama i bergaduh besar dengan ex bf i. i sumpah dia macam-macam lah uolls. biasalah orang tengah marah lah kata kan. siapa tak marah bila ex korang curang kan. i malaslah nak cerita apa yang i sumpah dia. nanti uolls takut pulak nak kawan ngan i.. ehehe tu semua cerita lama. zaman tak matang lagi. sekarang i dah matured. so i dok pikiaq, ni balasan i ke sumpah orang macam tu. i teringat masa i mengamuk kat ex i tu, dia cume cakap terima kasih je bila i dok cakap dia macam2 kan. siap cakap macam ni kat i before i letak telefon " terima kasih lah sebab doa kan aku macam ni. tak apalah aku doakan yang terbaik buat kau. aku doakan kau dapat orang yang lebih baik dari aku. aku ni jahat.."cehh watdepak? .. menyampah je i nak dengar lagi terus letak phone. macam baik sangat je kau kan... perangai macam jebon! eh dah macam tersasar je cerita i ni plak.. hihihi

so back to the story, i nak gerak kan badan pon takut masa tu, tiba2 si sepet bangun. i terus tanya pet, bunyi ape tu?.. sepet trus ajak i masuk tidur dalam bilik. i pun apa lagi, bangun trus berlari masuk bilik. weolls kunci pintu bilik baring atas tilam pastu tak sampai 5 minit pun terus zzzZzZZzZzzz.. hahaha..

macam tu ajelah cerita nya. kalau teringat sekarang memang i nak tergelak je bila terfikir betapa takutnya i masa tu. masa dok menyumpah si jebon tu malam tu i tak terfikir apa-apa pun. tapi bila tuhan turun kan ribut macam tu baru lah nak menggelabah mintak ampun menyesal apa semua.. hehe.. lawak je.

okeylah uolls. penat dah membebel ni. tata!

=.^

Ulat Bulu Naik Dah Dauuuunnn

asslammualaikum dan salam ramadhan

first of all before i start membebel i nak minta maaf dulu kat uolls sebab entry kali ni ada unsur2 miang sedikit. uolls jangan marah ye.. bulan2 puasa ni tak baik marah2 taw.. ngeh ngeh ngeh

kat office i ada seorang mamat yang boleh dikategorikan sebagai hensem gak beb. yang bestnya dia ni kawan sekolah kepada kawan baik i, mastura. i memang dah tahu lama dah yang cik mas ni ada kawan hensem kat HSBC ni cume masa tu offismate i tak kenal lagi si najib ni. ops lupa nak bagitahu nama mamat ni najib. until one day ni, si najib ni ada kerja sikit kat floor kitorang. dia kena setup bilik untuk bos baru dari India. lupa lagi nak bagitahu, Najib ni adalah support or biasanya kita panggil maintenance lah. so masa tulah ofismate i nampak dia.

dalam department i, ada dua orang yang rapat ngan i dee and farah. dee ni gila2 sikit. satu kepala ngan i. kira boleh jadi geng menggatal jugak lah.. hehehe.. so nak dijadikan cerita si dee ni tangkap cintan lah ngan si mamat najib ni. tapi ekceli bukan serius pon. just for fun je. minat suka-suka gitew. so bila i tahu i pon cakap lah i tahu mamat tu nama dia najib, kawan sekolah i semua kat dee. bukan main excited lagi si dee waktu tu. i pon layan je. on the way balik rumah pun dok cerita pasal si najib je. punya lah miang kan.

uolls tahu tak, kelmarin weolls berbuka puasa kat kfc. so after habis bukak puasa weolls pon balik lah ke ofis. park kereta kat basement, and naik lift. masa pintu lift nak tertutup ni, si dee tiba2 menggelabah tekan button bukak balik pintu lift. i masa tengah leka baca iklan kat dinding lift, rupa2 nya si najib ni yang masuk. adoiii.. kronik jugak penyakit angau kawan i sorang ni rupanya.. hehehe.. si dee ni memang jenis berani sikit. terus tegur najib

dee : nak turun mana?

najib : 2nd floor

dee: oh samalah. dah berbuka ke?

najib : eh dahhh..

tu je pun.. hehe.. dalam lift weolls pon dok tersengih2 sambil pandang satu sama lain. memang terserlah lah kegatalan weolls masa tu. i yang tak adalah minat sangat ngan ngan najib pon sama naik gatal ngan dee jugak.. agaknya dalam lift tu lah weolls dirasuk hantu desperado.. keh keh keh.. perghh.. masa tu najib pulak pakai tshirt hitam instead off uniform hijau dia yang ala2 askar pencen tu. lagilah terserlah kehenseman dia kan. najib tengok weolls yang tersengih2 sambil angkat2 kening pandang2 kat dia pun naik pelik tengok weolls. mesti dia ingat weolls ni psiko kowt.. hahahaha.. nasib ko lah najib.. sapa suruh hang hensem sangat.

so bila sampai 2nd floor, dee gi hantar barang dia kat locker dulu and i pulak nak pergilah masuk kerja terus. najib ni ikut sekali masuk ngan i. i ingat dia nak ikut i (perasan sekejap) tapi baru i teringat yang dia ni still ada kerja kat floor i. sekali lagi i dirasuk hantu desperado. heheheh.. apalagi i pun tak lepas peluang lah masuk jarum..

zhoura : u ni najib kan?

najib : eh.. a ah. (terkezut dia waktu tu.. mesti dia pelik camana minah psiko ni boleh tahu nama dia)

zhoura : kenal mastura tak? (masa ni i memang berniat nak mempergunakan si mas ni untuk berborak ngan najib.. hahaha.. ampu mas.. kau lah sahabat aku dunia akhirat)

najib : mastura mohd din?. kenal.. (sambil tersenyum uolls.. hensem doe)

zhoura : dia tu kawan i. kawan satu u.

najib : o.. patut lah hari tu dia ada tanya. uitm .... (uitm mana tah dia sebut tapi yang penting salah lah..) dah lama ke kawan ngan dia?

zhoura : kawan baik i tu... (betullah maskan kita bestfriend kan..keh keh keh)

macam2 lah kitorang borak lagi. kalau i cerita takut uolls boring lak..hehehe.. bukan i yang tanya dia, dia yang tanya i macam2.. najib tu pun boleh tahan gak layan i tu. =P. sampai je ofis and dee pon dah masuk i pon trus call dee.

zhoura : dee tadi i dapat cakap ngan najibbbb.. borak lama beb...

dee : tidakkkkkkk.. jelesnya

zhoura : bla bla bla bla (cerita balik apa yang i borak ngan najib kat dee)

dee : kalau macam tu dee pun nak cakap dee ni kawan mastura jugak lah.. bla bla bla

amboi sampai nak ngaku mastura tu kawan dia kowt semata mata nak cakap ngan najib... no no no (sambil jari telunjuk digoyang ke kanan dan ke kiri).. eh.. siapa yang minat kat najib ni sebenarnya..? haha

adoi.. memang gatal sungguh weolls ni kan.. tapi seronok sebab sepanjang kerja ni lah first dapat rasa nak flirting2 ngan orang. apa la i nikan.. hehe macam tu lah jadinya bila ulat bulu dah naik daunnn.. hihi



"#3 GIVEAWAY SIMPLE : DOMO ITU MILIKKU"

hi korunkk!!

hari ni i nak join giveaway dari abg NASR kita yang baik hati buat giveaway ni. this is third giveaway ekceli. hopefully ada ong lah dapat hadiahkan..hehe

Syarat-syaratnya adalah tersangat simple bak kata abg NASR. lets check it out:


1. Copy gambar Domo kat atas tu dan paste kat entry korang serta link kan ke post ini. - Done. gigih tunggu gambar Domo ni diupload. broadband tengah period la katakan..hehe


2. Salin tajuk ni,"#3 GIVEAWAY SIMPLE : DOMO ITU MILIKKU" - Done

3. Settle syarat 1 dan 2, paste link korang kat ruangan komen kat bawah. - Ok. after this i akan pi paste link post kat belog dia.=.^

eh tu aje?.. senangnyeee
apa lagi bang, bagi saya menang la ea. tak pernah menang lagi ni.. hihihi

klik sini if uolls interested nak join. bye.

Aug 12, 2011

alahai.. celcom broadband saya period lagi

mesti uolls baru tahu kan yang jantina celcom broadband ni adalah betina kan.. keh keh keh..nasib baik ada i yang baik hati ni bagitahu kan. ;B)

ekcuali istilah period yang i gunakan untuk celcom broadband ni maksudnya broadband i ni tengah lembab la uolls. nak bukak 1 belog makan 5 hari kowt.. tegang terus urat2 tensi i ni. huhuhu

lepas ni harapan lah i nak update entri with picture lagi. kene tunggu broadband i habis period dulu lah gamaknya.. hihihi

1 more thing kenapa i cakap broadband i ni tengah period. kalau ikutkan experience i lah. broadband i ni akan amik masa 6 to 7 day untuk laju balik. sejibik macam perempuan tengah period kann?? keh keh keh.. nasib baik tak 9 bulan. kalau tak, sah broadband i pregnant lol!

lepas ni kalau nak blogwalking kenalah bukak dalam mobile version je. i sebenarnya adore sangat tengok blog2 yang colorful and sarat dengan widget2 yang comel tapi time broadband i tengah period ni memang harapan lah kalau nak bukak dalam web version kan. masa nilah i nak hargai belog2 yang ringan. =.='.

oh ye, sedar tak sedar dah 12 kita berpuasa kan. tapi yang peliknya sejak bulan puasa ni makin menipis pulak i punya dompet. haishhh... bukan patutnya makin kurang makan makin tebal lah kan..pelik bin ajaib betul la.. hahaha..

okey uoll. thanks for reading. bye.bye.bye

Nina in Japan


Mungkin ada di antara uolls yang dah tahu tapi i tetap jugak nak share sebab i memang adore sangat dengan kecomelan Nina ni.

She is SUPER KAWAIIII

ekceli Nina tinggal di Jepun. her father is american while her mother is japanese, so thats mean nina is half american and half japanese. her father, george, made videos of nina to report nina progress to his family kat US. But surprisingly, the videos become so famous.

mahu anak secomel ini? rahsia.... kahwin lah ngan mat salleh nescaya anak anda akan comel seperti nina.. keh keh keh

i start to know nina from Cik Epal blog last march i guess. so i watch all nina videos every night before i sleep. im so addicted with nina and i only able to stop until i khatam all videos of her. hihihi

bak kata cik Epal, budak kecik kalau petah bercakap and bijak sikit semua orang pun kagum tambah suka kan. nak nak pulak comel pulak tu. tapi yang buat kagum ngan nina ni, she can speak both english and japan very well. her father dah buat rules yang he will only speak english with nina while her mother will speak japan. tapi kalau dah nama pun duk jepun so nina tend to speak in japan more. so her father will push her to speak english.

personally, i rasa ayah nina lah tonggak utama kejayaan video nina. (sila abaikan ayat karangan spm i tu). kalau uolls dengar suara ayah nina pun rasa best je. dia pandai buat video nina jadi menarik dengan tanya nina soalan2 yang comel. hihi. for me, the videos not only fun to watch but teach u how to be a good parent too.

one happy family at home=.^

ni video nina yang paling latest and paling kelakar bagi i.
lets check it out






Aug 11, 2011

surat permohonan untuk berpoligami

Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.
31 April 2006

Puan,
PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI
Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

“BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA”

Yang Ikhlas Memohon,
Suami bin Lelaki

**********

cerdit to blog intanurulfateha

Aug 10, 2011

Segment Zeeck nak kumpul link


Hari ni i nak join segment dari Zeeck,
dia nak kumpul link untuk tujuan blogwalking
=)))


kalau nak join boleh klik sini ye kawan2

timakasih

Wordless Wednesday #3 sumpah I paling menyampah bila celcom bagi i mesej ni.

Aug 9, 2011

Musuh No 1 Wanita. Cuba teka?


i tahu uolls nak jawab apa. mesti uolls nak kata PERAMPAS kan. hehe.. itupun betul jugak. tapi bukan itu i nak cerita untuk entri ni. cukuplah i beremosi pasal poligami dalam previous entri. mentang2lah bendera merah tengah naik ni kan.. hihi

kalau dah namanya wanita, musuh no 1 haruslah jerawat uolls!

uolls nak tahu tak dah tiga hari 2 ketul jerawat sebesar bumi dok menepek kat tepi hidung i. memang kwang ahsam betul jerawat tu. dahlah sakit gila, malu lagi sebab kalau dah nama pun sebesar bumi, ramailah dok tegur. gerammm sungguh.

jerawat i kali ni stok yang tak ada muncung tu. stok yang merah menyala. memang sakit taw.

*google*
lebih kurang kat situlah lokasi jerawat tu kat muka i
kejam betul jerawat ni. tak fikr langsung perasaan orang lain.. boleh tak cakap macam tu.. hehe

i harap-harap cepatlah jerawat ni berambus dari muka i. tak tertahan rasanya. =.="

Mujahadah itu Pahit kerana Syurga itu Manis


perghh.. islamic gila tajuk entri i kali ni.. hehe

Mujahadah....
uolls tahu tak apa maksud mujahadah ni? kalau uolls tak tahu... i lagi la tahuuu... muahaha.. ada rasa macam nak pang i sekali tak?=P


sebenarnya Mujahadah ni tajuk drama melayu i tengok malam semalam. i pon tak tahu macam mana i boleh terlayan drama melayu tv2 malam kelmarin. tapi sakit jiwa je i tengok drama ni. i memang emosi terlebih sikit bila tengok drama berunsurkan poligami ni. macam drama Mujahadah nilah. sampai tak boleh tidur lah i dibuatnya sebab tension dengan ending drama ni yang tak menepati citarasa i langsung. cehhh citarasa lah sangat kan.. hehehe

lebih-lebih lagi lakonan Eja sebagai isteri pertama kepada Eizlan Eusoff dalam drama ni memanglah teramat berkesan kat hati i.. dalam drama ni, ibu mertua Eja (sori i dah lupa nama watak2 dalam drama ni) lakonan Afidah Es, sibuk dok suruh anak lelaki si Eizlan tu kahwin dengan seorang lagi anak angkat kesayangan dia. siapa pelakon dia i memang tak kenal. lepas tu, mentang2 lah dia jaga Eja tu dari kecil, (Eja ngan bini no 2 Eizlan ni anak yatim piatu. Afidah Es yang bela dari kecik) suka-suka hati aje nak buat decision nak surah anak dia kahwin ngan sesiapa yng dia suka. si Eja ni tak akan nak melawan pulak kan. dia memang hormat mak mertua dia gila2 punya. nak tak nak kena terima jugak. yang i geram tu si Eizlan Eusoff ni pulak tak bantah langsung. at the same time memang dia ada hati jugak ngan adik angkat dia yang seorang tu. memanglah i sakit hati. hampeh punya jantan. yang adik angkat nya tu pulak memang dah lama syok kat abang angkat dia. bila afidah es cakap nak jodohkan dia dengan Eizlan bukan main gembira lagi. haih.. geram betul. tak fikir langsung perasan orang lain.

memang tak boleh blah i ni kan.. padahal drama je tu. keh keh keh xD

masa i tengok drama ni memang i tak faham apa kaitan mujahadah dengan jalan cerita drama ni. tapi bila i google and jumpa blog ni, barulah faham sikit maksud mujahadah tu.

**********
“Kau ni Mad, cuba rajin sikit belajar, ni asyik main game je, MUJAHADAH Mad, MUJAHADAH, baru boleh berjaya”. nasihat Ali kepada Ahmad
“Ish, kenapalah aku ni susah sangat nak bangun awal Subuh, jam loceng aku dah kunci tapi tak mampu juga bangun, bukan aku tak sedar tapi memang sengaja aku malas” rungut Imran kepada Amir
“Tu lah kau, kurang MUJAHADAH, kalau betul nak bangun subuh kena la MUJAHADAH sikit”. Amir menasihati Imran
Demikianlah dialog spontan yang biasa kita dengar, Mujahadah, Ya, Mujahadah, mujahadah untuk berjaya. Mujahadah boleh diertikan sebagai usaha melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu untuk mencapai sesuatu yang lebih bermakna. Apabila nafsu dapat dikalahkan maka seseorang itu akan mengutamakan perkara yang dicintai Allah dan mengetepikan kehendak peribadi.
***********

ekceli kalau i lah...i rasa i tak mampu kot nak mujahadah kan diri kalau i berada dalam situasi Eja drama Mujahadah ni. walaupun poligami tu halal dari sisi agama islam tapi i tak rasa i boleh ikhlas kan hati i untuk berkongsi suami dengan perempuan lain.. no way man bak kata nenek aku lah.. hehehehe

kalau i lah... andai kata suami i nak kahwin lain, i rela di ceraikan daripada i makan hati. at last i jugak yang berdosa sebab dah tentu i akan berkasar dengan suami and madu i tu. eh.. ayat macamlah i dah ada pengalaman.. keh keh keh

i rasa kalau i nak kahwin nanti, i nak tetapkan syarat macam dalam filem bila cinta bertasbih tu. selagi i bergelar isteri i tak rela dimadukan. kalau suami i nak kahwin lebih dari satu sekalipun, i bukan lah salah seorang dari isteri2 dia.

i tahu... mujahadah itu memang pahit.. dan syurga adalah ganjaran nya. tapi i tak tahulah i boleh redhakan hati i ke tak. i lebih rela tanggung dosa sekali dari menanggung dosa seumur hidup sebab tak redha dengan takdir ALLAH.

i tak tahu uolls macam mana tapi i memang say no to poligami. jangan kata dah kahwin, mesti tengah bercinta pun boyfriend nak massage ngan pompuan lain rasa nak tarik rambut perempuan tu walaupun hakikatnya boyfriend kita yang sebenarnya gatal.
=.="



ini hanya lah pendapat i aje. mungkin ada yang setuju, mungkin ada yang tak. so chill!!.. hehe

bye=)

Aug 8, 2011

Saya yang menjaga batas=P


Hi uolls. Sihat ker? i?
i uolls jangan tanya lah. confirm sihat. malah, makin hari semakin sihat.. hihihi.. paham ke tak tu?=P

seperti biasa, title post haruslah menuji diri sendiri. yelah.. kalau kita tak puji dri sendiri siapa lagi nak puji kan. hehe

i selalu rasa i ni tak adalah baik sangat kekadang tu. kuat melawan, selalu malas-malas, mak i suruh sidai baju pun 10 kali suruh baru i buat. punyelah kan. padahal umur dah 24 tahun dah ni.. aiyoo... tu baru sikit.. banyak lagi benda jahat i buat tapi orang tak tahu... jangan tengok muka i baik uolls ingat i betul2 baik..=P bak kata arwah nenek i, don't judge a book by its cover. ha.. macam tulah kata beliau.

tapi sampailah satu hari ni, i betul2 rasa i ni bukan setakat muka sahaja baik, tapi memang betul2 baiklah. i pun betul2 tak sangka i baik macam tu sekali.. keh keh keh

cerita dia macam ni, ada satu hari tu i tanya kat manager i benda yang i tak faham. pasal kerja lah. takkan pasal cinta pulakkan.

quinn : (nama boss i, tak boleh cakap.. hehe), i nak tanya sikit, ni macam mana ea nak buat inx bla bla bla

manager : ooo ni senang je.. bla bla bla...

quinn : maksud nya kena buat macam ni la.. bla bla bla

manager : ha.... pandai.. give me five!

hamekk... give me five dia mintaknye aku... lepas tu i pun terkedu sebentar. tak ketahuan hala i dibuatnya. i pun tak tahulah nak balas give me five dia ke tak. i ni manalah biasa sangat nak bersentuhan dengan lelaki. punya lah baik kan ni kan.. jangan tak tahu.. ehehehe

quinn : errr.. ha... kenapa nak give me pulak...kena give me five ke?

hamekk.. macam tu lah jawapan kudus yang i bagi.. punyalah bapak segala baik i ni rupanya. jangankan uolls, i sendiri pon rasa kagum dengan diri i.. ngeh ngeh ngeh

manager : err tak nak ke?.. tak nak tak apalah. (sambil tarik tangan dia)

aduyai.. i dah segan gila masa tu. rasa serba salah pulak. wuwuwuwu

kalau nak give me five ngan kucing boleh tak?
hi hi hi

tiba-tiba ada suara bercakap.

AG : eh eh kan bukan muhrim, mana boleh sentuh. (sambil gelak2)

perghhh AG memang penyelamat lah masa tu. kalau tak ada dia tak tahu lah camana i nak kontrol situasi time tu. i luv u AG. hehe

seminggu i dok fikir apa lah yang ada dalam otak manager i bila i tolak give me five dia tu. mesti dia menyesal gila kan. hak hak hak. adui. mesti dia rasa i ni stok alim2 gitew padahal nan hadoooo.. haha

ekceli i pon tak tak tau ape motif entry ni.. haha

bye bye








Aug 7, 2011

Udah2 lah tu bergossip pasal Khairul Fahmi.


rasa-rasanya kalau sebut nama Khairul Fahmi Che Mat satu Malaysia kenal kot. Yang i tahu dia ni pemain bola sepak lah. tapi yang i tak faham tu kenapa mesti kisah peribadi mamat ni mendapat liputan meluas dari media. dia ni pemain bola sepak je kan. bukan artis pun. tunang dia pon bukan artis. scandal dia pon bukan artis jugak. so..? what so special?

i rasa nak muntah je baca kisah mamat ni. takkan lah kau orang tak faham lagi. i bukan lah nak keji si Khairul Fahmi ni. kalau uolls tengok, dia ni bukan handsome pon kan. so masa sebelum dia popular dulu, bila nak ngorat awek yang cun paha gebu tak dapat. yalah muka pon so-so je kan mana lah awek cun nak pandang. cume si Elia ni jelah yang terima dia dari zero.

so sekarang bila dah popular, satu Malaysia kenal, muka tak handsome pon orang pandang macam Brad Pit. ko kenyit mata je 10 pompuan macam Dahlia Teck tu datang taw. cuba dulu, sebelum popular, kau cube ngorat si Dahlia Teck tu kau rasa kau boleh dapat ke? nan hadoooo!!!

Biasalah, bila dah dapat yang cun sikit, yang lama ditinggal kan. padahal dulu orang tu terima kau dari zero sampai kau jadi hero ni manalah kau hengat lagi kan.

kau orang masih ingat lagi kisah Mawi dulu kan. sama aje kan. sebelum masuk AF dulu, Ina tu dah habis cun dah. tapi bila dah glamor??? ... lu pikir lah sendiri! yang lain tu alasan semata-mata.

teori ni mudah je uolls. (hamik kau teori aku bagi). bila awek kau sekarang ni biasa-biasa aje, datang pulak perempuan yang jauh lebih cun, seksi pulak tu terhegeh-hegeh kat kau, boleh pulak kau nak tolak kan. rezeki datang bergolek, murah pulak tu.. keh keh keh..dulu tak merasa.. time nilah nak rasa awek keliling pinggang.

i pon ngaku lah si Elia ni memang menggelabah lebeyh. tapi kalau i jadi dia, i pon sama kowt. ntah2 lebih lagi. tak cukup satu malaysia, satu dunia i nak batahu kalau boleh. tapi tak tahu lah uolls. tunang kena rembat kot. takkan nak senyum aje. untung si Elia ni ada blog. boleh tulis dalam blog. ramai orang singgah, earning pun bertambah. dapat jugak duit kan. sama jugak macam kes si Ina buat duit dengan jual buku pasal Mawi tu. i memang suka orang macam ni. tak adalah dapat sedih je, duit pon dapat jugak kan.. hihihi

tak apalah Elia, kau putus ajelah ngan si Kharul Fahmi tu. Kau orang baru tunang je. Apa ada hal kan? kau tengok Ina Naim. memang dia tak dapat Mawi tapi Allah bagi dia suami yang soleh.

"Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik"

Apa ada hal?

GA dari Sheeszshira Shiraz


Hi korang!!

ni adalah kali ke 2 i join giveaway sepanjang i berbelog. Yey. kali ni dari

Cik Shiraz

Thank you cik shira sebab anjurkan giveaway ni
yang penting tak perlu tag.. tu yang i suke tu.
ehehehe

klik sini kalau uolls nak join k
tata

p/s: bagi saya menang taw=P

Aug 6, 2011

Bila Cinta Bertasbih


siapa kat sini yang yang pernah tengok file Bila Cinta Bertasbih angkat muntot sekarang.. hik hik =.^


ekceli filem ni dah lama release tapi baru semalam semalam i berpeluang nak tengok. tak sangka pulak i filem ni best jugak rupanya. dulu masa baru release i memang tak terasa nak tengok langsung sebab i takut sesangat jalan ceritanya macam Ayat-ayat Cinta. i memang malas nak tengok cerita poligami bagai ni. orang lain tak ada apa-apa, end up i yang sakit hati lebeyh nanti.. hukhuk

ni lah dia hero Bila Cinta Bertasbih Khilodi asadil Alam yang memagang watak Khaerul Azzam. saje je i letak gambar dia yang selebet ni. hahaha.. tahik lalat sebesar penumbuk kat atas bibir tu yang mahal tu.. keh keh keh.. Mamat ni okeylah.. mula2 i tengok macam tak hensem tapi ada some part tu ekpresi muka dia buat i tangkap cinta ngan dia. tapi yang penting, penghayatan dan karektor yang matang memang terbaik. so memang sesuai sangat mamat ni pegang watak Khaerul Azzam.

kalau ada sesiapa yang belum tonton lagi, boleh lah layan filem ni. memang best.

peace =.^V




dilema gadis berkaca mata

rasa-rasanya dalam 1/10 rakyat malaysia pada hari ini rata-ratanya mempunya masalah penglihatan. atau dalam bahasa mudahnya rabun tak kira lah rabun ayam ke rabun malam ke, asalkan nama nya rabun. hahaha.. suka2 hati i je. ekcuali 1/10 tu i saja je letak untuk menyedapkan ayat. uolls jangan percaya pulak.

dan dengan jujurnya i mengaku salah seorang yang mengalami masalah rabun itu adalah diri i sendiri. wuwuwuwu

jadi kalau dah sedar diri tu rabun terpaksalah pakai cermin mata. lagi-lagi macam i ni power mata kalau di totalkan dua2 belah mata kalah gaji sebulan cikgu tadika kemas. memang tak boleh nak escape lah. nak tak nak memang kena pakai lah. kalau tak korang besar gajah pon i tak nampak.

i mula pakai cermin mata sejak i darjah empat. masa tu i memang suka pakai cermin mata uolls. zaman i kecik2 dulu kawan2 i cakap sesiapa yang pakai cermin mata ni biasanya pandai. masa tu i percaya cakap kawan-kawan i sebab ditakdirkan pulak i ni masa sekolah rendah cerdik sikit. biasalah time tu i masih lagi sesuci lebaran. abah suruh belajar, belajar ajelah. tak bantah langsung. UPSR pon dapat 5A SPRA pulak dapat Jaid Jiddan beb. pandai tak mak cik zaman tu?. keh keh keh.. silalah jangan menyampah dengan saya ya. maka pada ketika itu i rasa teori sesiapa yang pakai cermin mata otometik boleh jadi pandai ternyata ada benernya. kudus betul i time tu. =.="

tapi tu semua dulu.. sekarang tak ada maknanya pandai.. hari2 dok kena marah ngan manager. pandai kejadah?

akan tetapi, bila umor semakin meningkat, hormon2 kewanitaan dalam diri i ni kian memekar bak lalang. jadi i rasa tak cun bila pakai cermin mata. padahal memang dari azali dah tak cun kan. keh keh keh. i pon belilah contact lenses. lepas je i pakai contact lenses, i rasa macam aura kecunan i meningkat secara mendadak. perasan jugak i kekadang ek.. ehehe

sejak pada tu i dah tak pandang cermin mata lagi dah. bahkan i jadi obses pulak dengan contact lenses. i tak boleh nak keluar rumah without wearing my lenses. sampai kan kekadang tu, nak pergi runcit pon nak pakai contact lenses. hamik kaw.

so disebabkan i obses dengan contact lenses, most of my friend tak tahu yang i sebenarnya rabun teruk. sampai lah i dah bekerja sekarang pon kawan sekerja i tak tahu yang i ni rabun. tapi i tak adalah nak rahsiakan dari sesiapa yang i ni rabun. kalau orang tanya i jawab lah. tapi deep in my heart i agak malulah nak pakai cermin mata sebenarnya depan orang. i lebih confident when people see me without my glasses.

until last week, at my home town, sepupu i yang paling kecik tu stori mori kat i pasal abang dia punya girlfriend.

cousin : kakak, power cermin mata kakak berapa?

quinn : XXX. nape?

cousin : tahu tak gf ateh power 700.

quinn : camna tahu? so selama ni dia pakai contact lenses la ek

cousin : memang pakai pon. abang cakap. dulu kan dia kerja satu opis ngan abang kat maybank. ada satu pagi tu dia tak paki contact lenses abang cakap dia punya cermin mata tebal gila. mata pon jadik kecik je

dalam hati i time ni tension jerk. terasa la weyhhh.

quinn : ateh tahu ke awek dia rabn sebenarnya?

cousin : tak tahu kot.

ha.. ni lah dilema yang i nak nyatakan kat sini. kalau orang lain tak apalah. tapi kalau bf sendiri pon tak tahu kekurangan kita tak ke merana tu namanya. dalam kes sepupu i tu, i tak rasa gf sepupu i tu jujur nak mengaku yang dia tu rabun teruk kat sepupu i. dat girl memang comel. tapi without her glasses lah. what if kalau my cousin tu nampak awek dia dengan cermin mata tebal seinci sampai mata pon jadik kecik boleh terima kekurangan awek dia tu. confirm angkat kaki punya. belum kahwin lagi dah kena ngan adik beradik sepupu i tu.. huhu

so perkara ni buat i dalam dilema lah. i ni pn dah lah memang jenis malu nak ngaku power mata i. what if tiba2 ada mamat comel nak ngorat i (berangan kau.. nak yang comel je) and masa tu i pakai lenses and tiba2 dia cakap dia tak ada taste ngan perempuan yang berkaca mata sebab bagi dia cantik lagi nenek tak ada gigi dari perempuan yang pakai cermin mata ni. macam mana? nak putus sayang sebab ,mamat tu comel. takkan nak sepanjang hidup menipu, at last lepas kahwin kantoi jugak. yalah malam pertama dibuat tengah-tengah malam dok sedap tidur tiba suami bangun ajak tutt tutt tak nampak mana satu anu nye.. eh terlucah pulak makcik. keh keh keh..

dilema betul i.

uolls rasa i patut pakai cermin mata tak? =.=" yalah at least mana mana jantan keparat yang tak ada taste kat pompuan pakai glasses ni mengorat. i tak nak jadi macam gfcousin i tu. hishh


Aug 5, 2011

bebelan di bulan ramadhan


assalammualaikum..

salam ramadhan uolls. sedar tak sedar hari ni genap 5 hari sudah semua umat islam menunaikan rukun islam ke 2 kan (eh.. betul lah ke 2 kan.... hihii). tapi, today is my first day bukak puasa bersama family yang ku cintai. the rest, i bukak puassa dekat opis je taw.. wuwuwu.. sian kan i.. feeling macam dok kat amerika pulak bebulan puasa ni.. haha..

ada jugak kawan2 n saudara mara yang tanya tak sedih ke buka puasa kat ofis. tapi i rasa tak ada apa yang nak disedihkan pon. sama je macam kita buka puasa dengan kawan2 masa time belajar dulu. tak ada beza pun. tak ada family jugak kan. lagi2 pulak i ni memang dah terbiasa dari dulu tinggal di asrama. so tak payah lah i nak feeling amerika sangat. kalau tak nampak sangat lah mengada sangat i ni..hohoho

disebabkan hari ni hari pertama i berbuka di rumah, haruslah i pasang angan2 setinggi gunung everest nak singgah ke bazaar ramadhan petang tadi. sebelum pergi mak i dah pesan tak usahlah beli banyak2 sebab takut tak habis. tapi kalau dah dasar tak reti bahasa macam i ni harus lah ingkar kan. alasan, nak balas dendam sebab dah 4 hari buka kat ofis memang tak dapek lah i nak ke bazaar. padahal baru je semalam member ofis buat makan2. beli kat kat bazar jugak pon. menipu je kerja i kan bulan puasa ni. hehe..

terasa i dengan kartun ni=P

tapi bazaar yang pergi tadi memang sedehhh lah uolss.. i tak tahu lah layak dipanggil bazaar ke tak. orang yang meniaganya ada berapa buah je. yang pelanggannya pulak beberapa ketul je. memang sedehhh la uolls. tempat tak strategik kowt. tapi dalam pada kedai tak banyak kononnya tu, yang penting balik rumah tangan tetap penuh. hehehe

okey lah uolls i dah ngantok ni. sebelum tidur jangan lupa baca doa berpuasa okey.

nite=)




Aug 2, 2011

Fantasi Musim Cinta

ceh.. tajuk entri nak jiwang je kan.. =p

uolls ingat lagi tak Iwan Dangdut? ala.. yang nyanyi lagu memori daun pisang duet dengan amalina tu. tengok gambar sure uolls kenal


iwan ngan amalina.
tang rambut yang mahal tu.. hehehe

kalau sebut je nama Iwan mesti uolls teringat lagu2 dangdut nyanyian dia like yang sesang-sedang saja, wulan, benang biru n macam2 lagi lah. i pon dah lupa hihii.. lagu2 dangdut ni memang meletopsss zaman i sekolah rendah dulu. bukak radio pon DJ pasang lagu dangdut je, bukan tv pon lagu dangdut jugak yang diorang tayang, bahkan pergi shopping pon shopping complex tu pon pasang lagu dangdut jugak. senang cite mana2 pi pon dengar lagu dangdut jelah. punye la hebat penangan dangdut ni zaman tu. yang i bengang tu,i pon layan dangdut zaman tu. kurang asam betul.. hishh =.^

tapi fokus i bukan nak cerita pasal lagu dangdut dia. tu baru mukadimah aje. uolls tahu tak sebelum Iwan popular dengan muzik dangdut Iwan ni sebenarnya pernah release album rock. one of the song yang hit dalam album tu adalah lagu Fantasi Musim Cinta. memang layan lagu ni uolls. tangkap lentok habisss

cer uolls try dengar sat


amacam? layan kannn?
meleleh i dengar lagu ni.
tangkap lentoq habis. <---- berapa kali nak sebut da..

hanya orang yang tak ada telinga je yang cakap lagu ni tak sedap.. ceh.. gila over i ni.. keh keh keh

i pon tak berapa nak faham lirik lagu ni. bila i dengar macam lagu cinta yang bahagia lah tapi muka iwan macam nak belasah orang je dalam v. clip ni. ish.. tak faham.. tak faham

ekceli sebenarnye i pon baru tahu yang Iwan nyanyi lagu ni. i pon mula2 macam tak percaya je Iwan ada lagu slowrock + jiwang yang sedap hingga menjilat ibujari kaki ni.. hahaha.. minta maaf lah i memang over ckit. ehh.. tapikan rock2 pon ada gak bunyik dangdut nya sikit kan.. xP agaknya sebab dah terbiasa dengar dia nyanyi dangdut kowtt

hurmm tapi rock ke dangdut ke.. tu semua dulu punya cerita.. tahukah uolls yang Iwan Dangdut yang terkenal dengan lagu2 dangdut di era zaman 90 an dulu ni dah jadi jadi penyanyi nasyid. dengar cerita dia dah dapat hidayah. alhamdulillah. makin ramai artis yang dah berubah sekarang ni.

imej terbaru Iwan


makin hensem pulak i tengok Iwan ni sekarang pakai serban. dulu i tengok dia dengan pesen rambut macam gambar kat atas tu rasa cam nak.... korang faham-faham jelah kan.. tak perlulah i nak nyatakan kat sini hehe. kalau uolls nak dengar lagu nasyid dia boleh lah taip Iwan Syahman kat utube. memang mendayu. bunyi dangdut tu tak hilang. i rasa ni nasyid jenis baru. nasyid mendayu. =P tak kisah lah. yang penting semua lagu berkonsep ketuhanan.
layannnn

Aug 1, 2011

Ramdhan tiba lagi!!!


assalammualaikum..

hi peeps!! lama betul i rasa tak updet my bloggie ni. sedar tak sedar dah seminggu rupenye..huhu.. i pon tak tahu la kenapa for the whole last week i rasa semangat nak berblogging tu tiba-tiba menurun ke paras merbahaya.. cewah, tak payah nak berblogging la sangat kan. hehe. updet pon malas, blogging la sangat i ni kan. =.=

tapi walau macam mana i malas sekali pon nak updet blog i sendiri tapi i still rajin blogwalking kat blog uolls taw. i pon tak tahulah napa i ni suka sangat baca belog orang. kadang2 i boleh ibarat kan blog ni macam dadah taw. mana taknya, kalau sehari tak singgah rasa macam tak lengkap hidup. ha.. mcam tu sekali plakkan. cuma kadang2 ajelah i drop comment. yelah.. karang setiap post i komen kang uolls kata i ni psiko lak. hari2 dok menepek kat belog orang. ye dak? ye kan aje lah hehe

ekcuali i tak apa2 story pon nak updet kat blog i ni. hari2 rutin hidup i sama je. bangun tido tengok tv pi kerja balik kerja tidor. tu aje lah. ape lagi nak cerita?.. sadis kan..? nangis jap.. sob sob

owh hari ni 1st august kan. bulan puasa dah weyh. ish2.. cepat betul. malas betul nak puasa.. eh berdosa tak kalau i cakap malas nak puasa. hehe^.^

so di kesempatan ni i nak ucap selamat menyambut bulan ramadhan kat peminat2 i sekalian. wekss peminat la sangat kan.. keh keh keh.. esok jangan pulak uolls buat2 hilang ingatan bantai roti canai kat mamak pulak. tak pasal2 kena tangkap ngan pegawai agama nanti=P

uolls ni puasa2 jugak, niat puasa nya ingat lagi ke tak? berani la uolls cakap tak ingat. i cepuk sorang2. budak tadika pon pandai baca doa puasa tau! ha.. kan darah mak cik dah naik.. hihi
tapi jangan risau, kalau tak ingat pon tak pe. uolls boleh chek it out kat bwah ni. bukan niat aje, doa bukan puasa pon ada.

1. niat puasa sebulan.
2. niat puasa harian.
3. doa buka puasa
4. doa selepas berbuka puasa.

teringat dulu zaman tengah rajin hantar kad raya dulu mesti tulis kat kad tu 'puasa betul2 tau, jangan puasa yang yuk' hihi.. apa jadah yang yuk pon i tak tahu. budak2 betul!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...