"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

Aug 9, 2011

Mujahadah itu Pahit kerana Syurga itu Manis


perghh.. islamic gila tajuk entri i kali ni.. hehe

Mujahadah....
uolls tahu tak apa maksud mujahadah ni? kalau uolls tak tahu... i lagi la tahuuu... muahaha.. ada rasa macam nak pang i sekali tak?=P


sebenarnya Mujahadah ni tajuk drama melayu i tengok malam semalam. i pon tak tahu macam mana i boleh terlayan drama melayu tv2 malam kelmarin. tapi sakit jiwa je i tengok drama ni. i memang emosi terlebih sikit bila tengok drama berunsurkan poligami ni. macam drama Mujahadah nilah. sampai tak boleh tidur lah i dibuatnya sebab tension dengan ending drama ni yang tak menepati citarasa i langsung. cehhh citarasa lah sangat kan.. hehehe

lebih-lebih lagi lakonan Eja sebagai isteri pertama kepada Eizlan Eusoff dalam drama ni memanglah teramat berkesan kat hati i.. dalam drama ni, ibu mertua Eja (sori i dah lupa nama watak2 dalam drama ni) lakonan Afidah Es, sibuk dok suruh anak lelaki si Eizlan tu kahwin dengan seorang lagi anak angkat kesayangan dia. siapa pelakon dia i memang tak kenal. lepas tu, mentang2 lah dia jaga Eja tu dari kecil, (Eja ngan bini no 2 Eizlan ni anak yatim piatu. Afidah Es yang bela dari kecik) suka-suka hati aje nak buat decision nak surah anak dia kahwin ngan sesiapa yng dia suka. si Eja ni tak akan nak melawan pulak kan. dia memang hormat mak mertua dia gila2 punya. nak tak nak kena terima jugak. yang i geram tu si Eizlan Eusoff ni pulak tak bantah langsung. at the same time memang dia ada hati jugak ngan adik angkat dia yang seorang tu. memanglah i sakit hati. hampeh punya jantan. yang adik angkat nya tu pulak memang dah lama syok kat abang angkat dia. bila afidah es cakap nak jodohkan dia dengan Eizlan bukan main gembira lagi. haih.. geram betul. tak fikir langsung perasan orang lain.

memang tak boleh blah i ni kan.. padahal drama je tu. keh keh keh xD

masa i tengok drama ni memang i tak faham apa kaitan mujahadah dengan jalan cerita drama ni. tapi bila i google and jumpa blog ni, barulah faham sikit maksud mujahadah tu.

**********
“Kau ni Mad, cuba rajin sikit belajar, ni asyik main game je, MUJAHADAH Mad, MUJAHADAH, baru boleh berjaya”. nasihat Ali kepada Ahmad
“Ish, kenapalah aku ni susah sangat nak bangun awal Subuh, jam loceng aku dah kunci tapi tak mampu juga bangun, bukan aku tak sedar tapi memang sengaja aku malas” rungut Imran kepada Amir
“Tu lah kau, kurang MUJAHADAH, kalau betul nak bangun subuh kena la MUJAHADAH sikit”. Amir menasihati Imran
Demikianlah dialog spontan yang biasa kita dengar, Mujahadah, Ya, Mujahadah, mujahadah untuk berjaya. Mujahadah boleh diertikan sebagai usaha melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu untuk mencapai sesuatu yang lebih bermakna. Apabila nafsu dapat dikalahkan maka seseorang itu akan mengutamakan perkara yang dicintai Allah dan mengetepikan kehendak peribadi.
***********

ekceli kalau i lah...i rasa i tak mampu kot nak mujahadah kan diri kalau i berada dalam situasi Eja drama Mujahadah ni. walaupun poligami tu halal dari sisi agama islam tapi i tak rasa i boleh ikhlas kan hati i untuk berkongsi suami dengan perempuan lain.. no way man bak kata nenek aku lah.. hehehehe

kalau i lah... andai kata suami i nak kahwin lain, i rela di ceraikan daripada i makan hati. at last i jugak yang berdosa sebab dah tentu i akan berkasar dengan suami and madu i tu. eh.. ayat macamlah i dah ada pengalaman.. keh keh keh

i rasa kalau i nak kahwin nanti, i nak tetapkan syarat macam dalam filem bila cinta bertasbih tu. selagi i bergelar isteri i tak rela dimadukan. kalau suami i nak kahwin lebih dari satu sekalipun, i bukan lah salah seorang dari isteri2 dia.

i tahu... mujahadah itu memang pahit.. dan syurga adalah ganjaran nya. tapi i tak tahulah i boleh redhakan hati i ke tak. i lebih rela tanggung dosa sekali dari menanggung dosa seumur hidup sebab tak redha dengan takdir ALLAH.

i tak tahu uolls macam mana tapi i memang say no to poligami. jangan kata dah kahwin, mesti tengah bercinta pun boyfriend nak massage ngan pompuan lain rasa nak tarik rambut perempuan tu walaupun hakikatnya boyfriend kita yang sebenarnya gatal.
=.="



ini hanya lah pendapat i aje. mungkin ada yang setuju, mungkin ada yang tak. so chill!!.. hehe

bye=)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...