"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

Sep 22, 2015

Bagan lalang here we come

Happy weekend all!!

Hari ni Kak Pah nak nak story mory ngan uolls about percutian kak pah ngan opismate di Bagan Lalang.. Alaaa.. Bagan Lalang je ponnnn. Hehe. Kali ni pakai ganti diri Kak Pah eh sebab kat opis memang orang panggil Kak Pah jer. Tapi bukan lah satu Hsbc tu.. kau ponn.. kawan2 rapat jer.

Ekceli Kak Pah suke je walaupon dorang nak buat kat Bagan Lalang. Sebab dekat kan. Malah Kak Pah besyukur ya amat dorang tak buat jauh2 sebab malas woih nak drive jauh2. Mula2 tu dorang nak buat dekat Tioman. Kak Pah dah gatal kepala dah. Nasib baik tak jadi. Walaupon dekat Bagan Lalang je, tapi tetap awsome ya!! Sebenarnye bukan tempat tu yang buat best ke tak, orang yang join tu sendiri kena buat best2.. Gitewww! Teruk bebeno ayat Kak Pah.. Hahaha.

Okey, Kak Pah citer ringkas2lah ye. Kitorang pergi pada 12/9 - 13/9 yang lepas. Dihadiri oleh geng2 Anti Busuk seramai 7 orang, siapa lagi kalau bukan Preet, Ag, Shaqira, Joy, Fitri, Najib dan Kak Pah sendiri. Sepatutnye ada sorang lagi Kelvin tapi xleh pergi sebab masalah personal katanya.. Tapi okay sajo.. Sebab seronok jerrr walaupon tak cukup korummm. 

Yang comelnye janji nak gerak pukul 11 pagi, tapi nan hadooo.. Kul 12 lebih jugakk. Dah ku agakkkk. Gigih lah Kak Pah bangun pepagi buta nak kejar pukul 11 tu kan. Sabo je lah.. Meet up kat Cyberjaya.

Sempat jugak lah berposing sambil menunggu mereka2 ni sampai. Sabo jelah.
Saje nak selit gambar testing pakai monopod tapi tak guna sangat pon. Sekarang Kak Pah pakai hp Lenovo A916, murah tahap gaban tapi quality gambar not bad. 
Perjalanan.. Alhamdulillahhh.. Smooth.. Walaupon naik kereta Kak Pah tapi Ag yang drive.. Kak Pah jadi mem besar kat belakang.. Mihmih. Joy ngan Shaqira pon naik kete Kak Pah gak.. Sepanjang jalan dok karaoke. Yang lain semua naik kete Fitri. Pantang nampak perempuan, tetiba kereta jadi slow. Gatai betul depa. Sepanjang perjalanan tu ada jugak lah berenti2 singgah beli barang untuk bbq. Kedai2 kat area sini semua menyedihkan.. apa pon tak boleh, so lagi senang kalau dah siap2 beli barang sebelum datang. Perjalanan dari Cyber ke Bagan Lalang cuma mengambil masa 1 jam lebih sikit sahaja.

Kitorang stay dekat Seri Bayu Resort. Dia ekceli macam aparment. Okaylah.. harga pon not bad RM 318 semalam.


Not bad kan.. nyaman jerr

Ag and Shaqira sedang check in.

Staff Seri Bayu ni tengah explain something pasal penjualan unit kat sini. So kalau korang interested nak duduk kat Bagan Lalang boleh la beli satu unit kat resort ni.

First thing of all kitorang masuk2 jer terus buat cuci2 ayam yang sebanyak 3 ekor itu. Gila lah kan.. 7 orang jer tapi ayam sampai 3 ekor. Haha.. Gila ambitious. Dah lah belum perap lagi. Bahan2 pon tak cukup. Terpaksa lah suruh bebudak lelaki pergi barang. Nak menunggu tu kemain lama diorang balik. 

Shaqira and Ag



Gigih Kak Pah amik gambar kat luar  tingkap.. Trololol

Posing sementara menunggu ayam dibasuh. Sambil tu amik gambar sekitar apartment untuk tatapan korang semua. Kotlah berkenan boleh lah check in kat sini.

Ladies room. 
Tapi Kak Pah tidur bawah. Tak kuasa nak berhimpit 3 orang. 

Kitchen tapi tak ada dapur gas pon nak masak, in fact tak dibenarkan masak pon.

Boy's room.
Selamba jer Kak Pah masuk bilik dorang amik gambar. Haha.

Ruang tamu. TV tak ada astro ya. Harap maklum.

Bila budak2 lelaki balik jer terus kami selesaikan perapan ayam. Rupa2nya dorang berposing sakan dulu kat pantai baru balik. Ya Ampun.. padan lah lama. Kantoi masa nengok gambar kat hp Najib.  Sabo jelah. Mostly perapan tu Ag ngan Zul yang buatkan. Kak Pah tolong kupaskan bawang jer. Ada jugak sumbangan kat situ. Mihmih. Not bad jugak hasil air tangan mereka2 ni. Syabas beta. Kak Pah makan berketul2 jugak lah.

Petang tu carik makan dekat tepi pantai. Tak banyak pilihan pon sebab kedai banyak belum bukak lagi. Ag cakap kedai yang kitorang makan tu kedai lalat sebab banyak gila lalat.. Hahaha. Tapi si Fitri tu gigih pulak dia menghalau lalat. Kak Pah pulak makan depan dia.. makan dengan bahagianyalah Kak Pah makan. Macam tuan puteri orang tolong halaukan lalat. Kak Pah siap order kerang, tak sedar diri tu ada resdung. Nasib baik tak ada kejadian muka membengkak ke apa.

Suka gambar ni.. comelll.. Budak lelaki 2 dari depan ni namanya Najib. Memang comel lah uolls. Mata coklat, Kak Pah siap tanya kat Zul, Najib ni pakai contact lenses ker.. Jeles Kak Pah nengok mata dia.
Singgah jap kat tepi pantai. Ekceli banyak gambar dekat Shaqira tapi dia tak share kat group.. huhu..

Petang tu kitorang mandi kat group sampai Maghrib kau. Selambe jerr.. Hihihi.. Seronok gila mandi kolam.. Budak2 laki pulak macam hape tah bergelak ketawa siap mengilai2 kat kolam macam kan tak pernah mandi kolam. Tapi havoc lah. Tapi gatal tetap ye tengok anak dara orang mandi. Hoi, budak sekolah tu!

Kak Pah vain lagi. Jangan mara.....

Ag and Zul

Comel tak Kak Pah??? Baju ni Kak Pah jahit sendiri tau. Ok tak??

Me and Ag

Yesss.. kemuncak percutian kitorang, BBQ timeee! Kitorang buat BBQ ni dekat tepi pantai. Ingat kan kitorang jer kat situ tapi rupa2 nye siap ada orang berkhemah lagi. Family lak tu.. Wow.. kagum gila. Kak Pah rasa kalau family Kak Pah nak wat gitu Kak Pah tentang habis habisan. Resort ada, tidor resort lahhhh. Ada aircond lagi.. Tu pon kalau ada la.... 

Sorilah gambo tak berapa nak lawa sangat. Kata Lenovo jer pon kan. Hehe.

Nampak sedap kan. Cuma kurang manis sikit lah. Kalau cukup manis lagi meletoppp uolls. Tapi ayam bakar dengan cantik sebab letak madu. Sungguh menyelerakan.

Kak Pah sorang jer tak masuk gambar T_T

Lepas makan kitorang main game. First game adalah teka perkataan. Sorang buat gaya and yang lain kena teka. Memang terbahak2lah gelak sebab perkataan yang diteka tu ada yang berunsur lucah.. Tongong kan?? Hahaha. Tapi diorang terror. Cepat jer dorang teka. Diorang bab2 ni memang tetiba IQ depa boleh cecah langit.

Second game is UNO Card. Game UNO adalah terbaik!! Kak Pah pon baru belajar main malam tu. Siap first game tu Kak Pah kalah lagi. Lepas tu dorang suruh denda menari. Memang hampa lah dorang nak nengok Kak Pah menari sebab tak kuasa aku nak layan. Haha. Second game Kak Pah tak kalah dah.. sebab time ni dah terror sikit. Haha. Tapi apa yang buat seronok, dorang tak kasi can kot kite nak menang. Tak tahu lah nak explain camne tapi memang best sangat sebab dorang main bersungguh2. Sampai 2 pagi kot kitorang main. Nasib baik family yang berkhemah tu tak tido lagi kalau tak sure diorang tension dengar kitorang ketawa mengilai2.

Malam sebelum tidor pulak kitorang cerita hantuuuu. Seremmmm. Akibatnya merasalah Kak Pah ketakutan balik kerja tiap2 malam. T_T. Pukul 4.30 pagi baru masing2 gheti nak masuk tidor.


Keesokkan paginya.. tak ada apa yang menarik pon. Pagi2 breakfast dekat cafe tapi makan Nasi Lemak sajo tak ada buffet2. Yang lain masih tidor sampailah pukul 11 pagi. Pukul 12 dah check out. Ekeceli tak ada yang menarik pon on the next day. Sebelum singgah dulu dekat pantai kot2 lah lepas ni tak berpeluang nak pergi lagi. 

 Nampak uncle aiskrim naik motor lalu terus tahan. Tapi uncle ni begitu confident bagi kitorang aiskrim durian? Boleh tak? Kalau mat saleh termakan ni confirm depa trauma nak beli aiskrim kat Malaysia.
Air tengah surut lagi.. 

Gila jauh air.. tak larat nak gi sana tengok. Tapi Fitri pergi sampai ke hujung. Confident jer mamat tu pergi jauh2, ingat kami ni suka sangat ler nak nunggu dia. Lulz


Umpama ketam mengajar anaknya berjalan.. tiba2..

Berani Ag pegang anak ketam ni. Kak Pah? Jangan harap ya.

Shaqira buli budak ni. Sekali anak indon rupenye.


Fitri bawak balik anak ketam ngan kulit siput

Agak2 jari sapa lah tembun sangat nih.. ahaha

Preetttt!.. 


Tak larat dah nak taip. Apa2 pon thank you for reading. Muah ciked. Byeee!


2 comments:

Eny Abdullah said...

bestnya dpt bercuti :D

kisah earty said...

hamboii.. kak pah, banyak cik mas nak komen ni..
1. kak pah tak tolong masak ke?
2. mak aku kate kalau org jual aiskrim atas motor tu, kalau dia kencing tepi jalan tak tau basuh ke tak?.. upss.
3. cantik baju-baju kak pah tu..nanti boleh r amek upah yer..
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...