ekcuali i pernah uolls tersasul macam tu. padahal apa yang i nak cakap tu tak lucah langsung pun.. sumpah tak lucah uolls. tapi tak tahu setan mana tergeliat kan lidah i waktu tu, sekali yang keluar dari mulut i 18sx dowh... haha berpoloh ketiak i waktu tu.
benda ni terjadi masa i tengah praktikal kat Danau Kota last year. i tengah borak-borak ngan bos i. i pun dah lupa pasal apa. yang i ingat masa tu i suruh my bos pusing kan kertas.
"cik hilmi! cik hilmi puting kan.. err ni apa pusing kan aje kertas tu ni... bla bla bla..."
hahaha.. bayang instead off nak sebut pusing i boleh pulak tersebut puting.. sengal betul!..
i punya malu tak hengat waktu tu. bersungguh-sungguh i berlakon macam tak ada apa2 yang berlaku. tapi yang tak boleh blah tu kawan i si sepet boleh pulak bantai gelak gila-gila punya bila dengar i sebut puting. memang senget betul minah tu. bukan main suka hati dia dengar benda2 18sx ni. keh keh keh. i punyalah sedaya upaya berlakon macam tak ada apa-apa yang berlaku, tapi si sepet boleh bantai gelak siap keluar air mata lagi. i rasa adalah dalam setengah jam jugak minah senget sorang tu gelak tak boleh berhenti. nasib baik time tu dia tak pregnant lagi. kalau tak, i rasa mahu bergoncang baby dalam perut.. hahahaha..
tapi yang bestnya bos i tu boleh buat keras aje. keh keh keh.. malu lah lettew..=.^V yelah. mau tak malu. bos i dahlah tak kahwin lagi. dengar benda bukan-bukan ni haruslah tersipu2 kan.
tersipu2 jadahnye. bos i tu bukan main dia berlakon macam tak ada ap2 berlaku. tabik arr cik hilmi!=P
haiiii... entah apa khabar lah bos i sorang tu. jangan senyap2 dah kahwin tak jemput kitaorang pulak sudah lerr. derhaka namanya tu.. hihihi
ekcuali dulu bos i suka jugak baca belog i ni tapi tak tahu lah sekarang ada baca lagi ke tak?.. still wonderinglah whether diaorang baca ke tak?.. ermmmm ..??
bai!
4 comments:
bestnya bos baca blog.. hahhah..kalau tersasul sebut memang memalukan.. hahhhaha
tersausl boleh buat orang tergelak takpe..jgn buat orang ingat ganggauan sexual dah..hahaaa
permata biru: sbb dulu diorang suka bahan. tp skrg senyap je.. huhu
azuan: tulah.. ntah2 bos i ingt die kena gangguan sex. mana tahu kan.. hehe
ahahahah.. kelakar plak kan.. bagus2 dah kena cover kawan plak yang potong stim.. x pasal2 bos malu2.. ekekekekek,.. lawak2..
Post a Comment