"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

Aug 13, 2011

Guruh dan Kilat


petang tadi niat dihati nak pergi bazaar kat belakang kompleks pkns shah alam nun. mak i ada cakap teringin nak makan nasi ambeng walaupun hakikat sebenarnya i yang teringin.. hehe baik punya plan ingat nak keluar lepas asar. so nanti ak adalah nak kejar solat asar lagi, nak pergi pasarnya lagi kan.

tapi bak kata orang, kita hanya mampu merancang tetapi tuhan yang menentu kan segalanya. tepat pukul 4 petang je, hujan turun selebat-lebat alam. kalau setakat hujan je tak apalah lagi. dengan guruhnya lagi tambah pulak dengan kilat sabung menyabung, tak ada maknanya lah lagi i nak keluar. uolls tahu tak guruh tu punya lah kuat sampai alarm kat bangunan i ni pun boleh berbunyi oh.

i ni memang penakut sikit dengar bunyi kilat and guruh. terketaq-ketaq tangan i tutup tv ngan laptop. al maklum lah takut sekali kilat sambar tv i, tak pasal2 je hangus i kat situ.. haha

lepas tu masuk bilik baring atas katil ambik selimut, selimut satu badan.. lepastu.. ZzzZzzZZz..

itu lah dia tips dari i nak hilang kan takut pada guruh dan kilat. dan tips ni memang ternyata berkesan taw uolls... keh keh keh lepas tu pasar ke mana nasi ambeng ke mana.. buka ajelah dengan ape yang ada uolls.. alhamdulillah.. syukur juga ada juga makanan kan..

bercakap pasal guruh ngan kilat ni teringat pengalaman i masa belajar kat uitm melaka dulu. kisahnya begini. berlaku pada satu malam yang cukup bersejarah dalam hidup i. memang bersejarah lah beb malam kali terakhir i contact ngan ex bf i. wuwuwuw sedih pulak tetiba. waktu tu i tengah tidur ngan kawan i sepet kat ruang tamu. i terjaga dalam pukul 3 pagi macam tu. hujan turn selebat-lebatnya. grill kat beranda rumah sewa i tu bergoncang kuat gila. takut jugak grill rumah i tu tercabut himpap i yang tengah tidur kat ruang tamu ni. tak ke haru tu. ehehe.. i syak kat luar u tengah ribut taufan agaknya. rumah sewa i tu memang dekat dengan laut. lepas tu i dengar bunyi macam siulan. seram bulu tengkuk i masa tu. sesiapa yang pernah tinggal dekat laut mungkin pernah rasa apa yang i rasa kot. i memang dah takut giler lah uolls. i ada rasa macam dah kiamat pun ada jugak. i terfikir ni balasan tuhan untuk i ke? nak menangis i masa tu uolls. sumpah tak tipu. pertama kali dalam hidup i rasa macam tu.

alkisahnya pada malam yang sama i bergaduh besar dengan ex bf i. i sumpah dia macam-macam lah uolls. biasalah orang tengah marah lah kata kan. siapa tak marah bila ex korang curang kan. i malaslah nak cerita apa yang i sumpah dia. nanti uolls takut pulak nak kawan ngan i.. ehehe tu semua cerita lama. zaman tak matang lagi. sekarang i dah matured. so i dok pikiaq, ni balasan i ke sumpah orang macam tu. i teringat masa i mengamuk kat ex i tu, dia cume cakap terima kasih je bila i dok cakap dia macam2 kan. siap cakap macam ni kat i before i letak telefon " terima kasih lah sebab doa kan aku macam ni. tak apalah aku doakan yang terbaik buat kau. aku doakan kau dapat orang yang lebih baik dari aku. aku ni jahat.."cehh watdepak? .. menyampah je i nak dengar lagi terus letak phone. macam baik sangat je kau kan... perangai macam jebon! eh dah macam tersasar je cerita i ni plak.. hihihi

so back to the story, i nak gerak kan badan pon takut masa tu, tiba2 si sepet bangun. i terus tanya pet, bunyi ape tu?.. sepet trus ajak i masuk tidur dalam bilik. i pun apa lagi, bangun trus berlari masuk bilik. weolls kunci pintu bilik baring atas tilam pastu tak sampai 5 minit pun terus zzzZzZZzZzzz.. hahaha..

macam tu ajelah cerita nya. kalau teringat sekarang memang i nak tergelak je bila terfikir betapa takutnya i masa tu. masa dok menyumpah si jebon tu malam tu i tak terfikir apa-apa pun. tapi bila tuhan turun kan ribut macam tu baru lah nak menggelabah mintak ampun menyesal apa semua.. hehe.. lawak je.

okeylah uolls. penat dah membebel ni. tata!

=.^

2 comments:

Rara said...

hehehe kelakar lah...
dulu saya kt uitm dungun pun kt tepi laut...
sama la macam syura..
bila guruh n hujan dia akan ada bunyi macam orang jerit2 kuat gila...
memang scary sgt...

SyuraLatif said...

myxura : yeke. untung ada jugak org yang penah rasa. syura punye takut sampai doa macam2 malam tu. lepas tu masa befday ex syura trus bagi msg mintak ampun. haha. kenangan je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...