"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

Apr 29, 2015

Random Updates #2


Lama tak bebel pasal kerja kan.. eh yeke lame? Haha.. Lama lah sangat kan.. Padahal bulan ni aje 2, 3 entry aku membebel pasal kerja.. mihmih

Ekceli aku tengah penat sangat nii.. nak kate stress tu ada lah sangat.. tapi badan penatlahh.. banyak sangat tanggungjawab kat opis tu sampai tak tertanggung dah rasanye.. Aku rasa 9 jam aku kerja, rehat waktu makan ngan solat jer.. selebihnya buat kerja macam haper..

Kekadang aku rasa macam mesin pon ada jugak.. kejap buat tu.. kejap buat ni.. jumping sane.. jumping sini.. rasa macam nak sewel pon ada gak.

Pakkal aku ni guna pakai konsep "syukur.. aku ada kerja" jer ni. kalau takkk.. memang kena amukan lah AMO aku tu.. haih..



********


Anyway, korang layan tak drama Hati Perempuan petang2 tu.. Aku layan jugak lah.. record kat Astro, pastu balik kerja nengok.. not bad gak citer die cuma agak hangin sikit ngan watak Yuhanis tu.. rasa nak lepuk jer.. kerek semacam dah kenapa.. macam tak ada motif pulak.. eh.. biasalah hakak ko ni kalau tengok drama kan emo lebih.. padahal orang tu berlakon jer kot.. haha.. ingat balik kerja nak release stress.. nengok drama ni makin stress pulak yer.. Haha.. padan muka.. saper suruh nengok kan..

Ade satu ost Hati Perempuan sedap lah. Bunga Dhia nyanyian Aiman. Tak sangka lah Aiman ni jugak yang nyanyi lagu Cinta Terakhir. Famous gak time degree dulu.. Mula2 ingat kan 6th sense.. Sejibik kot suara ngan Adi.



Layan kan.. Love it! =)

Lepas tu terlayan pulak video bawah ni..



Kebas kot pipi aku mengekek gelak

kahkahkah..

Nite uolls =)



Girlfriend aku dari neraka

Aritu 'ter' layan lah drama ni kat youtube.. 
and end up....  aku gelak macam kena histeria pukul 3 pagi
hahaha



Memang lawak sesangat
tapi drama ni tak de paedah lah kalau nak tengok pon.. cakap awal2.. hihi
Just nak buat modal gelak2 tu okey la..


Enjoy your day

Bye.. peeps

Apr 27, 2015

Incident paling memalukan seumur hidup ku

Hai... dah beberapa hari tak bersiarankan.. rindu sangat kak pah kat belog kesayangan ni. Tapi nak wat macam mana bila kemalasan mengatasi segalenye.. kak pah memang selalu macam ni. Heh.. *sigh*

Ekceli kak pah updet ni pon sebab kak pah nak ngadu ni.. hahaha.. Nak ngadu baru reti nak updet kan. Macam ni.. tahun lepas kak pah ada mengalami satu insiden yang maha memalukan. Note perkataan 'maha' tu ye uolls. Ni serius kronik tahap malu dia.. haha. Even dah berbulan berlalu pon, rasa malu tu tak hilang lagi. Masih menghantui kak pah. Tensi kak pah dibuatnya. Ingat nak keep it untuk diri sendiri jer. Muahaha. Tapi bila pikir2 balik, baik citer kat belog. Hilang sket stress. Hopefully lah kan.

Citer die camni, bulan 10 yang lepas, departmant kak pah ada buat monthly R&R.. Err.. Monthly R&R ni boleh dikatakan macam hari perhimpunan lah. Ala... Macam kat sekolah dulu2 tu, every Monday kite kena berhimpun dengar guru besaq nak membebel. Something similar like that lah.. cuma yang ni monthly la. So kitorang kene berkumpul and dengar amanat from our bosses. Besides, diorang ade jugak bagi sijil untuk best staff of the month. Diorang akan panggil sorang2 name gi atas pentas and ambil gambar. Giteww.

Nak dijadikan cerita.. mase tu dengar name kak pah macam kena panggil. Seriusly sevijik sejivon hokeyyy.. and opismate kak pah pon dengar macam nama kak pah yang kena panggil. So dengan konfiden kak pah naik ke pentas... kembang kempis hidung kak pah, mana tak nye nak naik pentas nak amik sijil kate ko. Harus kembang segala lobang yang ada termasuk lobang vontot kak pah sekali. Di pendek kan cerita, *dasar pemalas ko kan nak cerita panjang2* sekali kat atas pentas tu macam lain macam. Kak pah tengok semua orang macam terpinga-pinga.. Ahhh sudah.. apehal pulak ni kan. Kak Pah pandang depan nampak sorang minah ni tengah berdiri sambil terkemut-kemut macam haper dah. Kak Pah dah boleh hagak dah time tu. Pandang my manager, die pon geleng2 kepala.. 

Oh Em Ji!!! I can't believe this *ecece cakap omputeh konon*

Korang tau tak... ekceli bukan nama Kak Pah yang dipanggil tapi nama orang lain.. Boleh takkk?? Malu gilerrrr okey. Sumpah malu gila tahap dewa. Masa tu pikir nak berenti kerja.. nak MC.. nak mintak cuti... nak pengsan.. haih macam2 lah.. Kalau dilist kan sampai kiamat pon tak habis. Tak sanggop kot nak mengadap manusia2 kat situ. Hahaha.. Rasa longgar jer kepala lutut time tu. Dah lah orang yang paling aku tak suka ada kat situ. Refer entry ni. Siyot jerk taw.

Kadang2 macam tak percaya jer benda tu boleh jadik kat aku..  Macam mimpi kott.. Kalau jadik kat uolls apa yang korang akan buat ek.. Ke buat vodo gak macam aku.. Ehehehe.. Positive jerlah. Take it as dugaan. Nak buat apa lagi kan. Benda dah jadik kot. Kalau boleh patah balik.. confirm yer aku gostan balik masa. Sobs.

Opismate Kak Pah biasalah.. mula2 tu kemain masing simpati kat Kak Pah. Bagi kata2 semangat konon. Katanya tak ramai pon yang perasan Kak Pah salah naik pentas. Ntah betul ke tak ntah. Esoknya dok bahan Kak Pah.. sampah kesudah kot.. Hahaha. 

Anyway.. walaupon Kak Pah tak dapat best GSE of the month untuk 2014.. dapat ni pon jadik lah..


Better lah than nothing kan.. =.='
Nasib baik jugak Kak Pah tak MC hari tu.. LOL

Tapi hati Kak Pah dah terubat bila tengok si dia ni;



.
.
.
.
.
.
.
.
.
v



Alolo.. comelnya awakkk cenggitu..
Rasa nak penyek2 kan jerk awak ni

You really made my day...


Bye!

Apr 20, 2015

Positive =)




Mula kan pagi kita dengan minda yang positive ya


Happy Working peeps =)

Apr 19, 2015

Help!


Ni lah benda yang paling malas sekali aku nak hadapi bila melibatkan kerja malam ni...
huhuhu.. tensionnye

Tadi my cousin Along Jaja ajak lepak makan kat mamak
Aku okey jerlah walaupon dalam dompet ada RM 10 jer pon.. mihmih

So aku geraklah dengan adik bujang aku sorang tu
Dalam kereta, tetiba adik aku ni pergi bukak cerita hantu dekat tasik betul2 tepi rumah aku ni
Mungkin orang yang duduk kat U11 Bukit Bandaraya Shah Alam ni tahu lah kot mana tasik tu
Dekat dengan Bukit Cerakah

Adik aku tu baru bagi bunga2 jer sebab takut aku takut pulak nanti nak balik kerja
Ewah.. kau dah bukak cerita tetiba tak nak cerita pulak kan
Yang aku ni pulak, dalam2 takut tu gatal jugak nak tahu
Adoi lahh.. carik nahas betul

Rupa2nya da banyak orang yang kena kacau kat area tasik tu rupanya
Especially yang lalu kat situ malam2
Seriously? Aku hari2 lalu situ kot, pukul 3 pagi lagi ko
Memang kawasan tu seram sikit sebab gelap
Masa mula2 aku drive sorang2 kat situ macam nak terkincit jugak kadang2 tu
Takut gila.. Pasang radio kuat2 kasi hilang takut tu

Tapi tu dua tahun lepas punya cerita la
Now aku dah tak takut dahh
Rilex jer lalu situ tadek rasa pape dah

Ni cerita baru jadik minggu lepas
Ada teksi ni hantar orang kat are rumah aku ni
So lepas dah hantar tu, tiba2 ada perempuan tahan teksi dia betul2 tepi tasik tu
Tapi teksi tu tak berhentilah sebab dia memang dah was2 dah ni mesti bukan orang nih
Yalah.. kalau ikot lojik perempuan mana pulak la malam2 buta  nak tahan teksi kat situ kan
Lepas tu bila dia tengok side mirror balik perempuan tu hilang
Adoi.. aku dengar dah kecut2 perut dah ni..

Khamis lepas pulak ada accident pulak kat situ tapi waktu pagi time orang nak gi kerja
Aku tanya mati ke?
Adik aku cakap tak tahu tapi terbaring lah..
Haih.. bertambah seram aku dibuatnya...

To be honest aku ni memang lah penakut sikit eh bukan sikit.. banyak sebenarnya
Kadang2 tidur pon tak tutup lampu sebab takut.. miahaha
Ni aku dah boleh bayang dah balik kerja senin nanti confirm aku bawak kereta macam perempuan gila
Silap haribulan masuk F1 pon boleh menang kot.. #hover
Jangan lah jadik pape... huhu

Tetiba teringat pulak jiran aku yang satu tempat kerja ngan aku dulu
Kan aku pernah cerita yang dia pernah jalan kaki dari seksyen 9 sampai rumah kitorang pukul 3 pagi sebab bini dia tak bangun nak amik dia
Lagi gamble.. tak kena kacau pon.. Aku rasa lah tak kena kacau..
Pernah cerita pasal dia kat entry ni
Ke kena kacau sebab tu kot dia pindah.. ?
OMG.. confirm isnin ni aku kena tanya dia..
Tapi kalau tanya dia pon bukan dapat apa..
Kalau betul dia kena kacau pon lagi jahanam adalah.. hahaha

Tapi.. camna aku nak balik kerja Senin ni?
Aku tau, mana boleh takut makhluk selain dari Dia..
Tapi... hurmm.. tapi...

Uwaaa.. help!



Apr 18, 2015

Saturday update~

Happy Sabtuday semua..

Bahagianya bila hari sabtu menjelma kan. Tak payah nak pikir pasal kerja yang menimbun tu, tak perlu nak pening kepala pasal bos, tak payah nak sakit hati ngan opismate.. Eh.. don't get me wrong ye. Aku tadek masalah pon ngan my opismate. Semua geng aku siap comolot lagi. Haha. Duduk rehat2 kat rumah sambil tengok tv.. nikmatnya. 

Jap tadi baru blogwalking kat belog si Mas, kot2 lah ada entry baru kan. Amboi2 sekarang dah glemer kemain kawan kita tu. Check die punya follower dah cecah 100 in less than 1 month.. Wow.. Congratulation Mas! I'm so proud of you. Seriously i really mean it. Aku pon rasa teruja sama taw. 


Sebulan yang lepas Mas ada lah tanya kat group wassap macam mana nak tingkat kan traffic blog, tanya pasal nuffnang lah and etc.. tapi haku ni pon blogger picisan sajo. Nak ngaku blogger pon malu sebenarnye sebab syok sendiri jer pon kat belog. Sendiri tulis sendiri bace. Haha. Nak kate blogger pencen pon ye jugak. Rasa macam zaman aku tu dah lama berlalu.. Haha. So mana yang aku tahu aku share lah kat die. And masa tu tak tahu pulak yang Mas ni memang betul2 serius. Alhamdulillah.. tak sia2 lah usaha kawan kite tu sebab iolls tengok belog dia memang banyak gila improvement. And dia belajar on her own. Lagi power kot. =P

As a friend, iolls nak doa kan Cik Mas berjaya dalam bidang blogging and business as well. Boleh lah hakak ko ni tompang glemer sekaki. Kot2 nak ada jemputan event mana2 tu, iols sanggup jadi driver, janji dapat join sekaki.. Muahhaha.. 

Toodles!

Penat!!

aaaa.. fenatnye.. nak nangis rasanye sebab badan guwe capek sekali dong.. eh. pehal pulak tetiba nak cakap Indon ni kan.. Hahahaha.. Foine. Gelak tak de motip.

ekceli aku baru balik kerja ni sebab tu lah penat tu belum hilang lagi. sejak dah meningkat umur ni cepat betul rasa penat. tak macam masa umur bawah 26 tahun dulu. rilex jer kerja sampai pukul 5 pagi pon. now kalau boleh, cukup jer 9 jam kerja terus nak chow chin chow. 1 minit pon tak kuasa aku nak menunggu. lagi2 hakak ko ni kerja malam... lagi lah penat tu jadi double. kadang2 aku rasa macam menyesal pon ada gak.. kenapalah aku tak kerja normal hour macam orang lain.. dah lah kerja malam tu satu hal.. tak dapat cuti raya pulak tu. apa kejadah ntah..

aku rasa semua ni berlaku dek kerana mulut aku jugak.. dulu aku selalu cakap tak nak jadi doktor lah, nurselah, polislah.. artislah (erk?) sebab tak dapat cuti raya kononnya. Mendapatlah kau kerja kat bank.. tapi tak dapat jugak cuti raya jugak.. apa kes? baik lah kau belajar pandai2 dulu jadi doktor terus. =.='

so balik kerja tadi badan tengah penat2 ni, so layan tv jap hilang kan stress, tetiba kau tengah sedap2 layan tv tu.. dummmn.. kebabommm.. #hover bunyi kaca pecah. Macam nak gugur jantung akak ko ni sebab terkejut. Masuk bilik, hamek kau.. tengok2 bilik aku dah macam Singapura dilanda todak.. Tapi aku muka dah tak ada perasaan dah.. Aku tak kisah pon cermin aku pecah ke haper.. hatta katil aku terbalik sekalipon pon aku tadek heran dah.. Masalahnye sekarang ni aku tengah penat ni woi.. sape pulak nak mengemasnye ni haaa.. Adoii laaa...


Begini lah rupa bilik aku tadi.. Pitams lah hakak ko ni nak mengemas. 


Make up kesayangan ku dah robos pon aku tadek heran.

Yang penting sekarang sape nak kemas niii haaaa?





Pakai campak2 je lah jawab nya.. 


T__T

Apr 16, 2015

=)

I'm a happy lady...!! 

Kelmarin baru jer dapat balik my pc lepas hantar pergi format
Lepas ni boleh mempertingkatkan lagi usaha untuk carik kerja baru

Good Luck Syura
May Allah ease

InsyaAllah


Gambar terlebih filter tahap melampau.. jangan tertipu yeh.. 
Thank you Camera360

Haha

Apr 12, 2015

Annual Dinner @ One City Mall Hotel

Benda paling aku tak kuasa kalau pergi Annual Dinner event ni is baju. Nak pergi dinner yang ni pon berminggu kot aku dok pikir nak pakai macam mana. Huhu. Tulah.. orang suruh kuruskan badan kau tak nak. Kalau kurus kan senang jer, sauk baju apa cantik jer nampak. Malas sangat kan. Maka bencinta lah kau nak pikir pasal baju. Pakai apa pon semua nampak macam sarung nangka. Huk huk.

Luckily ada dress dari Candy Plus Size menyelamat kan keadaan. Mix and match jer dengan apa yang ada dekat wardrobe aku tu. Meletops jugak. Haha... Tak adalah.. Memang tak lah meletops. Tapi tak kisah lah, janji pakai baju. **ayat nak seddapkan hati** haha..

Anyway, kalau nak carik dress plussize yang cantik2 boleh lah beli kat sini.
Dijamin puas hati. 




Tempat okey lah.. Not so bad. Luas and selesa.
See the lampu kat siling, memang cantek sangat.

Kalau buat wedding event kat sini pon power gak.



The food also very nice.

Nora bagi 7 bintang setengah =P 
Nak jugak kau perasan Nora Danish kan.



Dari kiri : Pari, Niza, Nad and Farah. 

Niza sumpah chhantekkk giler tadi.. 
Aku nengok dah macam Nora Danish dengan lipstick merah makngah nyer tu. Telan2 ailio hakak ko ni tengok dia. Dah lah memang selalu berangan nak jadi Nora Danish.


Cantek giler Niza.. Aku rasa die paling outstanding kat mata aku malam tadi.

Alaaa.. Nak make up macam tu gakkk..


Macam orang tua pulak nak kena duduk bagai.. Haha



Tak tahu lah nak tulis apa. Nothing much pon happened dinner tadi.

Layan pic yuk:














Time ni ada ke Ag ajak hakak yang kayu ni nari... 
Hakak bukan tak nak nari tapi masalahnye kalau hakak ko nari burukss taw
Takut orang meja sebelah tak lalu makan pulak.. ahaha







Dah separuh jalan event, muka pon semua dah kepenatan.

Tapi Ag pakai mask tu comelll.
Nora bagi 9 bintang!!
Nak jugak bagi bintang. Bagi penampor nak tak? =P






Really enjoy the night. Plus lepas ni tak tahu lah aku akan gi annual dinner event ni ke tak sebab Farah akan lateral move to other team next month. Tak de kawan dah.. So sad. But I'm really happy that die akan pindah team.  I want her to explode her inner talent and be positive. Insya Allah.

Good Luck Farah. Love U friend =')

Apr 11, 2015

Random Updates #1


Assalammualaikum

First thing of all.. nak jerit.. yey! Esok weekend!.. Seronoknya bila tak payah pergi kerja. Tapi weekend tak berapa nak rehat sangatlah sebab besok ada Annual Dinner. Malasss nyer nak pergi...! Tapi nak tak nak kena pergi jugak sebab dah janji dengan member. Kalaulah aku tetiba cancel nih confirm senin nanti teruk kena lahar ngan diorang. Hihi. 

Konsep Annual Dinner tahun ni adalah The Masquerade.  


Ni mintak Ag tolong belikan kat Lovely Lace. Yang aku punye color hitam tu. Siap bulu2 lagi. Meletops lah hakak ko ni besok. Haha.. Veranganz.

**********

Ni sebulan lebih punya cerita terperam. 07/03/2015 yang lepas, department aku buat team outing dekat KLCC. Kitorang main The breakout @ Escape Room. Pernah dengar tak? Game ni ala-ala detective game lah.. dimana korang kena solve kan misteri untuk keluar dari bilik tu. Best gak cuma pasal aku ni jenis IQ tak berapa nak tinggi sangat kan jadi stress bila main nih. Nak bukak mangga pon tetiba tangan jadik parkinson. Haha.


Yang aku bengangnye.. dah lah die punye misteri tu susah gila nak solve, lepas tu boleh pulak last2 tu kita kena panjat tangga and merangkak kat lorong untuk kelaur dari bilik tu.. whattt?.. Aku dah merengek2 dah tak nak naik tapi member dua orang laju jer panjat. Nak tak nak, terpaksa jugak lah panjat. Sumpah hazab gila rupa aku time tu. Aku rasa orang belakang nampak kot spender aku. Lantak lahhh. Nasib baiklah Joshie jer pon. Kalau si Fitri, mahu buta mamat tu. Hahaha.

*********

Gambar ni pulak masa kitorang buat BCP Testing dekat HSBC@Bursa Saham. Agak weird bila keluar building nampak KL Tower terpacak. Terus batak nak amik gambar. Mihmihmih

Tapi antara Cyber ngan KLC, Cyber 8 juta kali lagi best kot. 


Ekceli first time pergi kerja naik komuter and LRT gi kerja. Naik komuter sampai KL Sentral lepas tu amik LRT pulak sampai Pasar Seni. Dari Pasar Seni jalan kaki ke Bursa Saham. Lecak hokey tiak. Dah lah si Pari jalan laju, mintak nyawa aku jalan ngan pompuan ni. 



*********

Birthday celebration untuk March babies and also farewell untuk Arifah. 

Untunglahhh Arifah boleh resign... Kak Pah is jelous hokeyy. 
Bila lah Kak Pah boleh ikut jejak langkah Arifah ni... T_T



Arifah bagi on her last day.
So sweet of her. =)

**********



 Selfie!!!

Thanks for reading.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...