"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

May 8, 2012

Full pakej blogger : Fatin Liyana


hey korang tengok tak Fatin Liyana kat Nasi Lemak Kopi O ahad lepas... kot. aku pon tak tengok kat TV coz on that time aku kat kampung. TV9 memang tak de. Tapi nasib baik la ada yang sudi upload kat youtube. so dapatlah aku tengok. sape yang tak tengok lagi tu boleh lah tengok kat bawah. tak rugi pon kalau uolls tengok sebab Fatin Liyana ni memang comel sangat orang nyer=)


amacam? comelkan dia? suka pulak aku tengok fatin liyana ni. dahlah pandai, cantik berani pulak tu. bagus2. perempuan macam nilah baru sesuai dijadikan idola remaja zaman sekarang. barulah ada wawasan. cuma si fizo jelah, boleh tahan jugak dia punya menggelabah ek. haha. kena shoot sekali ngan fatin malu je. tapi nasib baik aura Aril Fatah tu masih membare dalam jiwa (cewaahh) so layan jela tengok perangai dia. Fatin pon rilex je walaupon si Fizo tu asyik usik2 dia sampai aku pon naik jeles.. hihihi.. Tapi aku syak Fatin Liyana ni macam tak layan kot citer Cinta Buat Emelda. =P.. Cian Fizo. beria ia mengaku dia like entry dak Fatin ni. =D

Rasa macam bangge je bila tengok blogger muslimah macam fatin liyana ni boleh berjaya sampai ketahap sekarang. kalau nak dibandingkan ngan blog picisan cam aku ni jauh panggang dari api.. terasa kerdil sangat u.. memang susah nak cari blogger yang berwawasan macam dia. yang macam aku ye banyak... ahaha. so harap2 fatin liyana akan terus berbelog sampai bila2 k. Keep it up!!



May 7, 2012

Santai: Sedap tdo ni.


Di waktu, saat dan ketika aku menaip entri ni hujan tengah turun kat luar tu tapi taklah selebat beberapa jam yang lepas. Sejuuuk... Ade jugak bunyi guruh2 sikit. Nasib baik tak kuat. Aku still ingat... Dulu aku memang takut gile ngan guruh. Kat shah alam ni aku perasaan bila hujan sekali ngan pakej guruh... Memang lain macam sikit.. Bila setiap kali hujan je mesti aku nyorok kat balik dinding... Ntah pape je. :-P tapi sekarang dah kurang sikitlah takut tu pasal aku dah jumpa solution kalau hujan guruh ni. Solution dia... Tdo!! Ahahahaaa. Mujarab gila u!

Walaupon hujan dan seharusnya sejuk, aku tetap tegar mandi memalam buta ni. Haruslah... Mandi wajib lah katakan. Tu pon dah tangguh bagai. Hihi. Nasib baik masa start nak mandi tu teringat aku ade beli spa lulur mentang ape ntah kat kampong tadi. Gigih gi ambik.. Hihi.. So dah pakai tadi.. Okeylah... Rasa jugaklah efek dia walau murahkan. Feeling macam buat spa kat kedai.. Syok gak. Mana tahu berkat kegigighan aku menggosok menatang tu kat badan aku boleh jadi cantik kan. Tu pon kalau gigihlah.. Hihihii..


Okeylah uolls, mata pon dah kuyu ni. Ngantuk. Bai.


Location : Persiaran Kayangan, 40100 Shah Alam, Selangor,
Posted via Blogaway

May 6, 2012

Harapan masa depan~





Boleh tak kalau aku nak buat kerja gila? 

Ha... Kerja gila apakah itu?? Bagi korang mungkin korang rasa tak adalah gila sangat apa yang aku teringin nak buat ni. Dah ramai dah yang buat benda ni. Even yang tak kahwin lagi pon ramai. Opsss.. Terlepas plak.. Hihi

Entah lah... Makin lame aku rasa hidup aku ni makin kosong pulak. Cewahhh.. Tak boleh belahh pulak ayat aku ni kekadangkan.. Kosong celah mana ntah... Hahaha... Tiap2 minggu tak lekat kat umahh.. Kosong tahi kucen lah kan :-D

Ekcuali aku dah lame dah fikir benda ni. Some of my friend pon aku dah bagitahu dah hasrat dihati macam mas and khalin. Lagi pon benda ni bukan aku nak rahsia pon... Cuma masa dan keadaan je yang tak berapa nak mengizinkan. lagi pon aku takot tak dapat sokongan. yalah.. akukan masih muda lagi. mesti my family pikir aku tak patut pikir benda2 macam  ni. Tapi aku memang tekad... Kalau lagi 3 tahun aku still lagi tak jumpa jodoh aku..  Memang ni langkah yang aku nak ambik.

3 tahun... Lame lagi tu tapi nape aku dah sibuk2 nak cakap2 pasal hal ni. Tak ada apa ponnn... Cume aku tak boleh nak tahan nak luah kan apa yang terbuku kat dalam hati aku ni. aku asyik terpikir je... Nak cerita kat orang rasanya... Macam tak tahulah nak cakap ngan sape... Setakat nak gosip2 tu boleh lah. Nak bincang soal hati ke hati ni macam dah kurang.. lagipon.. Sape lah nak layan.. orang lain ade banyak lagi nak pikir hal yang lebih penting.. Haha.. Bukan tak ada cuma dah kurang.... Tapi aku redho lah. Nasib baik ada belog.. ;-)..  ha... see.. umur aku 25 tahun aku dah mula rasa sunyi.. rasa kehilangan... bayangkanlah lagi 20 tahun??? by the time, mungkin semua kengkawan sedara mara dah ade keluarga sendiri.

Cuma harapan aku bila tiba masanya nanti aku harap Allah akan bagi yang terbaiklah untuk aku. Aku harap family aku kan bagi sokongan kat aku. Kauorang doakanlah yang terbaik untuk aku ye.

Siapa yang faham tu fahamlah.. Mana yang tak faham tu tak payahlah susah2 nak faham... Gaji korang banyak tu jugakkk.. Hihi.

Salam




Location : Persiaran Kayangan, 40100 Shah Alam, Selangor,
Posted via Blogaway

May 5, 2012

Live from kampung


Weekend yang separuh best separuh xbest. Boleh pulak separuh2 kan. Separuh xbest sebab kene spend weekend kat kampung lorrr. Xde astro. Tak de internet. Remember line internet digi aku yang servisnye macam tahi itu. Bikin i jadi stress je hidup tanpa internet. Nak fesbuk pong tak boleh tau. Tapi yang best balik kampung ni dapat spend masa ngan kazen2 tercinta;-)

Ekcuali this weekend memang tak ade plan nak balik kampung tapi terpakse jugak balik sebab sepupu mak i buat kenduri arwah. Memanglah dalam bab2 masak ngan buat kerja pompuan ni aku fail. Apa pon tak boleh dowh. Haha... Tu la... Bapak aku salahkan aku dok hostel buatkan jadi tak peke dalam kerja perempuan. Betul ke? Wallahualam... Tapi aku rasa pasal memang aku yang malas kot. Haha.

Cakap pasal tak buat kerja rumah ni, aku memang sangat adore tengok budak perempuan yang pandai bawak diri bila kat kenduri kendara ni. Pandai layan orang tua. Pandai masak. Pandai tolong2 kat dapor. Rajin basuh pinggan. How i wish i can be like that too.

Ekcuali cantik atau tak tu semua tak penting sebenarnya. Kalau kita tak cantik rupa sekalipon tapi hal rumah tangga tip top, yang tak cantik pon boleh jadi cantik tau. Tapi kalau muka dah pecah rumah buat kerja rumah hancus, haaa... Macam mana pulak tu? :-P

Ish.. I ni pon sejak dua menjak ni asik nak mengeluh pasal kahwin je. Ape kehelnye ntah. Haha.








Location : Address not available
Posted via Blogaway

May 4, 2012

alhamdulillah...!

hi semua!!! sedar tak sedar dah 2 hari i tak updet blog kesayangan i ni. mesti uolls rase kuciwa kan bila bukak belog i je tapi tak ada entri baru kan. mesti uolsss rase rindus bangat dengan i kan kan kan. keh keh keh.. perasan sungguh budak syura ni.

ekceli aku tengah rase happy sangat ni. semalam aku dapat khabaran gembira dari pihak bank islam. permohonan loan rumah aku dah diluluskan... alhamdulillahhh... akhirnyerr... ape yang aku impikan selame ni dah tercapai.

rumah yang kami beli ni kecik je. pangsapuri je tapi baru lagi lah. tapi kami sekeluarga tak kisah sebab yang penting kami still tinggal kat tengah bandar shah alam. walaupon harge rumah tu kalau kat tempat lain kauorang boleh beli rumah teres kot.. huhu..

ni aku bagi teaser rumah yang aku beli tu.




yang paling penting aku nak ucap terima kasih yang tak terhingga pada pihak bank islam sebab luluskan pinjaman aku ni. orang kate bile kite dah beli kete susah bank nak lulus loan rumah ni. tapi alhamdulillah lulus pulakk. berkat doa mak ayah aku kot. tapi aku kena redho lah lepas ni memang tak ada harapanlah aku nak beli umah lain... wuwuwu. yang ni pon semput dowh nak lulus. gaji ciput kan. tak apalah demi keluarga tercinta.

oklahh nak tengok tv. bai;-)


Location : Persiaran Kayangan, 40100 Shah Alam, Selangor,
Posted via Blogaway

May 1, 2012

Hi May




Quick update here!! Tengah on the way nak pi keje. Yeahhh... Hari ni aku keje. Korang sedap cuti ye. Ok foinneee. 

Haha.. Aku dah biasa dah. Tak apalah. Korang cuti lah. Biarlah aku kerja demi sesuap nasi. :'( poyo je aku ni.

Hari ni hari pertame dalam bulan May. So tak nak lepas peluang update satu entri walaupon tak ada content dan hala tuju. :-P

Alhamdullilah bulan lepas berjaya buat 26 entri. Bagus2...  Harap2 bulan ni maintain lah ye. Amin.

Okey lah bila dalam bas ni mata pon mula lah kuyu semacam je. Nak tido. Btw, hari ni abang jejai yang bawak bas. Weweweee..

"oh abg jejai ku, daku tido dulu ye... ZzzzzzZz"



Location : Jalan Jubli Perak 22/1, 40300 Shah Alam, Selangor,
Posted via Blogaway
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...