"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

May 6, 2012

Harapan masa depan~





Boleh tak kalau aku nak buat kerja gila? 

Ha... Kerja gila apakah itu?? Bagi korang mungkin korang rasa tak adalah gila sangat apa yang aku teringin nak buat ni. Dah ramai dah yang buat benda ni. Even yang tak kahwin lagi pon ramai. Opsss.. Terlepas plak.. Hihi

Entah lah... Makin lame aku rasa hidup aku ni makin kosong pulak. Cewahhh.. Tak boleh belahh pulak ayat aku ni kekadangkan.. Kosong celah mana ntah... Hahaha... Tiap2 minggu tak lekat kat umahh.. Kosong tahi kucen lah kan :-D

Ekcuali aku dah lame dah fikir benda ni. Some of my friend pon aku dah bagitahu dah hasrat dihati macam mas and khalin. Lagi pon benda ni bukan aku nak rahsia pon... Cuma masa dan keadaan je yang tak berapa nak mengizinkan. lagi pon aku takot tak dapat sokongan. yalah.. akukan masih muda lagi. mesti my family pikir aku tak patut pikir benda2 macam  ni. Tapi aku memang tekad... Kalau lagi 3 tahun aku still lagi tak jumpa jodoh aku..  Memang ni langkah yang aku nak ambik.

3 tahun... Lame lagi tu tapi nape aku dah sibuk2 nak cakap2 pasal hal ni. Tak ada apa ponnn... Cume aku tak boleh nak tahan nak luah kan apa yang terbuku kat dalam hati aku ni. aku asyik terpikir je... Nak cerita kat orang rasanya... Macam tak tahulah nak cakap ngan sape... Setakat nak gosip2 tu boleh lah. Nak bincang soal hati ke hati ni macam dah kurang.. lagipon.. Sape lah nak layan.. orang lain ade banyak lagi nak pikir hal yang lebih penting.. Haha.. Bukan tak ada cuma dah kurang.... Tapi aku redho lah. Nasib baik ada belog.. ;-)..  ha... see.. umur aku 25 tahun aku dah mula rasa sunyi.. rasa kehilangan... bayangkanlah lagi 20 tahun??? by the time, mungkin semua kengkawan sedara mara dah ade keluarga sendiri.

Cuma harapan aku bila tiba masanya nanti aku harap Allah akan bagi yang terbaiklah untuk aku. Aku harap family aku kan bagi sokongan kat aku. Kauorang doakanlah yang terbaik untuk aku ye.

Siapa yang faham tu fahamlah.. Mana yang tak faham tu tak payahlah susah2 nak faham... Gaji korang banyak tu jugakkk.. Hihi.

Salam




Location : Persiaran Kayangan, 40100 Shah Alam, Selangor,
Posted via Blogaway

2 comments:

iEdA said...

ida fhm pe yg syura rs sbb ida pon dlm stuasi yg sm...kdg2 ida pk biarlah Allah n fmly jer yg tntukn sbb dh x lrt nk jg aty neh...pape pon, jgn mdh pts asa k..be strong...insyaAllah kn da kmnsan naty ^_^

aRa ❤ aFiq™ said...

all the best kak.. slalu doakan yg tbaik utk akak :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...