"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

May 13, 2012

Mainan Junior




Advance tak kucing aku siap ada mainan lagi. Dah macam baby pulak kan siap belikan mainan bagai. Eh biaselah... Anak bongsu bapak aku ni kot. Kalau aku dok cakap Junior tak comellah.. Busuklah.. Confirm bapak aku emo punyerr... Haha..

Kalau korang nak tahu benda alah ni siap boleh gerak2 lagi tau. Cume kau sediakan duit beli bateri die aje. So junior memang suka nak mengusik tupai ni. Dia sure pikir tupai ni bernyawa kot. Nak tergelak aku tengok keletah kucing aku ni.

Tapi sekarang junior dah besar dah, dah jarang nak main ngan tupai ni lagi. Plus patung ni dah jahanam dek sebab digomol dengan hebatnya oleh junior. Huhu.

Oh ya.. Satu perkara lagi.. Ada kemungkinan ke kucing ni gay?? Whatt??? Like seriously??? Haha..  Aku rasa kucing aku si junior tu gay lahhh.. Yerr... Dia kucing betina sebelah mata pon tak pandang kot. Tapi ngan kucing jantan siap tutttt lagi kot. Hahaha...

Tak apalahhh.. Dia nak gay ke ape ke... Binatang ape dia tahukann.. Kalau orang ye haruuu..... :-P

Nota kaki

Esok keje dah... Pengsan! x-(

Location : Persiaran Kayangan, 40100 Shah Alam, Selangor,
Posted via Blogaway

Anjung Seri~


Eh lupe nak selit cite ni kat last entry. Semalam masa beli barang nak buat cocktail entah mimpi apa aku boleh terbeli majalah anjung seri ni. Tak pernah2 sebelum ni aku boleh terpikir nak beli majalah ilmiah cenggini. Hehe.. Dah semakin matang rupanya aku.. :-D

Yang buat aku tertarik nak beli untuk bulan ni adalah sebab ada tips dekorasi untuk apartment. menarik jugak. mungkin boleh di aplikasikan dimasa hadapankan. =)

P/S : sebenarnye xde modal nak up entri.silalah baca dengan hati yang terbuka ye =P

Location : Persiaran Kayangan, 40100 Shah Alam, Selangor,
Posted via Blogaway

Aktiviti hujung minggu~


Nak tahu apa aktiviti aku weekend kali ni? Main masak2 lah korang. Lama rasanya tak buat desert feveret aku masa zaman praktikal dulu - cocktail buahan berserta kastard. Memang yummy. Aku paling suka tang kastard tu sebenarnye. Sedap sangat. Tapi rasanya ramai yang tak suka cocktail stail mcm ni. Tapi tidak aku. Peberet oooo...

Dulu masa praktikal rajin buat ngan sepet. Pet, ko ingat lagi tak desert ni? :-) Dia pon suka gak makan desert ni. Kitorang kalau buat dua orang pon boleh habis tauuu.. Tapi aku lah makan lebih pasal sepet dia punya tangki kecik sikit.. Hehe.

Meh sini nak tunjuk rupe desert yang super yummy itu.


Ini adalah cocktail. Sengaja simpan dalam bekas ni senang nak simpan dalam peti sejuk. Cocktail yang aku buat ni cuma ada laici ngan longan dalam tin saje pasal mak aku tak suka cocktail buah-buahan yang variety. Tak sedap katanya.


Ha... Yang ni pulak castard. Benda alah ni lah yang buat aku rasa tak boleh belah nak makan desert ni.

Cara nak makan senang aje Castard ni korang potong kecik2. Nak buat bentuk apa suka hati korang lah asalkan korang bahagia. Lepas masuk kan dalam mangkuk kecil atau pon cawan. Kemudian tuangkan cocktail tadi. Senangkan.

Lepas tu... Makanlahhh.. Apa lagi..!!

Slurpppp Yummy~ XD

Location : Persiaran Kayangan, 40100 Shah Alam, Selangor,
Posted via Blogaway

May 11, 2012

hazelnut brownies from wall selection.


first thing of all..... yey hari ni dah jumaat!!!! i loike!!  harap2 le hari ni berlalu dengan selamat tanpa masalah2 yang bisa merosakkan mood hujung minggu aku. aminnn...

ekceli hari ni kan i nak share pasal ais krim kegemaran aku. bukan kegemaran aku sorang je kegemaran mak dan adik aku jugak. bapak aku sorang je yang tak suka pasal manis. hahaha..  yang paling gila adik aku sorang tulah. memang peberet dia sangat tu. sampai kan cousin i pon tahu dah perangai dia..

"syeqal kan suke manis2"

cenggitu lah adik sepupu aku selalu cakap.

tara...



nilah dia rupa ais krim yang menjadi idaman kalbu family i. tapi semua perisa dalam wall selection tu kitorang suka. ekcuali cuma satu perisa je yang kitorang suka iaitu Hazelnut Brownies.

dalam aiskrim ni yang menariknya ada brownies dalam. ye tahu. dah nama pon hazelnut BROWNIES kan. tapi brownies dia tersangatlah banyak dan sangat yummyyy uolls... kau korek2 je sure jumpa. tapi tu pon aku dan adik aku still berebut. kekadang tu bergaduh sape dapat brownies paling besar. LOL.

antara perisa lain yang aku pernah rasa adalah Strawberry Berries. kauorang pernah rasa aiskrim strawberries kat kat cameron highland tak? lebih kurang macam tu lah rasa dia. bagi aku sedap je. hehe. tapi hat yang brownies paling terbaik.

Location : Persiaran Damai, 40100 Shah Alam, Selangor,
Posted via Blogaway

May 10, 2012

lame lagi ke?


pagi tadikan my bapak pergi jumpa en.hafiz orang yang handle pasal pembelian rumah yang kami beli bebaru ni. my bapak cakap urusan tukar nama bagai plus nak pasang kabinet lagi. plus minus the process will take around 3month . uwa... lamenye nak pindah. sejak dua menjak bila dapat tahu loan dah lulus ni rasa cam tak sabar pulak nak pindah.. hihi. kalau tak tahu okey je. ha tu gediks namenye. :-P

agak2 kalau i nak letak gambar rumah baru tu lagi okey tak?

enjoy;-)




dobi~


surau~


si nuang~


playground~

gambar2 ni diambil masa kitorang satu famy gi tengok rumah tu selasa lepas.  rumah flat biase je tapi nampak selesa and yang paling penting majoriti penghuni kat situ orang melayu. oh ya. kalau korang perasan name flat ni sri nuang kat U11 shah alam.

Location : Jalan Pinggiran USJ 1, Taman Pinggiran Usj, 47600 Shah Alam, Selangor,
Posted via Blogaway

tired~




hi semua....!!!  selamat hari khamis. kejap je dah hari khamis. yang paling penting sekejap je dah bulan may kan =.=`.  how time flies.

sempena hari khamis yang sangat "bestttt" ni khennn, i nak pot pet sikit pasal keje i. lame pulak rasa tak merungut pasal keje kan. hihi. bosan??? ala.. bagilah i 'chance' hoi.

keje bagi i makin lame makin hancuslah. wa... like siriusly. tak tipu. lagi2 sekarang ni senior i dari Q lain dah tukar Q aku.lelaki and dia tu bujang terlajak merangkap dah tua... arghhh susahnye nak ajar dia woi..  nak suruh dia buat tu ni... yalah.. orang dah ada experience kannn...ofkoslah dia nak ikut style dia sendiri. tapi... ntahlah... orang kata dia ni buat keje sistematic.. sistematic menda.. aku tengok dia serabut je.. haha.. tulah sape kate keje aku senang. kalau ikut teori memanglah senang. tapi practically? baru dia tahu. yang pasti keje aku dah bertambah sekarang. arghhh

ha.. tengok kejap i kejap aku dah..ko kenapalah pompuan.




dahlah semalam dia dok bercakap air liur tersembur kena pipi aku dowhhhh...bluekkkkk!! merana!

kelmarin aku one to one dengan manager aku. ingat nak mengadulah masalah aku. tapi bila aku cakap keje makin penat terus muka dia berubahh. jadi aku pon cancellah nak merungut.. huhu... yalah.. aku pon paham.. dia pon dah penat. asal orang tukar Q   aku je mesti berenti. aku rasa aku antara yang paling lama kot. haishhhh...

keje baru plishhhh.

tired~

p/s aku ade order Jamu Aku Dara ngan Sis Maera.. Hiks kalau berminat bolehlah pi belog dia.

Location : Persiaran Kayangan, 40100 Shah Alam, Selangor,
Posted via Blogaway
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...