"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

May 25, 2014

Balik kampung

Hari ni gue balik kampung gue di negeri sembilan to attend kenduri kahwin sedara gue. Maka bangun awal lah gue hari ini. Sobs. Hanya mampu tidur sejam lebih sahaja malam tadi. Tak pa. Udah biasa.

Gerak dalam pukul 8 lebih. Dah lah all the from Shah Alam to my kampung tak ngantuk. Miracle okey. Jarang2 berlaku kejadian ini.

Sampai area Rembau, minum2 dulu dekat pekan Rembau. Awal lagi kan. Baru pukul 9.30 am. Tapi gue tak makan sebab nak simpan ruang untuk lauk kenduri kawen. Mihmihmih.

Lepas settle minum2 kami terus head off to kenduri kawen. Dah ramai tetamu yang datang. Pelamin bapak segala simple hokey. Tapi  apa ada hal kan sebab belah lelaki. Jimat kate ko.



I told you. Very the simple mimple.



Tetamu dah mula makan. Gue dah tak sabar mau makan. Perut uag keroncongan giteww.



Layan Ayien jap. Budak momel ni dah makin becar.



Ayien main beg channel mak long cura. Wah, channel kauuu.



My kazen ngan anak orang. Hehehe..  Budak ni ekceli kembar uolls.

Pas makan segala, gue terus pulang ke kampung halaman. Ni Ayien tantrum kat kampung. Tergolek2 kat lantai sebab tak dapat bukak beg tu.



Ramai datang rumah kat kampung tadi. Sampai gue pon konpiys sebentar. Hari raya kah?

Pastu balik. Oh ye, kat rembau dah ada Kepsi uolls.



Sekian.
posted from Bloggeroid

May 18, 2014

Mencik

Banyaknye makan kepsi minggu ni. Mencik.

May 13, 2014

Muka ku

Seram bila selfie muka sendiri pakai phone Lenovo murahan ku. Terserlah kot parut2 jerawat dan kedutan2 segala kat muka. Paling tak suka bahagian mata. Tak ada ciri2 smiling eye langsung. Sobs. Mulut senyum tapi mata nampak cam baru bangun tidor je.

Baca juga tips macam mana nak fresh up kan bahagian mata. Biasa la aku google apa lagi. Mudah dan InsyaAllah berkesan. Amik kapas rendam kat dalam air sejuk, squeeze and tekap kat mata. Will try it very soon. (⊙o⊙)

Remember previous entry aku tulis pasal cinnamon for jerawat? Just nak bagitau korang, yang aku dah start amalkan petua ni. Kelmarin after my dad balik dari ajar mengaji, my dad beli madu lebah asli and kelulut. Dua2 original taw. Macam ni lah rupanya.



Saje letak bekas tu dalam air sebab nak elak semut masuk. Kalau semut da masuk apa pon tak boleh nanti.

Remember aku cakap cinnamon tu bila aku pakai kat muka... dia punya pedih tu nauzubillah. Rasa macam nak melecet kulit muka. Dah lah time tu kene allergic. Tu yang aku pakai menitik air mata. Tak boleh tahan kot pedihnya. So aku decide instead of pakai cinnamon alone, aku campur kan dengan madu.

And baru sekali pakai.. wow.. kulit aku dah jadi normal balik. Suka. Suka. Now da pakai 3 kali kot.



Still horror lagi lah ofkosss.. tapi better than gambar kat bawah ni kan? Time ni jerawat bagai dibaja2 suburnya. Tapi gambar kat atas ni aku cam gelap sikit. Aku rasa kesan dari parut allergic itu hari.



Ke korang rasa sama je.. huhuhu.. hahaha.

Tak apa. Tak apa. InsyaAllah akan terus konsisten. pokok pangkal kena sabarrrr.. Aminn.. Nanti aku update progress lagi. Stay tuneee.
posted from Bloggeroid

May 12, 2014

Jalan2 kat GM Klang

Petang after Zohor gitu dapat call dari my kazen, Along Jaja ajak keluar. Boring katenye sebab mak2 kitorang kan pergi bercuti so kitorang anak2 ni apalagi panas bontot lah kat rumah. Hehehe..

Aku nak kata boring sangat tu tak adalah. Lite2 jew sebab kan ada astro. Bosan2 nengok lah tv tu sampai lebam. Banyak cerita yang aku rekod tak tengok lagi. Tak ada istilah bohsan dalam hidup aku selagi astro tak bankrup.. gitew.

Tapi sebenarnya aku ghindu kat my kazens sebab dah bape minggu tak jumpa. Rase macam lebih sebulan new. Awww.. geli2 je kazen aku kalau dorang baca ni. LOL. Plus ghindu gak kat anak buah dorang Rayyan yang comel lagi ceria itu. So plan hari tu nak gi GM Klang. Aku on je.. janji boleh jalan2.

So dalam pukul 3 macam tu kitorang pon gerak lah ke GM klang. Hebat weolls tak sesat pon pergi sana. Ofkos lah dengan bantuan Waze kan. Tak kisah, nak bangga gak. Dalam 20 minit gitu dah sampai. Ramai jugak lah manusia datang sini. Parking almost full kat luar so we decided park kat dalam. Nasib baik ada 1 satu kosong kat depan pintu. Rezeki Rayyan:)



Ni lah 1 gambar yang aku dapat tangkap kat dalam GM tu.. Malu lah aku nak amik gambar kat dalam GM tu.. Tak kental macam blogger lain amik gambar dari setiap sudut.. hohoho.. ni pon aku amik kat tingkat atas so lengang sikit lah. Tapi hakikatnya kalau kat tingkat bawah tu crowded gila.



Ni ayen tengah bertukar tangan.. almaklum banyak tangan boleh tolong dukung kan. Mak Long jeles.. haha motif? Suka gila tengok ayen ni. Ceria and lincah. Suara comey sangat. Terngiang2 lagi sampai sekarang. Suka dengar dia membebel. Tapi tak faham langgung apa yang dia bebel.. yaya yaya.. tu je aku dengar. Tak tahu lah awek mane si Yaya tu.



Kalau dalam gambar nampak matured sikit tapi padahal comelll and kecikkk je. Manis je bila senyum. Melting.



Mase baby dulu ayen tak banyak songeh sangat but now whining je kerja dia. Tapi kejap je. Kalau nangis pon tak sampai 3 minit dah gelak2. Macam2 budak kecit ni. Grrr.

Pusing2 satu GM beria tapi haram tak beli apa pon. Masing2 balik dengan tangan kosong. Ayen je dapat kasut baru. Kemain suka lagi, tak mau tanggal. Orang negeri sembilan panggil JOBO kalau perangai camni. Hihi.



Overal bagi aku GM ni tak ada banyak barang yang memenuhi citarasa aku. Harga pon mahal jer.. tak adalah murah mana pon. And tak banyak baju, blouse, or tudung2 yang aku berkenan. Even kalau aku kurus pon tak ada kot baju yang aku selera nak beli. Dah lah aku bengkerk ngan sorang peniaga ni. 'Adik ni badan besar boleh lah pakai yang ni'. Grrr.. Bikin wa panas jeeee.. Tahan sabar jelah aku tadi. Buat bodoh jelah tapi dalam hati rasa nak lempang laju2. Haha..

After awhile berjalan, maka balik lah kitorang ke shah alam. Mula2 hantar kak siti ngan rayyan kat sek 18. Pastu balik umah aku pule.

Kali ni keluar memang namenye berjalan betul. Serius tak singgah tempat lain. Direct gi GM pusing2, tak beli apa2 pon pastu balik. Gila tak de perasaan. Haha,

Sekian.
posted from Bloggeroid

Alkisah Si Hilmi

Kat opis sometimes memerlukan aku buat panggilan atas urusan kerja. Kadang2 staff from London dan ada juga staff dari KL. Surprisingly, in 4 years aku kat sini, ramai juga lah yang aku buat kawan just thru phone call, regardless lelaki or perempuan. Tapi jaranglah jumpa depan2. Paling hebat pon, kawan kat fb je lah. Kalau jumoa depan2 kayu tiba2 kot. But for me, we are still friend :)

So, dipendekkan cerita, aku adelah kenal sorang mamat ni nama dia Hilmi. Dia ni keje kat client service team. Very nice guy and funny too. Suka kawan ngan dia walaupun aku rasa dia kawan ngan aku semata sebab nak mintak tolong. Puihh.

Ala.. tak kisah lah apa pon but memang best kenal mamat ni. I hope kitorang boleh jadi kawan baik bukan sekadar kawan di tempat kerja sahaja. Dia banyak kali jugak ajak lepak tapi aku ni wanita muslimah harus lah aku tak layann.. ewahh.. macam cantek sangat pulak ko kan. Ekceli si Hilmi ni dah bertunang so no such thing like die nak mengorat aku ke ape.Ade pulak opismate cakap dia skandal aku. LOL. Apa2 jelah. Asalkan dorang bahagia. Aku anggap tu gurauan semata. Tried to be sporting.

Oh ya.. Today is his wedding day. Dia ada jemput tapi aku malas nak datang sebab aku kan anti social sket. Kang datang tau dah aku akan jadi kera sumbang punya. Jadi baik aku tengok tv kat umah lagi bagus. Haha.

Aku pon tak tau apa motif aku buat entry ni. Haha. Tak pa, dapat jugak buat satu entry kan.

Kat bawah ni gambar wedding dia aku cilok kat fb Solehah. As a friend, aku doakan mereka ni bahagia ke akhir hayat lah hendaknya. Insya Allah.

(Picture removed sebab tetiba rasa macam segan pulak letak gambar kahwin orang. dah lah tek pergi kan. hoho)


*** Updated
Tak boleh tahan, nak cakap jugak, sebenarnyekan nak cakap baju kahwin mamat ni sejibik gila ngan baju kahwin miro. Pitam rasa masa tengok tu. What a coincidence! =.='

Toodles!
posted from Bloggeroid

May 11, 2014

Mak

hari ni mak dan makcik2 aku berangkat ke vietnam dan kemboja. bercuti sambil beramal katanya. tak sure singgah kat mana dulu,tapi kalau tak silap kemboja kot.

tak kisah lah kat mana dulu pon. yang penting aku doa kan mak dan makcik2 aku selamat sampai dan selamat pulang. tu je harapan aku.

lagi2 sejak kes kehilangan pesawat MH370 dua bulan lepas, memang aku rasa cuak sedikit nak naik kapal terbang. believe it or not, sebenarnya aku belum pernah merasa pon naik kapal terbang seumur hidup aku. huhu. ye aku tau. agak sadis disitu. at the age pon 27, tak pernah naik kapal terbang.

tak apalah. belum ada rezeki aku nak merasa naik kapal terbang. kadang2 ada jugak lah terfikir bagaimane rasanya berada di ketinggian 15000 kaki dari tanah. sure kali pertama tu aku akan tak henti2 berdoa supaya kapal terbang tu tak buat hal. =…=

jadi mothers day tahun ni mak aku tak ada kat rumah la jawabnya. bagus juga.. actually family aku tak pernah pun sambut mothers day ni. let alone fathers day.. lagi lah tak pernah. so biar lah mak aku pergi bercuti. lagi banyak faedah. lagipun dalam islam hari2 pon mothers day.=)


toodles

posted from Bloggeroid

May 8, 2014

Cinnamon untuk Jerawat

Sejak dua menjak ni jerawat kat muka aku ni makin meriah aku nengok. Macam ada pesta pulak. Pesta Jerawat kot namanya. Masalah, kalau jerawat tu yang jenis kecil dan tak jelas sangat, okey fine, aku boleh terima lagi. Ni kalau dah sebesar muka, subur bagai dibaja pula tu, siapa tak hangin hoi. Tu satu hal.. dah lah sakit gilerr. Fed up lah!.. Aku ni dah tua bangka dah pon bukannya remaja lagi nak tumbuh jerawat bagai.

Dah la jerawat tu tumbuh kat tempat2 yang aku tak suka contohnya dekat antara mata dan kening, kat bawah hidung dan kat bawah mulut. Hazabbb sakitnya. Lepas tu parut yang aku tak tahan tu.

Disebab aku ni memang hantu google, so aku pun apa lagi kan mengoogle la petua2 untuk menghilang kan parut2 jerawat dengan efektif. Sebab aku memang dah tak boleh blah dah, sampai kan nak nengok muka sendiri kat cermin pon dah menyampah apa crita?? Rasa fobia nak tengok cermin.

Petua yang paling banyak aku tengok orang share kat blog adalah kulit kayu manis or bahasa omputih nye cinnamon, di mana kita perlu tumbuk cinnamon tu sampai hancur and tepek kat muka for about 15 to 30 minit gitu.. and cuci. Ala2 pakai bedak sejuk la senang cite.

Aku ni kan jenis cheapskate punya olang, jadi agak excited jugak lah nak cuba. Mana lah tau menjadi kan. Terus Fazura muka iolls.. trololol.. dah lah murah gilerrr... suke.suke.

So kelmarin bermula lah operasi menumbuk segala. Aku guna cinnamon brand Ros beli kat Giant je. Cari jugak yang serbuk tapi tak jumpa pulak. Ke memang tak de eh? Jadi beli aje lah yang biasa tu. Pandai2lah tumbuk sendiri.



At first aku ingat nak tumbuk pakai lesung aje. Tapi dua kali tumbuk aku da rasa macam agak imposible je aku nak menumbuk pakai lesung sampai hancur. Keras kot. Dah lah cinamon tu dok terbang sana sini. Kang ape je yang tinggal dalam lesung tu. Nak amik yang jatuh kat lantai takut kotor.



Jadi moh la kita guna cara yang lebih moden ye. Tak payah nak gigih sangat. Bukan zaman jepon pon nk guna lesung segala. o>_<o~




Ok ni lah hasil titik peluh ku.. tak lah hancur mana pon tapi boleh lahhh..



Settle je, aku terus rasmi kan cinnamon ke muka aku.. tapiii, aku tak la kalau korang tau ke tak kan.. seriusly pedih gila muka aku masa pakai. Hamagaddd.. apahal pedih sangat. Terkinja2 aku menahan pedih yang maha hebat. Bukan nak over cerita tapi benar2 kejadian. Memang kaw kaw lah dia punya pedih tu sampai terkeluar air mata jantan ku ~T_T~. 

Masuk hari ni da 2 kali aku pakai, 2 kali jugak lah aku menangis. Tsk.

Tapi tu lah, masalahnya,hari ahad aritu aku bantai kerang banyak gila. So kulit aku macam alergic sket. Plus aku pi tepek cinnanon yang panas tu kat muka trus merah2 dah muka. Tapi tak teruk sangat lah. Opismate siap cakap aku pakai makeup segala sebab kulit nampak glowing gitu.. bahahaa.. kembang aku sekejap. Tapi kalau sakit, buat hape kan. Aku tak salah kan cinnamon, aku salah kan kerang. Tsk.

May b kena stop dulu lah and bila kulit da okey sikit boleh  continue balik. Sebab aku rasa kalau istiqamah mungkin berkesan. Lagi pon petua ni aku tak perlu risau tentang bahan kimia segala yang nak di tempek ke muka. Haruslah chemical free kan. Mungkin nak campur madu sket lagi berkesan. Gonna tryyy it.

Ni gambar aku semalam after 2nd time pakai. Teruk kan? Tsk.


Yang pink2 tu bukan sebab pipi aku memang semulajadi pinkish tapi tu lah alergic yang kena. Bila pakai lipstick pink, sedondon pulak rasa. LOL.

Sekarang memang tak nampak apa lagi. Aku akan review balik after few weeks k.

Toodles













posted from Bloggeroid

May 5, 2014

Sabarrr jelahhh


Korang pernah tak berada dalam situasi dimana korang sedang memandu untuk cari parking. Korang pusing2 tapi tak jumpa satu pun parking yang kosong.

Nasib baik sabar tu separuh dari iman kan. Jadi bersabar je lah. Apa lagi yang mampu kita buat pon kan. Amboi, sempat lagi bertazkirah.

And after a while mencari dengan sabar, akhirnya korang nampak satu slot ni yang kosong. Phew.. finally.. tapi... baru je korang nak masuk parking.. rupa2nya ada kereta kancil elok je parking kat situ.. la.. awat tadi aku tak nampak.. grrr... Omg.. sakit hatikan?? Rasa nak marah je kat owner kancil tu. Apsal kau parking dalam sangat haa?? Harapan palsu betei.. sobs..

Sabarrrr je lahhh


Nampak kosong kan??... Tapi nampak je k...


Tapi hakikatnya..... tengok tu.. kemain dalam lagi kancil ni parking.. =.='

Anjeng

aku dulu sangat tak faham kenapa ada certain2 orang regardless lelaki or perempuan boleh takut kat kucing. Hello.. kucing je kot.. dah la comel, manja lak tu. plus kucing tu lagi kecik dari kita, so kenapa mesti nak takut kat kucing?? they wont harm us.. kita manusia yang selalu dera kucing, am i rite?

ramai je antara kawan2 aku yang takut kucing. perempuan lah mostly. lelaki aku tak pernah jumpa lagi setakat ni. sumpah nak tergelak tengok gelagat diorang. bila kucing tu datang dekat je ada yang terus menggila menjerit bagai nak gila. ada yang siap panjat2 kerusi bagai. Kalau yang over tu tarik kain tudung orang pon ade. kucing pon pandai. diorang ni macam tahu je orang yang takut kat dia lagi dia nak datang dekat. Momel sangat. Rasa nak cekik je!!!

okey.. tu tak pe. aku pon menerus kan lah hidup aku macam biasa dengan ketidak fahaman ku terhadap insan2 yang takut akan kucing ni. until 1 day in year 2012 aku berpindah ke rumah baru aku. Kat shah alam jugak lah.

rumah baru aku ni rumah flat. so hanya satu kereta saja yang boleh parking dalam. kalau ko ada 3 kereta means yang 2 lagi tu kau kena parking dekat luar. disebab kan aku ni kerja malam, jadi aku dapatlah keistimewaan untuk parking dalam. takut kot malam2 nak parking luar. tak kuasa mak nak terserempak ngan hantu bagai.

selama aku dok kat shah alam ni, aku memang sangat tak terdedah dengan binatang bergelar anjing. sampai kan aku rasa kat shah alam ni macam tak ada anjing. tapi lojik juga sebab kat sini memang majoriti orang melayu. so tak adalah pelik sangat kan kalau aku jarang jumpa anjing.

tapi rupanya sangkaan ku meleset sama sekali. kat luar kawasan pagar flat (rmah baru) aku ni rupanya banyak gila anjing. like lebih 5 ekor kot berkeliaran sesuka hati diorang. padahal rumah aku ni 1 cina pon tak ada. mana datang ntah anjing2 ni. Siap terlepas masuk pagar, menyampah gila.

so everytime bapak or mak aku ajak aku naik kereta diorang memang aku seboleh2nya tak nak. mati2 aku tak nak. aku suruh gak naik kereta aku dengan alasan kereta aku ade aircond. hihi. tapi padahal......

sebenar aku takut anjing... dang!

seriusly aku memang takut yang susah aku nak aku explain. setiap kali aku nampak anjing jantung aku akan berdegup kencang. rasa takut ya amat.. like anjing tu definitely akan geget ko sampai cedera parah if they get chance to do so.. omg.. memang takut gila lah. lepas tu anjing kan haram di sentuh. najis berat. kalau sentuh kena samak bagai. sangat tak kosser.

pastu bile jumpa anjing aku akan merengek 'takut' 'takut' then orang akan marah aku suruh rilex. kalau ko takut lagilah anjing tu nak kacau. eee.. tak suke orang buat kite macam tu. tak memahami langsung. grrr. Kena anjing tu kau baru padan muka. Aku gelakkan je. No kidding.

teringat masa zaman belajar kat kbm dulu masa aku dok kat sungai gadong, konon2nya nak strolling lah pagi2 ngan geng2 aku on weekend. melaka ni boleh tahan jugak lah banyak anjing sebab banyak cina. masa strolling tu kitorang nampak anjing lalu. apalagi huru hara lah. sepet penah cakap nampak anjing jangan lari nanti anjing tu kejar. dia suruh mencangkung sebab nanti anjing tu ingat kawan dia.. haha.. vongok gila tips ko pet.. tapi gila weh. tak de mananya aku nak mencangkung bagai. tu serah diri namanya.

nad suruh dok suruh berkumpul jaga satu sama lain.. jangan tinggal kawan2.. baik gila nad ingat kawan2.. tapi aku masa tu tak ingat kawan ke mawan. yang penting nyawa aku selamat. kebetulan kat tepi jalan tu ada van and sebelah van tu ada pokok besar and semak samun sikit2 lah. aku terus masuk dalam semak tu. padahal sempit gila kot tak tahu lah camna aku boleh lepas.

tapi yang lawaknye anjing tu lalu je sambil pandang2 kitorang and blah macam tu je. LOL.. yang kitorang ni huru hara tak de motif. haha. aku siap tinggal kan kawan masuk semak samun sebab nak selamat kan nyawa. anjing tu padahal nak lalu je. vongoks. Entah2 anjing tu pon pelik tengok manusia2 ni.

sejak pada tu diorang asyik bahan aku kata aku selfish lah masuk semak lah. haha. teruk weh aku kene bahan. Aku pun menyesal weh masuk semak tu. Masa tu baru aku tau aku ni selfish gak rupenye.. huhu. Tetiba aku tertenye2 sepet cangkung ke tak masa tu eh. Hahah.

so sekarang baru lah aku terfikir, mungkin ni lah kot perasaan kawan2 aku yang takut kucing bila jumpa kucing. mesti diorang rasa macam kucing tu nak geget and cakar dorang kan. Ermmm...




Ni anjing2 kat rumah aku.. nasib baik sempat naik kereta mak aku sebelum die lalu.

Tetiba rase seram pulak nak tidur malam ni. Motif nak seram? Blur.

Harus lah malam ni tidur disirami lampu kalimantang. Sobs.

Thanks for reading. Night uolls.
posted from Bloggeroid

May 3, 2014

Tua



Saje nak share gambar ni kat blog untuk bacaan masa hadapan.

Masa gambar ni diambil it was one happy moment in life. Honestly aku memang tengah tersenyum gembira coz i wanna looks good in picture. Kat sebelah tu my ofismate ag. Ag is unic in her own way:)

Lepas amik gambar, haruslah tengok dulu gambar sebab ambil pakai hp Farah. Takut manalah tau nanti tak dapat tengok lagi. Tapi nasib baik die upload kat fb tu yang boleh share kat sini.

Excited nak tengok ni.. Tapi lepas tengok...... hurmmmm...

Nape hurmmm?? Obviously dalam gambar tu... aku nampak tua bebenor.. pfffttt.. berjerawat.. and of course gemok gedempol.. sobs..

Ok.. fine.. gemuk berjerawat tu aku leh terima lagi.. memang sejak azali pon gemuk dan berjerawat kan. Dah biase.. Dah imune.. Tapi.. looks old with my age.. No!!

I cant accept it!!

Hari tu ada googling sikit looking for tips awet muda.. gigih kau. This is not so me.. hihihihh

Dalam banyak2 petua yang aku bace adalah a few yang aku rasa macam boleh diamalkan untuk orang yang supermalas macam aku ni. Note word 'Super' di situ ye. Yalah, kalau aku beria nak try yang power2 tapi kalau da memang ko jenis manusia hangat2 tahik ayam memang tak kemana lah. Memang tak cantik lah kau sampai bila2. So better carik yang simple2 je. Ye tak?

Ok.. Here we go now..

First, sapu air 3 kali di muka sambil baca selawat. Ni cara yang paling mudah and Insyaallah berkesan. Yang aku bace tu suruh buat lepas bangun tidur. Try! Try! Mudah je tu Syura.

Second, sebelum dan selepas bangun tidor sapu ais ke seluruhan muka. Ni aku dah pernah try dari dulu. Akan rasa tegang je muka. Soothing je rase, Best sangat. Tapi tu lah tak rajin, kejap buat kejap tak. Boleh bantu untuk hilang kan eyebag jugak. Just fokus lebih kat bahagian bawah mata.

Third, wajib pakai sunblock every time keluar rumah waktu siang. Ko malas make up camne pon, wajib pakai sunblock. Cahaya matahari boleh buat kulit muka kite jadi kusam. Mula2 kusam lepastu bekedut lah jawabnye. Dah kedut jawabnye ko tua.

Nasib baik ade beli mase dapat gaji aritu. Aku beli jenama Sunplay sebab teringat Hanis Zalikha pun beli yang macam ni gak. Bajet nak artis je kan. Lepas tu HZ guna yang SPF130.. amek jugak yang tu. Mudah terpengaruh betei. Tak ape lah. Janji power.



Fourth, minum air secukupnya.. Alhamdulillah.. sekarang aku memang kerap minum air putih. Tak sampai 3 liter pon tapi 2 liter tu konpom. Lagi2 sejak pakai botol air tupperware ni tiba2 sedap pulak aku air tu aku minum. Tak ade kene mengena pon botol ngan rasa air kat dalam tu. Tapi rasa sedap. Mentang2 lah botol mahal kn.



Comel kan my botols. Yang pink untuk keluar rumah. Sekarang aku try minum 1 liter pagi and 1 liter malam. In between amik 500 ml.

Last, yang paling susah aku nak buat.. kurus kan badan. Teori nya mudah sahaja, kalau dah badan kau macam makcik2 harus lah muka ko mengikut macam mak cik jugakkn. Gambar first tu serius nampak macam aku muka sembab sebab mengandung. Haishhh.


Thanks for reading.. Toodles.
posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...