"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

Apr 18, 2015

Penat!!

aaaa.. fenatnye.. nak nangis rasanye sebab badan guwe capek sekali dong.. eh. pehal pulak tetiba nak cakap Indon ni kan.. Hahahaha.. Foine. Gelak tak de motip.

ekceli aku baru balik kerja ni sebab tu lah penat tu belum hilang lagi. sejak dah meningkat umur ni cepat betul rasa penat. tak macam masa umur bawah 26 tahun dulu. rilex jer kerja sampai pukul 5 pagi pon. now kalau boleh, cukup jer 9 jam kerja terus nak chow chin chow. 1 minit pon tak kuasa aku nak menunggu. lagi2 hakak ko ni kerja malam... lagi lah penat tu jadi double. kadang2 aku rasa macam menyesal pon ada gak.. kenapalah aku tak kerja normal hour macam orang lain.. dah lah kerja malam tu satu hal.. tak dapat cuti raya pulak tu. apa kejadah ntah..

aku rasa semua ni berlaku dek kerana mulut aku jugak.. dulu aku selalu cakap tak nak jadi doktor lah, nurselah, polislah.. artislah (erk?) sebab tak dapat cuti raya kononnya. Mendapatlah kau kerja kat bank.. tapi tak dapat jugak cuti raya jugak.. apa kes? baik lah kau belajar pandai2 dulu jadi doktor terus. =.='

so balik kerja tadi badan tengah penat2 ni, so layan tv jap hilang kan stress, tetiba kau tengah sedap2 layan tv tu.. dummmn.. kebabommm.. #hover bunyi kaca pecah. Macam nak gugur jantung akak ko ni sebab terkejut. Masuk bilik, hamek kau.. tengok2 bilik aku dah macam Singapura dilanda todak.. Tapi aku muka dah tak ada perasaan dah.. Aku tak kisah pon cermin aku pecah ke haper.. hatta katil aku terbalik sekalipon pon aku tadek heran dah.. Masalahnye sekarang ni aku tengah penat ni woi.. sape pulak nak mengemasnye ni haaa.. Adoii laaa...


Begini lah rupa bilik aku tadi.. Pitams lah hakak ko ni nak mengemas. 


Make up kesayangan ku dah robos pon aku tadek heran.

Yang penting sekarang sape nak kemas niii haaaa?





Pakai campak2 je lah jawab nya.. 


T__T

4 comments:

tiga lalat said...

Salam. Hee penat kan pastu melayan cermin pecah pula ;p

mish syura said...

rasa nak nangis tepi katil jer time ni.. ehehe

Nurul Shahira said...

Sha kalau dah penat sangat, nak basuh pinggan pun rasa nak nangis. Hehe

mish syura said...

Kann? Tgk pinggan penuh kat singki pon rs mcm nk pitams

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...