"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

Jun 30, 2014

Puting

Dua tiga hari ni aku memang tak de mood nak bukak fb tahu tak. Sakit hati jerr. Mane lah aku tak sakit hati, asal bukak ade je orang share gambar ulat keluar dari kulit. Sekarang tengah viral gambar tu. Omg.. geli tahap nak pukul orang serius.

Aku ni memang bangsa penggeli ya amat. Aku bukan boleh tengok benda geli2 macam ni. Jantung rasa berdebar2.. pastu aku macam meliuk2 geli. Terbayang2.. Ingat aku tak tension ke?.. tension okey.

Tanya sepet gambar tu gambar betul ke gambar tipu. Die pon tak tahu. Tapi die ade cakap tu gambar puting. Hah puting ko cakap... Sebab jadi macam tu beli bra pastu terus pakai tak basuh dulu. Seriusly?? Apsal kau tak basuh dulu... Bertambah2 level kegelian aku wehh.. Sepet plak jahat, suruh aku bayang kan lah ape lah.. sengal betul mak budak ni.. haha.. Terus malam ni aku baring2 sambil picit2 puting sendiri. Dah macam janda gersang dah aku.. bahaha. Siap tengok puting sendiri pastu cakap puting aku cantik dalam hati.. psiko!!

Tapi aku tak adalah percaya sangat pon. Rasa macam edit je.. tapi tak kisah lah edit ke tak.. sebab aku tetap geli.. Aaaa.. nak tidorrr...




Jun 29, 2014

Puasa hari pertama 2014

Berakhir lah sudah puasa... untuk hari pertama lah. Muahaha... baru sehari hokey.. Alhamdulillah... seronok pulak rase. Lagi2 bila teringat tahun ni aku dapat cuti raya.. lagilah seronok rasa hati ku ini.. eh apsal ayat aku macam tahun 80 an ni.. -_-b

Hari ni berbuka mak aku masak ikan sambal ngan kerabu tauge. Sedapppp. Ingat nak amik gambar tapi lupaaa. Biasalah hari pertama puasa. Rakus sedikit.. azan jer terus jadi pirana ahkak. Dessert pulak bubur chacha. Bila makan tu terus ahkak rasa macam nak menari chacha ngan Remy Ishak.. ewahh.

Tadi aku timbang berat. Takuit ahkak nak tengok nombor ape nak keluar. Berdebar2 uolls. Hover sangat perasaan ini. Lately ni kan aku makan banyakkk. Berlemak pulak tu. So takut berat naik mendadak.

Okey berat ahkak yang terkini adalah..



Okey.. memang dah naik pon... ::>_<::

Tak pe2... ahkak nak diet sempena nak raya. Insya Allah. Doakan ahkak yer.



#lookingforwardforbetterfutureInsyaAllah
posted from Bloggeroid

Selamat menyambut Ramadhan

Alhamdulillah.. Allahuakbar.. dah masuk bulan Ramadhan untuk tahun ni da kite ye. Syukurnye Ya Allah.. Nakk sangat perbanyakkan amal ibadat dalam bulan ni. Harap2 dipermudahkan hendaknye.

Tahun ni 1st day puasa hari Ahad. Macam cuak sikit start puasa hari Ahad ni. Yelah.. duduk rumah je kan tak buat apa2. Ada masa nak melayan perasaan. Takut melepek dah petang2 nanti. Aku ni bukan boleh.. Muahaha.. Ni pon da masuk tengah hari da rase sesikit kelaparan itu. Macam budak2 aku ni.

Dah lah tekak aku rase sakit lagi ni. Tapi ni salah aku sendiri. Dah elok dah sebenarnye batuk aku tapi semalam bantai air sejuk je, so batuk tu datang balik. Padan muke aku. Nasib baik tak teruk sangat.

Mate rase ngantuk lagi ni. Rasa macam nak tidor kejap la. Tidor sebelum zohor tu sunat kan? ∩__∩

Membebel pasal belog faveret

Sekarang tengah melatih diri untuk lebih kerap membebel dalam belog. Tu lah nak wat cam ne.. belog aku ni kan dah lame sangat tak de readers. Aku pon syok sendiri je lah bace entry lame2 tu sendiri. Sendiri tulis sendiri baca.. hahah.. ekceli memang tu la niat nye pon kan. Kata buat belog bukan nak kejar followers kononnya. Tapi untuk bacaan masa depan. Dah betul lah tu ^_^¦¦¦.. eh, seronok pulak bace walaupun aku bebel entah pape je pon masa tu. Okey lah.. mulai dari hari ni wajib kerap membebel supaya aku boleh baca balik in future. You can do it cura!

Sekarang aku tak banyak sangat la follow belog orang macam dulu2. Sebab aku perasan selera aku dah berubah sedikit. Sekarang aku suka sangat bace belog mak2 orang.. whatttt.. ? Haha.. Jangan tanya aku kenapa ye sebab aku pon tak tau nak jawap apa. Benda tu datang sendiri. Aku pasrah..

Kat sidebar tu antara belog2 yang aku wajib terjah setiap hari. Beautiful Nara pon aku dah malas nak terjah. Paling aku suke mesti lah Kak Di Green Apple. Ohemji.. Die memang terbaik seriusly. Aku memang adore life die sangat2. Plus entry Kak Di mostly kelakar tahap nak berbelit tali pusat. Memang gelak je bace. Kalau korang nak tau, aku gile dah khatam belog Kak Di ni. Paling best bace entry travels. Macam bace novel. Addicted sangat. ♥♥♥. Discover belog Kak Di dari kes Rai Ahmad gadoh dulu. Entah.. cenggitu lah.

Next ofkos lah belog Kak Fillanie. Okey, sejujurnya aku baru je baca belog Kak Pilla ni.  Tapi tau kewujudan tu dah lame dah.. sebab adik angkat Kak Pilla ni (Kinah) kawan sekolah aku masa kat MRSM PDRM dulu tapi tak rapat lah. Die ade mention pasal Kak Pilla die dulu. Tapi tak pernah interested nak bace. Tapi bila dah mula bace.. peh peh peh.. addicted la pulak. Now tengah berazam nak khatam kan. Kekuatan belog Kak Pilla ofkoslah sebab The Kasihs. Tak pernah rasa jemu pon bace pasal anak2 Kak Pilla. Suke sangat. Tersenyum sengsorang je aku baca.

Peej Burhan.. ni pon belog peberet sebab kelakar.. hehe. Tapi Kak Peej tak buat lawak pon tapi gelak sebab lawak tengok cara Kak Peej elobrate cerita tu. Cerita tak lawak pon jadi lawak. Love!

Tu je kot. Penat da membebel. ←_←. Aku memang bercita2 nak jadi blogger popular macam diorang ni Insya Allah. Bye.

posted from Bloggeroid

Jun 26, 2014

Tak sihat

Aku sebenarnya tak berapa sihat ni. Dah beberapa hari dah masuk hari ni. Demam, batuk and selesema satu pakej. Serius tak tahan and buat aku rasa nak nangis sambil kenang nasib diri.. huhu hover hakak!

Buat aku terpikir, Allah datang kan pada dugaan memang kita tak boleh nak jangka. Dalam banyak2 hari dalam setahun kenapa hari yang kau betul2 busy dugaan tu nak datang. Macam aku.. aku seriusly tengah memnggila kerja kat opis ni. Masa tu lah nak sakit.. nak batuk lah. Bukan nak merungut. Malah rasa bersyukur sebab tahu Allah sayang kat aku. Sebab tu dia bagi aku sakit. Bukan ke sakit tu kan penghapus dosa. Alhamdulillah aku redha.

Cuma tertanya2 kenapa sekarang sakit tu nak datang? Tak apa.. aku yakin pasti ada berita gembira untuk aku nanti. InsyaAllah.

Tapi sakit kali ni aku memang gila2 makan ubat. Sebelum ni aku makan seketul dua ja.. bila da sihat sikit terus tak makan. Kalau ubat batuk sambil berkulat tak habis2. Tapi kali ni ubat batuk tinggal suku ja. Aku siap minum togok gitu jah macam minum air sarsi pon ada. Sebab aku tak nak melarat. Sebab tekak aku dah rasa gatal2 ni. Aku tak sanggup nak batuk teruk macam dulu. Sengsara hokey. Nanti semua cakap aku batuk sampai hujung donia boleh dengar. Hover okey opismate aku ni. Ni pon dah mula pedih2 tekak. Dah la hakak ni kuat sentap bila tak sihat.. Biasa lah dah kertu2 ni, jiwa sensitip sikit.. hehehe.


Doa kan aku cepat sembuh plisss.

posted from Bloggeroid

Jun 23, 2014

Vain

Orang tua kalau berselfie memang rasa serba tak kena kan?
Especially untuk orang macam aku lah.. heheh
Kalau memang semula jadi cantik tu mungkin tak jadi masalah




Buruk betul buat muka macam ni.. haha
Jangan kata korang, aku pon rasa nak sepak muka sendiri laju2




Bak kata Peej Burhan, kalau nak berselfie ni kena vain
Tapi hakak tak cukup vain camno? =.=

Sekarang kan tengah kecoh pasal budak OKU yang kena kurung dengan mak dia tu
Sadis gila kan.. kesian budak tu sampai dah tinggal tulang tak makan
Aku ni pulak gemuk gedempol terlebih makan
Malu dekat diri sendiri.. sobs

Haihh.. tak tahu lah apa nak jadi dengan dunia ni


posted from Bloggeroid

Jun 21, 2014

My favourite food







Dapnye.. dapnyerr..

Ni semalam punya lunch sebenarnya
Tapi aku lupa ni ayam penyet mana satu
Ria ke Api entah.. ahh lantak lah.. haha..
Dari minggu lepas asyik teringin jer
Fedup, layan kan aje lah tekak ni
Makan aje lah walau pon sorang2 kan.. sobs

Aku suka ayam penyet ni sebab sambal dia
Pedas tu yang buat aku ketagih
Bila makan tu nak lagi.. nak lagi
Last2 gems aku jadinya.. haha
Matik lah nak salah kan ayam penyet.

Sebelum bulan puasa kena makan lagi
takut teringin pulak nanti.. heheh


posted from Bloggeroid

Jun 17, 2014

Restoran Andaman Seksyen 23 Shah Alam

Happy Monday!

Alhamdulillah.. nasib baik mood nak bekerja hari ni sangat cemerlang. Ok sangat even i just went tru my long weekend. Harapan ku jangan lah hari ini ada error plissss. Tu sahaja pinta ku.

Ekceli tak ada benda nak updates pon. So disebab kan tu hari ni hakak nak cerita pasal makan aje lah ye.

Hari sabtu lepas bapak hakak ajak makan luar. Hakak kan ratu makan jadi on jelah. Walaupon hakak ni tengah gila mengantuk and penat sebab pagi tu pergi tanam pokok tapi gigih jugak pergi. Makan tetap makan hokey.

Kedai ni memang kedai feveret abah hakak. Dia kata sedap lah, cukup rasa lah. Pure masakan Thai kononnya. Ok fine.. memang sodap pon. huhu. Masa mula2 dapat tahu kedai makan ni hakak rasa everyweek jugaklah kitorang pergi. Sampai kitorang adik beradik dah macam... asyik makan kedai ni jerrr.. hahah



Inilah rupa kedai tu dari kejauhan. Membesar dengan jayanya. Dulu tak lah besar cenggini. Yang menariknya, pekerja2 kat sini semua orang siam. So bila kau makan kat sini boleh lah feeling2 kat siam gitu.



Nasi Dagang and Nasi Kerabu. Nampak macam sedap tapi belum pernah try lagi.



Hah.. nilah feveret hakak bila makan kat sini. Sontamm.. sedap uolls. Terbaik gila sontam ni. Hakak melantak benda halah macam makan mee goreng. Ni pon hakak tertelan2 air liur hakak tengok gambar balik.




Satu lagi feveret hakak, kerang rebusss.. slurppp. Dapnyerr.. hakak makan tak sedar diri ade resdung. Padahnya hari ni hakak dapat sinus. Rasa macam nak cabut hidung je hari ni. Sokseksoksek dari tadi. Grr.



Main dish hakak, keow teow kung fu.. sedappp.. tapi hakak kureng sikit sebab banyak naw sayur. Hakak is benci sayur. Hakak makan brokoli jerr. Haha.. terdivas pulakk.



Air hakak order Sirap Limau jer. Dah macam kat kenduri kawen pulak hakak rase.. KG sangatt.. heheh.

Tu aje. Bye!
posted from Bloggeroid

Jun 16, 2014

Random : Makan, foundation and T3 Mycin

Omaigod.. hari ni aku kekenyangan gila makan. Tadi celebrate birthday mak saudara aku kat Restauran Thai and BBQ kat Sek 13. Semua double set kau. Pehhhh... tersandar aku dibuatnya. Lemak kat bontot ngan perut rasa macam nak tersentil keluar. Yang vongoknye hari ni aku pakai baju pendek tau. Pastu kat dalam aku pakai singlet ketat. Tak sedar diri badan ala ala gajah, bergulung singlet aku. Haha.. Aku dapat rasakan aku buat tayangan free tadi. Yang baju aku yang pendek tadi tak leh buat apa lah. Asik nak menjungkit je. Mesti orang belakang putus selera tengok selulit aku. Maaaap.

Aku makin risau pulak dengan selera makan aku yang makin tak menahan sekarang ni. Risau. Risau badan naik balik. Beribu dah habis beli herbalife. Takkan nak naik balik. Sobs.

Untung lah saper2 yang bada kurus tu. Bersyukur lah okey. Jaga lah badan tu. Jangan makan banyak2 sampai gemuk. Once dah gemuk bencinta lah kau nak menguruskan badan. Ye.. Memang lah orang cakap boleh diet. Tapi kau hengat senang nak diet? Kalau kau ada keazaman yang tinggi nak kuruskan badan tak apa lah. Kalau kau tak mampu? Menyesal tak sudah.. so jagalah badan tu wahai wanita. Jangan menangis bila dah gemuk nanti baju tak muat.

Malam ni layan pulak tengok Ceria Popstar 2 ni. Sedap2 pulak suara budak2 ni walaupun masing2 semua budak sekolah lagi. Yang perempuan pitching semua tinggi belaka. Tak padan ngan umur. Tengok budak2 sekolah ni buat mak rasa macam nak kembali ke zaman remaja dulu pulak. Heheh.

Oh ye. Hari tu Farah ade bagi satu foundation from In2it. Sukeee gileee dapat barang free hokeyyy. Thanks Farah. Really appreciate it. Pertama kali aku pakai foudation kaler Beige. Sebelum ni kalau aku always guna dark kaler je. Sebab sedar diri aku ni hitam. Bila guna yang beige ni boleh masuk pulak.. Ha.. apa maknanya tu??.. Ini bermaknmaku ni tak adalah hitam sangat kannnn? Wahahaha..



Foundation ni best sebab dia macam gel so very easy nak apply kat kulit muka. And terus meresap dalam kulit. Tak rasa berminyak. Very lite so kau tak rasa tak tebal kat muka. I love it. Sesuai untuk pakai gi office. Aku memang nak habis kan cepat2. Sekarang tak ada lah istilah sayang nak guna ke apa. Better than benda tu terbuang sebab sayang nak guna. Aku kalau benda lama2 ni takut sikit dah rosak.



Ni muka mak lepas apply foundation ni. Fazura sangat kan? Puihhh

Foundation ni tak mampu lah nak tutup cela kat muka kau tu. Tapi muka kau nampak glowing sikit. Plus dia ada SPF 25. Mak sukeee. Sekarang ni aku memang mementingkan sunblock. Reason sunblock ni boleh prevent kulit kau dari jadi kusam and cepat tua. InsyaAllah.

Last week jugak aku amik stok vitamin C kat klinik opis aku ni. Pastu gatai mintak krim jerawat. Macam2 aku ni. Semua aku nak try. Mak dapat ni ha..



T3 Mycin. So far mak baru pakai 2 kali tapi tak best lah. Tapi mak tak gigih so da bersadai kat dalam box make up mak. T___T. Lepas tu baca ingredient ada Paraben. Mak dah macam emph emph.. nak pakai ke? Jujurnya mak tak tau pon Paraben tu menatang apa. Tapi yang mak tau kalau bagus tak ada Paraben. Macam Clinelle yang mak pakai sekarang nintak ada free pon Paraben. Risau pulak. Tapi dah beli pakai jelah kan. Berselawat jelah mak pakai nanti.

Plan nak habis kan dulu Mederma yang aku beli tahun lepas, then continue ngan T3 Mycin ni.

Peh.. macam2 mak pakai sekarang kan. Kalau tak cantik jugak tak tahu lah

po:Psted from Bloggeroid

Jun 14, 2014

CSR - Tree Planting yang awesome


Nasib baik aku bangun pagi tadi. Heheh. Tu pun dah 6.20am. Target nak bangun pukul 6.00am. Gila ambitious! =P Ok lah tu. Aku bangun ni pon kira syukur Alhamdulillah. Kalau aku tak bangun tadi mau seminggu aku kena bahan.. hahah

Masuk ni dah tiga kali aku join CSR anjuran HSBC. Aku rasa ni yang paling best kot. Enjoy sangat2. Maybe semalam aku cuti so badan tak penat. Sebelum ni aku pergi penat ya amat. Nak pegang cangkul pon tak ada mood. Dahlah aku ni memang bangsa tak reti nak buat kerja2 berat ni. Eh.. tak habis2 nak mendiva ko kan. Macam budak town sangat. Hahahah

Pukul 7 aku baru nak keluar rumah. Aku pon tak tahu start kul berapa. Hilang ingatan pagi2 buta ni. Tapi Dayana call kate dia da sampai kat HSBC. Ni baru betul gila ambitious. Hahah.. Farah pulak baru bangun pukul 6.45am. Lega mak. Tapi rumah dia dekat tak ada hal lah. Memang dia sampai dulu pon.


Seatbelt selfie for the day. =P

Walaupon muka mak tak chantek totap nak selfie. =P Ni pon 4 layer kat muka. Toner from Clinelle. Moisturiser also from Clinelle. Sunblock SPF 130 lagi hamekaw paling tinggi aku pakai from aku Metholatum. Kalau sunburn gak aku tak tahulah. Pastu bedak salji Baby Johnson. Fazura terus mak pagi ni.

Eh.. Malas pulak nak tulis panjang2. Jom layan gambar.


First picture of the day. Oh ya beg yang aku pakai tu aku beli dari Nile.com.my . Taklah cantik pon tapi sangat praktikal bila nak buat aktiviti macam ni. But aku patut beli warna hitam kot. Colour coklat ni macam tak ngam pulak.


HsbcNet Team. Department kitorang sebelah2 jer. Yang melayu tu kalau gelak berlawan2 ngan Dayana. Havoc.


My opismate. Farah and Dayana. Suppose Ag pon ade tapi tengah on the way.


Rajin budak2 Hsbc ni. Majlis Bandaraya mane2 yang nak tanam pokok ke, cleaning ke, tapi nak free bolehlah panggil budak2 Hsbc. Janji ko bagi makan sedap2, semua bisa diaturrrr gituhh.


Emphh.. Rajinnye. Ade sesaper nak buat menantu?




Tengok Farah ngan Dayana dok mencangkung tanam pokok maintain cantek jerrr..


Ko tengok aku. Nak mencangkung pon hazab. Cantek lagilah jaohh. Ko tengok bontot aku. LOL


Dah macam buruh perempuan endon dah aku nengok.




Last picture. Ag sampai je pokok dah habis tanam. Untunglahhh. heheheh. 

Lepas habis je kitorang lepak kat O Brien jap. Eh tak sekejap langsung. lama kot. Dahlah borak kuat gila suara. Mengutuk orang pulak tu. Sangat tak gadis perangai. Malu pulak.. heheh. 

Ingatkan O Brien ni best sangat. Aku order hot chocolate. Sumpah tak sedap.Masam. I dislike. Nasib baik Ag ade, dia mintak tukar. Tu pon tak sedap jugak. Haish. Orang tu siap cakap, kalau tak sedap jugak dia belanja kitorang makan. Aku ni pulak bangsa tak sampai hati. Aku cakap sedap ajelah walaupon tak sedapkan.


Us=)




Nak share gambar latest Cash  Settlement. But aku tak de sebab cuti kan semalam. Sobs. Both picture credit to Farah. Love it.=)



Cerita hari Jumaat

Hari ni aku off day. Yahuuu.. bangun pun lambat hari ni. Pukul 12 lebih uollss.. puas tido. Nikmat dunia paling best. Niat nak buat passport pagi tadi pon terkubur.. haha.. Dah ku hagak. Fenat weh. Aku pon tataw nape aku penat sangat malam tadi. Penat pikir pasal Graham kot. @( ̄- ̄)@

Since hari ni jumaat, adalah menjadi kewajipan untuk aku pergi pasar malam. I love pasar malam!! ♥♥♥ Aku kalau pergi pasar malam mesti dalam kepala dah fikir nak beli tu nak beli ni. Nak beli banyak2 lah ape lah. Tapi selalu end up tak tahu nak beli apa. Dok lah pusing 10 kali pon. Tetiba rasa semua pon macam tak sedap je. Tak suka kalau jadi macam tu.



Suasana pasar malam aku pergi tadi. Pasar malam seksyen 6. Tak banyak kedai yang bukak may be sebab cuti sekolah kot.

Biasanya kalau pergi pasar malam kat tempat aku ni aku akan beli yong tau fu. Yong tau fu kat sini memang sedap. Giler ramai orang beli sampai kena amik nombor hokey. Kau ingat kat bank je kena amik number. Tak okey. Nak beli yong tau fu pon kena zaman sekarang ni. Canggih tak canggih lah pasar malam kat Shah Alam ni.

Tapi... canggih.. canggih jugak. Kalau nak beli yong tau fu kat sini kena bersedia mental fizikal sebab harga dia pon canggih gak okey. Tak boleh lah nak pakai sauk sesedap rasa je. Takut nanti terduduk kau membayarnye. Setakat ni paling mahal aku pernah kena pon 29 hengget. Tak boleh beat lagi mak aku. Dia pernah kena sampai 38 hengget. Nasib cukup duit nak bayar. Haha. Kalau aku dah mengigil nak bayar 38 hengget yong tau fu semata. Tapi aku rasa kat mana2 pon dah mahal sekarang ni. Alangkan kat kampung aku di Rembau pon mahal okey.



Ni lah kedai yong tau fu tu. Memang sedap tapi ingat pesan mak, jangan sauk sesedap rasa nanti dompet binasa uolls.

Lepas tu aku beli takoyaki, putu bambu ngan buah mangga. Sekarang nak makan takoyaki tak perlu nak pergi kedai jepun. Pasar malam pon ade ye. Harga pon murah. Tapi rasa biase2 jelah.

Ni nak cerita yang agak vongok jugak lah. Lepas dah beli barang semua aku pon pergilah kat kereta. Gila tak terkejut bila aku sampai kereta aku tak ada kat situ. Kejung aku kat situ. Tak tau lah nak citer camane. Aku da mengigil. Kereta hilang kau. Mau tak mengigil. Siap telepon bapak aku lagi tapi tak berangkat. Dua tiga kali jugak lah haku try telepon tak berangkat jugak. Aku da macam.. biar betei kereta aku hilang.

Aku cube recall balik... kot la aku tak kunci kereta tadi.. ermm.. mungkin jugak. Uwaaa.. kereta aku.. Dah lah yong tau fu ngan mangga ni berat dowh.. haha.. sempat lagi aku pikir kalau betul2 hilang kereta aku ni sure tak selera makan. Rugi la yong tau fu hari ni.

Aku cuba think positive.. mane lah tau aku salah cari ke kan. Sekali memang betul pon uolls.. hahaha.. rupa2nya aku letak kat lorong lorong lain tapi carik kat lorong lain. Mana nak jumpa. Pandai sungguh. Hahah.. Terasa vongok sangat iolls. ~T_T~ elok jer kereta mak parking kat situ. Buat gempak jer lebih.

Okey lah.. malam ni nak kena tidor awal. Esok ade program tanam pokok kat cyber.

Sebelum tidor nak meh tengok gambar selfie mak ni ha.. sesekali apa salahnya kan.. heheh



Nite uolls.
posted from Bloggeroid

Jun 8, 2014

Kenduri Aqiqah Amanda

Semalam, my cousin buat kenduri Aqiqah untuk anak perempuan dia kat kajang. Baru aku tau Kajang ngan Shah Alam ni bapak jauh rupanya. Aku dalam kereta dah berzikir kat telinga bapak aku bila nak sampai nih. Hahah. Jauh sangat lah.. tak tahan aku. Dah lah panas. Cehh.. diva pulak aku memalam ni.. haha.



Sampai2 je aku rasa macam balik kampung kat negeri semilan pulak sebab nampak Mak Long ngan Pak Long aku ngan Pak Din kat situ.. haha.. Rajin pulak diorang ni datang. Tapi ekceli kalau gerak dari Rembau and KL lagi dekat nak datang Kajang dari Shah Alam. Dah macam Shah Alam ni kat Perak pulak. LOL.

Lauk sedap. Tapi tak snap gambar sebab segan. Nanti diorang kata aku jakun pulak. Dah lah pakai baju macam mak cik2.. haha..

A few pictures hari tu. Ade yang aku amik sendiri and ada jugak yang aku cilok dari fb Kak Dilah.



Anak Kak Dilah aku ngan budak perempuan tak tahu lah anak saper. Comel kan. Suke gambar ni sebab Amanda senyum. Budak kecik ni susah sikit nak senyum. Sure dah besar nanti cantik .Mak dia pon cantik uolls. Haruslah anak pon comel.



Ni pelamin berendoi.. macam kek pelangi dah aku nengok.. memang cantik. Orang ada duit boleh lah buat pelamin segala. Anak aku nanti aku buat sendiri jer. DIY.. Jimat.. haha.



Ni cupcake ke muffin ntah untuk doorgift. Kak Dilah buat sendiri. Sedap gak. Lemak berkrim gitu.



Yang ni mak batak sikit lah.. siap ada bunting lagi. Comellss. Ko nengok nama anak sepupu aku ni. Kemahen canggeh lagi.


Haruslah mak amik gambar sekeping buat kenangan. Time kecik dulu tak merasa semua ni. Uhuhuk. Walaupon aku tak suka gambar ni sebab macam mak cik kan tapi upload gak sebab bunting tu comel. Boleh?


Ni along jaja.. dia pon nak tumpang glemer kat belog mak jugak. Ehehe

Ni section hang paling mak suka. Dessert... ! Sedap uolls. Aku paling suka brownies dia. Sedap ya amat. Rasa nak makan banyak tapi malu. Moist sangat.


Mak ngan abah aku terus balik kampung kat Negeri Sembilan, jadi aku pon tumpang lah Along Jaja. Ingat nak suruh dia antar sampai KL Sentral sebab malas nak susah kan diaorang nak antar aku sampai Shah Alam kan. Lagi pon aku dengar kat KL Sentral ada shopping complex baru. NU Sentral tajuk complex tu. And sekarang kalau nak pergi monorel dah tak payah nak lalu luar pastu nak lintas jalan lagi. Boleh lalu kat NU Sentral tu je. Wow.. bestkan?

Tak banyak kedai lagi kat situ especially kat bahagian atas2. NU Sentral tu ada banyak tingkat. Cuma yang tak bestnya kedai makan banyak kat tingkat atas lah. Leceh. Kedai pon semua kedai branded je. Parkson ada. Yang lain semua kedai mahal2 bagi aku. Iolls memang tak kuasa lah nak beli. Iolls pakai baju pasar malam jerrrr.

Balik naik komuter. First time lepas 2 tahun kot. Heheh.. Dah lah kena berdiri..Hari Sabtu pon ramai orang. Tak paham aku. Mesti orang lain macam kesian je tengok makcik gemsss ni kena berdiri.=.='



Suasana KL Sentral yang tak tahun bila lagi aku nak jejak.. heheh
posted from Bloggeroid

Fiza Wedding


First of all nak cakap, cepat gila masa berjalan.. aku rasa macam baru je drive dengan jemnya all the way from Shah Alam to Melaka to attend majlis kahwin kawan masa kat uitm dulu. Seriously.. penat driving tu pon tak hilang lagi okey. Memang lah kalau diikutkan Melaka tu tak adalah jauh sangat kalau nak dibanding kan dengan Kedah ke, Kelantan ke kan. Orang lain lagi lah sampai kemana2 attend kenduri kawen. Aku baru nak gi Melaka da kecoh. Tapi kalau dah terpaksa nak tempuh jem.. haih.. aku rasa macam sama macam gi kenduri kat Johor pulak. 

Seriously aku memang agak bangga gak lah ngan diri sendiri pada hari itu.. (matiklah nak bangga diri.. haha) dah lah malam tu tido 2 jam je. Tapi still gagah nak gi kenduri member.. kalau kat area kl tak heran sangat.. ni melaka uolls.. gila bff sangat. LOL.. Padahal aku nengok kawan baik dia sendiri pon tak pergi, aku yang melebih2 uolls. Tak apa. Semangat tu yang penting.

As usual, gi Melaka harus lah dengan Cik Mas Baby ku. Sape lagi kan.. memang tak ada orang lain dah pon yang aku nak hangkut pon. Hehe.. Harus lah mempergunakan Cik Mas dengan sebaiknya. Pasni kalau dah kawin tak boleh nak bawak dah.. sobs.

So gerak dari rumah Cik Mas dalam pukul 10.15 pagi.. bapak awal sangat dah tu aku rasa. Mak aku pagi tu dah membebel2 pukuk berapa nak gerak. Jalan jem lah.. cuti sekolah lah.. bingit tapi berjaya membuat aku menggelabah. Wassap Sepet tanya gerak pukul berapa. Dia cakap pukul 9 lebih kalau boleh nak gerak dah. Tapi tak tahu lah jadi ke tak. Yalah orang ada anak laki segala kan. Semua benda dia kena settle kan. Kata bini solehah gitu. Puihh. Haha.

Aku pon dengan pantas juga bagitau mas kul 10.15 gitu aku sampai teru gerak. Cik Mas terus patuh dengan arahan lalu bersiap. Aku sampai2 kat rumah dia tengok bapak dia tengah cuci kereta. Abang ipar dia pulak tengah dokong anak dia. Aku rasa tiap kali datang umah Mas mesti nampak abang ipar dia tengah dokong anak. Motip bangg? Haha.. nak dukung anak pon nak kena ada motip ke? 

Mas ni dia punya peel kalau aku keluar ngan dia mesti dia akan bawak buah tangan untuk aku. sweet sangat kan? Awww. Aku dah malu2 kucing. Apa susah2 ni Mas.. Tapi dalam hati suke uolls dapat makan. Hiks..

Setengah jam yang pertama gerak, smooth je jalan.. nak masuk Nilai je, peh kau jem gila. Aku rasa ada sejam kat situ aje. Terganggu emosi dan fizikal aku tengok kereta bersusun kat depan. Sabor jelah T__T.. Nasib baik Cik Mas bawak bekal apam polkadot ngn Choco Oat. Asik makan jelah keja aku kat dalam kereta. Pastu sampah tak reti nak buang. Pakai campak2 je.. hahahah.. Masuk Seremban ingat kan jem lagi. Nasib baik lah tak. Aku rasa kalau kerja baik jalan kat Seremban ni tak settle sebelum raya, aku rasa mau menangis mak mak kat kampung anak tak balik raya tahun ni. hahah. 

Ingat kan bila dah masuk Melaka kuranglah sikit sengsara mak. Emphh.. Jalan kat Melaka ni very the pusing2 eh. Dah lah jauh... Panass.. Opss.. Maaf orang Melaka, banyak pulakk terkomplen.. hihi.. 

Bila dah sampai Melaka tu aku pon pasang lah Waze. Yelah kalau aku cari sendiri sampai tahun depan pon belum tentu sampai. So final destination tu aku letak lah ALAM. Ko tau mana waze ni bawak aku? Depan kedai Pizza boleh?.. You have reach your destination. Tengok kiri Pizza Hut. Watdehell.. Aku tau nama member aku tu ngan Pizza ni memang lah sikit lebih kurang tapi hagak2 lah.. hahah. Ampon Pizza eh Fiza.. =P.. Last2 aku sekolah ngan balai polis (based on kad kawen) baru lah sampai. 

Setelah melalui onak dan ranjau.. 

Sampai2 je haruslah selfie dulu. Tak bermakna beli kamera kalau tak selfie walaupun muka berkerak.

Sampai2 rumah Fiza jumpa bapak dia dulu. Bangga tu bagitahu kitorang dari Shah Alam datang kenduri anak pak cik.. Anak pak cik pon belum tentu datang kenduri kawen saya nanti... Macam tak ikhlas je bunyiknyer kan.. haha.



Fiza dah excited nampak aku ngan Mas. Aku membebel jauh gila nak sampai umah kau. Matik lah depan pengantin pun nak mengungkit penat drive. heheh..

 Pengantin baru nak berarak


Spot someone sad face. Haha.. Dont worry Mas, turn kau next year. Sabar boleh?


Ye, aku tengah sabar lah ni. Peace Yo.


This is what I love the most about kenduri kahwen.. The foods!!



Ada ayam golekkk, sambal sotong yang pedass.. fuhhh.. meletopss

Bagi aku foods memang sedap oh. Pedas. Memang selera kak pah.


Dah makan tu kita posing pulak dengan pengantin. 

Fiza kau tido?


Eh tak rupanya.. hehheh


Amboi Mas, baru aku perasan.. kaler blok sangat kau kan. Baju merah kain ijooo.. Pehh.


Yang lawaknya si Fiza.. kat atas pelamin sebokkk dok tanya tu ini ngan kitorang. 
Yang camera man bebulu jer.. haha






selfie sementara tunggu pengantin bersanding.
sempat je ko kan. hehe



Mas kalau bab berangan no 1! **geleng kepala**


Eh.. aku pon sama? muahaha


Masa ni Fiza tengan makan beradab. Aku ngan Mas pon apa lagi berposing sakan lah. Yang paling tak malu masuk bilik pengantin pastu kantoi ngan akak dia. Janagn die ingat kitorang nak merompak bilik pengantin sudahhh. 

Sepatutnya kitorang ingat nak jumpa mak Sepet  pas barang kat sini sebab Sepet kan tak jadi datang sebab anak2 dia muntah atas baju apak diorang. Dok syok sakan berposing sampai terlepas nak jumpa. Haihhh. 


Mas ni poyo gak kekadang. Bilik aku ajak amik gambar tak nak. Tapi bila acu kamera tau pulak kau senyum kan. Drama sangat!!


Baywatch versi Musliamahhh. Awww


Poster filem baru kak pah

Kekasih ku disambar orang tajuk die.



Pengantin dua2 bangsa kejung punye orang.. haha

husband si fiza senyap je sepanjang sesi fotografi.. pemalu ya amat!



Suke pic ni. kalau buat header pon meletops jugak ni kan





Untung lah rumah tepi laut.. boleh feeling2 baywatch kat sini. Kak Pah mampu posing kat Taman Tasik jelah!


Mas.. dalam diam ko ye. Tak ajak kak pah selfie sekali ponn..

=.=




Sedaya upaya pengantin berposing.. namun tetap kejung jua


Meh sini kak pah tolong ceria kan suasana..


Ha... kan da okey sikit tu.. haha




Mass.. ko saje nak sabotaj kak pah kan.. snap bontot kak pah yang besar ni.. sampai hati muuu.. **tekupmukakatbantal




comel gambar ni.. macam pasangan bahagia sangat=)


Kak pah dan kak mas=)






Carik tempat lain pulak nak posing



Aku macam kena tendang pulak kan
berani kau ye tendang kak pah.. hepp




Sweet je pengatinnn

tak lama kemudiannn











raksasa datang menyerang!!!.. wahaha



Menyibuk sangat aku kat situ

Ada kak pah kisah? Janji kak pah masuk dalam gambar!


Haha.. kejung gila... boleh la dari tak ada kannn


No kamera pleaseee!!!


Macam retisss! Tergugat kak pah!


Tak boleh jadi ni.. Kak Pah kena buat aksi yang lagi comell.. weeehuuu


Fiza : Ko dah kenapa syura?

Aku : Bontot aku gatal. Lupe tukar spender.

Fiza : Seriusly kau datang wedding aku pakai spender semalam? Choiii!


Ko kentut eh mas? Busuk je ni.




Kak Pah kalau tak enterprem memang bukan kak pah lah namenye








Lepas je habis teman Fiza amik wedding photo, kitorang pon beransur lah. Siap dapat berkat lagii. Suka sangat hati Kak Pah. Lauk dia pon memang sedap kan.

Apa2 pon memang enjoy giler pergi wedding Fiza. Serius rasa tak sia2 pergi wedding jauh2 tapi dapat layanan yang terbaik dari pengantin. Bagus jugak lah dia tak jemput ramai orang datang. Kalau tak sure Fiza tak layan aku.. Haha.. Gila keji pemikiran.


Thanks for reading!!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...