"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

Jun 14, 2014

CSR - Tree Planting yang awesome


Nasib baik aku bangun pagi tadi. Heheh. Tu pun dah 6.20am. Target nak bangun pukul 6.00am. Gila ambitious! =P Ok lah tu. Aku bangun ni pon kira syukur Alhamdulillah. Kalau aku tak bangun tadi mau seminggu aku kena bahan.. hahah

Masuk ni dah tiga kali aku join CSR anjuran HSBC. Aku rasa ni yang paling best kot. Enjoy sangat2. Maybe semalam aku cuti so badan tak penat. Sebelum ni aku pergi penat ya amat. Nak pegang cangkul pon tak ada mood. Dahlah aku ni memang bangsa tak reti nak buat kerja2 berat ni. Eh.. tak habis2 nak mendiva ko kan. Macam budak town sangat. Hahahah

Pukul 7 aku baru nak keluar rumah. Aku pon tak tahu start kul berapa. Hilang ingatan pagi2 buta ni. Tapi Dayana call kate dia da sampai kat HSBC. Ni baru betul gila ambitious. Hahah.. Farah pulak baru bangun pukul 6.45am. Lega mak. Tapi rumah dia dekat tak ada hal lah. Memang dia sampai dulu pon.


Seatbelt selfie for the day. =P

Walaupon muka mak tak chantek totap nak selfie. =P Ni pon 4 layer kat muka. Toner from Clinelle. Moisturiser also from Clinelle. Sunblock SPF 130 lagi hamekaw paling tinggi aku pakai from aku Metholatum. Kalau sunburn gak aku tak tahulah. Pastu bedak salji Baby Johnson. Fazura terus mak pagi ni.

Eh.. Malas pulak nak tulis panjang2. Jom layan gambar.


First picture of the day. Oh ya beg yang aku pakai tu aku beli dari Nile.com.my . Taklah cantik pon tapi sangat praktikal bila nak buat aktiviti macam ni. But aku patut beli warna hitam kot. Colour coklat ni macam tak ngam pulak.


HsbcNet Team. Department kitorang sebelah2 jer. Yang melayu tu kalau gelak berlawan2 ngan Dayana. Havoc.


My opismate. Farah and Dayana. Suppose Ag pon ade tapi tengah on the way.


Rajin budak2 Hsbc ni. Majlis Bandaraya mane2 yang nak tanam pokok ke, cleaning ke, tapi nak free bolehlah panggil budak2 Hsbc. Janji ko bagi makan sedap2, semua bisa diaturrrr gituhh.


Emphh.. Rajinnye. Ade sesaper nak buat menantu?




Tengok Farah ngan Dayana dok mencangkung tanam pokok maintain cantek jerrr..


Ko tengok aku. Nak mencangkung pon hazab. Cantek lagilah jaohh. Ko tengok bontot aku. LOL


Dah macam buruh perempuan endon dah aku nengok.




Last picture. Ag sampai je pokok dah habis tanam. Untunglahhh. heheheh. 

Lepas habis je kitorang lepak kat O Brien jap. Eh tak sekejap langsung. lama kot. Dahlah borak kuat gila suara. Mengutuk orang pulak tu. Sangat tak gadis perangai. Malu pulak.. heheh. 

Ingatkan O Brien ni best sangat. Aku order hot chocolate. Sumpah tak sedap.Masam. I dislike. Nasib baik Ag ade, dia mintak tukar. Tu pon tak sedap jugak. Haish. Orang tu siap cakap, kalau tak sedap jugak dia belanja kitorang makan. Aku ni pulak bangsa tak sampai hati. Aku cakap sedap ajelah walaupon tak sedapkan.


Us=)




Nak share gambar latest Cash  Settlement. But aku tak de sebab cuti kan semalam. Sobs. Both picture credit to Farah. Love it.=)



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...