"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

Nov 30, 2011

Think About it..



November almost over


say Hi to December=D





but did u guys realized we only have 31 days to go before New Year to come?

sooo...

have u guys ever thought what are the best things that u guys done for year of 2011?

do all the things you dream to achieve this year is reached?



ahaaaa
^.^




tata






What a Wonderful Wednesday=)


nak tahu kenapa hari ni i rasa best sangat?

sebabbb hari ni i mula cuti panjang
2 minggu wooooo
terasa diri berada di syurga lah.. awwws


hoorey, cuti!!!


and 1 more thing sebab dapat gayut ngan mak cik mas tadi
thanks lah mas coz sudi layan kawan kaw yang comel neh..
(tapi comel kerr?haha)








haruslah caye lagi comel kan =P-->








bai

Nov 29, 2011

i wish


how i wish that i was born 3 years late
so i will same age as him
.
.
.

V







pengsan!




awat la hang ni hensem sangat Izzue Islam?

ehem, nasib baik hang muda dari aku
so tak jadilah nak die hard fan u=.=

oh ye, tadi i pi jengah fanpage Izzue Islam
Saiko gak die punya fan
siap ada ayat2 nak bunuh diri bagai
kot kalau nak gurau2 pun agak2lah
eee seram doe





Nov 28, 2011

I love Elia Jejari Runcing & KFCM


title nak up traffic semata2 neh
propa je lebeyh taw
jangan marah ye

har har har

back to da story

uolls tahu tak?
blogger yang i paling kagum dalam Malaysia ni siapa?

siapa lagi kalau bukan



yeahh.. kenalkan??
kalau tak kenal pi hantuk kepala kat dinding
amboi.. nipu ja pandai ye=.='

sebelum tu i nak betulkan sebelum uolls tersalah faham
she's not my idol actually
but just i kagum dengan dia ajelah

why?

kerana dia adalah blogger yang terkenal yang paling tak bajet cun yang i pernah jumpa.
ha... i can see some of u buat muka like.. huhhhhh?

yeah.. cuba uolls buka blog elia, dari dia mula berbelog sampailah ke hari ni. dia lah satu2nya blogger (yang popularlah) yang tak kisah muka dia macam mana pun tempek ajelah kat belog. tak perlu lah nak make up tebal satu inchi untuk mengaburi pandangan mata readers dia supaya nampak dia cun. and even time dia tengah gemuk gila dulu sekalipun dia tak kisah pun nak letak gambar dia kat belog. kadang2 tengok gambar dia ngan pakai tudung indon tu je n blouse ntah apa2 pun on je. jalan je. amik gambar lepas tu letak kat blog. padahal at that time dia still lagi pegang title gf KFCM tu.

tapi kalau i pergi belog yang followers dia cecah ribu riban nih, harapan lah kalau uolls nak tengok gambar neutral sesetengah blogger tu. even kalau ada tak pakai make up pon sure amik posisi yang paling cun dengan pengcahayaan yang secukupnya so that tetap nampak gambar tu cantik je. yang paling penting ambik sendiri ye kengkawan. ekceli gambar ambik sendiri ni biasanya akan buat muka kita lebih cantik dari yang asal. tu pendapat i lah.

so bebaru ni kan (cet, nak jugak gossip tu aku ni) ada dengar sikit2 gosip pasal ex tunang dia si KFCM tu. kecoh gambar dia dengan Shida Harmi lah pulak. habis tu Dahlia Teck ape cerr?

i pun bukan lah anti sangat ngan KFCM ni. suka jugak tengok dia main bola. walaupun i jarang tengok bola. tapi gossip dia ni teruk benar. mesti ada yang nak cakap kat yang sibuk2 wat ape kan. i sendiri pun nak cakap tolong lah jangan popular kan si KFCM ni. makin popular makin menjadi2 pulak. menyampah pulak i di buatnya.

nak kutuk lelebih i jugak yang dapat dosa kan.

haii.. tak faham lah i ngan dunia ni. Elia sekarang ni i tengok makin berjaya dengan bisnes and kerja modellingnya tu. hasil dari populariti ex tunang dia jugakkan. tapi si KFCM pulak makin kayap ngan pompuan and maksiat. Duit? Dengan cara hidup KFCM sekarang i rasa RM 30k tu sekelip mata je boleh habis. dia kan pemurah kann....


renung2 kanlah.


I Miss Him!!



lama tak jumpa die
3 hari taw
rindu sangat nak jumpa kesayangan saye ni

tak pa2
petang ni dia balik
ermmm tak sabarnye
nak gomol dia puas2



nak tahu siapa kesayang saya tak?

haruslah dia ni
.
.
V




hihi
inilah dia kesayangan saya
Dino Junior

along rindu sangat kat Junior
Junior rindu kat along tak?

^.^

Borak2 Kosong # 1



hiii uolll
apa khabar semua?
sihat kerr?
hopefully uolls semua sihat lah ye..
i 'sihatt' sesangatttt
=.=

first of oll i nak mintak maaf sangat coz last weekend
i tak dapat nak blogwalking apetah lagi nak drop comment kat blog uolls
mood nak berbelog merudum gila
plus i busy menjahit baju untuk kenduri sepupu i nanti
dah lah tu
salah potong kain pulak tu.. haishhh
sakit hati tak???
haruslah sakitkan
bayang kanlah berapa banyak masa i terbuang dok melayan baju tu
naik tegang urat2 tensi i neh

and one more thing
i nak ucap terima kasih sesangat pada yang sudi follow
i mintak maaf coz lambat dapat follow uolls balik
sebab once i follow uolls i need to update my bloglist sekali
so uolls tunggu lah i terjah blog uolls k=)

oh ye, cakap pasal kain tadi
i lupa betul hari ni satu malaysia cuti
tak tahu lah bila i nak ambil kain kat umah member aku mas neh
aiyo..
what a waste!!
kalau i tahu, pagi tadi i dah merempit pergi umah mas
huhu








Nov 25, 2011

terbaiklah mathlutfi!!



first thing of all

its friday guys!!!
hoooreeeyyyy

wah gembira tak tentu pasal pulak i hari ni ek
harus lah kan..
bukan sebab hari ni hari jumaat semata-mata
hari ni jugak i dapat gaji

kayo mak cik kayo
*dialog tiap2 bulan*



hey, uolls dah tengok belum vlog dari mathlutfi yang pasal lirik lagu melayu tu?
kalau dah tengok bagusss
boleh jadi geng i

kalau yang belum tengok tu meyh tengok kat bawah ni cepat
barulah geng.. hehe


antara dialog yang i rasa paling tak boleh blah
.
.
.
V

"tak sabar nak menunggu hari esok"

"kenapa?"

"umpama mawar yang sedang mekar"

"erk?"

lawak gila 'barbie' kan?
adoiii

jauh gila imaginasi si mathlutfi ni
kalau i, asalkan melodi lagu tu sedap, sudahlah
tapi si mamat ni pulak
sibuk dok nak menghayati lirik lagu buat ape kan
haha


walaupun apa yang mathlutfi ni cakap kebanyakkan nya betul
tapi i tak adalah setuju 100%
mungkin lagu cinta ni banyak yang tak mendatangkan faedah
tapi itu yang kita nak dengarkan

hehe

sebelum gi kerja jum layan lagu berdua bersatu from 4teen



antara bandboy melaysia yang ahlinya hensem2
setuju?
hihihi
uolls nak henjet macam orang sakit parkinson ke
suka hati uolls lah
janji uolls hensem
suara uolls sedap

tapi yang i bengang mesti uolls muda dari i kan
=.='







Nov 23, 2011

saving your ass first!




i rasa ramai yang tahu maksud disebalik saving your ass first ni kot
takkan lah tak tahu kan
ke ada yang tak tahu jugak ye=.='

saving your ass first disini bukanlah bermaksud

SELAMATKAN BONTOT ANDA DULU YE KAWAN2

walau pun kalau di translate buta2 ke bahasa melayu
mungkin inilah maksud yang akan keluarkan.. huhu

ekcuali i adalah masalah kat ofis
ye. i memang tak habis2 dengan masalah kat ofis.
what to do.. *sigh*

i memang nak kongsi kat uolls masalah i kat dalam blog ni
tapi i tak ada banyak masa nak taip
sedihnye!

i percaya ramai yang ada masalah kerja macam i rasa sekarang
i nak uolls tahu and ambil pengajaran dari cerita i

okeylah

got to go

and dun forget



remember!




Nov 22, 2011

kempen kumpul duit syiling sedunia!



sejak dari zaman belajar lagi i memang suke simpan duit syiling
ni sume pengaruh mak i and rum8 i dulu mas-tu-ra (oh pliss=.=)
mak i kumpul duit syiling sampai boleh bayar yuran uitm arwah adik i
dulu lah masa arwah adik i ada lagi='(
best kan

i ni tak ada simpan banyak mana pun
niat dihati bila tabung dah penuh nanti nak masukkan dalam ASB
untuk masa depan kita bersama *tetiba
tapi tak sangka pulak i gunakan untuk sponser majlis kahwin cousin i
=.^

nak harap kan duit syiling dari tabung i berapa senlah sangatkan
so i campurkan sekali ngan syiling dari tabung parent i

nilah hasilnya

alamak silaunya boleh buta mata aku (over)

anyaknye! anyaknye uit iling!

total?

RM512 jerrr

walaupun tak banyak still bersyukur
baiklah dari tak adakan
kau ada?=P


tahun depan kena beli tabung baru lah nampak gayanya



Nov 21, 2011

entry bajet=P



tensionnye

sampai bilalah internet aku ni nak melembabkan diri dia
dah seminggu kot
agak2 la

nak bukak apa pon tak bleyhh
huhuhu

p/s : malam tadi i rewatching Hana Yori Dango2 taw uolls
lama tak tengok muka hero dia
hensem gila



awwww.. encemnye.. tak tahan oh
*blushing*

rasa cam nak pergi tepi tangga sekolah pastu nak jerit

domyoujiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

jer=P

hik hik hik

cet, bajet nak jadi makino la tu
wake up cura
=.='

Nov 20, 2011

Jom join BLOGLIST nurulAuni tahun 2011


holla...

disebabkan hari ni i kat kampung so i nak join bloglist cik NURUL AINI
* eh apa kena mengena? *

hihi

klik sini untukjoin

Nov 18, 2011

Emosi ; Sebak + Sedih





tika dan saat aku menulis entri ni aku memang tengah emosi gila. tak tahu la kenapa aku rasa sebak yang amat sangat. one of the reason mungkin sebab aku tertinggal bas tadi. ekceli aku still lagi kat tempat kerja. tengah online.

selalu aku balik ngan member aku. tapi sekarang dia dah berhenti kerja. sebab tak tahan ngan pressure kerja kat sini. so aku dah lama tak naik bas. okeylah at first tertinggal bas tadi, aku pasrah lagi. aku tunggu sampai sejam untuk next bas. aku tunggu tapi harapan aje lah. bas nak ke shah alam tak muncul2. siyut!

terus aku teringat kat kawan aku tu. sebak gila.

kalau dia ada mungkin aku dah nak sampai rumah dah.

entah lah. aku pun tak faham kenapa aku perlu sedih sangat.

entahlah
mungkin baru aku sedar yang aku sekarang dah berada di dunia yang sebenar.

quotes of the day


Nov 17, 2011

ngantuk! ngantuk!

*google*

sumpah doh i ngantuk gila
macam nak kerja neh
habaq mai sikit

oh ye. today bermula hari tanpa dee di ofis
hilang lah sorang tulang belakang receipt

cuaknyeeeee!

boleh ke i ngan farah and nik handle receipt neh

entah lah labu....

p/s : mesti uolls tak fahamkan apa i merepek. tak apa. tak penting pon.='(


Nov 16, 2011

payung comel ku.



alhamdulillah
cuaca kat luar nampaknye cerah
tak hujan macam semalam
so tak payah lah i guna lagi payung kartun2 i tu hari ni
*google*

ye. i ada payung kartun2 warna biru. silalah percaya.
dah lama i beli cuma tak guna lagi sebab tak hujan2
i tengok harga dia murah sangat
rm5 je kot. tu yang tak tahan tu.
ish.. dah masuk alam pekerjaan pun tak ubah2 perangai i ni
asal murah je i nak beli
asal i nak beli je mesti murah.. ehehe

konon masa i beli tu fikir gemble je lah pakai payung kartun2
bukan ada orang kisah pun

so, semalam hujan turun renyai2 ...
pada hemat i, ni lah masa paling sesuai untuk i rasmikan payung tu

tapi... ter tiba malu pulak rasa nak pakai payung tu. ter ye. buka sengaja pun

hihihihihi

hek ellaaaaa cura.. mana pergi "gemble" kaw tu?

^.^

tapi pakai jugak lah sebab tak ada payung lain
no choice!
dah macam cacat je i tengok diri i time tu
orang tua pakai payung kartun2

huhu

okey. nampak gayanya kena beli payung barulah. hiks=P



='(




sedih lah pulak tetiba
one of my closest friend kat hsbc dah resign
in fact, tomorrow is her last day
mula2 tak rasa sangat
tapi bila dah dekat tu.. mula lah datang rasa sedih tu

lepas ni tak adalah orang nak hantar i balik naik kereta lagi
nak bawak i keluar makan malam2

tapi bagus jugak boleh kuruskan badan sikit

nak kuruskan badan?
harapan la.. hehe

uolls percaya tak kalau i cakap
yang i cuma bayar RM2 everyday just to pay half of the toll
and i tak pernah bayar duit minyak walau sesen pon
kalau i pun rasanya taklah semurah hati tu
at least i mintak bayaran sikitlah
kalau sesekali mungkin tak apa
ni hari2 kot

alhamdulillah
mana2 i pergi ALLAH sentiasa bagi i kawan2 yang baik

khalin
lyza
didie
wawa
wook
ila
lili
mas
sepet
dee
syukur sangat
dipertemukan dengan insan2 seperti mereka


apa2 pun,


to my dearest friend dee,

thank you for everything
thank you for being part of my life
really=)


Nov 15, 2011

manusia pelik bagi aku


i heran betul dengan sesetengah manusia ni.
pakai tudung litup habis.
sembahyang nak kata cukup 5 waktu.
education tinggi. pangkat pun tinggi.
tapiiii... hati perut tarakkk.

kalau orang tu dah admitted kat hospital berminggu2
kau ingat dia menipu ke
kau ingat ada ke orang suke2 nak sakit?
kau ingat ada ke orang saje2 duduk hospital berhari2

"nape lame sangat duduk hospital tu. i dulu operate 3 hari je cuti dah masuk kerja balik."

bullshit gile.

orang tu sakit jantung lah
kau ingat dia kena chicken pqx ke hape
pikir lah woi.
dasar otak letak kat buku lali

tiba2 hari ni kau nak pening kepala pulak la kan?

" i pening lah, i tak boleh lah macam ni" sambil ketuk2 kepala.

hey, asal kau tak hatuk kepala kat dinding je?
kasi betul sekali pemikiran kolot kau tu

lepas tu nak orang simpati kat kau lah

sorry lah.
never okey!

orang macam nilah bagi aku memalukan orang melayu.



Aku Maluuuu!




entry ni mungkin dah basi sedikit
ekceli benda ni berlaku masa hari khamis lepas
baru hari ini ada kesempatan nak menulis kat belog yang kucintaik ni.. hihi

so nak dijadikan cerita hari khamis lepas ada fire drill training *taktahu lah betul ke fire drill training orang panggil.. buat2 faham aje lah ye. hihi.
ekceli ni bukanlah kali pertama i lalui benda ni. masa sekolah rendah pun pernah rasenye. and masa i belajar kat uitm melaka dulu pun pernah jugak. tapi masa i kat uitm melaka dulu i memang dah tahu awal2 yang weolls ada fire drill training on that day. weolls siap letak beg siap2 kat next class kot supaya tak payah nak bawak beg berat2 turun tangga.. hihihi..

so kat hsbc ni i siriusly memang tak tahu apa2. surprise lah kunun. dah lah time tu i tengah rehat. sorang2 pulak tu. so i pun dok sibuk layan internet kat kiosk internet bawah tu sorang2. leka gila dok layan belog gosip beautifulnara lah, oh bulan lah, rotikaya lah dah tak lupa jugak belog uolls sume. i ada terdengar bunyi alarm ekceli tapi i ingatkan testing je coz memang every week diorang test alarm tu. i pun buat bodoh jelah.

tetiba ada sorang pak cik ni tegur

" why are u still here. u don't want tu get out? orang semua dah keluar. u nak terbakar ke dalam ni"

hahhhh? terus muka i jadi merahhhh gila uolls.. baru i perasan alarmm tu tak berhenti berbunyi dari tadi rupanya. boleh pulakkan i tak perasan????

i tengok keliling.. OMG!!! orang dah penuh kat luar bangunan rupanya. entah bila masa diorang keluar pun i tak tahu lah... aiyooo maluuu gilaa i. harus time tu i gelabah sendiri. i tutup mana dan je website kat pc tu.

*lebih kurang macam nilah suasana kat luar bangunan masa tu. yang bezanya i malam je. yang i boleh pulak tersesat sorang2 kat dalam. kalau betul2 ada kebakaran lah... confirm hangus dowhh

sambung cerita balik hiks=P

"are been logged out or not?" pak cik tu tegur lagi.

haishh. nak suruh aku cepat keluar tapi sibuk dok tanye tu ini lagi. dahlah aku tengah malu ni. ishh

"its okey, i never login anything. just leave it"

" then u just close everything lah"

haishhh.. dengan pantasnya i pi tutup website yang i masuk tu. yalah i faham pak cik tu risau i tak logged fb i ke apa. tapi lantaklah. kan KONONNYA tengah ada kebakaran ni. adoi.

i pun close satu2 website yang i masuk. and last website tu ada gambar perempuan seksi. uolls tahu gambar siapa? gambar Zarina Anne Julie yang bebaru ni hot pasal dia bergambar seksi kat majalah apa ntah. rasa macam lepas tengok website lucah je uolls. maluuuuuuu

terjojol jugak lah mata pak cik tu tengok. agak nya dalam hati apalah pakcik tu pikir kan. mesti dia fikir 'patutlah tak dengar bunyi siren sikit punya lama. layan tuuttttt rupanya budak melayu ni'


huhuhu.... kalau betul lah pak ci tu fikir macam tu... Malunye akuuuu..






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...