"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

Nov 15, 2011

Aku Maluuuu!




entry ni mungkin dah basi sedikit
ekceli benda ni berlaku masa hari khamis lepas
baru hari ini ada kesempatan nak menulis kat belog yang kucintaik ni.. hihi

so nak dijadikan cerita hari khamis lepas ada fire drill training *taktahu lah betul ke fire drill training orang panggil.. buat2 faham aje lah ye. hihi.
ekceli ni bukanlah kali pertama i lalui benda ni. masa sekolah rendah pun pernah rasenye. and masa i belajar kat uitm melaka dulu pun pernah jugak. tapi masa i kat uitm melaka dulu i memang dah tahu awal2 yang weolls ada fire drill training on that day. weolls siap letak beg siap2 kat next class kot supaya tak payah nak bawak beg berat2 turun tangga.. hihihi..

so kat hsbc ni i siriusly memang tak tahu apa2. surprise lah kunun. dah lah time tu i tengah rehat. sorang2 pulak tu. so i pun dok sibuk layan internet kat kiosk internet bawah tu sorang2. leka gila dok layan belog gosip beautifulnara lah, oh bulan lah, rotikaya lah dah tak lupa jugak belog uolls sume. i ada terdengar bunyi alarm ekceli tapi i ingatkan testing je coz memang every week diorang test alarm tu. i pun buat bodoh jelah.

tetiba ada sorang pak cik ni tegur

" why are u still here. u don't want tu get out? orang semua dah keluar. u nak terbakar ke dalam ni"

hahhhh? terus muka i jadi merahhhh gila uolls.. baru i perasan alarmm tu tak berhenti berbunyi dari tadi rupanya. boleh pulakkan i tak perasan????

i tengok keliling.. OMG!!! orang dah penuh kat luar bangunan rupanya. entah bila masa diorang keluar pun i tak tahu lah... aiyooo maluuu gilaa i. harus time tu i gelabah sendiri. i tutup mana dan je website kat pc tu.

*lebih kurang macam nilah suasana kat luar bangunan masa tu. yang bezanya i malam je. yang i boleh pulak tersesat sorang2 kat dalam. kalau betul2 ada kebakaran lah... confirm hangus dowhh

sambung cerita balik hiks=P

"are been logged out or not?" pak cik tu tegur lagi.

haishh. nak suruh aku cepat keluar tapi sibuk dok tanye tu ini lagi. dahlah aku tengah malu ni. ishh

"its okey, i never login anything. just leave it"

" then u just close everything lah"

haishhh.. dengan pantasnya i pi tutup website yang i masuk tu. yalah i faham pak cik tu risau i tak logged fb i ke apa. tapi lantaklah. kan KONONNYA tengah ada kebakaran ni. adoi.

i pun close satu2 website yang i masuk. and last website tu ada gambar perempuan seksi. uolls tahu gambar siapa? gambar Zarina Anne Julie yang bebaru ni hot pasal dia bergambar seksi kat majalah apa ntah. rasa macam lepas tengok website lucah je uolls. maluuuuuuu

terjojol jugak lah mata pak cik tu tengok. agak nya dalam hati apalah pakcik tu pikir kan. mesti dia fikir 'patutlah tak dengar bunyi siren sikit punya lama. layan tuuttttt rupanya budak melayu ni'


huhuhu.... kalau betul lah pak ci tu fikir macam tu... Malunye akuuuu..






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...