"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

Dec 15, 2016

Demam ❤Ji Sung❤Oppa!

Akhirnya... demam korea aku berakhir jua... Penat wehhh.. Dekat sebulan jugak lah terseksa.. Hidup tak tenang sebab asyik teringat kat drama korea jer.. huhuhu... buruk sangat taw owang tuwe demam korea.

Tapiiiii kan.. nak kata aku ni demam drama korea tuuu.. tak lah jugak.. sebab aku cuma gila satu hero je.. iaitu Ji Sung.. OMG.. sumpah takleh tidor sampai nak nanges sebab berangan kan aktor popular kelahiran Korea Selatan  ini.. Popular ke masalahnye? Korang mesti tak kenal kannn. =.=

Image result for Ji sung
Ji Sung >.<


Ye... tahuuu.. tak adalah handsome macam Lee Min Ho tu. Biase lah, bila usia hampir menjelang 30 an ni.. taste pon taste owang tuwe lah..  Lagi pon.. akak tak taste lah dengan Lee Min Ho tu sebab bila akak tengok dia teringat Lee Kwang Soo... Bahahaha









Sep 28, 2016

Lipstick MAC pertama ku


Hari ni aku adalah excited gila2 sebab my MAC lipstick dah sampai!!

Hamagaddd.. memang super2 excited kerana ini adalah pertama kali aku membeli, eh bukan setakat beli, malah first time jugak pakai lipstick MAC.. hahaha.. sadis takkk? Agaklah kannn. But sadis no more, love!

Aku beli lipstick secara online dekat laman web MAC sendiri. Kalau nak beli secara walk in pon aku tak pasti kat mana kat Shah Alam ni.. Ala... lagipon kalau beli kat kedai dia pon.. macam lah aku confident khennn. Sat lagi, belum sempat promoter MAC tu tegur aku dah ca alip bot.. Hahaha. Nak camne chuolls.. level keyakinan diri ku itu tak berapa nak tinggi.

Maka hari Ahad lepas beli di website rasmi MAC Malaysia, hari ni (Selasa), lipstick MAC aku selamat berada didalam dakapan ku.. Ahhhh.. *hover

Here we go, my first lipstick from MAC. Seriusly, ini adalah produk make up from high end punya jenama pertama yang aku beli. Selama ni aku pakai yang boleh beli dekat Watson je kot.


Mesti korang excitedkan nak tahu shade ape yang ahkak beli...

Jeng jeng jeng

Ha... hamekkk.. kaler hitam kau. 
Confident tak hakakkk?

Ekceli ni bukan kaler hitam tau. Ni kaler deep dark plum. Tapi sekali pandang memang nampak macam kaler hitam pon sebenarnye. Huhu. Jujurnye, masa first tengok lipstick ni, macam nak luruh jugak lah jantung. Hahaha. Cepat2 ahkak positif kan diri. Kah kah kah. Namun begitu, ahkak rase  its depends on your lips colour lah kot. Kalau kulit cerah akan nampak dark purple instead of black and lagi nice lah. 

Apa yang buat aku tertarik untuk beli lipstick ni adalah lipstick ni kolobrasi antara MAC dengan Ariana Grande. Sebab tu dekat keliling lipstick tu kalau korang perasan ade signiture Ariana Grande. So aku pikir, why not first produk yang aku beli ni biarlah special sikit.. Gitewww. Tapii.. nak special sangat khenn mendapat lah kau lipstick ala2 Gothic. =.='. Sabor jelah hakak.


So.. acaner? Teruk sangat ke? Haha.. Honestly, this kaler tak teruk sangat kat bibir ahkak sebab kulit ahkak kan gelap gitu. Jadi kaler dia jadi macam tone down sikit. Bila pakai waktu malam, agak nice lah. Nasib baikkk lahh. 

Lipstick ni matte, jadi memang dry sikit. Tambah lagi bibir aku memang jenis  kering and mengelupas makanya macam tak sekata di situ. Tips dari aku, sebelum pakai lipstick ni, silalah moisturize kan bibir korang dulu untuk hasil yang lebih sekata. Tapi.. i still love this lipstick sebab dia ringan. Sumpah tak rasa macam pakai lipstick. Memang terasa beza berbanding dengan lipstick hakak yang lain.

InsyaAllah kalau ada rezeki, next gaji nak beli lagi sebatang. Kali ni nak cuba kaler Elegant in Brown pulak. Hihi. Reward untuk diri sendiri, apa salahnya kan.



Aug 21, 2016

Renew Road Tax tahun ke - 5 dengan Myeg


Tahun ni adalah tahun ke - 5 aku renew road tax untuk kereta Saga FL kesayangan aku tu. Haih.. memang kesayangan sangatlah citer dia. Kalau tak ada Saga FL aku tu tak tahulah nak cakap macam mana. Nak pergi beli cempedak goreng kat Seksyen 8 pon tak lepas chuolls sebab rumah aku ni memang jauh ke dalam. Kat Bukit Bandaraya sebelah Bukit Cerakah nun. No public transport at all. 

Tahun pertama dan kedua, bapak and adik aku yang tolong renew kan untuk aku. Biase lah aku kan tuan puteri kedaung mana reti buat sendiri. Kui kui. Nak muntah kan bace? Aku tahu bawak kereta jer. Kalau tak silap diorang renew dekat agent yang sama aku beli kereta. Aku pon tak tahu kenapa diorang renew dekat agent. Mungkin sebab dekat dengan rumah agaknye. Lagi pun at that time adik aku tak kerja lagi so boleh lah nak harap kan dia jadi runner sana sini. The following year dia dah kerja dekat Public Bank so, nak tak nak terpaksalah  aku buat sendiri.



Seingat aku, kawan baik ku, Cik Mas yang bagitahu pasal service Myeg ni. Pening jugak masa tu nak pikir sebab malas ya amat2 nak pergi renew sendiri. Masa tu aku ingat nak renew roadtax kene pergi JPJ jer, tempat lain tak boleh. Hehehe.. So bila Cik Mas bagi tahu boleh renew secara online dengan Myeg, apa lagi, esoknya terus aku talipon. Memang mudah sangat processnya, as long as kau ada all the details with you. Esoknya terus kau dapat road tax kau itu.

Sajelah nak cerita kan, masa aku transfer duit untuk bayar road tax untuk tahun pertama dengan Myeg, itu lah pertama kali aku transfer duit secara online lebih dari RM 200.00. =D. Selalu shopping onlie pon paling hebat, seratus lebih jer. Terketar2 nak transfer duit. Lepas transfer tu jantung berdegup2 kau tak tenang sampai lah road tax dapat kat tangan. Takut gile kena tipu atau tersalah bayar.


Bila dah renew rasa lega gila tak tahu pasal apa. Macam dah lepas satu beban kat bahu. Haha. Over kan. Aku selalu rasa macam tu. Padahalkan aku punya road tax tak ada lah mahal mana sebab kereta lama dah. Kali ni aku kena cuma RM445 jer. Aku dah bajet RM600. So dah untung RM 160. Boleh la tambah bajet nak beli hp. Eh? Haha.

Untuk renew road tax tahun seterusnya jadi lebih lebih mudah sebab details kite dah ada dalam system Myeg. Bila nak dekat2 tarikh road tax mati, dorang sendiri yang ingat kan kita untuk renew by email. Hebat kan? Rasa macam ada personal assistant pulak. Gitteww.

Anyway, setakat ni service Myeg tak pernah mengecewakan. Bonus bila dapat operator yang mesra dan sangat membantu. =)

Bye!

Aug 15, 2016

Time to work



Memang rehat betul aku minggu ni
Langsung tak buat apa2
Hehehe

Bontot pun rasa lebar semacam sebab banyak duduk. 
LOL




Baru je settle amend my resume
Kali ni ada rasa confident sikit.. mihmihmih
Hopefully its good enough lah

May Allah ease

Aaaamin


Aug 14, 2016

*PERISTIWA DIMAHSYAR*


Sekadar perkongsian sebelum tidur... Baca ni dekat group whatapps family tadi. My aunt yang share tadi. Ekceli dah pernah baca a few times before this. Setiap kali baca mesti rasa takut sangat.. Berdebar-debar je jantung. Hai.. siapalahhh yang tak takut nak menghadapi hari kiamat kan. To be honest, aku tak mampu nak habis baca pun. Takut gila. Takut gila okay.

Tapi dalam takut2 pun tetap susah nak ikut perintah Allah. Pelikkan. Tapi itulah dinama kan manusia. Sebab kita ada kehendak. Dimana kita diberi pilihan sama ada hendak ikut perintah Allah atau ingkar dengan arahanNya. It is our call to choose jalan apa yang kita nak pilih.

Doa banyak2 semoga Allah pilih kita sebagai penghuni syurga NYA.



*************

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
- Actually dulu aku macam tertanya2 jugak. Is it true yang semua orang dalam dunia ni akan mati? Sebab masa tu aku fikir bila matahari terbit dari barat jer terus manusia berada dekat padang mahsyar. Ofkos lah time tu berjuta2 lagi manusia yang masih hidup lagi. 
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
- Rupa-rupanya 40 tahun selepas tu baru lah kita dihidupkan semula. Kesimpulannya, tak ada sesiapa yang terlepas dari azab kubur. Semua wajib kena. Owh.. padang mahsyar nanti suasana kaler putih. Baru tahu. Aku fikir macam kat gurun macam tu.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain. _*La illaha illa Allah*_,
_*Muhammadu Rasulullah*_

😊😊😊.
posted from Bloggeroid

Aug 13, 2016

Pengalaman beli beg MANGO dari Lazada


Assalammualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia..

Bulan depan ahkak dan family akan bercuti ke Sarawak. Yeyyy. Actually bukan setakat bercuti jer tau tapi mengantar pengantin jugak sebab cousin ahkak yang umurnya bawah setahun dari ahkak sorang ni nak kahwin dah. Kahwin dengan orang Sarawak kay. Macam pertama kali jer aku rasa family aku kahwin dengan orang dari Borneo. Eh.. Sarawak Borneo ke? Borneo lah kan? =P

Selalunye kalau pergi bercuti ahkak pakai beg Polo yang ahkak beli dekat The Store Plaza Alam Sentral tu je. Tapi boringlah. Balik2 beg tu jer kena lenjan. So decided nak beli beg baru. Beg murah2 pon okay. Janji baru. So nampak je iklan beg MANGO kat Lazada terus click and checkout. Order Ahad lepas, hari Selasa dapat barang. Alhamdulillah. 


Inilah beg tersebut. Maaf lah kerana kualiti gambar yang kurang memberangsangkan.

First impression ahkak bila tengok beg ni? Ermmm.. ekceli.. agak... mengecewakan.. Seriously kalau korang orangnye pentingkan kualiti. Dah biase pakai beg yang ade brand walaupon jenama Polo cuma (ahkak lettew). This bag is definitely not for you guys. Kualiti beg ni memang biasa2 sangat. By the first touch pon korang dah boleh tahu beg ni memang level2 pasar malam jer. Beg yang kalau korang pergi pasar malam tu, sebelah mata pon tak pandang. Gitteww. Masa ahkak dapat tu rasa macam nak baling. Sakit hati punya pasal. Hahaha. serious.. ahkak tak tipu.

Tapi at the same time tak lah terukkkk sangat pon sebenarnye. Ahkak dah pakai beg ni a  few times and ahkak dapati beg ni.. nak kata tahan lasak tu memang jauh lah.. Tapi beg ni tak mudah rosak. Kadang2kan beg murah ni kan kulit dia mudah terkutil gitu walaupun baru pakai sekali. Tapi surprisingly beg ni memang tahan. and korang boleh isi barang berat2 tanpa rasa risau. So okaylah kan? Tapi kalau hari2 korang lenjan letak berat2 rosak gak lah. Baru jap tadi check (masa tengah taip) adelah terkoyak sikitt. Ingat nak lenjan time kat Sarawak nanti. Lepas tu kau nak jahanam ke ape kau punya pasal.

And yang penting beg ni cantik jugak. Tak nampak buruk pun or lusuh walaupon bila disentuh terasa kemurahan beg ni.

Cuma ahkak agak tak boleh blah lah dengan iklan kat Lazada. dalam iklan cakap 70% less konon. From RM100 lebih jadi RM36 lebih. Tahiiii. Kalau beg ni ahkak beli dengan harga RM100 lebih.. teruk Lazada kena lahar dengan ahkak. Hahaha.. RM36 hengget tu mahal jugak sebenarnye tapi okay lah. Tak lah sakit hati sangat.

Repurchase? Definitely NO.

Aug 8, 2016

Farah (opismate) featured in majalah Pesona Pengantin


Dapat tahu Farah shoot untuk majalah Pesona Pengantin ni since bulan May ari tu lagi
Farah bagitahu masa kitorang pergi kenduri kawen Kanan kat Klang

Selit sikit gambar time kawen Kannan =P

Majalah tu pulak untuk keluaran bulan Ogos
Memang dah tahu awal2 lagi
Since bulan 5 ari tu dah berazam nak beli
Gigih menunggu macam aku yang nak keluar majalah
Excited sebab member masuk majalah kate ko
Hahahaha


Inilah Farah.. Cantek kan.. Tapi in person lagi cantek ko.

Tu untuk slot bakal pengantin kalau tak silap
Aku ada bace kat bawah tu kalau interested korang boleh hantar gambar, IC, dengan ukuran badan kat Karang Kraf
Semua ada tulis kat situ
Ukuran badan tu untuk baju lah kot
Selain dari Farah, ade 3 orang lagi bakal pengantin untuk edisi bulan Ogos ni
Farah paling tua tapi nampak Farah paling muda and cantik =P


Bakal pengantin tak tahu tahun bile.. Kui kui kui

Byeee


Jul 25, 2016

Aidilfitri 2016


One week to go before Syawal berakhir, hopefully its not too late for me to wish Selamat Hari Raya to all of you. Harap2nya raya tahun adalah raya yang paling bermakna untuk korang ye. 

Alhamdulillah.. this year raya best jer cuma penatnyeee ya ampun. Yelah.. kena ulang alik Cyberjaya to Rembau for 2 days. Nak beraya sangat punya pasal kan. Sanggup travel Rembau to Cyberjaya 2 hari berturut2. Bukan nak cakap ape lah.. memang bapak segala penat ye. Sampai kampung pon asyik tidurrr je. Adeh baik tak payah kan. Huhuhu. Tapi berbaloi lah kepenatan tu bila dapat jumpa family. 

Nak ulang alik ni boleh jerr tapi limit 2 hari jelah.. Kalau masuk 3 hari samadengan mampos. 

Please lah doa raya tahun depan jatuh weekend. Aminnnn.




Jul 23, 2016

Teringin nak pergi London

Hamboiii... kau punya teringin tu tak menahan ye. Nak pergi London yee? Kih kih kih. Nak pergi Langkawi pon tak lepas chuolls.

Ha.. mesti pelik kan macam mana topik konon2 nak pergi London ni boleh timbul. Alkisahnya baru2 ni aku ada termimpi yang aku sambung belajar kat London. Yeee.. sambung belajar kat London.. korang tak salah baca. Gila bercita2 tinggi aku kan. hahahaha. Sambung blaja konon.

Tapi mimpi tu tersangat lah mengarut sebenarnya. Memang bagi aku mimpi mainan tidur gitu jer sebab ada beberapa orang sahabat yang aku rasa macam tak logic jer nak sambung belajar kat London ada dalam mimpi aku tu. Trolololol.. Jahat kan cakap macam tu. Tapi betullah... So aku tak rasa itu adalah mimpi benar bak kate orang.

Selalunya kalau aku bermimpi, aku jarang sangat boleh ingat apa yang aku mimpikan tu. Biasa nya by the time aku bangun tidor aku dah tak ingat dah. Tapi mimpi sambung belajar kat London nih macam memberi kesan yang mendalam kat diri aku. Rasa macam sangat real tau. Rasa macam aku betul2 sambung blajar korang. Bila bangun tu rasa berdebar2 tau. Siap boleh confuse ni mimpi ke betul2 =.=' . Ya Allah.. Betulll. Bunyik macam over the top kan. Tak adanya aku nak menipu. 

Tapi....... bila aku teringat muka Emyla (kawan diploma dulu) dalam mimpi tu so terus aku tau aku cuma mimpi di malam hari. Hahaha. Aku rasa Emyla ada dalam mimpi aku ni pon sebab asyik nampak muka dia kat FB ngan Insta kot. Tu yang sampai terbawak dalam mimpi tu.

Sejak dari hari aku mimpi tu, aku macam tak boleh nak move on. Selalu pikir nak pergi London nak pergi London. Ishh. Pelik kan? Kadang2 tu ada satu tahap rasa macam nak menetap cari kerja kat London. LOL!! Siap pikir boleh bawak parent aku sekali. My dad boleh jadi ustaz ajar ngaji kat sana... 

???? Psikooo..

Hahaha.. Buat masa ni memang tak ada plan lah nak bercuti ke Europe ke.. London ke.. Paris ke. Kita Layan gambar aje lah dulu. Mana tau ada rezeki, dapat jugak pergi London kan.






Eh? Haha

Doa kan lah mana tahu lepas ni aku dapat pergi London. Mana lah tau.. =).

P/S : Jangan pulak ada yang komen Mekah kau tak teringin pergi ke? Lempang kang.



Jul 2, 2016

Dah berape bulan?


Kejadian ni terjadi sebulan yang lepas kot. Masa tu belum puasa lagi. Tapi aku dah start buat Atkins dah time ni. Bila aku teringat kejadian ni, mesti aku stress sampai rasa nak tarik rambut. Hahahah..

Aku kan masuk kerje pukul 5 petang gitu. So before nak masuk kerje tu sempat lah solat Asar dulu. Okay dah settle solat Asar, aku pon nak keluar lah dari surau. Memang rushing lah sebab sekarang Asar lambat.

Aku memang sekarang jenis bawak bekal pergi kerje sebab Atkins. Aku letak bekal aku tu betul2 atas rak tinggi tepi pintu. So sebelum keluar tu aku nak capai lah bekal aku tu sebab rak tu tinggi. Tapi tak boleh sebab ada sorang akak ni baru nak masuk kot. Aku pon kebelakang lah sikit sebab tak nak langgar dia. Yelah kalau aku langgo kang tergolek pulak akak tu. Dah lah aku beso kau kecikkan. Dia nampak lah aku macam ala2 tak sudi je nak sentuh die.

Akak tu tersenyum ala2 terkejut and cakap "Dah berapa bulan?" Sambil tengok perut aku.

Danggggg...

What.The.Heck.....????? Sial kauuu. Hahaha.. aku mencarut okay.. Tapi dalam hati jelahh. Kikiki. Dah lah siap tengok perut lagi.

Perut boncit tak semestinya mengandung lak kakak! Hangin jer aku.  Hahaha. Yang lawaknye aku dah start Atkins kot time tu. Hello! aku dah 4 kg tau time tu. 4 kg hokay.


Raya.Raya.Raya

Minggu depan nak raya dah...

Yahooo...

Walaupon cuti satu hari jer pon..


Jun 12, 2016

Salam Ramadhan 2016


Assalammualaikum readers! Selamat Berpuasa. Semoga segala amalan kita di bulan puasa ni diterima Allah hendaknya.

Sedar tak sedar, dah masuk 7 hari Ramadhan berlalu. Dan sedar tak sedar jugak kalau diikutkan minggu ni adalah minggu ke 4 aku menjadi Atkiners walaupon kadang2 tu ada jugak lah terkucil sana sini. Hahaha. Nak buat macam mana kan, nafsu makan serupa naga. Ahkak pasghah.

Alhamdulillah, decision aku untuk buat diet Atkins adalah antara decision yang terbaik yang pernah aku lakukan dalam hidup. To be honest, masih jauh perjalanan aku untuk sampai ke berat ideal tapi aku dapat rasakan perubahan dalam badan aku ni. Bit by bit, aku dapat rasa kesihatan aku makin improve.

Bila badan dah ringan, terasa  mudah lah sikit nak beribadah di bulan puasa ni. Alhamdulillah sangat2.

Doakan ahkak istiqomah ye.

Amin.


Jun 3, 2016

Macam hapeee..

Nak check ketosis macam nak check mengandung ke tak jerr



Yang penting positif ketosis

Alhamdulillahhhh

posted from Bloggeroid

May 26, 2016

Stop talking good2


Aku rasa kan aku kena stop la talking good2 gitu
I think my opismate pon dah bosan dengan aku punya opinion
Hahahahahahhaha
Sebelum aku dijadikan bahan umpatan, baik shut up kan?

Tu la.. kadang2 memang kita nak bagi opinion kononnya
Yela.. kekadang kita rasa pendapat kita tu betul..
Or may be kita nak tegur someone
Tapi tak semua orang boleh terima teguran pon
And tak semua orang rasa yang kita ni layak untuk tegur dia
Aku pon tak suka orang tegur aku.. Mihmihmih

Dah la kekakadang aku ni jahat boleh tahan
Macam hari ni ada opismate bini sakit kononnya
Aku tak percaya eh
Sebab sebelum ni dah banyak kali dah dia menipu
Padahal dia siap tunjuk bukti lagi
Pastu aku siap hasut orang supaya percaya dia menipu
Kui kui kui..

I need to stoppp laaa

Ya Allah kuatkan lah semangat aku
I want to be a better person


May 22, 2016

Mimpi seram bodoh namanye


Walaupun macam entah pape gile, tapi aku tetap nak cerita kat belog. Sebab sumpah nervous teruk petang tadi. Masa aku bangun tadi siap terpinga pinga and diselebungi ketakutan level 7.

Okay, petang tadi aku tidur sebab pagi tadi bangun awal. Memang ngantuk gila la cite die. Walaupun hakikatnya kalau aku bangun lambat pon tetap akan tidur petang Ahad. Hehehe. Selalunya tak ada pulak aku mimpi pelik2 selama ni. Tapi hari ni nasib tak baik termimpi pulak. Okay, dalam mimpi tu aku mimpi opismate aku yang paling aku tak suka dan berbau busuk. Hamagadddd. Buruk perangai tak apa lagi. Tapi busuk tu yang aku tak tahan tu. Suwey betulll.

Dalam mimpi tu aku dekat taman tema. Macam Sunway Lagoon tu. Taman tema tu dekat Taman Tasik Shah Alam. Aku macam sorang2 and si busuk tu pun sorang2 gak. Tengah jalan2 tu tiba2 aku ternampak dia. Tapi aku tak ada lah terkejut dalam mimpi tu. So aku apa lagi.. Lari la dari dia. Tak nak dia bagi nampak aku.

Tengah aku nak blah tu, tiba2 terdengar ada orang cakap dekat si busuk tu, asyura pon ada kat sini. Aku apa lagi.. Ketakutan lahhh dia dah tahu aku ada kat situ. Aku cepat kan langkah aku.

Masalahnya, lagi aku cuba nak lari, tetiba si busuk tu ada dekat2 situ pulak. Aku berdebar gila. Macam nak nangis. Lepas tu dia nampak aku ingat kan dia buat bodoh ke apa tapi siap tegur eh u pun ada sini?. Pastu aku jawab, sorry nak cepat. Pastu blah laju laju. Hahaha.. Entah papekannnnnn?

Lepas kitorang sampai kat taman permainan. Dia pun ofkoslah ada kat situ jugakkk.. Siap main papan gelongsor kat situ lagi. Bangang jugak bila teringat balik ni. Hahaha..Dia nampak aku lagi. Aku bertambah takut. Yang aku sakit hati, dia nampak aku jer, mesti nak datang dekat aku. Bongok sangat nih. Aku cuba lari sekuat hati.. Tapiiiii.. Tiba2 langkah aku beratttt sangat. Sampai aku jadi sangat penat. Sampai sekarang pun aku boleh ingat rasa penat tu. Tapi aku tetap tak putus asa. Terus jer lariiii. Ya Allah.. Yang pasti dalam mimpi tu aku ketakutan sangat macam kena kejar dengan hantu walaupun mimpi tu bukan mimpi seram punnn. Serius weh.

Aku lari dan lari, and dia pun sedaya upaya nak dekat dengan aku. Tapi akhirnya selamat sampai kereta and terjaga terus.

Eeee... Tak suka lah mimpi ni. Kenpalah aku boleh dapat mimpi macam nih. *Naknangis*

posted from Bloggeroid


May 21, 2016

Gigih......



Bismillahirrahmanirrahim....



Kali ni memang betul2 gigih lah hakak, siap buat menu sepanjang minggu lagi.. Hahaha.. Kelakar kannn? Gelak la korang. Nanti bila pinggang akak berupa pinggang kerengga, jangan kau menangis di situ.

Rasanya kali pertama kot aku buat diet atkins secara serius. Sebelum ni menu jer macam atkins tapi aku tak la beratkins sebab still makan nasik. Kali ni kalau boleh nak follow sehabis mungkin. Sehabis mungkin nak tolak carbs. Nak tulis ni pun menggigil hakak. Tolak carbs means no nasik. Damn.

Pening jugak kepala just to come out with all the menu. Padahal ulang2 je pon. Haha.

Eh Tak nak cakap banyak lah. =P

Bye!!

posted from Bloggeroid

May 18, 2016

Cerita pasal kerja


Sekarang ni kekdahnya asal kan update jer blog aku ni
Malas dah la nak pikir apa isi kandungan.. Bermanfaat ke tidak..
Lantakkanlah.. Asalkan blog aku nampak hidup

Gituuuu..

Kalau ikutkan aku dah kerja kat HSBC ni nak dekat 5 tahun lebih
Lama kannn.. T_T.. My God! Dah lah balik2 buat Receipt jerr
Aaa.. nak nangis pulak rasa..
Tapi..  jarang sangat rasanya aku cerita pasal office-mate aku kan
Bukan apa.. takut lah dorang tak suka pulak nanti
Takut cerita baik2 pun boleh mengundang salah faham
Cerita buruk2 laaaaagilah kan

Tapi since jodoh aku dengan office-mate aku ni macam dah tak panjang
Rasa macam nak masukkan sikit watak diorang dalam blog aku
Sebagai kenangan jer pun

Sekarang ni team aku ada 12 orang kot

Scott (Assistant Manager)
Hazrin
Kamales
Najib
Kelvin
Fitri
Ag
Syura Comel aka tuan blog
Jeevin
Shaqira
Muthu
Pari

Betullah 12 orang
Aku, Pari, Hazrin ngan Ag paling senior
Hazrin bapak segala senior.. Haha

Okaylah nak solat Subuh. Toodles



May 17, 2016

Power nap

Tadi kat office ngantuknye Ya Rabbi..
Buat kerja pun tak ada mood
Nak tolong Payment tak ada mood
Nak tolong Verification tak ada mood
Nak tolong Initial laaaaagi lah tak ada mood
Eh.. Padahal memang malas pon nak tolong.. Mihmih
Yelah.. dah ngantuk nak wat macam mana kann?

Dalam pukul 10 gitu, curik2 gi surau jap
Sembahyang? Tak ada makna
Eh.. maksud aku, aku dah sembahyang dah
Power nap kejap dalam 15 minit camtu
Lepas tu.. Gi toilet.. And masuk floor buat kerja macam biasa

Kalau dah sampai level tidur dalam surau tu
Memang betul2 tak boleh buat apa
Orang kata level kronik dah tu. Haha

Stress tau rasa bila buat kerja sambil mengantuk nih
Benda cepat pon jadi lambat

Okay. Nak tido. Bye.
posted from Bloggeroid

Again and again.. Haha



Musim diet bermula kembali

Hah.. nak buat muka boring lettewwww

=.='




Tiba2 macam tak sabar pulak nak tunggu my 200 ringgit Iphone
Harap2 hakak tak kena tipulah hendaknya
Amin....

Nanti dah dapat iolls cerita okay.


May 16, 2016

Hidup





Ingat kan aku okay. Tapi balik rumah terpikir-pikir jugak.

Kelakar hidup ni. Tapi terpaksa jugak tempuh.

Sekuat mana aku cuba untuk lawan. Tapi kalau Allah izinkan perkara tu terjadi..

Tetap akan berlaku juga kan?

Ayah aku sendiri pernah lalui perkara ni

Sepupu aku pun sama.. baru jer terjadi

Kini giliran aku pula..

Harap tabah hendaknya.

Percaya pada Allah..




May 9, 2016

Kamera yang menjaga hati








Suka betul kalau selfie dengan kamera Lenovo A916 kesayangan aku ni. Tak pernah mengecewakan. Mesti kulit aku flawless (tak adalah flawless sangat sebenarnya.. hehe).. Jerawat aku tiba2 entah kemana. Pori2 pon hilang sekelip mata. Nampak natural lagi uolls..

Namun begitu.. Tu cuma dalam gambar yang dihasil kan oleh hp aku ni jer. Try pakai Samsung mak aku. Hamekkk. Sana sini lobang2 bak kawah planet Marikh.

Sadis!

posted from Bloggeroid

May 7, 2016

Pinggang model



Walaupon pinggang tak berapa nak ada tetap ye nak cekak pinggang macam ni
Hahaha

First time aku nengok gambar ni tergelak besar aku
Sedih lah ngan diri sendiri
Tolong la doa kan supaya aku cepat kurus pleaseeee

Byeee

May 3, 2016

Sayonara Zul


Dalam banyak2 staff Cash Team yang resign or lateral, Zul adalah orang yang paling aku terasa sekali when he told me that that he is leaving..

Memang terasa sedih sangat2 sebab bagi aku dialah penyeri Cash Team.. Cash Team will never be the same without him..

Aku tau lepas ni sure Shaqira pulak, lepas tu Najib and Fitri may be.. 

*cryariver*

Zul, Kak Pah doa kan Zul berjaya kat luar sane. be strong and learn faster okay! I will always be your good friend and sister.

18 May 2015 - 28 April 2016

May 2, 2016

Restoran Tupai Tupai Seksyen 13


Haiii... Kita mula bulan May ini dengan entry makan ye.. Nyum nyumm..

Hari ni cuti Hari Pekerja. Selamat Hari Pekerja semuaaaa! Kebetulan UK pon cuti jugak tapi aku pon tak ingat lah pulak sempena cuti apa kan, yang penting aku dapat cuti jugak. Since adik aku pon balik awal dari bengkel, maka bapak aku ajak makan kat Tupai Tupai Seksyen 13. Haa.. mesti ada yang dah biasa dengar kan restoran ni. Kalau ikutkan ni kali kedua aku makan kat sini. Tadi Iolls dah garuk2 kepala sebab takut kena belanja.. Hihi. Restoran ni mahal okayyy. Tapi nasib baik bapak aku nak belanja hari ni. Syukurrr, selamat duit nak beli baju raya. hahaha.. Keji!


Mak aku ni kadang2 nyampah jugak aku dengan perangai dia. Kat rumah tengok citer Korea, kat luar pon pasang cite korea kat Youtube. Tak puas2. Cannot brain lah this kind of attitude.. Hahaha. Keji kan kutuk mak sendiri. Ni dia tengan realiti show peberet dia. Return of Superman.


My brother dah nampak abang2 dah. Dah tua dah adik aku ni. Hidung tu memang saje dia kembangkan. Tak senonoh!


Nasi Goreng ikan masin. Sedap! Makan ramai2.


Spaghetti Bolognese. Nice jugak. Portion banyak tapi pinggan kecik. Aritu makan kat Bason, pinggan bapak besar tapi spaghetti ciput gila. 


Lamb Grill. Tak rasa tapi nampak sedap and portion pon just nice. 




Ape ntah nama menu ni.. Chicken Kebab with Butter Rice gitulah tajuk dia. Nasi dia sedap. 


Ni hakak punya. Mixed Grill.. paling mahal aku order. Sedap especially kalau tengah lapar. Suka sangat dia punya kentang putar tu. Sayur pon tak rasa pahit ke ape.

Total makan tadi dalam RM 130 ++. Mahal kan?

Lepas makan, laju2 balik sebab nak tengok citer Semanis Honey sebab nak tengok Siti Nordiana berlakon. Boleh tak gitu? Haha.. Dah tengok dah pon. Okay lah citer dia kan. Tak la teruk sangat pon Nana tu berlakon. Harap2 jalan cerita dia best lah.
posted from Bloggeroid

Apr 17, 2016

Terbeli Mary Kay

Haiiii chuolls!!!

OMG!! Lama gila tak bersiaran khennn. Busy chuolls... >.<.. 

Hari ni tak ada nak membebel banyak pon. Sebab mood still tengah malas lagi nih. Cuma hari ni aku rasa amazing sangat sebabbbbb.... tadi aku terbeli skincare Mary Kay dari bakal isteri cousin aku.. Like seriously??? Tak pernah terpikir okay. 

Aku dulu kalau orang approach aku pasal Mary Kay, sumpah tak beli sebab tak percaya sangat pon dengan produk2 macam ni. Yalah.. takut harga jer mahal tapi result nan hado bagos pon. Muka still menggerutu jugak akhirnya. 

Adik sepupu aku memang dah pakai dulu. Aku nengok muka dia tadi.. eh.. cantik jugak kulit perempuan ni sekarang.. Mihmih.. Maka terbeli jua... 

Tapi aku tak adalah beli satu set pon. Baru beli 3 barang jer dulu. 



Cleanser

Krim Jerawat

Moisturizer

Tu jerrr. Sorry la.. Malas sangat nak explain satu2. Hihihi.

Byeeeee.



Apr 2, 2016

Pakej mencandat sotong di Pantai Timur

Tahun lepas, me and my family pergi bercuti ke Terengganu buat kali pertama. Kalau nak ke Pantai Timur ni memang susah sangat nak sampai. Tak tahu lah kenapa. Padahal kawan2 ramai jer orang Kelantan. Malah bestfriend aku pun orang Kelantan tau. Ekceli masa zaman belajar dulu adalah dua kali datang ke Kelantan. Memang enjoy sangat2 especially bab makan. Hihi.

Masa di Terengganu, bapak aku adalah borak2 dengan seorang kenalan dia di Kuala Terengganu. Pak cik tu kata, orang kalau datang ke Pantai Timur ni antara aktiviti yang paling menarik adalah mencandat sotong. Masa terdengar perkataan sotong tu terus teringat sotong goreng tepung Pok Nong. Kalau korang ke Terengganu, wajib singgah makan kat sini. Semua fresh2 tau. Haha, makan jugak yang diingatkan. Bapak aku memang teruja nak pergi mencandat sotong, so dia suruh kami simpan duit. Tahun depan kita pergi mencandat sotong pulak kata dia. Aku okey ajer. Hewhew.

So, aku pun merajin2 kan diri mencari pakej2 menarik mencandat sotong untuk tahun 2016. Aku sangat tertarik dengan pakej yang ditawarkan oleh Xcelltravel  & Tours Management Sdn Bhd

Kalau jadi, family aku kena ambik Pakej 3 lah. Kos tu tak ada masalah, boleh tong2 sorang sikit since semua dah kerjakan. tak adalah terasa sangat. Harap2 jadilah kan. Pasti akan jadi kenangan yang tak dapat dilupakan. Bukan senang nak mencandat sotong kan. Makan sotong ye selalu. =D

Selain daripada pakej mencandat sotong, Xcelltravel  & Tours Management Sdn Bhd ada juga menawarkan pakej ke Kelantan bersempena Tahun Melawat Kelantan. Pakej yang ditawarkan pun tak kurang hebatnya tau. 

Kalau korang nak tahu lebih lanjut boleh hubungi sendiri pihak Xcelltravel okay.

Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd
Telefon : 010-9282086
Website : http://www.xcelltravel.com/
Facebook : Xcelltravell & Tours Management Sdn Bhd
Instagram : @xcelltravelofficial


Mar 29, 2016

Giveaway Cash RM600 MAC2016 by Emas Putih


*sila tekan banner diatas untuk join*

Hadiah :
Top Referral RM100x1
Random Cash RM50x10

Start : 20 Mac 2016 - 3 April 2016

Mar 28, 2016

Kotak Lensa | Instant Photobooth




Pertama kali iolls tahu tentang Kotak Lensa ni haruslah ketika melayari wedding Atita Haris dan DJ NasT di instagram awal bulan itu hari. Yalah, kita memang suka stalk Atita Haris sebab cantik and anak dia yang super comel tu, siapa lagi kalau bukan Si Opie tu. Mesti ada yang dah pun perasan kewujudan Kotak Lensa masa tu kan.. Tapi tu lahhh...  tanpa disangka, iolls berpeluang untuk beraksi sendiri di depan lensa Kotak Lensa ini ketika menghadiri 1st gathering EFG pada 19 March yang lepas. 

Pada yang tak tahu, Kotak Lensa ni konsepnya adalah instant photobooth. Jadi, pada hari yang berkenaan tu, tuan rumah haruslah menyediakan tempat untuk pihak Kotak Lensa setting up diorang punya booth. Selari dengan nama Kotak Lensa tu sendiri, diorang memang setting up 'kotak' yang mengandungi kamera DSLR dan juga screen untuk Live View Slideshow untuk tontonan ketika di majlis. Memang sangat menarik. 

Lepas semua dah sedia, apalagi? Posing laaa. Yang terpaling2 iolls suka lepas pose, dalam masa beberapa minit jer, gambar korang akan siap diprint dan sedia untuk dibawa pulang. Lepas tu kannn, unlimited print ya!! Korang akan dapat sorang satu gambar. Kalau dalam gambar tu ada 15 orang, semua 15 orang tu dapat, tak payah nak gaduh2, nak scan lah, ape lah. Did i say scan? Eww~. Bayaran nya hanyalah ucapan terima kasih sahaja kat tuan rumah sebab tuan rumah dah bayar kan untuk korang. Hihihi.  

Kalau gambar hilang macam mana pulak? Jangan risau korang boleh lihat sendiri dalam laman web Kotak Lensa diruang Featured Posts atau facebook Kotak Lensa. Ianya memudahkan untuk korang print out semula dengan saiz gambar yang korang nak atau boleh postkan dalam social media. Terbaik kann?

Okay, iolls nak belanja sikit gambar2 yang kitorang amik masa gathering EFG kelmarin.:


Alolo.. adik ni tengah demam tau hari tu. Tapi tetap hebat beraksi di depan lensa. =)







Ibu dan anak yang comel. 

Apa yang iolls perasan, instant photobooth by Kotak Lensa ni bukan sahaja merakam saat indah malah bisa memeriahkan lagi sesuatu majlis tu. Semua tetamu tak kira muda dan tua pastinya akan teruja berposing dan melihat hasil posingan mereka tu. Memang tak rugi tau melanggan servis dari Kotak Lensa. Kalau korang macam clueless tak tahu nak buat apa... mungkin ada yang pertama kali kan, jangan risau ada assistant yang akan sedia membantu anda disepanjang majlis berlangsung.

Credit : nazlee,com


Pihak Kotak Lensa tengah setting booth. Ni adalah assistant yang assist kitorang masa hari tu.

Sedikit gambaran di sekitar photobooth.

Photo strips ni korang boleh customize sendiri. Nak letak logo, tagline, hashtag.. suka hati.



Pihak Kotak Lensa dengan baik hatinya telah membuat promosi, dengan menggunakan Code: EFGKBBA korang boleh dapatkan diskaun sebanyak RM200.00 dan valid sehingga hujung tahun 2016 ini. Apa lagi, grab lah cepat offer ni. Siapa yang tengah planning nak kahwin tahun depan tu sila tukar tarikh tahun ni ya. Mana yang single mingle tu sila carik calon cepat, sempat lagi nih simpan duit nak kahwin tahun ni dan jangan lupa langgan Kotak Lensa. Hehe.



Untuk tempahan dan maklumat lanjut:


Kotak Lensa

Telephone (WhatsApp/SMS/Call): 
                   +6 019 900 1191 (Klang Valley) 
                   +6 012 579 7955 (Ipoh) 

Email: smile@kotaklensa.com


Instagram : KotakLensa
Fcaebook: Kotak Lensa


#kotaklensa #instantphotobooth
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...