"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

Mar 28, 2016

Kotak Lensa | Instant Photobooth




Pertama kali iolls tahu tentang Kotak Lensa ni haruslah ketika melayari wedding Atita Haris dan DJ NasT di instagram awal bulan itu hari. Yalah, kita memang suka stalk Atita Haris sebab cantik and anak dia yang super comel tu, siapa lagi kalau bukan Si Opie tu. Mesti ada yang dah pun perasan kewujudan Kotak Lensa masa tu kan.. Tapi tu lahhh...  tanpa disangka, iolls berpeluang untuk beraksi sendiri di depan lensa Kotak Lensa ini ketika menghadiri 1st gathering EFG pada 19 March yang lepas. 

Pada yang tak tahu, Kotak Lensa ni konsepnya adalah instant photobooth. Jadi, pada hari yang berkenaan tu, tuan rumah haruslah menyediakan tempat untuk pihak Kotak Lensa setting up diorang punya booth. Selari dengan nama Kotak Lensa tu sendiri, diorang memang setting up 'kotak' yang mengandungi kamera DSLR dan juga screen untuk Live View Slideshow untuk tontonan ketika di majlis. Memang sangat menarik. 

Lepas semua dah sedia, apalagi? Posing laaa. Yang terpaling2 iolls suka lepas pose, dalam masa beberapa minit jer, gambar korang akan siap diprint dan sedia untuk dibawa pulang. Lepas tu kannn, unlimited print ya!! Korang akan dapat sorang satu gambar. Kalau dalam gambar tu ada 15 orang, semua 15 orang tu dapat, tak payah nak gaduh2, nak scan lah, ape lah. Did i say scan? Eww~. Bayaran nya hanyalah ucapan terima kasih sahaja kat tuan rumah sebab tuan rumah dah bayar kan untuk korang. Hihihi.  

Kalau gambar hilang macam mana pulak? Jangan risau korang boleh lihat sendiri dalam laman web Kotak Lensa diruang Featured Posts atau facebook Kotak Lensa. Ianya memudahkan untuk korang print out semula dengan saiz gambar yang korang nak atau boleh postkan dalam social media. Terbaik kann?

Okay, iolls nak belanja sikit gambar2 yang kitorang amik masa gathering EFG kelmarin.:


Alolo.. adik ni tengah demam tau hari tu. Tapi tetap hebat beraksi di depan lensa. =)







Ibu dan anak yang comel. 

Apa yang iolls perasan, instant photobooth by Kotak Lensa ni bukan sahaja merakam saat indah malah bisa memeriahkan lagi sesuatu majlis tu. Semua tetamu tak kira muda dan tua pastinya akan teruja berposing dan melihat hasil posingan mereka tu. Memang tak rugi tau melanggan servis dari Kotak Lensa. Kalau korang macam clueless tak tahu nak buat apa... mungkin ada yang pertama kali kan, jangan risau ada assistant yang akan sedia membantu anda disepanjang majlis berlangsung.

Credit : nazlee,com


Pihak Kotak Lensa tengah setting booth. Ni adalah assistant yang assist kitorang masa hari tu.

Sedikit gambaran di sekitar photobooth.

Photo strips ni korang boleh customize sendiri. Nak letak logo, tagline, hashtag.. suka hati.



Pihak Kotak Lensa dengan baik hatinya telah membuat promosi, dengan menggunakan Code: EFGKBBA korang boleh dapatkan diskaun sebanyak RM200.00 dan valid sehingga hujung tahun 2016 ini. Apa lagi, grab lah cepat offer ni. Siapa yang tengah planning nak kahwin tahun depan tu sila tukar tarikh tahun ni ya. Mana yang single mingle tu sila carik calon cepat, sempat lagi nih simpan duit nak kahwin tahun ni dan jangan lupa langgan Kotak Lensa. Hehe.



Untuk tempahan dan maklumat lanjut:


Kotak Lensa

Telephone (WhatsApp/SMS/Call): 
                   +6 019 900 1191 (Klang Valley) 
                   +6 012 579 7955 (Ipoh) 

Email: smile@kotaklensa.com


Instagram : KotakLensa
Fcaebook: Kotak Lensa


#kotaklensa #instantphotobooth

1 comment:

MasturaDin said...

Bestnye..rugi tak amek gambo bebanyak ritu kan..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...