Di pagi Isnin yang indah ni, aku nak review sedikit tentang laman web yang baru dilancarkan pada Oktober 2015 yang lepas iaitu Hidup.my. Pernah dengar? Aku pon baru pertama kali dengar tentang laman web ni. So persoalannya, apakah itu Hidup.my?
Hidup.my ni adalah laman yang khusus ditubuhkan untuk membantu orang ramai di luar sana mencari bilik untuk disewa especially kat area Lembah Klang dan kawasan sekitarnya. Masa aku dapat tahu pasal web ni terus fikir, nape lah zaman praktikal aku dulu tak wujud lagi laman web ni. Kalau tak, tak adalah aku dulu susah payah masuk keluar 7 Eleven carik iklan bilik untuk disewa kat KL nun. Sooo oldskool gitew. Huhu. Kalau dilihat, trend sekarang ni orang banyak orang guna laman sosial seperti Facebook ataupun Mudah.my untuk pencarian bilik sewa tapi dua2 pon bukanlah laman web khusus untuk pencarian bilik sewa. Jadi pasti ada kurang sana dan sini.
Memang tak dapat dinafikan dah ada laman web sebegini, tetapi apa yang pasti Hidup.my tentunya berbeza kerana mereka dah mempertingkatkan lagi fungsi mereka dari segi :
- Map Function
- Price range
- Find a housemate - Contact users
Yang paling istimewa, korang boleh carik housemate idaman korang dengan adanya fungsi Find your housemate. Wow, mudah kan? Bukan itu saje, tuan punya bilik/rumah pon boleh carik potential tenant atau pon sebalik nya dengan bantuan option berikut dalam laman web ini:
- People looking for a room
- People looking for a tenant
Fungsi di atas tu jugak boleh bantu korang diluar tu yang mungkin nak carik housemate untuk penuhkan bilik/rumah sewa korang tu dengan cepat dan tepat.
Sememangnya Laman web ni sangat berguna untuk kedua2 penyewa dan tuan rumah. Dahlah percuma kan, mobile friendly pulak tu. Tak payah lah susah2 install aplikasi kat phone korang. Jimat space phone korang.
Sejujurnya, laman web ni sangat memudahkan orang ramai. Aku memang sarankan golongan middle&low income, student dan yang baru nak mulakan pekerjaan kat kota raya untuk untuk gunakan khidmat Hidup.my ni sebab laman web ni adalah percuma dan berguna. Price range yang diletakkan maksimum RM 2000 tu pon dah dikira sangat mahal bagi sebuah bilik. Betul tak? Dengan harapan, dengan adanya laman web ni dapat membantu orang ramai mencari bilik sewa yang berpatutan sekaligus salah satu cara untuk bantu orang ramai mengurus kewangan dengan baik untuk tahun 2016 yang mencabar ni.
Selamat bekerja=)
No comments:
Post a Comment