Korang tau tak semalam adalah Hari Wanita. Mesti ada yang tak tau kan. Aku pon tau sejak kerja kat Hsbc la. Sebelum ni mampus tak tau. Friendship day aku tau la. Hehe. Kat sini semangat sikit. Siap ada vendor datang jual barang lagi, so meriah la kat lobby tu. Tak pasal2 terbeli.. Selain tu ada talk pasal kewanitaan ni. Baru aku tau eh, nak buat pap smear tu bapak mahal kot. Dalam hati terus pikir baik beli hp. LOL. Terukkan aku pikir macam tu. =.='
Gambar ni masa talk pasal diversity in gender at Hsbc. Yang perempuan Malaysia tu cakap aku paham lah. Tapi yang Mat Saleh tu tak paham sangat. Macam biasa lah amik key word jer. =D
Tahun ni opis aku cam baik hati sikit coz bagi kami kaum hawa ni kek vanila walaupon baking soda macam terlebih la sebab bila kau buat ha ha gitu kan dalam mulut rasa panas. Ke sebab lain eh? Tapi walaupon begitu tetap bersyukur dapat kek free.. Alhamdulillah.
Bukan itu saje, siap dapat bunga ros lagi. Bukan plastik tau. Ros hidup lagi. Sila jeles.
First time dapat bunga walaupon macam dah nak layu kan. Zaman ada boipren dulu pon tak pernah bagi bunga tau. Sebab tu aku tinggalkan dia. Huh. *padahal ditinggalkan. hihi
Lawak lah tadi masa balik bergurau senda lah ngan Zul. Kan aku pegang bunga tu masa balik bajet la macam ada orang bagi bunga kan. Haha. Siap buat dialog ngan Zul, aku ada bunga, kau ada? Kau ada? Eh, aku ada.... Sah2 lah semua pompuan kat Hsbc ni dapat. Motif sangat kau nak berlagak. Erk macam tak lawak je kan. Hahaha. Tapi kalau dengar Zul cakap dengan nada psiko tu memang sakit perut lah gelak.
Pastu sambung lagi berlakon, konon nak berlagak pulak kat mak cik cleaner pulak dapat bunga, pastu mak cik cleaner tu jawab, ye gue jugak dapettt. Terus rasa tak special dah sebab mak cik cleaner pon dapat. Haha. Bongok gila Zul kalau mengajuk bahasa indon macam kau indon betul. Serius lawak..
posted from Bloggeroid
3 comments:
salam cik syura..
yaya dtg singgh smbil folw..
salam perkenalan =)
Thank you=)
hahaha..ok lettew..seumur hidup aku tak pernah dapat bunge.. sob sob
Post a Comment