Mungkin ada di antara kita yang tak begitu gemar dengan perubatan moden di mana kebiasaannya kita akan dihujani dengan pelbagai pil, tablet, kapsul dan juga suntikan setiap kali mendapatkan rawatan di klinik2 dan juga di hospital. Macam aku sendiri pon orangnya paling malas nak makan ubat. Lagi2 yang berjadual tu, ada yang kena makan sianglah, malamlah, lepas makan, dan sebagainya. Sering kali skip di sana sini.
Kadang kala ubat-ubatan moden ni bukan membantu menyembuhkan penyakit, malah membebankan lagi lalu menggagalkan fungsi buah pinggang kita pulak. Buah pinggang adalah sangat penting ya dalam tubuh manusia di mana ia berfungsi untuk menapis darah dan membuang sisa toksik dari dalam tubuh melalui air kencing. Berikut adalah contoh kesan ubat ubatan moden yang biasa dibekalkan oleh doktor-doktor di hospital:
Lemah jantung >> ubat lemah jantung bukan untuk menguatkan jantung, Tapi ianya menipiskan darah supaya darah boleh melalui ruang sempit arteri yang semakin tersumbat. Ianya tidak membuka saluran arteri yang semakin mengecil.
Penahan sakit >> ubat tahan sakit bukan menghilangkan sakit, tetapi ianya hanya memutuskan isyarat kepada otak supaya kita tidak merasa kesakitan. Setiap kesakitan dirasai kerana otak menterjemahkan gangguan itu sebagai satu kesakitan
Kanser >> Rawatan kimoterapi bukan hanya membunuh sel-sel kanser, malah turut membunuh sel-sel yang baik dan melemahkan sistem pertahanan badan malah masalah besar kanser tidak dapat dihapuskan sama sekali kerana sel-sel kanser boleh membiak kerana tubuh yang tidak ada ketahanan.
Sumber : google
Jadi tak salah rasanya kalau kita mencuba perubatan alternatif pula yang mungkin lebih selamat dan bersifat semula jadi. Tahukah korang bahawa di Malaysia sendiri terdapat 300 naturopath berdaftar bawah Persatuan Pengamal Utama Naturopati Malaysia.
Antara pusat rawatan alternatif yang mungkin menjadi pilihan korang adalah Yusmizee Naturopatic Centre yang terletak di Alor Gajah Melaka. Klinik ini menyediakan kaedah rawatan naturopati seperti Rawatan Bekam, Akupuntur, Urutan Tradisional Melayu, serta Terapi Hipnosis dan Penawar herba homeopati.
Info:
Perubatan naturopati adalah sejenis perubatan alternative yang berasaskan kepercayaan bahawa badan boleh sembuh dengan sendirinya. Pengamal Naturopati percaya badan manusia itu mempunyai keupayaan untuk membaiki diri sendiri dan pulih daripada penyakit jika ia disokong oleh persekitaran yang sihat. Bantuan dari Pengamal Naturopati dalam proses penyembuhan menggabungkan pelbagai kaedah kesihatan alternatif yang berasaskan semata-mata kepada keperluan individual, bukannya dari perubatan moden.
Antara kebaikkan rawatan naturopati ni adalah di percayai lebih selamat sebab rawatan seperti akupuntur, refleksologi, bekam dan juga kandungan herba adalah bebas bahan kimia.
Macam aku sendiri, dari sejak remaja memang dah ada masalah resdung yang agak serius. Pagi2 bangun tidur tak sah kalau tak bersin berkali kali. Dah jemu jumpa doktor, tapi tak pernah ada jalan penyelesaian. Balik2 dapat ubat sedut dan pil, yang sama pula tu. Tak tahulah berapa banyak bahan kimia dah masuk dalam badan. Insya Allah kalau ada rezeki, memang aku berhajat untuk mencuba rawatan untuk resdung yang disediakan di klinik Yusmizee Naturopatic Centre.
DrN Yusmizee Bin Yusoff
Persatuan Pengamal Utama Naturopati Malaysia (MANIS)
Pusat Pengajian Sains Perubatan (USM Kubang Kerian).
Tel : 012-3556736 Alamat : Lot 2.33, Tingkat Satu Bangunan Mara Alor Gajah, 78000 Alor Gajah. Melaka
Facebook : Yusmizee Naturopathic Centre
3 comments:
Kekadang kita perlu jugak mencari jalan alternatif untuk penyembuhan sesuatu penyakit..
Pernah ke Yusmizee klinik ni buat rawatan resdung.. alhamdulillah.
nak cuba buat resdung
Post a Comment