"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

Jan 26, 2015

Hati-hati

Its Monday againnn.. Uwaa.. malas wehh nak kerja. Malam tadi Along Jaja wassap kate nak buat housewarming masa raya cina nanti.. Knowing my current job, memang tak ada harapan lah aku nak cuti on that day. Again.. i'm going to miss another family event. Ahhh.. benci taw. Rasa nak jerittt kuat2 jer. I hate my job seriously. Bile la nak tukar kerja ni. =.=

Stop. Tak boleh citer lebih2. Tarik nafas dalam2.. Be positive! Yey!.. Haha.. Psiko!

Sekarang ni kat facebook tengah kecoh kan pasal video Zamani Slam nyanyi kat lokap sambil tangannya bergari. I haven't watch that video yet and never bother pon. Entah lah.. maybe sebab baca2 komen2 tak sedap dari rakyat jelata so buat aku terbantut nak tengok. Tahun ni kan aku bercita2 nak jadi lebih positif. Ahaks. So tak nak tengok benda yang boleh drag aku ke lembah negatif. Ayat mintak siku. Ahaks.

Bila dah jadi benda2 macam ni, ada pulak pihak2 tertentu yang tak bertanggungjawab cuba menyingkap kisah lama Zamani or kaitkan  kisah silam dia dengan orang lain. Aku sendiri tak pernah tau pun dulu Zamani pernah bercinta dengan Siti Nurhaliza. Seriously? Tak kisah lah benda ni betul ke tak, sebab kisah lama kan. Tok Ti pon dah ada suami sekarang so why bother kisah dia dengan Zamani dulu. Tapikan Saari Amri nikan mandai2 jer nak kaitkan Tok Ti dalam hal ni kan. Macam kesian giler pulak kat Tok Ti. Tak pasal2 jer die pulak yang kena. Tak patut betul.



Zamani time muda. Hensem gak. =P


And kisah polis yang sebarkan video Zamani tu. Dengar citer die memang peminat Zamani pun and mintak Zamani nyanyi tanpa paksaan. Amik video tapi janji tak sebar kan. Tup2 wife dia pulak carik pasal. Gi bagi video tu kat orang and end up goes viral. Yalah, kalau jadik kat aku pon, gile tak bangga laki sendiri record Zamani nyanyi kat lokap. Harus riak ye. Mihmih. Orang ramai pun buat lah speculation macam2. Walhal apa yang diorang speculate tu tak semestinya betul pon. Macam2 hal. Kadang2 sampai takut pulak aku nak membacenye. Ade certain tu bile komen tu macam tak ada akal. Tak pikir langsung hati and perasaan orang lain.

Ekceli moral dari kisah Zamani ni, berhati2 lah dengan apa yang kita buat on Internet. Aku rasa polis tu sendiri tak sangka kot disebab kan video yang diambil atas dasar minat pada awalnya, boleh gone wrong macam ni. Peringatan untuk aku jugak.

Singapore : Preparation, Bajet, and Woke Home Capsule Hostel Review

Kali ni aku nak share pengalaman aku bercuti di Singapura dengan kawan2 ofis selama 2 hari 1 malam. Memang antara percutian yang membwa seribu satu kenangan dalam hidup aku. Sampai mati pun aku akan ingat taw. 

Percutian dirancang 3 bulan sebelum berangkat so sempat lah kumpul duit sikit-sikit and ade jugak terkorek tabung kat bank.. mihmih. Walaupun dekat saje dengan Malaysia tapi still require quite an amount of money disebabkan tukaran mata wang yang tinggi. Masa aku tukar duit kat money changer di Plaza Masalam and time tu weekend, exchange rate pada hari itu adalah RM2.51->SGD1. But then, Farah minta aku tukar kan duit, and masa aku tukar kan tu adalah weekday, exchange rate pada hari tu adalah RM2.50 which is lagi rendah. So kesimpulannya, kalau nak tukar duit tu tukarlah waktu weekdays, sebab lagi murah walaupun berbeza 0.01 dollar saje. Yalah, kalau tukar sikit2 mungkin tak terasa, tapi kalau bajet uolls banyak, dah berape korang untung tukan.

Diawal perancangan, kitorang plan ingat nak pergi naik flight and balik pulak naik train, dengan alasan nak cut costlah, walaupun naik train berejam kau. Kononnya dapatlah merasa naik kenderaan udara dan darat. So beli lah tiket flight one way dengan harga RM 70 time, waktu Air Asia wat promotion. Masa tu kitorang ingat kan naik train lagi murah dari naik kapal terbang. Tapi kitorang terlepas pandang yang train tu ofkos ler gerak dari Singapore kan so harga mestilah harga Singapore. Cett. Bijak sungguh kan. Daripada bajet kononnya 40 hengget tapi rupa2nya seratus lebih gak bile convert. Ek ele, baik naik flight kan. Confirm2 sejam jer pon. Tapi things happen for reason, la tahzan. Wah tetibe la tahzan kan, mentang2 lah baru tau maksud. Kitorang beli tiket flight balik ke KL rasanya kurang sebulan dari tarikh pergi dengan harga seratus belas2 camtu (lupa sebab bukan aku yang beli) and free tax. Syukurrr, Allah permudah kan. 

Tiket pun dah beli, haruslah survey untuk penginapan pula. Aku pun buatlah survey dekat booking.com and agoda selepas menerima tunjuk ajar dari Ag. Almaklum lah first time kan nak bercuti keluar negara, so memang banyak benda yang aku tak tahu. Kitorang plan nak cari tempat tinggal yang murah tapi nak dekat tengah2 bandar so that malam2 kitorang boleh hangout tanpa rasa risau. Ag kan dah pernah datang Singapore so die suggest kitorang tidur dekat Clark Quay. Wow, dengar macam mahal kan. Tapi tak sebab kitorang choose untuk tidur dalam kapsul hostel. Korang pernah dengar tak tentang Kapsul Hostel sebelum ni? Mungkin korang pernah dengar tapi mesti tak terpikir nak tidur sini kan. Aku dah google, belum ada blogger Malaysia yang review pasal kapsul hostel ni lagi. Indonesia ramailah. Erkkk. Jangan kata kitorang rakyat Malaysia pertama yang stay sini. Haha. Harga semalam untuk satu kapsul adalah SGD 25. Murah ngak? Pehal tetiba jadik orang Indon lak ni. Haha.

Korang bila dengar kapsul hostel, I'm sure korang mesti rasa was2 kan. Okey ke tempat ni. Macam mana rupa kapsul tu, selesa ke nak tidur. Macam rupa rumah pelacuran ke (which is tak langsung!). Aku terbayang kan komik Dragon Ball bile sebut kapsul. Hahaha. Surprisingly, memang okey sangat2! Jauh berbeza dari apa yang aku bayang kan. Fyi, kapsul hostel dapat banyak good review dari booking.com. Cuma tak sesuai untuk family or yang ada anak kecil, tapi bukan sebab faktor keselamatan ke ape. Takut budak kecik tu buat bising and ganggu ketenteraman orang lain. Haa.. gitu. Tempat ni memang cozy and confirm tidur lena. Sebab memang tak bising langsung. Walaupun hostel murah tapi all the people sume respect ketenteraman orang lain. By the way, yang aku citer ni untuk hostel perempuan lah berdasarkan pengalaman aku sebagai wanita sejati. Hostel lelaki aku tak tahu.

Some more, kalau korang travel macam kitorang which is 3 perempuan and sorang lelaki or vice versa, so amat sesuai lah tidur kat sini. Kesian  pulak yang sorang2 tu kena bayar mahal2, walhal yang lain tu boleh share. Jangan lupe, hotel2 kat sini mahal2. Even yang murah tu kalau diconvert tetap lah mahal jadinya. Tak perlu memilih sangat and berbelanja lah dengan bijak. Wahh.. baru first time gi luar negara dah pandai nak bagi tips bagai.. Haha. Tu baru Singapore, kalau gi London tak tahu lah camne kan. Mihmih.


Inilah dia capsule hostel yang aku gebang2 kan tadi. Sape yang pernah tidur sini kita geng! Check in pukul 2 petang. Waktu kitorang nak check in tu memang dah ramai orang dah. Gamaknya tempat ni memang popular bagi pelancong Indonesia mungkin sebab murah kot. Bila tengok yang datang tu semua pakai tudung, terus lega and rasa selamat.



Inilah dia pintu nak ke hostel wanita. Debar2 jugak dalam hati takut tempat tidur ngeri. Dah lah aku yang pilih. Takut kena lahar ngan Ag and Farah jek.. Mihihi.



Masuk2 jer.. wah.. okey sangat2 kot. walaupun tak lah semewah hotel lain tapi tetap cozy. And yang paling penting unik. Boleh lah kau nak bangga2 balik Malaysia kata kau tidur dalam kapsul. Pastu orang pon terbangang-bangang camna nak tidur dalam kapsul kan. Haha. Ag, Farah and bf Farah pon happy. So balik dari Singapore memang aku promote gila2 capsule hostel ni.


The other side. Selipar ngan kasut, meaning kebanyakkan kapsul dah berpenghuni.



Ini pulak kapsul kepunyaan aku. Yang atas Ag and yang bawah aku. Aku tak boleh tidur atas sebab takut nak naik atas makan masa 5 hari. Sekian.


Inilah rupa dalam kapsul. Cukup luas untuk kau bergerak dan bernafas dengan tenang melainkan kau ada masala fobia kat tempat sempat atau dalam bahasa saintiknya Claustrophobia ye.


Ada lcd tv yang 'tak berfungsi', suis, cermin and lampu.


Ini adalah laluan nak ke toilet. Almari besi ni tempat letak kasut mungkin?.


Toilet. Bersih tapi biasa2 sahaja. Okeylah.. janji bersih kan.

























Pemandang dari tingkap sebelah toilet. 



Tak silap aku ni semua Financial Institution dekat Singapore. Maybank pon ada tau.

Cukup untuk hostel atau tempat tinggal. Harap korang puas hati dengan review aku. Sekarang tinggal nak beli tiket pergi Universal Studio Singapore sahaja. Alang2 dah ke Singapore, wajib lah ke USS. So gaji next monthnye aku beli tikut USS pulak secara online di sini . Masa aku beli memang tak ada promotion, full price. Sobs.. Harganya adalah SGD 74. Redho jer lah. Kalau pergi weekend boleh dapat less sampai 50% (pengguna Mastercard) tapi bencinta lah kau kena beratur. Aku tak sanggup so kitorang pergi hari Isnin and bayar jelah full price. Tu pon kena beratur lama jugak uolls. Kalau bajet lebih digalakkan beli express pass. Tak rugi pun sebab USS memang awesome.

Kesimpulannya, total belanja aku ke Singpore secara kasar adalah seperti berikut:

Tiket flight : Pergi RM 70 + Balik RM 120 (Agak jer sebab bukan beli sendiri) = RM 190.00
Hostel : RM 62.75
Tiket USS : RM 185.74
Belanja kat Singapore : RM 300.00

Total : +/- RM 738.49

Ni dah habis bajet dah ni aku rasa. =.=

Entry pusing2 Singapore kite citer next entry k. Toodles.


Jan 25, 2015

Jatuh dan jatuh lagi

Hahaha.. aku tak tahu lah nak cerita camne ni. Tadi masa keluar beli barang, biasalah baru dapat gaji kan.. tengah sedap2 jalan kat kaki lima, tak semena2 bedebuk aku jatuh sebab tak perasan lantai kat depan tu rendah sikit rupanya. Omaigod.. tension taw!. Tapi tak adalah jatuh tersungkur sampai tahap terbaring golek2 ke apa. Terjatuh stok lutut bertemu lantai macam tu. Tapi kalau tengok memang horror gak lah wei sebab tengok lah badan aku camner kan. Memang sebijik macam cempedak terlebih masak jatuh lah.. Huhuhu


Kejadian tu berlaku macam sekelip mata. Time aku tulis ni pun aku macam betul ke aku jatuh tadi eh? Jatuh pun senyap2 jer.. haha.. Ni tengah gosok2 lutut, tak pulak rase sakit. Ha.. nasib baik tak sakit. Aku bukan nak cover, memang tak sakit langsung pun. Aku pon pelik sebab tak rasa sakit, padahal teruk gak lutut aku hit lantai tu.

Yang bestnye.. caye tak kalau aku cakap aku sikit pun tak rasa malu.. Masa jatuh tu tak pandang kiri kanan pun. Bangun laju2 terus jalan lenggang lenggok macam biasa macam tak ada apa2.. Sebab dah banyak kali sangat kot jatuh kat public so dah tak ada feeling. Lagi pun benda dah jadi pun, so redho je lah. Bukan boleh reverse masa pun kan. Hiks. Aku pon tak pasti lah ada orang nampak ke tak. Kalau ikutkan lojik confirm ada orang nampak punya sebab tempat busy kan. Jangan lah ada yang aku kenal. Huhu. Aku rasa kesian pulak kat orang yang nampak tu. Mesti die rasa kesiannye kat ahkak gumuk ni jatuh. Mesti die ingat aku sakit and malu. Padahal tak sakit pun. Malu tak sangat. Buat penat die kesian kat aku.. Mihmihmih.

Lepas jatuh tu.. aku terus terpikir.. nape lah aku boleh jatuh ni. Bukan first time lali situ pon.Terus pikir mungkin aku ada wat dosa pape la kot. Tak apalah aku anggap tu sebagai kifarah dosa aku yang lepas2. Lepas ni bila berjalan tu jangan nak berangan sangat. Kena fokus!




Nak sambung cerita lain pulak. Lepas dah jatuh tu, aku terus menapak ke kedai cermin mata sebab nak beli contact lenses untuk stok 3 bulan. Aku dari dulu memang pakai brand Softlens. Masih setia pasal harga murah and brand pon terkenal. Tak berani nak cuba brand lain. Lepas tu macam biasalah, amoi tu dok promote die punye solution. Cer teka aku beli ke tak? Harus.... beli.. Haha.. Biasa lah aku memang mudah tergoda. Sayang mata punye pasal beli jugak. Katanya solution tu boleh merawat mata sekali. Entah lah kalau amoi tu tipu pon aku redho jerlah. So total contact lenses ngan solution RM 85. Aku bagi RM100 so ada belen RM 15. Tetiba amoi tu cakap "Ini balance tak maw belanja saya arr?". Erkk. Amoi tu gurau ke or serious nak paw aku pon tak pasti. Yang penting aku buat derrrkkkk jer time tu. Hahaha. Capai balance, laju2 blahh.. Haha..

Memang confirm aku ni muka tebal kan. =P

Jan 24, 2015

Problem!




Ni bukan lah kali pertama aku dapat tag macam ni dari member2, tapi diorang tak pernah lah specifically cakap aku ni anti social ke or sombong ke ape, sebab diorang tau aku ni memang bukan jenis menyombong tak tentu hala.. but still carry same meaning lah kadang2 tu. Macam Dayana, kat komen die yang aku high-lite kan tu. Itulah perkara yang aku takut kan and betul2 terjadi.. Padahal dulu kemain rapat lagi, hari2 break same2.. Aaaa... takuitt.. nanti die tak maw kawan ngan aku lagi acaner? Die dah lah nak kahwin bulan 5 ni. Tetiba tak jemput aku.. Guling2 aku nangis nanti.

Ag ade citer, masa dier keluar makan ngan Dayana, tak tahulah biler, Dayana siap cakap lagi " Kalau Kak Pah ade ni, mesti best ni" ... **Nak nangis pulak aku dengar. Yang aku pulak orang orang ajak keluar.. malassss manjang. ** Dush. Tabah jelah kawan2 aku ni melayan aku. 

Kadang2 aku pun ada rasa pelik dengan diri sendiri.. Napa lah aku ni anti social sangat eh. Padahal bukan best pon jadi anti social ni. Bosan lagi ada. Aku takut end up I could be the loneliness person in kat dunia ni bila aku dah tua nanti. Tak nakkkk lahhh!

Aku rasa dua manusia dalam dunia yang aku paling boleh masuk which aku akan reply wassaps diorang, ikut perkembangan diorang, tanya khabar, and aku boleh jadi diri sendiri adalah Mas and Sepet jer kot. Seriousss! Aku ni kena mandrem ngan diorang ke ape.. Agaga.. Joking! =P Mas bace ni konpom dier muntah hijau. 

Alaaa.. nak buat macam mana ni.. tu pon nak reply satu komen kat atas tu, 10 kali pikir.. okey ke tak.. kasar ke.. menjawab soalan ke tak... ehhh.. penat lahhh. Tapi kalau reply wassap Mas ngan Sepet tak ada pulak macam ni. Aku taip sesedap rase jerrr. Nape eh macam tu?

Aku ni ada masalah ape sebenarnye? Sobs.

Jan 22, 2015

Tension

Tengah tension ni..
Try nak apply satu position dekat S*R*M tapi website die down lak
Since last day lak tu..
Esok dah lah last day..
Nangisssss hoii..

Mungkin bukan rezeki kot... ='(

Jan 19, 2015

#AJL 29

Tengok tak tadi AJL29. Best kan persembahan Mojo feat Caliph Busker tadi. Berapa kali aku dok repeat sebab macam bangga gila lah nengok orang buta nyanyi.. Masya Allah.. sedap gila. Aku rasa kalau TV tu boleh bercakap dier dah sound aku suruh tukar lagu lain pulak. Hehe. Alhamdulillah dapat persembahan terbaik. Murah rezeki diorang.

Tu lah.. aku ni bukan boleh nengok benda2 macam ni. Cepat sangat hati tu terusik. Nak kate aku ni hati tisu, tak jugak. Over mungkin. Tskk. Satu komen kat facebook yang aku baca tadi, yang aku rasa macam nak like 100 kali:

"Allah takkan bagi kehilangan sesuatu tanpa menggantikan dengan yang lain"

Well.. its really true.. Allah tu Maha Adil.



Nak share time diorang nyanyi kat AJL tadi tapi confirm2 lah tak upload lagi kan. Tak pa. Tak pa. Dapat dengar yang ni pun jadi lah. Yang ni pun sedap jugak cuma audio tak sepower macam nyanyi kat pentas AJL lah, but still nice.

Anyway, selain lagu ni, satu lagi persembahan yang buat aku terkesan lagu adalah lagu Sesal Separuh Nyawa by Alyah. Tak tahu lah nape.. rase macam menusuk kalbu jer.. lain macam jer rase Alyah nyanyi malam ni. Rasa macam Alyah nyanyi betul2 dari hati. Aku tak pernah minat pun lagu ni sebelum ni, malam ni baru menghayati .Korang ade rasa macam tu tak? Feeling die lain macam sikit malam ni. Aku rasa kalau aku baru putus time dengar lagu ni sure banjir Shah Alam. Haha.. hover! Tapi seriously best giler. 

Psstt.. Boleh tak nak cakap tetibe tengok Dato' Ramli MS tengah.. ape tu.. aku pon tak reti nak explain.. ala.. time die tengah conduct pemuzik2 tu lahh.. tetibe rase macam not bad jugak Ramli MS ni.. macam kool pulak tengok dier dok hayun2 kan tongkat tu.. wakaka.. Giler. *lempangdirisendirik. Hopefully rumah tangga diorang yang dengar2 citer tengah dilandai badai tu masih boleh diselamatkan lagi. Insya Allah.

P/S : Mungkin sebab tu kot Alyah nyanyi dengan penuh perasaan. ='(. 

Lirik Lagu Sesal Separuh Nyawa – Alyah

Andai pastinya ku tahu
Takkan aku tinggalkanmu
Namun masih keliru teringat masa lalu

Tetap tiada kulupakan
Indah setiap sentuhan
Cinta yang kau tinggalkan
Kekalnya berdampingan

Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

Masih terasa nafasmu
Lembut menusuk jiwaku
Dengan dihembus bayu
Membawa khabar rindu

Tapi sulit kuteruskan
Engkau jauh kehadapan
Aku, tabah berjalan sembunyikan harapn

Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

Separuh nyawamu dihati
Separuh lagi kau bawa pergi
Tiada arah jodoh kita
Tuhan tentu… kannya

Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

Jan 18, 2015

Takziah



Salam Takziah buat sahabat ku Nurul Ain atas pemergian ayahanda tercinta. Semoga terus tabah dan redha dengan dugaan yang Allah berikan. 

Jujur aku cuba nak katakan yang aku agak terkesan dengan kehilangan ayahanda Sepet. Aku pun pernah juga kehilangan ahli keluarga terdekat iaitu adik kandung aku sendiri. Memang sedih tak terkata. Saat yang paling sedih adalah bile jasad itu hendak ditanam ke tanah. Ya Allah.. sedihnyer tak terhingga sebab saat itu kita akan sedar yang kita tak akan berjumpa dengan arwah lagi buat selama-lamanya.

Jujur aku nak katakan lagi, kami berdua bertuah sebab kami sempat berbakti pada orang yang kami sayang sebelum mereka pergi, dengan itu kami redha atas pemergian mereka.

Jangan pernah lupa kan mereka.. lebih banyak kita mengingati, lebih banyak kita dapat sedekah kan Al Fatehah untuk arwah.

Insya Allah.. mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Al Fatehah buat Arwah Pak Cik Ramli dan tak lupa adikku Arwah Muhammad Syafiq.




Kali terakhir aku menyentuh arwah sebelum arwah pergi buat selamanya keesokkan harinya. 



Ya Allah.. (sebak.nanges)

Team Outing 2013 : Bukit Fraser

Ni cerita yang aku dah peram berbulan bulan lamanya. Eh bukan setakat bulan dah ni, makan tahun jugak lah. Sejak tampuk pemerintahan bertukar dari Cikgu ke Balan. Now Balan pon dah nak dekat setahun blah gi team lain. Baru ingat nak stori mori kat belog. Dah melampaui tahap basi dah pun. Haha.. Layan jela eh.

Tahun 2013 yang lepas, (bapak berkurun punya cerita), department aku dengan tak semena2 rajin pulak nak buat team outing. Tahun sebelum2 tu kitorang selalu buat team outing ni setahun sekali je pun. Tu pon sekadar buat makan2, cukup syarat je kata orang. Janji ada kan. Tapi sejak Balan take over, pehhh... tak main lah setahun sekali, dua kali kut.. tskk.. Sampai aku pun naik tension sebenarnya.. haha.. Aku kalau pergi balik hari tak adalah aku kisah sangat. Bila dah membawak ke tidur tu yang aku cammm.. ahhh malasnyaaa.. tskk.. Tapi kalau tak ikut tak best pulak. Nanti nampak sangat pulak yang aku ni anti sosial.. Kang, esok kat opis, diorang seminggu cerita pasal pergi gi Bukit Fraser jer, aku diabaikan. Tak rela youuu. So tak yah cakap banyak.. pergi ajelah.

First team outing buat kat Bukit Fraser. Tak silap aku bulan May 2013 kot. Second time buat kat Port Dickson pulak. Tapi entry kali ni nak cerita pasal Bukit Fraser dulu lah. Ikut turn lah eh.

Pertama kali nak keluar berjalan ngan ofismate memang agak excited lah jugak, walaupun sebelum tu macam malas gila nak pergi. Pagi2 bangun minta tolong adik aku antar ke Bangi. Sebelum ke Bangi pergi Putrajaya dulu sebab aku manalah tahu jalan ke rumah Nad kan. So nak gi saing dengan Farah lah tapi bukan Farah yang bawak, mak dia yang bawak. Aku ngan adik aku follow kat belakang, pehhh hebak gak mak cik ni bawak kereta.. mihmihmih.. Siap Farah cakap mak dia takut nak bawak laju2 sebab adik aku bawak cam slow sikit. Takut tak boleh follow. Hahahaha.

Aku ngan Farah tumpang kereta Nad. Aku macam segan jugak lah sebab ada husband Nad kan. Husband Nad yang drive kereta. Dah lah tak kenal so harus sifat pemalu datang tak semena2. Aku kan pemalu tak bertempat.. kui kui. Dah lah aku ni berat.. takut terlebih muatan pulak.. lulz. Nyampah tau bila kena pikir camni.  Farah memang dah kenal so dia rilex je. Tapi bila dah kenal.. memang agak peramah orangnya so okey. Tapi sampai kesudah aku tak borak pon. Malu. Haha.

Dari bangi terus gerak ke hentian Sungai Buluh. Yang mana dari Seremban, Klang sume berkumpul kat sini. Kira berkonvoi dari sinilah. Yang comelnya suma bawak Myvi kot except Henri bawak Honda. Supposed Niza, my ex AMO pon join jugak, tapi tak semena2 dia rindu anak dia terus tak jadi pergi. Alolo.. omel2 angat nih. Belum apa2 dah rindu anak. =D

Masa on the way nak ke Bukit Fraser dari hentian Sungai Buluh, sumpah kecut perut aku sepanjang jalan. Mana taknya driver2 ni boleh pulak kot diorang berlumba2 bagai. Bersilang2 potong memotong, Dorang tak tahu aku ni bukan boleh, kat belakang kejung satu badan. Muka jer nampak kool. Padahal kat dalam hati, apa doa jer aku tak baca.. haha.. Cuma tinggal tak mengucap je lagi sebab macam nak mati sangat lah pulak gayanya. Tup2 terlepas simpang, baru masing2 reti sedar diri.. hahaha.. Tapi bila ingat balik macam kelakar pulak.

Perjalanan  dari kaki bukit nak naik ke Bukit Fraser memang agak mencabar giler. Jalan curam, kecik lak tu and berpusing2 tak hengat. Aku doa2 jelah jangan kereta ni buat pasal pulak kat tengah2 jalan. Tak pasal2 aku dipersalah kan sebab terlebih muatan.. Tskk.

Anyway.. sebenarnye aku pun dah kelupaan apa aktiviti yang aku buat kat situ. Haha.. nama pon cerita dah melampaui basi kan. Actually tak silap aku.. tak ada aktiviti apa sangat pon. Makan tengah hari kitorang makan dekat kedai mamak mana ntah dekat Kuala Kubu Bharu. Tu before kitorang naik Fraser lah. Pastu aku ingat aku ada tersasul cakap. Vongok sangat.. instead of freaking hot aku leh tersasul FUCKING hot.. muahaha.. agak awkward jugak ahhh bila pompuan bertudung litup bajet ayu dan manja macam aku ni cakap FUCKING. Macam tak masuk jer weh..Malusss!

Sampai Bukit Fraser pon dah petang dalam kul 3 lebih. Nak tunggu bilik ready pun agak lame gak ah.. So dah buang masa kat situ. Dah lah hujan lebat gila nak mams. Tetiba ternampak kereta Honda kot, tak sure ah sebab aku pon reti sangat brand kereta ni, tapi kereta mahal lah, boleh pulak tingkap tak tutup. Vodo. Giler. Kesian lah jugak, confirm banjir dalam tu. Hahahaha. Gelak pulak. Kalau kena kat aku harus mengangis guling2. Organizer trip ni Uma Devi. Kat sane Uma lah yang banyak settle kan benda. Rasanya macam mak bawak anak2 bercuti pulak bile teringat balik.. Haha.

Petang tu ada sesi potong memotong kek. Lepas tu Balan yang beria suruh buat aktiviti bagai kononnya balik petang tu jugak. Hek Elaaaa. Yopo2 jer kau nih. Tapi tak ada hal pon. Ada tak ada pon sama jerr pon.. Bluerkkk. Haha.

Malam makan kat kedai makan dekat area2 situ gak. Quite shock, makanan kat situ murah2 jer walaupun atas bukit kan. Lebih kurang jer macam makan kat tempat lain. Lepas makan main game kat bilik budak lelaki lepas tu pillow talk dengan the girls and tidor.

Hari kedua pulak, pagi2 after bangun aku, Farah, Pari, and Izza strolling kat sekitar kawasan situ. Amik2 gambar. Lepas check out, mandi sungai. Kat mane aku memang hilang ingatan giler2. Tsk.

Jom lah layan gambar pulak ye.



Gambar pertama amik kat sini pakai kamera aku lah. Ko nengok perbezaan saiz paha yang sungguh berbeza di situ. Time ni berat aku seratus lebih lagi kot. Belum consume Herbalife lagi.

Dari kiri : Pari, Izza, Farah, Me, Dayana, and Nad.



Farah garu muntot eh.. Haha.. Joking. Marah pulak Farah aku fitnah dia.



Harus aku yang paling tergajah di situ. Tapi nyomel kan gambar baring2 camni.



Eh.. Aku macam tidur betul2 pulak. Uma yang tengah buat peace yo tu.



Sesi potong kek. Comel Ag berbungkus kat balkoni tu. Bukan sejuk sangat pun padahal.



Ni namanya kek indah khabar dari rupa. Disebab kan kek ni aku anti dengan fondant kek. Bukan lah tak sedap tapi macam kek biasa sangat. Harap deco jelah meletop. Harga dah lah mahal. Suku je kot habis. Kek paling tak laku aku pernah jumpe. Tak tahu lah saper yang habis kan. Aku saspek Pari kot.. Hahaha.. sebab minah tu memang hantu kek.



Buat modal amik gambar boleh ah. Tapi rasa out.



Amboi.. terlebih sudah aku punya lentok kat situ. Ha ha.



Hello..! Macam tak de motip jer posing camni.



Ni lah Balan, ex manager aku yang habis jer sesi potong kek ni terus blah balik umah. Dah lah bagi aku bonus ciput. Venchi ah kau.





Masa ni Preet malu2 lagi. Aku pon tak rapat lagi dengan dia. Now asal boleh 9 jam waktu kerja tu asyik nak seru nama ahkak jer, biasalah orang popular memang camni.. Awww






Belakang tu restoran kitorang makan malam. Nak beli cenderamata macam fridge maget or key chain boleh beli kedai dekat2 sini.



Me pari & Izza'. Yang pasti bukan Izza' ombak rindu tu.




Pari yang kurus sikit time ni. Ni lah member berbangsa India yang paling rapat dengan aku. Manusia yang paling baik yang selalu tolong aku release item Receipt tanpa merungut. Kadang2 boleh jadik partner in crime. Sekarang dah jadik member Gym. Ewah.. nak jugak selit kater pergi Gym. Tak kurus2 jugak citer dier. 



Izza ni tak sama macam orang lain. She's actually one of the Leukemia survivor. Tapi aku tak pasti pulak disebab kan tu ke dia menjadik seorang manusia yang maha pelik. Kau pernah jumpe orang yang mengaku dia bercinta dengan mat saleh dari Amerika and that so called bf mat saleh die tu transfer duit like USD 200k masuk dalam akaun bank die. Giler kan? Ntah betul mat saleh. Kitorang syak memang Negro nak jadik kan die keldai dadah jer. The moment die bagitahu, teruk kena sekolah ngan kitorang. Aku lagi rela die menipu sebab kalau betul confirm2 duit tu money laundering. Mana ada orang senang2 nak bagi duit kat stranger kan? Sebab tu la kot memang banyak jer lah kisah pompuan kena tipu. Aku dah jumpe depan mata. Tak boleh nak citer banyak2. Izza pon dah resign. 24 hour lagi ko.

Esoknyer pulak pagi2 dah bangun strolling. Cuaca very the nyaman.



Member baik Pari tengah carik makan.



Muka tak mandi. Tapi Pari mungkin mandi kot.



Sumpah macam mak budak. Venchi.



Ewah mak enon.. Macam artis Farah kamera di sana sini.



Mereka lagi.



Tak tahu lah macam mana aku boleh tergamak nak pakai seluar kaler pepel. Tapi okey jer kan.. Tskk



Me and Izza. Sebelum Izza resign sempat mintak maaf ngan dier. *tibe2



Izza and Farah.



Yang penting kite enjoyyyy!




Gadis bunga.. Farah!





Bagi sorang satu gambar solo. Pari biar dier pakai kamera sendirik.



Us!!  Aku pon tak ingat saper yang amik gambar nih.






Beria nengok bunga.. hiks





Izza kalau bercerita memang semangat.









Oh ye, tengok gambar ni baru lah teringat. Apartment yang kitorang sewa dekat SilverPark. Okey lah.. selesa jer cume bilik die ade 2 jelah. Kalau gi ngan family aku ramai2, macam tak cukup bilik lah kot. Aku prefer kalau kalau ada 3 bilik, so tak lah sendat sangat bilik tu nanti. Teringat, Izza cakap masa kecik2 die pernah datang sini, adik dier nampak hantu kat apartment tu. Nasib baik time dier citer tu masa tu dah balik dari Bukit Fraser. Kalau tak mau aku tak tidor malam tu.











Breakfast nasik lemak. Sedap!



Cantikkan gambar ni.. hakak yang amik taw.













Nyomel. Kalau aku masuk gambar ni confirm tak jadi macam ni. Tskk.







Geli jek nak jelir2 lidah. Tskk.







Ewah mak enon!!.. Kurlass kan Kak Pah.



Izza tak nak kalah ngan aku tapi buat gaya gengster.



Kononnya macam rumah ni macam rumah aku lah. So tengah jemput tetamu masuk gitew. Tapi lakonan macam tak seberapa so tak menjadi lah citer dier.



Izza gak pandai.. Err puji sikit sebab tadi dah citer bukan2 pasal die.. Haha. Ampon!





Pari ni bile dah sampai sini baru aku tau boleh tahan kuat jugak perempuan ni punya berangan. Setiap ceruk kalau boleh dier nak posing kau.



Gambar paling berangan. Tak tengok lagi gambar kat kamera die.



Ni pulak Kak Aishah ngan anak die yang super clingy. Dah lah maknyer mengandung. Sian aku nengok.



Tengok tu.. Bersilat atas perut mak die. Budak2 biasalah kan.



Ni weoll dah check out dari apartment. Bergambar beramai2.





Kalau pergi Bukit Fraser memang tak complete lah kalau tak berposing kat sini kan.



The boys.

From left top : Husband Nad, Preet and Nava. From left middle : Mathan and Joshua. From left bottom : Husband Uma and Alfie, kawan AG. 

AG cakap Alfie ni script writer taw. Filem Sembunyi ngan drama Hikayat Putera Shazlan tu dia lah yang tulis skrip. Aku memula dengar terus rasa macam dia ni artis. Padahal penulis skrip lah. Aku tak pernah tengok pun citer Sembunyi tu pasal cerita hantu kan. Aku kan penakut. Tapi Hikayat Putera Shazlan aku layan jugak masa zaman belajar dulu sebab suke nengok Abby Abadi jadik Mak Som. Boleh lah buat gelak2 sepam dua. Masa ni die gemuk lagi, sekarang ni dah kurus uolls. Tak la kurus giler tapi tak sebesar macam gambar kat atas.



AG yang pakai baju pink yang pandang kamera tu. Gambar ni Alfie yang tangkap kan. Macam sweet gak lah sebab masa ni Alfie macam semberono tangkap jer thats why semua tak pandang kamera aku. Tadek nyer nak panggil2 suruh orang pandang kamera aku. Tapi AG pulak pandang kamera yang Alfie pegang jer. Haha.. sweet kan. Aku yang owner kamera ni pon tak pandang kamera sendirik. Haha.



Tak cayer nengok gambar ni pon samer.







Ha... another one. Yang ni obvious.. Haha.









Masa ni dah dekat sungai mane-jangan-tanye-aku sebab aku dah lupa. Aku tak mandi pon sebab malas nak tukar baju. Preet ngan Izza buat sajer2 mencacat kan diri yer. Diorang tengah tangkap buih. 



Mathan, antara orang yang baik dengan aku selama ni. Sekarang dah resign masuk RBC. Dulu rajin betul2 bagi ayat2 puitis kat aku. Main2 jer lah, bukan betul2 pon. Tapi Kak Aishah sangat tak boleh blah kate aku ramai peminat sebab Mathan asik kacau aku.. Haha. Kak Aishah ni dier orangnyer agak noob sikit lah. Ek eleh aku ni cakap orang noob. Noob2 dia pon kahwin jugak kan. =.= 

Nad pulak, masa die kat team aku dulu tak rapat pon. Now pon tak rapat jugak. Tskk. Kawan biase2 jer. Tapi die antara orang yang bijak2 yang aku pernah kenal. Now dah ade anak. Comel. Aku siap datang rumah dier lagi. Tak ingat lah pernah citer kat belog ke tak. Hii.




Teammate kesayangan tapi yang tinggal cume Farah sahajer. Tu pon Farah nak lateral jugak bulan tiga ni. Sedih. Yang depang tangan tu nama die Nava. Dayana kadang2 panggil dier Navaganas. Full name die Navaganesh. Haha.. macam masuk jer kan Navaganesh ngan Navaganas kan. Nava ni baik gak lah bagi aku. Selalu kot tolong aku pasal aku kan tak terror englis. Die selalu betulkan grammer aku. Kalau ade queries pon orang akan carik dier jek. Sampaikan die cakap.. why always me... haha.. comel jek. Tulah saper suruh baik sangat kan. Time dier resign tu semua orang sedih.  Dier pon tukar RBC gak.



Dayana and Farah. Dayana pon dah tukar RBC. Antara orang yang terapat dengan aku kat sini. Masa die mula2 masuk kerja dulu, hari2 break sama citer pasal bf ngan buat ketupat. Hehe. Tapi hujung2 tu dah tak break same dah mungkin sebab dah tadek modal nak borak lagi. Haha. Anyway.. aku consider dier kawan rapat aku jugak which aku akan ingat sampai biler2. Bulan 5 ni die kawen. Kalau ade kawan, Insya Allah aku pergi. 



Dayana. Cantik pic ni kan.












Kite akhiri dengan gambar Dayana. Hiks. Tu jer kot. Tak larat dah nak tulis. 

Thanks for reading! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...