"You don't make Lemonade. You use the seeds to plant a whole orchard"

Jan 26, 2012

layann je




Layan jugak tengok citer Badul petang2 nikan..

heheeee

ekcuali, aku perasan lah, malam2 on weekdays tak ada citer sedap pon kan. bukan sedap untuk dimakan ye. tumbuk karang sape yang cakap cenggitu grrr. even raya cina ari tu pon tak ada cerita best.

tapi bila siang2 ni banyak pulak citer best. bagi aku best lah. tak tahulah korangkan.=P

bile weekend nak tengok cerita best, bila tak ade cerita yang nak ditengok tu rase stress bebeno pulak. pakai astro beyond dah. channel kau sebut je nak ape. macam2 ada (tagline astro) tapi tetap tak ade cerita sedap.

dulu orang kata tak ada astro movie, tak ada makna lah kau ada astro kan. dek sebab kan terpengaruh dengan bisikan syaitonnn aku pon pasang lahhh astro movie. aku rasa semua cerita tak sedap pon. bosannnnn. bila kat umah orang or kat lepak kat mamak, ade pulak cite sedap. kuang ajo kan. ari tu nak sangat tengok maharaja lawak. rasa out of date pulak bila orang update pasal maharaja lawak. tak boleh jadi ni, maka pasanglah astro warna pakej mustika, habis je maharaja lawak mega, paling menyampah bila tayang cite kiah pekasam. tak bukak2 dah.. adoii..

^.^

sekian bebelan dari saya.

Jan 24, 2012

cabaran suku abad




yeahhh.. untuk tahun2 berikutnya dalam hidup aku, i can feel that i need to be more tabah dalam menghadapi hari2 yang mendatang dalam hidup. haha.. pelikkan kenape tetibe aku menggunakan ayat yang agak tak boleh blah untuk entry aku kali ni kan. ;P.. jangan risau, saya masih waras.. muahaha.

biasalah bila usia dah mencecah suku abad ni ramai lah kawan2 seangkatan yang sibuk nak berumah tangga kan. bila aku bukak facebook je, boleh dikatakan tiap minggu ada member2 yang kahwin. tu baru yang jemput, tak campur lagi yang tak jemput. kalau tak kahwin pon tunang. apa sajalah yang menjurus ke arah nak bina masjid ni kan. kawan2 yang masa aku sekolah yang dulunya aku tengok suci + skema pon aku tengok dah nak kahwin dah. makin cantik pulak tu. aku jugak yang tak laku.. agagaga;P

lepas ni dah tentu ramai yang tanya bila aku nak kahwin pulak. huhu. tu lah point aku untuk entry kali ni. kena lebih tabah bile diajukan soalan yang lagi mencabar dari nak jawab soalan SPM ni. haha. bukan aku tak mahu kahwin lagi, tapi tak ade calon nak buat camne kan. wah, sadis gila ayat aku kan. haha. tak adalah, aku okeyh je. malah aku tumpang happy tengok kengkawan yang nak naik pelamin. tak sabar nak tengok their big day. =) cuma lepas ni bila orang tanye bila nak kahwin aku dah kena prepare jawapan lah. adesss.

cuma bila dah ramai kawan yang nak kahwin ni barulah aku perasan yang rupa2nya kengkawan aku ni ramai yang luar slangor. kelantan lah, johor lah, melaka lah, terengganulah pahang lah, adoiii... tak tak tahulah camane nak attend majlis diorang ni. jauh sangat. =.=

kusut jugak tu nak pikir! hurmmm






Jan 23, 2012

Ayam penyet bertukar jadi ayam kepsi




balik dari kampung tadi tetiba anak tekak aku ni mengidam nak mengketedarah ayam penyet api. kat ngan umah aku ni bukan satu tapi ada dua kedai makan ayam penyet. ayam penyet ria ngan ayam penyet api.

so tadi bagi rm30 kat adik aku suruh pi beli ayam penyet. aku pon naik ke rumah sambil nyanyi lalala.. dalam hati gumbira nak makan ayam penyet. tetiba adik aku kol

" long, ayam penyet api tutup ah "

" tipuuuu... " hancur luluh hati aku dengar. tapi nak buat camne. kaedai tu dah tutup. nak menangis air mata dara pon dah tak gune lagi. " kalau camtu pi yang ria pulak " kata ade dua kan. ngeh ngeh.

" pon tutup"

cisss. cinabengkok betoi. time aku nak makan tulah semua kedai nak tutup. kuang ajo kan.

" beli kepsi lah long "

adess. tekak tak teringin pulak nak makan kep. tapi... " beli jelah dik"

dah lah tak dapat makan ayam penyet. duit belen pon tak dapat jugak. total loss aku malam ni. =.=

begitulah kisah ayam penyet bertukar jadi ayam kepsi.
sekiannn.


Jan 22, 2012

beli jangan tak beli



tadi masa kat kampung punylah rasa tak menyabar nak tengok cerita Hantu Kak Limah kat Astro Citra. Yalah baru tengok sekali kat wayang tahun lepas. so nak tengok lagi lah kat TV pulak sebab masa tengok kat wayang hari tu memang bantai gelak gila2. tapi bila balik rumah harap tv je terbukak tapi mata dok layan laptop. adess. =.= tak pe banyak ulangan kan.


sebenarnye aku plan nak beli hp baru. tapi bukanlah dalam masa yang terdekat ni. InsyaAllah mungkin within 1 month. cuma sekarang ni tengah konfius nak beli hp ap ek. kekekeliru la (tetiba gagap) agagaga. ;p

sekarang ni aku tengok brand Samseng (samsung) yang tengah hot malatop. mungkin sebab harga murah kowt. Galaxy Young pon boleh dapat around RM500 je. murah ke tu? murah lah nak banding ngan Iphone 4s tu kannnnn.



cousin aku semua dok suggest beli Iphone 4S. amboiii... senangnye lah cakap kan.. beli beli beli.. dua riban kot rege nye. aku rasa aku tak mampulah nak beli oi. mahal bebeno. kalau kumpul setahun pon tak tgentu dapat woi. duit bonus tahun ni dah bajet nak spend untuk kuruih kan badan tau. lantaklah korang nak kata beli Iphone lagi berbaloi ke. yang penting aku nak beli Jusmate. teguh kan iman ku Ya Allah.. hehe

one more thing, aku ingat nak beli hp yang bukan fully touch screen. biar ada keypad. bukan apa. aku rasa susah lah touch screen. aku bukan jenis lemah lembut macam korang. eh nampak je lembut tapi dalam hati gannazzzz.. jadi takut jahanam sebelum waktu. tapi hp ape ek. kalau boleh nak Blackberry tapi pon mahal jugak. kurang2 mahu 1 riban. aiyooo... tercekik aku dengar.


kekadang aku pelik gak, cemana lah aku tengok orang sekarang ni senang2 boleh tukar hp. aku nak beli sebijik pon payah gile. semput nak ngumpul duit. orang lain. tiap2 bulan tukar. apa kejadahnye semua ini??? apa korang keje cop duit ke ek. eyhhh aku pelik lah.... ke aku yang boros. macam tak jugak.

tak pe lah. ade rezeki aku beli. tak de rezeki aku nganga. wuwuwu


kenape manusia susah sangat nak ikut perintah Allah




aku bukan cakap pasal orang lain tapi kat diri. nak buat ibadat kat Allah pon malu. takut orang lain feel offended. perlu ke?

bile bala datang barulah sibuk nak mengadap Dia.

ya Allah..



At Hometown




hi semua. selamat malam. ektuali sebenarnye aku kat kampung. baru petang tadi sampai. aku tahu korang mesti rasa pelik kan kenapa aku tak tidor lagi. fyi, tengah hujan kot sekarang. kalau aku kat umah sendiri or erti kata lain bukan kat kampung memang dah lama aku dibuai mimpi.. haha

sebenarnya bila aku tengah takut aku memang susah sikit nak pejam kan mate.. he he.. boleh pulakkan dah tua2 bangka camni pon penakut lagikan.. ekceli kampung aku ni clean je. aku yang entah pasal ape penakut sangat.. huhu

ni pon kalau korang nak tahu daripada tadi anak kucing dok mengiau. aku pon tak tahu lah sape yang dok buang kucing kat umah kampung aku ni. huhu. kalau siang dah lama aku cari nak gomoi. musti comel. ;p

erm nak ngomel ape lagi ek.. ngee



Jan 21, 2012

Al - Fatihah buat Arwah Izwan Pilus




Rasa-rasanya ramai yang dah tahu tentang berita pemergian arwah Izwan Pilus semalam. Personally, aku memang terkejut besar bila dengar berita ni. ya, aku tahu ajal maut itu di tangan Allah, cuma aku tak sangka Izwan Pilus akan pergi dalam umur yang masih muda. rasa macam masih terngiang-ngiang aje lagu Kembali Senyum nyanyian arwah Izwan Pilus tapi siapa sangka arwah kini dah kembali ke pangkuan Illahi.

Al- Fatihah..


p/s : Rasa takut bila pikir jika pergi mengadap DIA dalam keadaan yang tak bersedia. Insaf.


JOM TAMBAH FOLLOWER!

HELLO!!

hari ni i nak join segmen jom tambah follower dari Haris Kaito.
Tujuan nak menambahkan lagi follower i yang agak2 segan2 nak bertambah ni kan hehe

nak join? klik sini ye sayang! sayang ke? hihi

Jan 20, 2012

bila aku tension




seminggu dua ni aku memang admit yang aku memang stress pasal kerja. stress tak hingat punya. macam2 masalah. macam2 hal. segala bagai jenis error. lepas satu satu. aku rasa macam dah fed up gila. kalau ikut kan hati gila aku memang rasa nak berenti dowhhh.. tapi apa gila aku nak berenti kalau tak dapat kerja lain. sape pulak nak bayar hutang aku yang keliling pinggang tu. memang tak dapat ah. buat naye bapak aku aje.

so, aku cuba bertahan dan akan terus bertahan. tak tahulah sampai bila. tapi apa yang aku mampu aku laku kan buat masa ni hanya bersabar!!

and seminggu dua ni jugak aku perasan aku dah ada tebiat baru. tebiat bila aku stress. apa? tebiat nak mampus? oh tidakkk. sungguh longkang mulut korang yer. haha.. nak tahu apa? bila aku stress je sekarang ni aku akan tidor. tidor yang stok2 macam kau tak tidor setahun. biasa kalau aku bangun tidur jaranglah aku nk tidur balik selama ni. tapi semenjak dua menjak aku dah pandai stress ni aku keje asyik nak tidor je. lepas sejam tidor.. lepas sejam tidor. tengah tengok tv pon aku bantai tidor. lepas makan wajib tidor lah. sebelum nak kuar umah nak pi kerja pon aku tidor. even lagi 10 minit nak kena kuar umah pon aku bantai tidor lagi. memang giler ahh.

tapi bila aku tak stress okey je.

hai.. tak tau lah nak hidup macam ni sampai bila....



Jan 15, 2012

bicara hati bestttt!!



kalau korang peminat novel or drama sure korang tahu yang sekarang ni drama bersiri bicara hati tengah hangat ditayangkan kat Astro Prima. wallawei!! best gila kot. aku yang tak minat sangat kat sharnaz pon tetiba rasa jatuh hati tengok dia pegang watak tengku syahran. verylah the seswai uolls!;p dengan nakal2 nye. alahai.. betul2 macam watak tengku syahran dalam novel. and yang paling best.. korang tahu berapa umur sharnaz? he's only 27 yrs old this year. muda lagi you. aku ingat dah 30++. rupa2nya beza 2 tahun je kot ngan aku. elok sangat la tu kalau kami disatukan... awww.. nampak sangat aku ni perasan muda kan. urmmm ;P

cuma yang buat aku tak puas hati cerita tu tayang seminggu sekali je. seksa nak tunggu next episod minggu depan tau. =.= alangkah bagusnyakalau drama tu tayang kat tv 3 kat slot akasia tu. 4 hari seminggu dapat tengok.

ektuali, aku pernah baca novel tu masa aku fom 4 kot. tapi dah 9 tahun kot. dah lupa. yang aku ingat cuma babak zahlia takut lipas and malam tu jugak first time dia ngan tengku syahran make love. alamak, part tu aku ingat pulak kan. hak hak. disebabkan ni memang bangsa tak reti nak menyabar, so aku ingat nak baca novel tu secara online. so tak adalah aku berjanggut sangat nak tunggu setiap episodkan. gigih cari kat google. jumpa. happy gila aku. melompat2 kalah monet, bergegau habihb satu flat. dah baca sampai page 157 lepas tu dari page 158 sampai 559 cannot be peview on this page.... bolehhhhhh????

menyesal sunguhhh aku baca weyhh.. wuwuwu.. buang masa je. at last tak boleh baca sampai habis. even tak sempat pon nak baca part lipas tu. caitttt.

beli kat kedai?? haiii... dah pegi cari dahhh korang... tapi biaselah, kalau di cari memanjang je tak ada =.=

ada sesiapa yang nak bagi aku pinjam novel tu???




Jan 14, 2012

AYAT AYAT KELAKAR SEPANJANG ZAMAN OLEH SAMY VELLU



serius korang kena baca. memang kelakar tak hingat=D i baca dengan opismate i mengekek2 kitorangb gelak. haha. longgar terus urat2 tensi. jom layan.


Samy Vellu akhirnya dan rasminya meletakkan jawatan presiden MIC yang paling lama dipegang sepanjang hayatnya, iaitu hampir 31 tahun.Malaysian Insider ada ceritanya, di sini.Berterus terang, saya akan merinduinya terutamanya kenyataan- kenyataan lawaknya yang dibuat sepanjang tahun. Seperti Perdana Menteri kita sebut dalam persidangan BN 2010, “Kita akan rindu pada Samy Vellu kerana beliau menambah banyak warna,kadang- kadang terlalu banyak warna”. Oleh itu, sebagai penghargaan, saya hanya ingin berkongsi kenyataan kenyataan terkenal yang hanya dibuat oleh hanya seorang, Samy Vellu.

1. Samy Velu menyebut berkenaan Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai"

2. Dalam berita TV apabila beliau cuba untuk memberitahu dia berasa amat malu:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"

3. Samy berkata dalam salah satu ceramah:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Kemudian seorang pakcik bertanya, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" Dan kemudian Samy dengan megahnya menjawab, "Kalao takde sungai, kita bina sungai”

4. Kenyataan paling digemari oleh Samy dalam berita abad ini:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”

5. Ketika krisis air:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. Berkenaan masalah sosial:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"

7. Ketika program derma darah di Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"

8. Ucapan selamat datang dalam kebanyakan majlis beliau:
"Selamat datang saudara-mara semua" (Ia sepatutnya “saudara-saudari”)

9. Ketika isu Al Arqam hangat diperkatakan, beliau berkata dalam satu sidang akhbar:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"

10. Di satu majlis pembukaan sebuah bangunan baru:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"

Dan tentunya yang paling kelakar di dunia sepanjang zaman ialah:

"Kita akan bina roket pigi matahari." Salah seorang wartawan berkata, "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy menjawab, "Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam"

Itu saja setakat ini.Anugerah insan paling kelakar di dunia dimenangi oleh Samy Vellu. Kami berharap segala yang terbaik untuk anda.



Kredit: Salahudin Safi

Jan 13, 2012

Header baru =)



tapiiiii

tak bayo lagi dah guna

boleh?

=.='

credit to izara




Jan 12, 2012

" Tak comel tak pe, Boleh tutup lampu"


boleh tutup lampu? OMG!!.. sadis pulak aku dengar hikhik~

tapi apa2 pun memang tepat kuih lepat betullah apa yang ustaz Idrus ni nak sampaikan
kebahagiaan rumah tangga tu bukan bergantung kepada kecantikkan luaran sahaja tapi dalaman pon penting juga.

=)

cinta pada rupa, rupa akan tua, tapi cinta pada hati, kekal hingga ke akhir hayat
renung2kan dan selamat beramal*tetiba*;p

Jan 10, 2012

"Hubby"



one of my ofismate aku sorang ni, laki dia selalu call ofis nak cakap ngan dia. yalah, jarang jumpa kan. si suami kerja siang yang si isteri pulak kerja malam. kesian. so sometimes aku yang angkat phone. walaupun aku tahu tu yang call tu laki ofismate aku, tapi kekadang aku tanya jugak sape kat talian.

"may i know who's on the line please?"

" ni hubby dia"

hubby?? pelik pulak aku dengar bila lelaki sebut hubby. hiks. selalu perempuan je guna. ofismate aku pon bila tanya aku pon dia guna istilah "husband i ada kol?".

sebenarnye aku nak cakap aku nak tumpang jeles je. atleast dia ada jugak 'hubby' nak call tiap2 malam kan. ;p untunglah orang ada laki.

oh ye. tadi aku baru daftar streamyx. hoyeahhhh. cuke.cuke. ada ke patut orang TM tu offer yang RM110 punye kat minah sengkek macam aku ni.. uihhh tak ada makna aku nak bayar sampai RM 110. baik amik Unifi ye dop?. amik RM 60 sudeyhhhh.. laju je kowt. aku tengok cousin aku pakai ok je. hopefully=.='

alahai, tak sabar nak terminate celcom bb aku yang super lembab ni. nak bukak satu web pon sempat gi berak dulu wes. lembab sangattttt. kan aku dah curang. ;p

agaknye ni reaksi Celcom bila aku cakap nak terminate service dia
.
.
.
v


ada aku kisah?




heheheheeh


Kenapa ramai sangat Awang Hitam dan Mak Hitam kat Shah Alam arr?



sebenarnya aku dah lama pelik plus heran bebeno dengan bilangan awang hitam kat kawasan rumah aku ni. fyi, i tinggal kat seksyen 9 shah alam. setiap hari aku tunggu bas kat bus stop dekat seksyen 9 tu. dan setiap hari tu jugak lah aku nampak golongan awang hitam tak kira lelaki dan perempuan dok lalu lalang depan aku. aku rasa dalam sehari tu kalau tunggu bas kat situ tak nampak diorang memang lah tak sah. kadang2 aku pon konfius aku ni kat malaysia ke kat afrika. siyes weyh.

mak aku cakap ada kolej kat situ. tapi aku tak pernah tahu pulak kolej apa. kalau ada pon tu kolej khas untuk awang hitam ke? sebab aku tak nampak pulak student melayu or cina sekitar kawasan rumah aku tu. balik2 aku nampak si awang hitam ni yang pegang buku. so kolej ape ek?

sebenarnya aku bukan apa korang, aku risau lah tengok awang hitam ni ramai2. banyak dah kes yang melibatkan golongan awang hitam ni. contoh kes terbaru kes Keldai Dadah. sesiapa yang tak tahu definisi keldai dadah meh sini aku nak share;

Keldai dadah merujuk kepada seseorang yang secara rela atau diperdaya untuk menjadi kurier, membawa dadah atau barang seludup ke negara lain. Taktik ini mengurangkan risiko pengedar/penyeludup dadah itu ditangkap. Kaedahpenyeludupan temasuklah menyembunyikan barang dalam kenderaan, bagasi atau pakaian, mengikat pada badan, ataupun dengan menelannya.

ha.. lebih kurang begitu lah maksudnya kalau ada yang tak tahu lah. aku dengar istilah keldai dadah pon aku dah rasa buruk no lah bunyi nye. keldai kot. korang tahu keldai dalam bahasa inggeris apa? donkey okey. korang suke ke orang panggil korang donkey??. tak cukup dengan donkey, dadah pulak tu. buruk no. and percaya atau tak ramai orang kita terutama nya perempuan boleh terpedaya dengan pujuk rayu awang hitam ni sampai terperangkap and jadi mangsa donkey dadah. tak faham aku. sepanjang aku aku tunggu bas kat situ, ada seorang awang hitam ni pernah tegur aku camni;

"do you like african?"

aku dengar pon rasa nak melompat. ngeri. belum cerita soal kahwin lah ape lah. ee nak cerita pon geli. tapi ada orang kita yang boleh cair and siap bercinta dengan mamat nige ni. hai.. tak faham aku... aku bukan nak diskriminasi ke ape. cuma aku rasa golongan awang hitam ni kalau ayat perempuan melayu ni bukan sebab diorang betul2 cinta tapi sebab udang disebalik mee iaitu nak jadikan perempuan2 ni sebagai mangsa keldai dadah diorang.

kalau tak bukan sebab keldai dadah pon sebab seks. lepas tu kalau si perempuan ni ada anak dideranya anak perempuan tu. kejam. orang kita sendiri pon dah cukup ramai yang buat masalah. ni nak tambah lagi dengan golongan awang hitam ni. haish.

wake up girls!!

so aku harap sangat golongan awang hitam ni dapat dikurangkan dalam negara kita sebelum lebih ramai lagi orang kita yang terpedaya. siyes!!

Jan 9, 2012

Jalan2 hantar Pengantin : Hantaran (akhir)

hi korunkk!!
ni last entry untuk siri Jalan2 hantar pengantin hihi
ye. hantaran.
sangat simple & bajet pon tak besar.
kita sendiri pon boleh decorate

jom layan gambar yuk







nice kan?
hihi


tata

Katil Patah,Ganas kau




Percaya atau tidak, katil aku patah kurang dari 10 minit yang lalu ketika aku sedang eksaited nak naik atas katil. boleh pulak kan? haha. berat sangat ke tuan ko ni ha wahai encik katil? (lagi mahu tanya kan ;P) boleh pulak kau nak patah sekarangkan. kuang hajooo ko ye. nasib abik aku ni belum kahwin lagi. kalau dahhh memang lain dah ceritanya. huhu.

niat dihati memanglah teringin nak beli katil baru yang comey tapi macam tak berbaloi pulak nak beli sekarang rasenye. ingat bila dah pindah rumah baru nak beli yang baru. takut kalau beli sekarang bila pindah umah baru nanti dah buruk pulak. tapi masalahnya sekarang, tahun bila pulak aku nak pindah kan.? haha. siapa nak tolong jawab tuh.

so encik katil, silalah bertahan dulu ye. mohon sangat ni ;p

tapi apa2 pon nak berangan jugak. kalau beli katil baru and time tu i kerja kat HSBC lagi, i nak beli katil macam ni


haa.. pasal ape? pasal aku kerja malam. kalau beli yang ada tiang camni boleh letak langsir (langsir ke orang panggil. ah lantak) so bila hari dah siang sedap jugak aku nak tidur kan. tak adalah tidur aku terganggu dek sinar mentari. kan tidur tu penting. hihi.

oh dah pulul 1.30 pagi. time to sleep. bai=)


Jan 8, 2012

Ezani; Juara Masterchef Malaysia yang pertama



Bagi sesiapa yang mengikuti siri realiti masakan Masterchef Malaysia mungkin dah tahu juara Masterchef Malaysia yang pertama adalah EZANI


Congratulation for her!

Ekceli memang dah boleh agak dah Ezani yang menang. sebab dari awal lagi pun memang Ezani dah menyerlah dengan masakan2 yang selalu dipuji oleh juri. tapi dalam hati sebenarnya aku harap Wahidan yang menang, sebab contestant pon sendiri cakap Wahidan tu kan cuma seorang pekebun. mungkin dengan menang Masterchef Malaysia ni boleh ubah nasib dia kan. tapi nak buat macam mana nasib menyelebahi Ezani. ;)

p/s : Maharaja Lawak Mega dah habis, Masterchef Malaysia pon dah tamat, lepas ni sambung Raja Lawak pulak. hiks. bak kata bapak aku.. lepas satu.. satu.. haha.

Nak kembali aktif


ade sorang kawan yang aku kenal masa aku kerja kat Chulan Construction dulu message aku kat fb tanya nape aku ni sombong sangat.. kalau online tu tak pernah nak tegur. bila di tegur pon tak pernah nak balas.. sori, aku pon tak sempat nak print screen massage kawan aku tu sebagai bukti. ekceli die bukanlah orang pertama. fahimah, kawan aku masa kat uitm segamat dulu pon pernah tegor benda yang sama.




sebenarnye bukan diorang jerr.. ade la beberapa orang kawan baik yang lain.. aku pon dah tak ingat sangat..

pada kawan2 tersayang... aku pon tak tahulah nak kata ape.. maaf yerr.. lagi pon kekadang korang message tak kena masa.. bile aku nak reply je korang dah offline.. huhu 1 more thing, aku ni tersangatlah jarang tengok sape yang online. kadang2 tu memang saje aku tak tengok sebab dulu mase aku tgh gila facebook, aku pon selalu gak tegur orang yang online. lepas tu orang tu terus offline bila tengok aku online. takut aku message dier lettew.. tak ke sakit hati aku mase tu.. ='( sedih tawww..

tapi InsyaALLAH lepas ni aku cadang nak aktif berfb balik. untuk rapat kan silaturrahim. so friendsss... maafkan aku yer=)

Review 2011


hii!! selamat pagi semua. seronokkan pagi2 ahad ni dapat tidur dengan jayanya sampai ke tengah hari (tadi ucap seamat pagi?!) terasa diri bagai di syurga *over*

tahun 2011 merupakan tahun yang agak bermakna dalam hidup aku. banyak suka duka yang berlaku sepanjang tahun ni. Alhamdulillah, aku berjaya hadapi dengan jayanya. haha.

Jom Flashback=)

January
bulan ni aku start bekerja dengan HSBC . Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki aku. percaya atau tidak aku hanya menganggur selama sebulan sahaja selepas habis belajar dan lepas tu aku dah dapat kerja. walaupun kerja aku taklah sebaik kerja orang lain tapi aku bersyukur sebab sekurang kurangnya aku ada kerja tetap dengan gaji yang boleh dikira lumayan. Syukur.

February
tak ada apa2 yang menarik yang berlaku dalam hidup aku bulan ni. biasa2 aja pak. hiks. cuma aku mula terima task di tempat kerja. yeahhh.. bermula lah era RECEIPT dalam dup aku. hahaaa mesti korang tak faham kan. ada apa dengan RECEIPT? tak apalah. biar aku ajelah yang faham.

March
Sepet kahwin bulan ni. yeahhh.. buat pertama kali nya aku drive all the way dari shah alam ke melaka secara solo. ni lah satu pengorbanan aku laku kan untuk kawan tersayang. aku happy. mula2 memang aku rasa gila nak drive sorang2. jauh pulak tu. tapi disebab kan teringin nak tengok kawan baik sendiri bersanding, aku kuatkan jugak semangat. Alhamdulillah.. semuanya selamat.

April
bulan ni pun sama. tak ada apa yang meraik yang berlaku. cuma di tempat kerja keadaan menjadi lebih hectic. busy. kena marah.

May
bulan ni merupakan bulan yang paling bermakna dalam hidup aku. aku konvo untuk degree bulan ni. Alhamdulilla. syukur sesangat. macam tak percaya pulak aku sekarang dah ada segulung ijazah. hihi. bulan ni jugak aku dapat tahu sepet dah pregnant. satu lagi berita gembira untuk bulan ni. dua kali syukur. tapi dalam pada tu ada jugak berita yang agak sedih dimana kawan baik aku yang sorang lagi, mas tak jadi bertunang. pada mulanye aku sendiri pun tak tahu apa puncanya sebab tuan punya badan sendiri pon tak nak ceritakan. tapi sekarang bila dah tahu, itu pun dari blog dia jugak bukan dari tuan badan sendiri (sedih), tapi aku memang dah agak angkara orang ke 3.

June
bulan ni pun best jugak. pertama kali pergi rumah sepet di kemensah dengan mas. tapi masa ni prut sepet normal lagi. tak maju ke depan lagi. haha. bulan ni jugak blog tercinta genap setahun. suke!

July
bulan ni aku dapat surat confirm. yippeee.. Alhamdulillah. bila manager aku ucap tahniah, rasa kembang lobang hidung nagn muntot. overkan haha.. (mana ntah aku letak surat confirm aku tu ek? aiyoooo)

August
bulan ni paling best skali korang!!. aku beli kereta!! Saga FL warna hitam bernombor plat WVQ 5390. ha... hamik ko.. dengan no plat aku bagi. kereta raya kata orang. hihihi.. aku happy sangat sebab at least aku dah mula kumpul harta untuk masa depan aku. bulan ni jugak aku semakin raapat ngan kawan aku dee. hari2 lepak sesama.

September
ni bulan paling haram sekali dalam hidup aku. beraya sengsorang kat shah alam and kat tempat kerja. jadahnye????? bulan ni jugak hp aku hilang. hoi pencurik mana hp aku arr?

October
nothing special happen this month. cuma yang sedih blan ni dee hantar surat resign. wuhuhuhu...

November
dee resign. sedih lah jugak. huhu. bulan ni RECEIPT team dapat member baru. budak MRSM. huhuuu... tapi kau budak MRSM pun tak tentu ko boleh buat kerja dengan baik... it really show yang RECEIPT memang susahhhh... dan aku dah tempuhnya selama setahun. hebat jugak aku ni. hehe.

December
bula ni bulan yang paling seronok sekaliii dalam family. my cousin kahwin. seluruh keluarga berkumpul. buat kerja sama2. berborak. memang dapat spend masa yang ebaik-baiknyalah ngan family. lepas tu pergi bercuti kat Cameron Highland. feeling oversea giteww.. hehe... lepas tu naik Gua Tempurung lagi. hehe.


aku rasa tu ajelah kot sedikit sebanyak summary hidup aku sepanjang tahun 2011.







Jom Cari Blogger Setempat


Nama : Cik Cura aka C ik Rara
Umur : 25 (wlaweyhhh. 25 tahun dah aku rupenye)
URL : jombacabelogsaya.blogspot.com
Asal : Shah Alam

Nak join? Klik SINI

susah kalau dapat manager kaki skodeng ni




ni alkisah manager aku yang suka sangat skodeng staff dia. bukan skodeng ape korang. manager aku ni suka skodeng staff dia time online kat kiosk. haha ;p kalau bagi salam tak apa lah jugak. ni tiba2 je kau. stress mak!

aku dah banyak kali kena kot. bukan apa aku ni dah lah suka baca baca belog2 gossip. tengah2 syok baca gossip tiba2 dengar suara kat belakang;

"ooo.. ni kerja u rupenye.. i tak sangka u macam ni"

haha.. elok2 baca gossip artis aje tiba rasa macam bukak laman web lucah pulak. haha. kalau baca belog agama2 tak apalah juga. malu weyh. lepas tu kat ofis sibuk tanya gossip terbaru. adess.

bebaru ni aku kantoi baca belog terbang tinggi2. alah belog hamzah ian tu. tengah dok sedap layan gambar si mejah tu tetiba ada manusia berdehem kat belakang sambil buat muka minta tangan. adess. mesti dia ingat aku suke tengok gambar lelaki hot. (hot ke si mejah tu. hiks)

jangan dia ingat aku psiko sudahhhhhh. malu wes.


Jan 7, 2012

Impian Cik Cura




sejak dua menjak ni ramai pulak lah yang suggest kan aku beli jusmate 5 dr rozmey tu. sirius. dua tiga orang tak kurang dok suruh aku minum jusmate tu. katanye ada member2 diorang dah berjaya kuruskan badan lepas guna produk dr Rozmey tu.

sebenarnya kau kecik hati jugaklah bila orang suruh2 aku beli produk2 untuk kuruskan badan ni. yalah orang macam aku ni badan je besau tapi hati tak tentu lagi besau yo. haha.. tapi aku pikir positif aje lah. agaknya mereka2 ni sayang lebih kat aku gamaknya sebab take care terlebih kan sampai hal body aku pun nak ambil kisah. ;p

kalau betullah jusmate5 ni boleh buat kita kurus aku memang nak sangat beli kot. siapa tak nak kurus hoi. ko tak nak ke? tapi kalau takat harapkan jusmate aje tapi makan tak jugak control pon tak guna jugak kan.

kalau korang nak tahu nafsu makan skarang ni tak boleh nak habaq lah. kalau sehari tak dapat nasik mengelegak perut aku dibuatnya. lepas tu sekarang ni aku dah tak makan makanan2 kesihatan ni. kalau dulu sup, tom yam, ngan yong tau fu memang favourite aku tapi sekarang sebelah mata pon tak tentu aku pandang weyh. bak kata nenek aku kalau nak tengok aku makan benda2 sihat ni, " in ur dream okeyh" kelas kau nek!

tapi impian nak kurus tu tetap ada. tak pernah mati dalam hidup aku. ceh. ayat aku memang tak nak kalah kan. haha. cuma sekarang ni aku kena cari sumberinspirasi untuk kurus. korang rasa macam mana ek?

ofismate aku cakap kalau kita betul2 nak jaga badan kita then kita patut pi jumpa doktor and check darah kita. motiffff???? haha. tapi betul jugak kan. cuba korang bayangkan korang pergi check darah kat kat mana2 klinik and doktor tu sah kan korang ada penyakit darah tinggi or paling best sakit jantung??? perghhh...

bulan 3 ni insyaALLAH aku akan dapat bonus dari HSBC. harap2 dapat lebih lah. ingat 1/3 dari bonus tu aku cadang nak spend kat London Weigh ka.. Marie France ka.. gempak jugak tu kan?? ermm... ;P

doa2kanlah aku murah rezeki yer




fed up!!



kadang-kadang aku naik fed up jugak dengan perangai seorang hamba ALLAH ni. pantang nampak muka aku confirm tanya masuk pukul berapa. aku tahu lah aku masuk kerja pukul 6 petang, balik pulak pukul 3 pagi. memang lah agak pelik dari orang lain kan. orang dah balik kerja aku baru nak masuk kerja. tapi rasanya tak perlu lah nak buat muka macam cammm jijik sangat macam lah aku ni kerja GRO kat kelab malam. kecik duh hati aku.

lepas tu sibuk lah cakap ngantuk lah. nak balik rumah tidur lah. perlu ke? aku dah kerja setahun kot ofkos lah aku dah biasa kerja malam2 ni. tak ada makna lah aku nak ngantuk bagai. ingat aku macam ngko ke suka tidor kat tempat kerja. memang takkkk lahhh. so jangan tanya aku soalan bangang macam nih.

boleh?






Jan 6, 2012

Setahun Sudah!!


Hello Semua!!

salam 2012 kepada semua pembaca blogku yang masih setia
ceh.. ayat tak boleh lagi skema ke aku ni? hiks;p

hari ni merupakan hari yang agak istimewa untuk aku
guess whattt???
hari ni merupakan aniversary aku

huh?

sejak bila pulak aku bercinta kan?

haha
saja je nak buat gempak
hari ni merupakan ulangtahun aku berkerja dengan HSBC
yesss!!

pejam celik pejam celik
setahun sudahh
tak sangka kan?

happy??
ofkos i'm happy

=)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...