aku memang selalu bangat tertinggal doa qunut. jadi ini amat perlu. =)
Apr 30, 2012
Baru aku sedar....
"PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak melawat Konstabel Mohd Kamil Paimin, di Hospital Kuala Lumpur, semalam yang cedera akibat diserang perusuh BERSIH 3.0 kelmarin, sambil diperhatikan ibu mangsa, Katirah Ngaliman. - Foto Mohd Yusni Ariffin"
sekarang baru aku sedar (sebenarnye dah lame sedar pon =.=) kenapa Allah hapuskan jodoh aku dan dia. dia pon seorang anggota polis seperti lelaki yang terlantar kat atas ni. dan sememangnye kami tak sehaluan. aku bukan cakap ni sebab utama tapi mungkin salah satu sebabnya. sesungguh Allah Maha Mengetahui apa yang kita tak tahu. semuanya dia dah aturkan untuk kita.
uolls tahu buat pertame kalinye aku rase redho giler aku tak ada jodoh ngan dia. if tak, sure dia pon tergolong dalam golongan2 seperti di atas.
Apr 29, 2012
Cer citer kahwin
Bantai je lah ye. Hiks. Entry ni could be boring kut. Bagitahu awal2. =.=
Btw, hari ni i pegi kenduri jiran lame i mase i dok kat seksyen 18 dulu. I tak rapat pon ngan dia tapi datang jugaklah sebab the whole family i pergi kan.
Sepanjang i kat kenduri tu i rasa segan wooo... Yalah.. I ni kan semakin hari semakin 'sihat' kan. Malu jugak rase. Even i dok melaram pakai tudung macam Diana Amir bagai pon masih tetap tak mampu untuk naikkan level of confident i. Yalah.. I tengok orang lain bila dah keje makin lawa makin meletopsss. Dah pegang duit sendiri kan. Tapi i tak pulak. Makin worse adelah.. Jerawat bertabur jugak kat muka.. Huhu
I tengok jiran i yang kahwin tadi pon cantik je. Memang dah cantik pon dari dulu. Hubby dia pon encem gak. Kiranya diorang ni macam pasangan yang comellah. Sweet je tengok. Eh sorrylah tak dapat nak share gambar pengantin. Tak amik gambar pulak tadi.
Kadang2 macam tak percaye pulak i dah sampai tahap ni. Uolls nak tahu tahap ape? Tahap kene kahwin lah ape lagi uolls. Tengok kat fb merata member2 dok sibuk nak kahwin. Siyes macam tak percaye lah. Lepas ni sure satu persatu kengkawan yang akan melangkah ke alam perkahwinan. Whoa. Tabah ke i nak hadapi semua ni. Sekarang mungkin okey lagi. Yalah baru 25. Semua masih baru sibuk nak merisik bertunang bagai. Tahun depan sure gila2 punye orang kahwin.. Huhu...
budak yang tahulah bila nak kahwin pakai tudung warne pink.
Tak apalah... Jodoh diorang dah sampai kan.. Biarlah... yang penting kite redho.. ye dak?
P/s : gila pasrah entry aku kali ni.. Haha
Location : Persiaran Kayangan, 40100 Shah Alam, Selangor,
Posted via Blogaway
Apr 27, 2012
Bahana beli kasut kat pasar
Nilah padahnye kalau bajet sangat. Haha.. Kasut ni aku beli kat pasar tani mega kat stadium melawati shah alam tu. Sape yang dok area shah alam mungkin tahulah kan kat mne. Aku tengok kasut ni cantik buat dari baldu lagi jadi aku pon beli lah dengan hati yang terbuka. Sepanjang seminggu aku pakai memang selesa lah. Tak rasa macam beli kat pasar pon. Tapi sayang hayat dia macam tak lame je. Baru seminggu pakai muncung dia dah terbukak. Nampak sangat gam dia tak kuat. Wuwuwu..
Tulah nak buat mcm mana. Sesiapa yang rapat ngan aku sure tahu aku ni memang bajet punya orang. Hehe. Beli ape2 pon confirm nak murah je. Kalau tak murah haram aku nak beli. Tengok ajelah:-P
Tapi tetiba terpikir macam nak hantar kat tukang kasut. Berbaloi tak?
Btw, nasib baik hari ni abang jejai yang bawak van... Hew hew hew.
Location : Utara - Selatan Hubungan Tengah Hwy, 40000 Shah Alam, Selangor,
Posted via Blogaway
Apr 26, 2012
Diana Amir;-)
Haii.. Selamat tengah semua?.. Dah lunch belum?
Uolls kenal Diana Amir? Aku rasa pasti sebahagian besar dari korang kenal kot siapa Diana Amir ni. Dia seorang pelakon yang agak dikenali jugaklah kat Malaysia ni.
Di awal kemunculan Diana Amir, aku pernah suke tengok dia and apatah lagi tengok dia berlakon. Tapi nak benci pon tak adalah. Cuma tak suka tengok je. Aku paling tak suke tengok lakonan dia dalam filem Aku Masih Dara. Dia pegang watak remaja bermasalah. Adoi. Sangat tak suka okey.
Tapi sejak kebelakangan ni aku jadi minat pulak kat dia. Yess ofkos lepas dia berhijrah, sejak dia berhijab. Aku rasa dialah perempuan bertudung paling comel sekali. And yang paling aku suka dia bertudung dengan sempurna and kemas.
cantik kan. sangat kemas and elegant.
gaya tudung dia yang paling aku adore. =) selalu berangan nak pakai tudung macam ni gak. dah try tapi harudlah tak semenggahkan. wuuuuwuwu
Tambah pulak sekarang ni dia berlakon dalam drama Cinta Untuk Emelda, suka sangat dengan watak dia dalam tu, bertambah2 minat aku kat dia. hihi.
comel sangat=)
Location : Persiaran Kayangan, 40100 Shah Alam, Selangor,
Apr 25, 2012
Si Putih
hi semua.
tadikan mase i tengah tunggu bas nak balik rumah, tetiba je i terdengar kucing mengiau. sebagai pencinta kucing (pencintalah sangat kan:-P) i ppn carilah dari mne datang bunyi kucing tu.OMG kucing tu warne putih comel sangat. kebetulan pulak time tu i tengah makan sandwich, so i bagi lah kucen tu. i ingatkan tak makan. yalah kucing manalah makan rotikan melainkan dia lapar sangat. tapi kucing tu makan dengan lahapnye. ala... keciannye... tak memasal je i rasa sebak... huhu... nak bawak balik cm tak boleh pulak..
Apr 24, 2012
got my hp back!! yey!!
Hp aku yang citer tertinggal kat dalam bas tu dah selamat berada tangan aku sekarang. Hihi.. Yey.. Selamat duit dan masa aku. Kalau tak memang haruslah aku kena pi celcom center and buat number ni balik.
Btw thanx lah kat manusia yang jujur sesangat serahkan hp aku yang buruk ni kat security. Menyempat lagi dia hantar sms kat opismate aku bgtau hp aku tertinggal kat bas. Maluuuuuu okey.
Ape2 pon thanx bebanyak la kat jejaka gbm. Asal la awak tak tinggalkan number fon awak. Kalau tak bolehlah berkenal kenalan ye tak . Soalan yang aku nak tanya, awak ni hencem tak? Dah berpunya ke belum.? Saya nak lateral ke deparment awak boleh tak? :-D
Berangan memang bestkan.. Hihi
Location : Persiaran Kayangan, 40100 Shah Alam, Selangor,
Apr 22, 2012
membebel sebelum tidor~ layan~
uwaaaa... teruknye aku rasa batuk aku kali ni. lain macam dah ni. can u imagine dah 2 hari aku tak ada suara. siriusly.
Ya Allah, takutnya. feel like Allah dah tarik nikmat yang dia dah bagi kat aku selame ni iaitu my voice......
ni pon bukanlah kali pertama pon aku hilang suara tapi yang ni paling lamalah. 2 hari dah. selalu sehari dah sihat. batuk pon sama. tak sihat2 lagi.
the best part is hp aku tertinggal kat bas and orang bas tu ade kol aku tapi aku tak boleh nak cakap. boleh? sengal ubi betul. kebetulan gila.
aku pon tak tahulah apa nasib hp aku tu. nasib baik hp buruk yg tinggal. kalau hp baru? mahu menangis aku. confirm tak dapat balik punya.
aku teringat cik hilmi bos aku mase praktikal dulu tertinggal phone kat mne tah aku pon tak hingat, somewhere around kl lah. kau bayangkanlah. boleh dapat balik tu. tapi hp cikai macam aku punya jugakla . sungguh jujur lagi mulia lah orang yang pulangkan balik hp tu. kau orang tahu orang yang pulang kan tu orang apa? orang bangla lagi. jujur kemain. siap bagi kad lagi kau. keje kat kedai perabot rupenye. yang aku lawaknye hp cap ayam tu bukan main semangat lagi diorang nak pulangkan. tapi cube kalau blackberry ke iphone kau orang rase boleh dapat balik tak? huhu
biase lah tu kan. g.nite.
Location : Jalan Tengku Ampuan Rahimah 9/20, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor,
Apr 21, 2012
My 3rd gift ~ Little Red Riding Hood
hadiah ketiga dari aunty rara untuk sofea
haruslah diabadikan alam belog tercintakan
nanti sofea dah besar dah pandai bace
boleh lah bace ye belog aunty rara
ha... jangan lupe tekan butang follow tu!!
miahahaha
tengok ape tu sofea oii...
cenyum2 camni yang tak tahan nengok ni
alahaiiii.. sweet je~
hebak tak saye?
ish ish ish betullah...
comel la kepala sofeakan
eeee... rugi aritu tak geget
comel!!
rasa macam nak beli headband je
hihihi
Si Cengeng yang Comel o_O
siriusly baby sofea memang comel sangat. dahlah comel baik pulak tu. cengeng tu aku saje je letak.. tak cengeng langsung pong. hihi sebab aku suke tengok pic dia mencebek camni hihihi
ha... ni mama dia yang dukung ye. aku dukung baik je sofea tau. pasalnye bila sofea start jebek aku dah bagi balik kat mama dia. hahaha.. bijak tak aunty rara??
ha... tengok tu. aku dukung pun die tak nangis pon. setakat ekk ek tu alah standatlah kan, babykan.. sebab tak kenal lagi tu. bila weolls dah bonding ha tak nak lepas u (over tipu).
alololo sofea ni, takmolah tenung aunty rara lelama sangat. aunty tahulah aunty comey.. ish ish ish. bluekkk.. perasan sungguh makcik sekoq ni. haha
hobi sofea adalah membulatkan mata sendiri. nak praktis kasi mata besaq sikit.. hihi
gambar ni sofea amik sendiri tau. percaye?
alololo sofea ni, takmolah tenung aunty rara lelama sangat. aunty tahulah aunty comey.. ish ish ish. bluekkk.. perasan sungguh makcik sekoq ni. haha
hobi sofea adalah membulatkan mata sendiri. nak praktis kasi mata besaq sikit.. hihi
penah dengar tak, satu fakta yang mengatakan bola mata kita tak berubah sejak dari kite lahir... ehhh boleh caye ke?
gambar ni sofea amik sendiri tau. percaye?
yang paling best hari tu sepet masak lauk student. perghhh indu siyottt... memang peberet aku makan so'on ngan kentang. perghhh.... terangkat!!
haishhh... bila lah boleh dapat jumpa sofea agi. ari jengah kat fb sepet budak tecit ni dah pandai meniarap. wahhhh... tahniah2
terror tak saya.
tengok tangan dia. comel!
Apr 20, 2012
strolling at taman tasik shah alam
selalunya orang dapat MC terjelepuk atas katil je kan. ahaaa... aku tak ada nak manje2 cenggitu aih. time MC nih lah masa paling seswai nak pi strolling kat taman tasik tu haaaa. wahhh.. hebak tak?
rasa2 nya adalah dalam setahun lebih kot aku tak jejak kaki kat tasik ni. start dari kerja lah kot. kalau ada pon aku tak boleh nak ingat dah. lame sangat. hehe. agak2 kalau joging sehari boleh dapat pinggang macam model tak?=P
disebabkan dah lame sangat tak pi sini memang tak ada maknalah aku nak joging an. tak mampu. haha.. tak larat weyh. ni pon jalan satu round je dah mengah. tak cukup nafas eden. fuhhh. jalan jelah yang mampu uolls. lagi pon petang2 ni rasa malu pulak nak joging sebab ade mamat ensem ramai. segan lah nak bagi diorang sume tengok asset berharga aku bergoyang.. ewwww.. lemakkan. hihi kalau pagi apek ngan nyonya je yang ramai. taklah segan sangat. hihu
eh uolls jomlah layan gegambars. hp ade kamera nilah gunanye kannnn.
ade macam photografer professional tak? :-P
Location : Persiaran Kayangan, 40100 Shah Alam, Selangor,
Posted via Blogaway
bertapa di klinik rosli
lama rasanya tak pi klinik. tak pi klinik maksudnya sihatlah kan.
tu tandanya saya membesar dengan sihat.
ya.. sihat sesangat!!! hakhak
sejak seminggu lepas aku batuk tak berhenti2
dah jadi macam acara tahunan lak rase
tahun lepas pun batuk teruk gak
malu gak masa tu batuk teruk sangat
muka ayu (perasan) batuk macam monster..!
tak de keje time ni amik gambar pintu. hehe
biasalah bukan selalu datang klinik pong.
amik gambar buat kenang kenanganlah
boleh?
ekcuali hari ni dua kali aku datang klinik rosli ni
first time kul satu lebih tapi kelinik tutup sebab sembahyang jumaat.
adeh.. tensen eden
sebagai orang islam tak adalah aku naktensen lelama
dosa lak rasanya =.='
bukan dokter tu sengaja pon kan
sembahyang jumaat kot hihi
aku datang balik kul3 petang.
jumpe dokter, no wonderlah tutup time sembahyang jumaat
tengok muka pon dah tahu alim banget!!
aku hari ni dah lah tak ada suara
sirius suara aku cam rock kapak
huhuhu
dokter tu pon gelak bila cakap ngan aku
alhamdulillah..
hasilnya
taraaaa
MC!!! yahoooo
terima kasih bangat Dr Arif bagi saya cuti
saya sukeee sangat!! hihihi
awat jadi camni?
bunga ni aku beli masa aku pi cameron highland last weekend. hari ahad tu hari segaq bugaq lagi bak kate orang kedah. tapi tak sampai 2 hari kat umah terus layu tak bermaya. waduh..
teruk bebeno aku tengok keadaan bunga aku ni. nasib baik murah je weyh. rm 10 leh dapat 40 kuntum.. tak cukup tangan aku beli. no wonder lah seth tan boleh beli bunga satu bonet kat nora elena. hehe
Location : Jalan Kangkung Puteri Dua 24/7b, Seksyen 24, 40300 Shah Alam, Selangor,
Posted via Blogaway
Apr 19, 2012
Permainan Budak Perempuan
Mood blogging kemarilah kau! Ku seru kau sebati dalam jiwa dan raga ku!
Stop it syura! Haha
Sebenarnye entri kali ni I nak share sesuatu ngan uolls. Last week I beli eye shadow tru online uolls. From styholic chick. Brand yang I beli tu Miss Rose. pernah dengar tak? kau orang jangan nak cakap ni brand cap ayam ye. i tangan2 jugak mulut tu. amboi! mahal jugak ah kalau beli kat luar tau, kat PAS ari tu i tengok adalah dalam RM80 lebih. tapi i beli tru online RM45 je. nipu je orang kat PAS tukan.
Ni lah eye shadow yang I beli tu. Menarik tak? Menarik bukan. So this pallets has 102 color ltogether. Memang best! I pon tak bila nak guna kot sume make up ni ha. Nak gi keje rasanya macam tak berape nak sesuai sebab this eye shadow kind of shinning sikitlah. More suitable for dinner or night event lah. Tapi kalau kauorang pandai main colour, okey je nak pakai bila2 pon.
Sekarang tengah gigih dok usha tutorial make up yang best2 kat YouTube. hehe. Over! So jumlah datang umah kite main make up2.. hihihihi
Location : Persiaran Kayangan, 40100 Shah Alam, Selangor,
Posted via Blogaway
Apr 15, 2012
digi sucks
aku rasa nampak gayanya memang tak la aku akan pakai line digi aku ni. kauorang tahu lastweek aku balik kampung, line internet tak ada okey!l diulangi tak ada !!. even aku nak bukak facebook kat kampung pon tak lepas. melampau sungguh la. die tak tahu aku ngan fb mane leh dipisahkan ibarat aur dengan tebing gitu. aku tahu lah kampung aku tu hulu sikit tapi tolong lah. apa dosa kampung aku tu sampai kauorang tak provide line internet kat sane. hello kampung aku ade 3G okey! aku dah lah bosan tahap gaban dok kampung. antara tujuan aku beli hp baru siap dengan line internet sekali sebab nak hilangkan boring kat kampung la weyh. adoi lah.
so kalau tak ada line what the point lah aku nak guna digi ni. time kau betul2 nak guna, die tak nak bekerjasama ngan kau pulak an. what the fish la. ye memang aku tengah marah ni.
and now sekarang aku kat cameron highland having a small vacation with my close family, and guess what, line internet kat sini pon tak ada jugak!!! amboi.. melampau nye lah kau digi. apa kau ingat orang KL je boleh pakai internet ke? ceh. feeling mcm aku ni penduduk tetap cameron highland pulak. .agaga~
so digi, memang tak lama lah jodoh aku ngan kau. lepas tamat je contract 3 bulan ni, seharusnye kau akan aku cerai kan dengan talak 3. haa ni makan dia.
Location : Address not available
Posted via Blogaway
Apr 12, 2012
kerja o_O
as usual, tengah tunggu bas cyberjaya untuk pi kerja kat bus stop sekseyen 9.
Ya Allah.. Kau jauhkanlah keburukkan dan Kau berikanlah aku kebaikkan ke atas pekerjaan ku ini.
Amin.
Location : 2-28 Jalan Celana 10/13, Seksyen 10, 40100 Shah Alam, Selangor,
Posted via Blogaway
Apr 11, 2012
Pergh dress up dia... Boleh sakit jantung!
Sebenar benda ni dah biase kite dengar. Aku pon pernah je dengar mak lang aku bercerita pasal tea lady kat opis dia punya dress up kat luar ngan kat dalam tempat kerja macam langit dengan bumi.
Cuma nilah kali pertama berlaku kat depan mata aku. Sebenarnye aku nak story mory ngan korang pasal sorang cleaner kat tempat aku ni. Aku memang selalu je nampak dia. Kadang2 kat surau, kadang2 kat toilet, kat mane2 lah. Cleaner pon selalu lah tegur aku kan.
Dress up mak cik ni kat tempat keje same lah macam cleaner kat tempat korang kot. Uniform clearner tu.
Tapi nak dijadikan cerita, semalam aku terserempak mak cik ni mase die nak naik lift. Nak balik dah kot. Die punye dress up... Mak datok! Sebijik macam penyanyi rock tak siap. Dengan rambut karat nye. Fesyen ntah ape2. tak semenggahnye lah aku tengok. terkejut jangan ckp lah.
tapi at the same time nak tergelak pun ada, nak marah pun ade jugak. haha. adoh. entah ape lah mak cik tu rasa bila pakai baju tu. haha.
Location : Persiaran Jubli Perak, 40300 Shah Alam, Selangor,
Posted via Blogaway
Testing o_O
Tengah testing updet belog using another software for android. Tgk mane yang lagi better if i nak updet entry bergambar. Ape2 pon korang layan je lah pic kat bwh ni. Hehe
junior! Ade nampak macam kucen parsi tak? Hehe. Sibuk no nak kucing parsi budak syura nih. Ish.
Hsbc di cawanku. x-(
Bai
Location : Persiaran Kayangan, 40100 Shah Alam, Selangor,
Posted via Blogaway
Apr 8, 2012
Lama tak bersenam, semput!
Hari sabtu yang sungguh bersejarah hari ini. After so many months, aku bersenam wo ari ni. Haha. Main badminton je pon. Tak sampai 15 tahun eh minit tapi peluh menjejer-jejer kuar korang. Walau pon 15 minit Je tapi die punye penat lah tuhan saje yang tahu. tu yang lepas 15 minit aku terus cakap kat adik sepupu ak nak surrender. sumpah lemak aku dah tepu gila. kalau nak diet ni confirm kene pakai diet yang extreme. Kalau tak memang tak jalanlah proses penglupusan lemak aKu nih. haha. Kalau jalan pon bertahun naK Tunggu Kurus=p
tapi bila dah mula menggeraKkan badan ni rasa macam badan ni segar pulak badan nih. Memang dah patut pon rasenye ak kena fikirkan pasal kesihatan aku. takut pulak rasanya kena penyakit sebelum waktu. huhu.
sekarang ni tgh nk dok berkira2 nak bangun pagi pi joging hari2. agak2 boleh tak ak buat. cakap memang senang ye tak? hihi kalau nak tahu jadi ke tak kite tunggu je lah ye nanti uolls :-P
oh ya. sekarang ni i kat kampung. boleh pulak line internet for digi xclear pulak. kejap ade kejap xada. dah macam biskut lahabau betul. so skrg aku just draft this entry dalam fon. tu yang untung guna blogaway. tak perlu nak tunggu ada internet dulu baru rasa nak karang satu entry. dengan kemudahan yang kita ada hari ni, bile2 pon kita boleh blogging
:-)
Location : Address not available
Posted via Blogaway
Location : Kampung Batu Puteh, 71350 Kota, Negeri Sembilan,
Posted via Blogaway
Apr 5, 2012
Junior curik makan!
Sian kucing aku sekor ni. Tuan dia lambat sangat bagi makan, so amik sendiri jelah sonang! Kui kui kui.
Location : 2-28 Jalan Celana 10/13, Seksyen 10, 40100 Shah Alam, Selangor,
Posted via Blogaway
Apr 4, 2012
Langkah pertama selesai sudah
Harap2 approve la
Doakan ye.
Amin.
Location : Persiaran Kayangan, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor,
Posted via Blogaway
Super Penat
Ya Allah.. Penat betul rasa beberapa hari ni. Kerja sangat banyak. Susah nak gambar kan macam mana sebab kerja aku tak sama macam orang lain. Tak boleh nak tangguh bagai ni. Kerja hari ni kene settle hari ni gak. ( tapi kadang2 aku tangguh gak. kantoi ngan manager aku masak nak menjawab. Huhu. )
Sampai rumah ni rasa macam nal terus berenang je... Berenang atas katil lah hoi. Haha. Tapi Isyak belum lagi. Ya Allah kuat kan lah iman hamba Mu ni. Amin.
;-)
Location : 2-28 Jalan Celana 10/13, Seksyen 10, 40100 Shah Alam, Selangor,
Posted via Blogaway
Apr 3, 2012
Aku, Celcom dan Digi
hi geng~morning semua. harap2 minggu ni akan berlalu dengan jayanya. dahlah minggu ni aku ade audit. aku rasa siapa2 yang pernah rasa diaudit ni cnfirm tahu macam mana azabnye nak melayan auditor bagai nih. *sigh
oh ya, i juz nak share ngan uolls yang semalam buat pertama kalinye dalam seumur hidup buat number line digi. tak pernah seumur hidup rasanya pakai number digi ni. ini lah pertama kali. historic sungguh khenn. sudah lah tu, pakai line lagi. no more prepaid2 dah. haha. terasa diri ini lebih dewasa dari biasa. aww~
disebabkan aku ni memang bajet punya orang, so plan yang aku pakai memang plan yang paling murah diabad ini. sebulan berapa tak boleh nak habaq lah. malulah cheq. huahuahua. tapi yang penting cheq boleh online pakai hp cheq unlumited punya. ala uolls pergi lah kat kiosk2 digi confirm ade iklan terpmpng kat dinding kiosk tu punye. so uolls tengok mana yang paling murah, tulah plan yang aku sebat. hihi.
ekceli sebenarnye nak citer secara detail pn tak boley sebab update pakai phone kan. susah pulak rasanya nak citer panjang2. tapi so far aku pakai okeylah. intrnet pon laju je. bukak youtube pon lancar. nak download pon okey. tak tahu lah kalau awal2 je laju kemain hhuhu
so sekarang ni i pakai 2 number lah. satu celcom n satu lagi number digi ni.number celcom tu plan Upax. Aku dah pakai sejak dari diploma lagi. no ak yg Upax ni memang besh giler. Student rate kan. Kadar rendah samarata untuk semua line kat malaysia ni. Tapi masalahnye terhad sampai umur kita 26 tahun je. Aku tahun ni dah masuk 25 tahun.. Huhuhu. So betterlah aku tukar number baru dari sekarang. Ye dak?
Tapi cam kelakar pulak. Dulu masa mula2 pakai number Upax tu aku fikir wah berbaloinye. Lame lagi nak 26 tahun (at that time aku 21) ade 5 tahun lagi aku untuk aku enjoy benefit dari Upax ni. Tuptup pejam celik pejam celik dah 4 tahun berlalu. Ironic nye. Huhu
Location : Persiaran Kayangan, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor,
Posted via Blogaway
Apr 1, 2012
dino junior - bukan kucing biasa B-)
gambar ni diambil kat dalam kereta masa abah i amik balik kerja setiap malam. memang abah i suka sangat bawak si comel ni buat teman.
yang sweetnya, bila nampak i turun je dari bas, junior lah yang paling excited sekali tengok i. mengiau tak ketahuan hala. haha. macam dah lama tak jumpa lagaknye. kalau masa tu junior tengah duduk kat dashboard, junior akan lari laju2 ke arah i sebab teruja tengok tuannya yang sangat penyayang ni. *penyayang lah sangat kann keh keh keh.
walau pon junior bukanlah dari baka kucing siam or kucing parsi hatta kacuk sekalipon tapi bagi along junior bukanlah kucing biasa* cewahhhh macamlah junior tu orang. haha. kalau junior tu orang confirm muntah darah baca belog aku ni. hahaha
sayang junior sangat2
Location : Persiaran Kayangan, 40100 Shah Alam, Selangor,
Posted via Blogaway
teringat cerita dulu2~
hi semua!!!
alhamdulillah.. sedar tak sedar dah masuk bulan april pon kita ye. cepat betul rasa nya tahun ni berlalu kan? kauorang pon rasa macam tu tak? teringat dulu ustazah sekolah agama aku bagitahu tu pon antara petanda2 dunia akhir zaman tu. kita akan rasa masa akan berlalu ngan pantas. wuhuhuhu.. insaf sudah. huhu. tapi yang problemnye. insafnye sekejap je. ehehe.
oh ya bulan lepas adalah bulan yang sangat baik untuk belog aku tau. banyak jugak entri aku bulan lepas. yey. hopefully bulan ni pon aku tak malas2 nak updet belog. bukan apa nak harap orang baca sangat pon tapi untuk buat baca sendiri jugak. nanti dah tua2 boleh baca balik. hihi. kadang2 rasa geram juga. kenapalah zaman aku sekolah dulu belog2 ni tak popular macam sekarang. kalau tak dah lama aku buat taw. mesti boleh baca balik apa aku tulis masa sekolah. confirm lawak gila.
ekcuali, masa zaman aku sekolah dulu aku ada jugak tulis diari. haha. siap diari tu aku letak mangga lagi. adeh. tapi masa tu aku memang takut pon orang baca. kebetulan pulak masa tu aku memang minat dengan sorang senior kat sekolah. dalam diari tu memang penuh cerita pasal senior aku tu jelah. bukan sorang tapi adelah 2, 3 orang. siap cerita secara details lagi pertemuan2 bagai. sengal.
tapi sekarang aku pon tak tahulah mana aku letak diari tu. hilang sudah. kalau dapat baca balik tu best jugak kan. mengimbau kembali kegatalan zaman tok adam dulu. hihi.
nite semua o_O
Location : Persiaran Kayangan, 40100 Shah Alam, Selangor,
Posted via Blogaway
Subscribe to:
Posts (Atom)